takut spm

Remaja Bersama Aniz ; Takut Menghadapi SPM 16/7/11

Puan ;

Saya ada sedikit pertanyaan bagaimanakan cara terbaik bagi mengatasi masalah tidak bersedia dan bertangguh menjelang peperiksaan.

Saya Shahir bakal menduduki SPM tidak lama lagi tapi masalahnya walaupun terbit rasa ragu, bimbang dan takut tapi dari segi motivasi diri untuk belajar dan lebih fokus tidak hadir, macam takde apa-apa padahal memang agak tertekan jika mengingatkan subjek mahupun topik-topik yang perlu diulangkaji.

Mohon tip agar saya lebih bermotivasi, yakin diri dan fokus menghadapi peperiksaan ini. Segala jasa baik Puan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Shahir, Melaka.

Jawapan ;

Terima kasih atas kiriman email dan pertanyaan dari adik Shahir. Memang agak tertekan menjelang peperiksaan penting sebegini apatah lagi ianya turut membentuk halatuju alam pengajian di peringkat seterusnya.

Cara yang terbaik untuk mengatasi cabaran yang hadir adalah dengan Shahir sendiri harus BERANI melihat ke dalam diri. Selain membina FOKUS kepada peperiksaan ini adalah LEBIH BIJAKSANA jika Shahir mampu menarik perhatian kepada POTENSI dan juga KEKUATAN DIRI Shahir dalam mengatasi cabaran-cabaran yang hadir. Pendek kata disini selain dari terlalu memikirkan kebimbangan, ketakutan dan terus tenggelam dalam sikap suka bertangguh tanpa bertindak apa-apa langkah pertama yang boleh Shahir lakukan adalah BERTINDAK dengan kelebihan diri yang ada.

Shahir harus punya rasa amanah dan tanggungjawab terhadap diri sendiri disini, membiarkan keadaan dan tekanan menguasai diri tidak akan membawa ke mana, hanya ibarat mensabotaj diri sendiri. Tiada siapa yang BOLEH membantu Shahir jika Shahir sendiri tidak membantu diri Shahir untuk leboh berjaya. Kuatkan azam, sematkan tekad dan zahirkan ia menerusi praktikal dan tindakan juga gerak kerja seharian Shahir bergelar pelajar yang bakal menduduki peperiksaan yang penting.

Aturkan masa dan susun semula jadual harian mengikut perancangan dan KEUTAMAAN, yang mana kurang berfaedah mahupun tidak berfaedah seperti berada di meja laptop terlalu lama bermain facebook, games, melayari internet yang kurang menyumbang kepada pengkayaan ilmu dan pengetahuan peperiksaan sewajarnya dikurang-kurangkan. Ianya AMAT PENTING dalam membina FOKUS tanpa sedar unsur-unsur inilah yang akan melunturkan motivasi diri, fokus dan keyakinan untuk menempa kejayaan.

Dalam meletakkan SASARAN mahupun MATLAMAT lakukanlah pula dengan JUJUR HATI agar ianya mampu di raih dalam ruang lingkup kemampuan diri. Berikan sedikit cabaran agar secara tidak langsung Shahir punya motivasi diri untuk keluar dari kepompong selesa dan berusaha lebih bersungguh-sungguh. Sesungguhnya kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha, pengorbanan dan sabar.

Sebagai Muslim bergantung harap dan berdoalah dengan penuh hadir dan yakin bahawa Allah itu Maha Mendengar pintalah padaNya agar jejak gemilang untuk menempa kejayaan yang hebat dalam kamus diari Shahir dimakbulkan. Hampir selalu kepadaNya kerana DIAlah pentadbir hebat dan pemilik segala kejayaan di dunia ini. Bukan itu sahaja tetapi yang lebih penting disini apabila ruh kita dekat dan hampir selalu kepada Allah hati akan menjadi tenang. Dan sesungguhnya di sebalik rahsia tenang inilah FOKUS mampu terbina dan usaha mampu diberikan lebih baik lagi, insyaallah.

Harapan saya semoga dengan tips ini Shahir akan lebih yakin, bertanggungjawab dan amanah terhadap diri Shahir sendiri. Jangan sesekali membenarkan diri tenggelam dalam monolog dalaman yang menganiayai, jadilah insan yang bertanggungjawab dan amanah kerana Allah ya.

Kehidupan ini bukan cuma-cuma lebih lagi anak muda yang cukup kaya dengan potensi diri seperti Shahir ini. Bagaimana ingin mencorak bangsa andai diri hanyut dalam arus yang melalaikan, harapan ibu bapa, ahli keluarga yang sentiasa mendoa dan mengharapkan kejayaan untuk Shahir namun jika Shahir sendiri mengambil sikap endah tidak endah, bagaimana HADIAH kejayaan mampu Allah hadiahkan, bukankah begitu?

Mulakan dengan membenarkan diri Shahir untuk mencipta transformasi demi masa depan yang lebih gemilang, masa depan yang Shahir sendiri idam-idamkan. Ilmu sangat penting itulah nanti bakal penyuluh kejayaan dan gemilang diri seterusnya. Luqman Hakim sendiri ada berpesan kepada anaknya :

“Tuntutlah ilmu anakku jika kamu miskin ilmu itu akan menjadi harta untuk kamu tetapi jika kamu kaya ianya akan menjadi perhiasan peribadi kamu”

Semoga Shahir akan lebih yakin, fokus, displin dan istiqamah selepas ini. Semoga kejayaan mampu mengukir senyuman di bibir penuh murni, penuh makna di dalam peperiksaan SPM nanti. Selamat Maju Jaya dari saya!

Puan Aniz

http://anizanwar.com

Ikuti Program Transformasi anda dalam Life Coaching KLINIK SUKSES edisi Santai Ramadhan pada Sabtu, 6 Ogos 2011 di Shah Alam. Daftar sebelum 20 July untuk dapatkan diskaun RM60.

Maklumat lanjut di http://kliniksukses.anizanwar.com

Facebook comments:

comments

Tertekan Masalah Jerawat
bismillah10

Leave a Reply