Relexjap..Enjoy! Tips Perkahwinan Bahagia…


Oh Kekanda
Jangan iri hati, Dinda naik pangkat lagi
Oh Adinda
Kanda mana dengki, malah Kanda support bini

Jadi Dinda mahu mengambil masa
Tapi Kanda mahu segera
Dinda ingin berjaya dalam kerjaya
Tapi Kanda mahu cahaya mata

Dinda belum bersedia
Kanda dah beria ria
Jadi yang mana satu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Oh Adinda, tolong jangan lekas curiga, lekas cemburu buta
Oh Kekanda, Dinda perlu berhati-hati, tak rela dikongsi

Kanda kerja overtime, terlebih masa
Itu yang Dinda harus berwaspada
Ini semua demi masa depan keluarga
Dengan Dinda atau sebaliknya

Kanda kerja malam
Dinda kerja siang
Jadi bila nak bertemu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda
Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda
Oh bagaimana? Bagaimana kita nak selesaikannya?
Apa keputusannya?

Oh Kekanda mari nyawa, kita cuba komunikasi
Oh Adinda mari sayang, kita cuba toleransi

Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan
Kanda polar kutub utara
Dinda kutub selatan
Komunikasi, sikap toleransi, itu yang kita perlu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Walau kita sering dengan cara masing-masing
Kanda yang Perdana
Dinda yang Utama
Kanda segalanya
Dindalah nyawa
Kita tetap bahagia bila bersama sama
Bahagia bersama
Bersama selamanya
Bahagia selama-lamanya

Facebook comments:

comments

2 Comments

  1. All Praise Be To Allah!!! Atas izin & limpah kurniaanNYA doa En Sham dimakbulkan. Saya sekadar melaksanakan AMANAH ALLAH…GREAT LIVE continue..haa! He he he lepasnie kalau tengok tempe mesti ingat En Sham & kisah MIND POWER Super Alpha…VERY GOOD indeed! Technogy EFT sememangnya UNSANGKARABLE RAHMAT!!! AGEN MENJADIKAN DOA KITA LAGIK MUSTAJAB,,,

    Alhamdulillah! Semoga lebih ramai lagi berpeluang MENIKMATI KEINDAHAN & KEAJAIBAN KASIH SAYANG ALLAH YANG MAHA AGUNG ini…

    Salam me for wife!

    Semoga Rahmat Allah mengiringi setiap langkah perjalanan!Amin, insyaAllah.

  2. sham

    syukur pada Allah kerana telah memberi saya ruang & peluang bertemu Pn Aniz ketika saya menghadapi ‘hot crisis’ dlm hal rumahtangga. alhamdulillah selepas beberapa hari menghadirkan diri dlm sesi life coaching segala kekusutan dan kecelaruan telah dpt diatasi. Jerebu dan mendung telah di ganti dgn cerah & ceria, hati yg kontang telah berbunga, senyum & tawa semakin memenuhi & menghiasi suasana… 😉

    terima kasih pn aniz

Leave a Reply