People get married without doing their homework. Too many people are getting married at the infatuation level and when hard times come, it falls apart. We’ve fallen in love with the wedding industry when what we need is a marriage industry.~ Bridget Brennan
Alhamdulillah bertemu lagi kali ini insyaAllah bakal menitip sebuah lagi RAHSIA & HIKMAH yang tersingkap di dalam perjalanan hidup insan khususnya ALAM PERKAHWINAN dan BERUMAHTANGGA. Pengalaman menangani isu-isu berkaitan kaunseling keluarga dan perkahwinan banyak memberikan CELIK AKAL dan MENGINSAFKAN diri yang kerdil betapa INDAH & HEBAT sekali ciptaan dan rencana Ilahi. Untuk membina kelangsungan kehidupan sebuah rumahtangga yang BAHAGIA dan HIDUP seharusnya menuntut inisiatif dan USAHA yang tidak pernah kenal jemu dan putus asa oleh kedua-dua pasangan suami isteri. Rahsia untuk menikmati kerukunan rumahtangga yang hebat saya kira resepinya CUKUP MUDAH ibarat bidalan pepatah barat…What takes a happy marriage falling in with same women over and over again…maksudnya JATUH CINTA pada pasangan anda berulang kali dan berulang…ulang kali…macam manatu???
Hemm…suatu PERSOALAN yang bijak untuk kita refleksikan bersama. Sebagai individu setiap dari kita memiliki KELEBIHAN dan KELEMAHAN kita yang tersendiri namun itu bukanlah bermaksud untuk TERUS-TERUSAN memberikan ALASAN menjadi kelemahan ataupun kekurang diri sebagai jawapan mahupun PENYELAMAT KEADAAN. Sebagai manusia dan insan ; setiap pasangan dilengkapi dengan PACKAGE yang hebat titipan dari Ilahi iaitu nikmat fakulti akal, iman dan individu yang mempunyai IMPIAN dan CITA-CITA. Kehidupan berumahtangga seharusnya dilihat sebagai satu PLATFORM yang mantap untuk pasangan saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain. ..(SMARTPARTNER HINGGA KE JANNAHtu plus SLEEPING PARTNER yang BEST juga…of course bantal peluk yang nyaman dan selalu dirindui he he he) Mengingatkan, menegur mahupun memberikan kritikan itu TIDAK MENJADI SALAH tetapi LIHAT DULU KE DALAM DIRI…Apakah maksud ataupun NIAT YANG TERSIRAT yang dibawa apabila menegur mahupun memberi ingatan kepada pasangan. Masalah sebegini sering diajukan oleh pihak klien kepada saya. “Bagaimana Puan Aniz, dah puas dah saya mengingatkan, menegur kadang sajajer saya bagi suami saya TERASA, biar dia BERFIKIR sendiri…” Waduhhh…ini sudah tidak menepati CARANYA untuk menegurnie…Mana mungkin insan yang DISAKITI mampu BAHAGIA menerima teguran dan berubah walaupun sememangnya apa yang ditegurkan itu untuk perkara-perjara YANG BENAR. Memang ya niat untuk menegurtu TIDAK SALAH tapi LEBIH BEST lagik untuk ‘makan dalam’laa orang sekarang kata… sertailah HATI YANG MURNI, PENUH IKHLAS, KASIH SAYANG dan BERSIH untuk melihat pasangan BERUBAH kerana Allah…isteri mahupun suami yang menegur, memberi nasihat mahupun pandangan itu bawalah sekali energi KASIH SAYANG kerana hanya dengan RASA KECINTAAN BERLANDASKAN PLATFORM ILAHI inilah yang akan menjadi TIKET membuatkan setiap teguran, oandangan dan nasihat khususnya untuk kebaikan akan dipermudahkan…VERY THE UNSANGKARABLE OUT COME nantinya! Tak percaya cubalaa…sebelum menegur, menasihi LIHAT DULU KE DALAM DIRI…bersihkan apa yang patut…harmoni apa yang perlu diharmoni…Jangan ada dendam ataupun perasaan NAK TUNJUK BAGUS…sebabnya nanti pasangan akan jadi MENYAMPAH!!
Selalu juga saya TEKANKAN untuk menikmat kehidupan rumahtangga yang bahagia, sukses dan harmoni untukkan masa untuk membina ruang agar pasangan mampu menjadi 1) sahabat karib yang jujur, setia…setia mendengar, bahagia memberi dan saling menyokong antara satu sama lain, 2) Kekasih yang selalu MENGHIBURKAN…Jeng Jeng Jeng…makanya berusahalah menjadi KEKASIH YANG TERHEBAT sepanjang hayat usia dengan satu matlamat hingga terus menjadi kekasih hingga ke Jannah! Dan 3 ) Menjadi Isteri mahupun Suami yang selalu MEMBAHAGIAKAN dengan penuh hadir memberikan khidmat yang TERBAIK!!! Ingat ya bukan menjadi HAMBA kepada pasangan anda tetapi MEMBERI KHIDMAT YANG TERBAIK ini membawa maksud yang LEBIH DALAM dari itu iaitu menjadi hamba Allah yang terbaik…Menjadi pasangan yang terbaik kerana kita ingin menjadi hamba Allah yang TERBAIK.
Mengimpikan selalu INGIN BERSAMA-SAMA PASANGAN BAHAGIA HINGGA KE SYURGA. Makanya teguh hati, sabar, ikhlas, REDHA dan selalu saling bergandingan untuk memberikan terbaik dan melengkapi pasangan. Dalam suka, duka. bahagia, sihat, sakit, kaya,miskin mahupun seumpamanya makanya selalulah BELAJAR untuk SETIA dan BERSABAR dan PERCAYA AKAN JANJI-JANJI ALLAH ! Dan JANGAN DILUPA peranan DOA, selalu juga merisik-risik …Puan ingin suami @ isteri yang MEMBAHAGIAKAN tetapi ada tak di dalam doa puan masukkan skrip…Ya Allah Ya Tuhanku pelihara lidah kami daripada saling disakiti ataupun menyakiti ( hu hu hu ini kes pantang silap sikitlaa…adajer bahan yang boleh SPARK THE FLAME…kasi panasss)…Jadikanlah pasangan kami pasangan yang selalu membahagia dan menyenangkan???Haa….selalunya JAWAPAN yang saya TERIMA…T.I.A.D.A malah tak kurang juga hubungan dengan Allahnya CULAS. Mana mungkin ingin KASIH SAYANG, KEHARMONIAN, KEINDAHAN, KEBAHAGIAN dan KEBERKATAN sedangkan PEMILIKNYA itu tidak diendahkan dalam perjalanan.
Makanya harus tetap terus bersyukur dan berbahagia kerana DOA dan pinta diri yang ingin sembuh, bangkit dan berusaha menyelamatkan rumahtangga terkadang kita ditemukan dengan insan-insan yang membantu. Bukankah HEBAT kasih Allah…lantaran ujian…kita KEMBALI bergantung harap padaNYA…dan hasilnya DOA BERJAWAB PENUH SEMPURNA. Satu demi satu jawapan, PENAWAR dan solusi disuluhkan menerangi perjalanan. Maka itu jangan terbiasa membenarkan diri terus RENGGANG dengan Allah , ingin YANG THE BEST maka haruslah MEMBERI PENUH THE BEST dalam perjalanan tidak kira apa aspek sekalipun dalam kehidupan ini sebagai hamba Allah, sebagai anak, sebagai ibu, isteri , bapa, suami , masyarakat, pekerja, majikan dan seluruhnya demi DUNIA YANG LEBIH BAHAGIA dan AKHIRAT LEBIH SEJAHTERA…
InsyaAllah para sahabatku yang dikasihi bila kita belajar untuk MEMBERI YANG TERBAIK tanpa disedari kita juga SEDANG MENUNJUKKAN R.O.L.E M.O.D.E.L kepada anak-anak kita khususnya bagaimana untuk menjadi insan yang diredhai Allah, insyaAllah. Dari ROLE MODEL inilah kita mampu mewariskan kebahagian, kejayaan, kemuliaan dan KEHIDUPAN yang hidup. Hidup itu bukan untuk PERCUMA ada tanggungjawab dan HAK yang perlu diberikan di dalamnya. Semoga dengan JIWA ~ FEAR OF ALLAH yang selalu dibawa kita tidak tegar untuk membuatkan yang bukan-bukan ; menzalimi kehidupan orang lain kerana menganiyai kehidupan individu lain sama makna ANDA menganiayai kehidupan anda sendiri. Mudah-mudahan dengan celik akal, kesedaran dan keprihatinan kita dapat memberi kepada kehidupan dengan LEBIH HIDUP, ADIL, HARMONI dan BIJAKSANA. InsyaAllah hidup akan terasa lebih bahagia, indah dan BERMAKNA!!!
Sehingga bertemu lagi…
Salam Inspirasi dari saya…buat PEMINAT @ PENGAMAL EFT nanti versi terkini Handbook EFT yang sedang dalam olahan…tungguuuu!
Leave a Reply