Rahsia Menjemput Impian Suatu Keajaiban

 ===================================

Life Coaching Ramadhan Ya Kareem

====================================

” Rahsia Menjemput Impian Suatu Keajaiban – The Missing Chapter “

Tarikh : 28hb June 2015 (Ahad)

Masa : 9.30 pagi – 3.30 petang

Lokasi : Baiti Rizqi Hjh Aniz , Seksyen 7, Shah Alam.

* Penyertaan para pelajar dan ibu tunggal amatlah dialu-alukan di bawah program #waqafRamadhan buat yang serius dan BERMINAT. Sila sms/whatsapp untuk PENGESAHAN lanjut ke 012.3915362.

Bismillah…

Saya Hjh Aniz Hj Anwar seorang kaunselor dan juga Life Coach yang berpengalaman luas dalam membantu proses kesembuhan dari sudut psikologi , spiritual serta memiliki kompetensi dan kepakaran dalam membantu, membimbing dan memandu arah pihak klien mahupun peserta program menjayakan impian yang makbul dan transformasi realiti INDAH yang mereka dambakan.

Untuk merubah , menjemput impian, kebahagian, rezeki, kejayaan, kecemerlangan dan keharmonian hidup kita bukan sahaja harus memiliki fikiran yang positif tetapi lebih utama dan paling penting harus juga menguasai SENI dan KEMAHIRAN mengatur strategi kehidupan itu sendiri. Dan pastinya ianya juga bersangkutan dengan mendalami ilmu, kemahiran dan pengalaman yang In sha Allah dapat mempertingkatkan kompetensi diri. Sindrom takut untuk hadir membantu diri bertemu dengan kaunselor mahupun Life Coach yang berkelayakan dalam bidangnya masih agak menebal di kalangan masyarakat Malaysia. Sedangkan golongan profesional inilah yang harus didekati untuk sama-sama belajar dan mendalami ilmu juga kemahiran yang bersangkutan kerana mereka inilah di kebanyakkan keadaan lebih pakar dan arif dalam menangani konflik kehidupan manusia, menjejak dan membantu penyembuhan dalaman diri khususnya dalam menjayakan perubahan tingkahlaku dan pembangunan manusia itu sendiri.

Kesakitan dalaman diri, ketidakharmonian diri mahupun gangguan emosi tidak kiralah sama ada ringan , sederhana atau berat sekalipun TETAP akan ada solusi dan penawarnya. Ketahuilah kasih sayang dan lautan cinta Ilahi teramatlah dalam dan luas sekali. Mana mungkin menjemput kesembuhan yang lebih serius sendirian ibarat doktor yang hebat sekalipun jika jantungnya bermasalah dan perlu dirawat tetap perlu dibedah oleh orang lain. Dia sendiri tidak boleh ambil pisau dan bedah dirinya sendiri. Begitulah juga perumpaan hidup kita ada ketikanya kesakitan dan masalah yang kita hadapi perlu dibantu dengan sentuhan insan lain juga. Itulah keindahan Islam dan penciptaan Allah swt terhadapberkaitan limitasi upaya dan ilmu seseorang mudah-mudahan tidaklah mudah kita menjadi manusia sombong dan angkuh dengan Allah swt dan makhluk ciptaanNya. Sesungguhnya kehidupan ini untuk sama-sama kita saling meraikan dan mencukupkan antara satu sama lain, kalau tidak hu hu hu senanglah meninggal nanti golek-golek sendirijer masuk liang lahat…mana mungkin itu boleh berlakukan.

Maka saya dengan rendah hati saya cuba mengambil INISIATIF untuk mengubah persepsi ini mengadakan majlis ilmu dengan suasana di rumah dan mendekati setiap peserta yang hadir ke program saya mudah-mudahan ruang dan jaringan ini sangat menyenangkan mereka untuk lebih bahagia dan percaya akan anugerah , nikmat, keindahan kasih sayang Ilahi, ukhwah dan jauh lebih bermakna dari itu POTENSI DIRI mereka sendiri. Ini termasuklah lebih bijaksana mengharmonikan LEKATAN SILAM yang negatif, SKRIP mahupun AFFIRMASI yang negatif , “IRRATIONAL BELIEF” dan lain-lain lagi yang terkadang kita tidak perasan dan awas itulah sebenarnya perangkap dan halangan kecemerlangan, kebahagian dan kejayaan dalam menjemput impian IMPIAN hidup ini.

Dan tidak kurang penting bagaimana mengendalikan stress mahupun cabaran yang perlu ditangani dan dihadapi saban hari keserasian pasangan suami isteri, komunikasi, isu kewangan, sara hidup yang tinggi, isu kerjaya, keluarga dan seumpamanya ; kesemua ini kenalah ditangani dengan ilmu, kemahiran dan CELIK AKAL yang sewajarnya agar CABARAN HIDUP tidak melemahkan insan jauh lagi untuk membunuh mahupun menghancurkan kehidupan itu sendiri.

Pengalaman sisi silam mahupun “peristiwa” yang tidak mampu diharmonikan dengan kemas inilah yang mengesani POLA kehidupan dan REALITI insan hidup di hari ini.

BAGAIMANA MEROBOH TEMBOK SEMPADAN DIRI…MEMBEBASKAN KESAKITAN SILAM…MENJEMPUT KEHARMONIAN DAN KEMANISAN HIDUP

Maka cara yang terbaik juga adalah menuntut ilmu bagaimana untuk membersihkan segala bentuk ancaman, sabotaj diri, halangan dan kekangan dalaman diri yang selama ini dibawa.

Inilah kemenangan, keberanian, kebahagian, keindahan juga kemanisan hidup yang sebenarnya. Keupayaan untuk menakluki dan menguruskan pensempadan diri.

Menerima penuh redha takdir, ujian, cabaran juga kelemahan serta kekuatan POTENSI DIRI yang ada untuk lebih bahagia, lebih sukses dan ikhlas selalu menjalani kehidupan.

Untuk yang sedang mencari ilmu, kemahiran dan ingin menimba pengalaman untuk tujuan pemantapan diri bolehlah menghadirkan diri ke program saya. Antara TOPIK yang bakal dikupas termasuklah :

1. Gaya Asuhan, Personaliti dan Hubungkaitnya Dengan Pola Kehidupan

2. Time Line Theraphy – Rahsia Menjejak Halangan / Pesempadan Diri Juga Menjemput Keharmonian dan Impian Yang Makbul

3. Pengurusan Stress

4. Emotional Freedom Technique

5. Ilmu Istiharah Menguruskan Was-was dan Dilema dalam kehidupan dengan menggunakan Al Qur’an

6. Rahsia Sayap Impian / Doa serta hubung kaitnya dengan redha ibubapa dan pasangan

7. Rahsia Tahu-tahu Harapan Terwujud

8. Percepatan Rezeki / Impian Yang Makbul

9. Bonus – Ebook EFT Eksklusif Di dalam Bahasa Malaysia (Panduan Lengkap Bimbingan EFT)

10. Tips Kebahagian, Kesejahteraan dan Keberkahan Hidup.

Bagi yang serius dan BERMINAT sila whatsapp saya secara personal ke 012.3915362.

Selamat Menjalani Ibadah Puasa dan Salam Kasih Sayang buat semua!

– Hjh Aniz Hj Anwar

www.anizanwar.com

Facebook comments:

comments

Leave a Reply