Rahsia M.E.N.J.E.M.P.U.T Kebahagian , Kekayaan & Kesejahteraan Dalam Kehidupan

Bismillah….

Alhamdulillah hari ini berkesempatan untuk menitipkan lagi sebahagian RAHSIA untuk MENJEMPUT KESEJAHTERAAN, KEBAIKAN dan KEKAYAAN  di dalam kehidupan. Ramai di kalangan kita  mendambakan kehidupan yang bahagia penuh dengan warna-warni keindahan yang menghiburkan NAMUN ramai juga di kalangan kita yg TIDAK TAHU tentang rahsia untuk menjemput rasa bahagia dan kesejahteraan dalam kehidupan ini, setuju? Jika tidak masakan juga seminar-seminar, coaching, profesional di dalam bidang pembangunan insan, kesejahteraan,  kekayaan yang juga speaker-speaker hebat dalam bidang masing-masing mendapat tempat dan perhatian di dalam masyarakat. Di hari yang bertuah ini ingin saya kongsikan sebahagian catatan perjalanan insan tentang tatacara menjemput kebahagian, kesejahteraan dan kekayaan di dalam perjalanan ini.  mudah-mudahan ianya mampu memberi manfaat.

Sedekah mengundang R.E.Z.E.K.I…

Setiap ANUGERAH Allah dalam kehidupan ini merupakan ASET dan juga amanah yang tidak ternilai harganya andai sahaja individu SEDAR dan MENGERTI ianya juga sumber yang SANGAT HEBAT untuk dimanfaatkan dalam menjemput LEBIH BANYAK kebaikan,  kebahagian, kesejahteraan mahupun kekayaan yang lebih gemilang. Namun tahukah kita BAGAIMANA CARANYA??? Jeng Jeng Jeng…. Caranya mudah sahaja iaitu dengan BERBAGI nikmat mahupun ANUGERAH yang Allah kirimkan di dalam kehidupan ini tidak kira sama ada ILMU, PENGALAMAN, WANG RINGGIT, KASIH SAYANG kepada yang lain khususnya mereka yang memerlukan. Saya masih ingat sewaktu kecil dahulu lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan jika ibu masak kuih, lauk sering sahaja ibu lebihkan maklum sahaja keluarga kami kecil sahaja iaitu 3 orang ibu, abah dan saya tetapi juadah yang lebih itu ibu minta saya kirimkan ke rumah jiran-jiran dan  hasilnya REZEKI YANG DATANG melimpah ruah dengan balasan juadah kiriman jiran-jiran pula. Begitu INDAH BUDAYA MEMBERI andai sahaja kita mengerti dan mampu mempraktikkannya dalam kehidupan seharian kita….he he he masak sejenis lauk yang datang 5 JENIS LAUK….he he he BEST tu! Hebat RAHMAT Allah ….

Perumpaan yang cukup CUN ini juga tidak salah untuk kita PRAKTIKKAN untuk menjemput KEKAYAAN malah inilah RAHSIA YANG TERSINGKAP di dalam Al Quran tatacara peradaban dan kehidupan yang cukup sempurna dalam melayari kehidupan ;  NUR dan PETUNJUK di dalamnya cukup luar biasa dalam memberi solusi, penawar dan JAWAPAN di dalam kehidupan ini. Cumanya kalau mahu KAYA WANG RINGGIT maka harusnya juga dimulai  BERBAGILAH WANG RINGGIT, REZEKI yang dikirimkan Allah nescaya janji Allah pasti akan meluncur laju menghadirkan REZEKI yang LEBIH  tidak disangka-sangka ~ he he he ADA BERANI???? Beranijerrrr….YAKIN! Insyaallah nantikan sahaja KEJUTAN MANIS dan HEBAT tidak terduga dariNYA. Dengan hati yang penuh bahagia, terbuka, ikhlas dan BERSYUKUR kita memberi insyaallah pasti Allah akan gandakan KEBERANIAN DIRI dalam meyakini janji-janjiNYA. Malah bukan itu sahaja jika MAHU KAYA pastinya juga USAH SOMBONG dengan PEMILIK KAYA seluruh maya dan isi alam ini. Mana mungkin mengharap KEKAYAAN dari PENCIPTANYA tetapi tidak pula ambil peduli untuk meraih kasih dan perhatian dariNYA bukankah itu TIDAK BERADAB dan MUKA TAK TAHU MALU!!!! Memang eloklaa jika golongan ini diajar melalui jalan sukar untuk menikmati hajat kekayaan yang diidamkan he he he kalau TAK SEDAR DIRI lagi tak tahulah…
Maka untuk itu juga ADALAH LEBIH SELAMAT , TERJAMIN dan TERPELIHARA sekiranya ingin menjemput kebahagian, kekayaan, kejayaan mahupun kemuliaan, kesejahteraan, pangkat, harta, keamanan dan keselamatan mahupun apa sahaja KEBAIKAN yang dihajati sebaik-baiknya  LETAKKAN PAKSI AGUNG ILAHI sebagai matlamat insyaallah jejak-jejak pasti akan diterangi, jejak-jejak gemilang pasti dilengkapi dan DIHADIAHKAN dengan pembantu-pembantu yang hebat dan luar biasa menjayakan impian murni yang dihajati. Ingin HEBAT agar mampu menjadi SAKSI ALLAH yang MAHA HEBAT bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi mengajak insan MEYAKINI JANJI PASTI ALLAH!

Mohonlah dengan kerendahan hati agar UNDANGAN IMPIAN DIRI yang dihajati dipermudahkan dan dimabulkan Allah agar mampu  menjadi BUKTI AGUNG BICARA SAKSI JANJINYA di dalam kalam suci. Usah pernah ragu, insyaallah hati akan lebih bahagia walaupun terkadang cabaran menerpa, ingatan KASIHNYA memberi teguran dan perhatian, hati tidak mudah patah mahupun kecewa kerana pasti di sebalik tiap RENCANA ada hikmah dan rahsia yang cukup indah untuk dimengerti dan diteladani barangkali kita hampir sahaja teralpa dengan segala titip ANUGERAH dariNYA, barangkali juga hati mula dicuit kesembongan @ riak kecil, barangkali juga ujian yang hadir untuk menghapus dosa silam yang kotor dan hina lantas MENGANGKAT DARJAT dan KEMULIAAN KITA DI MATA YA RABBI. Apapun alasannya jangan pernah mengalah apatah lagi BERSANGKA BURUK dengan rencana Allah. Berbahagialah andai kita diuji, berbahagialah andai saat ini HATI sedang menjalani FASA DIDIKAN TERUS dari Ilahi….kerana setiap yang pahit, setiap yang sukar YANG MANIS, HARUM dan INDAH pasti menanti.. LIHAT KE D.A.L.A.M D.I.R.I insyaallah akan ketemu JAWAPAN yang dicari impian masih belum ditunai dan ditangguhkan ; apapun mulai sahaja persembahkan YANG TERBAIK penuh luhur, jujur dan amanah , berikan YANG TERBAIK dengan ikhlas dan sabar insyaallah YANG TERBAIK juga akan kita nikmati. Tak happeninglaa hidup kalau takde T.H.R.I.L & E.X.C.I.T.E.M.E.N.T, betul tak?

Berbuat kebaikan, memanjangkan siratulrahim, berbagi ilmu, pengalaman, rezeki, DOA, sokongan baik dari segi wang ringgit, tenaga mahupun fikiran  bukan sahaja akan menambahkan keberkatan tetapi juga  membuatkan HATI YANG MEMBERI BERBUNGA RIANG dan BAHAGIA….He he he makanya jangan kedekut ya dalam perjalanan kalau ANDA KEDEKUT tidak mustahil DIA PEMILIK SEGALA ISI DUNIA ini juga akan KEDEKUT dengan anda maka itu sama-samalah kita berlumba untuk mencari KEKAYAAN, KEJAYAAN, KEBAHAGIAAN dan ILMU mudah-mudahan HASILNYA dapat kita “P.U.L.A.N.G.K.A.N K.E.M.B.A.L.I” untuk kemakmuran ummah. Malah bukan itu sahaja inilah juga sebahagian bukti PENZAHIRAN KESYUKURAN yang boleh kita lakukan atas limpahan rahmat rezeki, kebahagian, kejayaan dan kekayaan pinjaman dariNYA. Kan bestttu! Itulah keindahan di sebalik UKHWAH yang dihadirkannya untuk kita saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain semuanya kerna CINTA YA RABB YANG CUKUP SEMPURNA

Sehingga bertemu lagi Panjang-panjangkan artikel ini mudah-mudahan LEBIH MERIAH lagi JEMPUTAN-JEMPUTAN ISTIMEWA Allah hadirkan tidak terduga apabila kita terus berbagi kebahagian, kebaikan dan INGATAN KASIH penuh keikhlasan, insyaAllah!

JANJI ALLAH YANG PASTI USAH DIRAGUKAN!

Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 261
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.

Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 265

Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya) dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan.

Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 267

Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.

Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 268

Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma) dan dia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.

Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 271

Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik) dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.

Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 274

Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita.

Salam Inspirasi !

Facebook comments:

comments

Leave a Reply