gold

Rahsia Gemilang Diri & Kebebasan Kewangan Harus Dimulai Dengan KESEJAHTERAAN.

Bismillah…

Alhamdulillah bertemu lagi, insyaAllah kali ini bakal berkongsi dengan JEJAK RAHSIA GEMILANG DIRI. Ramai yang ingin berjaya, bahagia dan KAYA, siapa yang tak nak betul tak? Tapi rupa-rupanya untuk MENGECAPI KEJAYAAN & KEBAHAGIAN yang tulen bukan datang sekelip mata. Ada harga yang perlu dibayar cabaran, ujian serta pengorbanan dan KOMITMEN mengejar sebuah IMPIAN.  Bukan itu sahaja dalam sibuk-sibuk MENCIPTA BAHAGIA, SUKSES dan KECEMERLANGAN rupa-rupanya tidak mampu memberi MAKNA dan RASA BAHAGIA yang “cukup” andai di dalam diri masih hadir ‘peperangan’.

Rahsia KEJAYAAN yang tulen harus dimulai dengan KESEJAHTERAAN DIRI. Kesejahteraan diri ini bukan sahaja melihat sudut zahir nyata semata-mata tetapi LEBIH HOLISTIK LAGI pada tidak terzahir secara fizikal nyata. Sihat dan sejahtera serta harmoni dari sudut EMOSI, MINDA dan SPRITUAL juga FIZIKAL.  Di dalam zaman serba mencabar dan HI-TECH dan kesibukan memburu materi adakalanya KEBENARAN, KEJUJURAN juga KEHARMONIAN DIRI terlepas pandang. Tekanan dan cabaran datang dan pergi dan disinilah KEMAMPUAN DIRI akan teruji dan SECARA RASIONAL cabaran dan ujian tidak seharusnya dijadikan TITIK NOKTAH untuk memburu IMPIAN DIRI.

Cabaran PALING UTAMA adalah menerebos “SEMPADAN DIRI” yang lazimnya dipengaruhi oleh indoktrin serta pengalaman yang dikutip.  Dalam jejak mencari KAYA individu pastinya memerlukan mentor, PEMBIMBING atau dengan lain perkataan PEMIMPIN. Ada yang diuji dengan kegagalan, penipuan dan sebagainya apapun JANGAN SESEKALI BERSEDIH ini semua adalah asam garam dan PENGALAMAN yang sangat berguna. Berguna-guna juga TAPI bukan mudahkan nak MEMBAHAGIAKAN HATI dan MEMBUANG MARAH, SAKIT HATI dan DENDAM…haa ini yang kadang BAHAYA. Pengalaman silam yang negatif boleh mengekang KEPERCAYAAN dan SEMANGAT DIRI. Ini belum masuk lagi kritikan, sindiran insan-insan sekeliling lebih MENYULITKAN lagi kritikan dan tohmahan insan yang “HAMPIR” dengan kita. Ianya boleh jadi pasangan, ibubapa, adik beradik mahupun kenalan terhampir. Emosi yg ‘berbekas’ dan INGATAN yang dibayangi rasa terkilan, kecil hati dan GERAM jika tidak diuruskan dengan BAIK boleh sahaja menarik sebahagian “ENERGI & PENUMPUAN” individu untuk fokus terhadap matlamat dan MISI yang disasarkan.

Haa…mennyentuh tentang SASARAN belum lagi menyentuh persoalan matlamat INGIN KAYA atas kepentingan diri semata-mata ataupun KEIKHLASAN DIRI memberikan HAK sebagai ummah. Sikap tamak, rakus boleh sahaja memudarkan KETENANGAN DIRI yang ingin dicapai. GAH dengan pencapaian MATERI tidak seharusnya dijadikan matlamat total. Disinilah PAKSINYA perlu jelas memilih menjejaki BAHAGIA, SEJAHTERA, TENANG, KAYA, PANGKAT dan HARTA harus diasaskan dengan mencari pengiktirafan Allah sebagai terasnya. Mencipta GEMILANG di dunia harus disulami dengan pengertian dan PENGHAYATAN membina KESEJAHTERAAN & KETENANGAN AKHIRAT dan SYURGA ILAHI, insyaAllah bilamana ini semua HARMONI, TERANG dan JELAS barulah jejak gemilang KEBEBASAN KEWANGAN akan lebih LANCAR dan LUARBIASA. Hindari kemurkaan Allah dan sebarang bentuk ruang DOSA ianya harus dilakukan secara kolektif barulah KEJAYAAN akan lebih pantas dikirimkan. Salah satu CIRI DOA yang cepat diterima adalah bersih dari DOSA. Mana mungkin mampu mencipta GEMILANG YANG HARMONI jika PEMILIKNYA diderhakai…Nauzubillah!

InsyaAllah saya percaya ramai di luar sana tercari-cari, tertanya bagaimana HARUS langkah gemilang ini dimulai, benar???Subhanallah! InsyaAllah izinkan saya menemani PENCARIAN GEMILANG saudara dan saudari yang dikasihi Allah. Bebekalkan “pinjaman” dan ANUGERAH seribu rasa yang saya tempuhi mudah-mudahan IMPIAN INDAH kalian akan dimakbulkan Allah dengan RESEPI-RESEPI RAHSIA yang akan dibongkarkan! Semuanya HARUS dimulai dengan membina KETENANGAN, KESEJAHTERAAN dan KEHARMONIAN DIRI…tanpa RESEPI MENGENAL KEKUATAN & KHAZANAH DIRI individu akan lebih mudah cenderung terperangkap. Kesannya bila sudah TERPERANGKAP akan membuatkan individu LEBIH TERFOKUS kepada KELEMAHAN dan KEKURANGAN yang hadir dan bila KEKURANGAN yg diberi tumpuan maka secara logik dan realiti yang akan terjadi akan MENENGGELAMKAN POTENSI & ANUGERAH yang terpendam di dalam diri.

Untuk PENDAFTARAN & PENGESAHAN TEMPAT sila layari ~

http://anizanwar.com/ebook/PamphletKS1.pdf

Terokai RAHSIA…Temui KEINDAHAN…

Bersama Puan Aniz Hj Anwar

Di dalam penjelajahan murni Life Coaching Klinik Sukses

“REVOLUSI PENYEMBUHAN, KESEJAHTERAAN & GEMILANG INSAN” !

TARIKH : 29hb Januari 2011

MASA : 9.30pg – 5.30ptg

LOKASI : , Shah Alam. ( Penginapan budget HOTEL ditawarkan bagi peserta luar Lembah Klang dgn kadar minima serendah RM68 hingga RM128 semalam, hubungi penganjur untuk info lanjut)

BAYARAN : RM280.00

Terokai

RAHSIA..Temui KEINDAHAN Kehebatan dan Kasih Sayang Ilahi dalam diri

insan! You’ll be SURPRISE with the “MIRACLE” U have within Y.O.U! Dalam

Diri INSAN shj sudah cukup membuktikan KEKUASAANNYA…maka tiada batasan

sebenarnya untuk individu SEMBUH, BAHAGIA, SEJAHTERA dan seterusnya

mencipta GEMILANG DIRI!!


Facebook comments:

comments

pravs-j-try-till-you-win
Handbook EFT

Leave a Reply