3152913162_cbd67d7504

Perjalanan hidup bersama dengan perhentian yang penuh hikmah

Sebuah Catatan Dari Seorang Sahabat Mencari Penawar Diri!

Oktober 2007,

Di keheningan malam 15 Ramadhan …

“Maafkan saya , saya hanya mampu berkawan dengan awak “

“Kenapa , mengapa?”

“Maaf saya dah cuba.. tapi masa di depan Kaabah saya tak nampak muka awak”

Hancur luluh hati dan perasaan tika itu.. Pelbagai persoalan bermain di fikiran .. Mengapa? Apa salah ku? Hina sangat kah aku sampai di perlakukan hingga begitu? Setelah kau dengan bersusah payah nya berjumpa dengan ibu ku nan satu ibu yang tercinta menyatakan hasrat untuk menyunting aku.Akhirnya kau mungkir .. mungkir dengan janji bersama dengan alasan yang munasabah tapi susah nak di percayai.. Dayus sungguh kau lelaki.. Baling batu sembunyi tangan…

Selepas malam itu waktu itu maka bermula lah ujian dan episod kehidupan aku yang penuh dengan kedukaan, kesedihan , stress. Ujian Allah pada ku… Kerana bukan semudah itu aku menyerah kan hati dan perasaan pada seorang lelaki. Tapi kali ini percaturan ku tersilap.Rupanya aku memberikan hati dan perasaan pada lelaki yang sememangnya salah.Pedih hati tuhan sahaja yang tahu . Di depan kawan dan keluarga aku belagak gagah .. Seolah-olah aku mampu untuk menghadapi nya seorang diri.

Diam-diam aku mula mencari penawar untuk diri sendiri.En Google jadi teman pendamping ku.. Setiap doa , ayat al-quran aku cari dengan bantuan En Google dengan harapan berjumpa dengan penawar terbaik untuk ku.. Mencari doa2 yang boleh menghilangkan kesedihan ku.Tiba-tiba carian En Google membawa aku kepada satu link :

” Kaunselor Online- Putus Cinta , Isu rumah tangga , Keibubapaan dan ……… Sila hubungi : Pn Aniz – Tel, Online Kaunseling – sila add……”

Owh … terdetik hati aku.. zaman teknologi sekarang nak kuanseling pun boleh online.Hati mula berkata-kata… nak call ke tidak akak nie.. boleh percaya ker online kaunselor ? Efektif kah?.. Ala nak jumpa malu la plak nak g citer kat orang pasal putus cinta nie.. buat orang gelak jer..tapi kalau online nie x nampak muka.. Hmmmmm.. habis2 pun dia tahu citer dia tak nampak muka . macam-macam benda di fikiran.

Tapi tuhan gerakkan hati untuk menghubungi Pn Aniz melalui YM.

“Buzzzz”…..  cepat pulak tue respon.. setelah di cingak-congak harga service yang perlu di bayar… Saya pun membuat keputusan .. lets give myslef a try .. i’ve no loss pun … Maka transaksi dilakukan..Bermula la kaunseling online saya bersama Puan Aniz.. Alhamdulilah setelah satu jam.. ( mengikut perjanjian bersama dengan Pn Aniz) kaunseling tamat.. Hmmmm . lega sikit rasa runtun di jiwa.

AKhirnya saya buat keputusan untuk mendapatkan kaunseling LIVE. Maka appoitment pun di setkan….

Sesi 1:November 2007

Sesi 1 mengupas tentang childhood life dan megupas bagaimana kisah silam memberi kesan pada kehidupan sekarang. Setelah diselak di semak di nilai di kaji.. Akhirnya berjumpa la jawapan ..bukan putus cinta yang jadi penyebab.. Kenangan silam yang tak dilepaskan yang menjadi penghalang ..Putus Cinta hanya lah sekadar untuk penyebab mengapa semua ini berlaku pada saya.Ini kerana sebenarnya unresolve issue dalam jiwa membuatkan saya begitu teruk nak menghadapi hidup.Masyallah K aniz.. sgt tak ku sangka sekelip mata sahaja semua perkara yg dipendam dan dsimpan selama nie resolve.. Alhamdulillah.. tunjuk ajar puan aniz memberikan saya semangat baru…Amalan ketika solat juga disampaikan dengan penuh ikhlas.Sesi pertama saya pulang dengan bekalan untuk pemantapan rohani.Ayat al-Quran yang patut diamalkan ketika berada dlm keadaan tidak tenang.

Sesi 2:Disember 2007

Selapas 2 minggu …. Saya masuk sesi kedua.. Kali ini saya maksud dengan perasaan yang sgt ceria tapi masih ada lgi berbaki perasaan marah benci sakit hati. Nak pulak dapat tahu bekas kekasih dh nak kahwin lain.. Bayangkan lah 6 bulan x sampai hubungan diputuskan. Dia dah ada pengganti .. Dasar jantan kabaret.. Tika ini saya masih di d alam stage yang anytime boleh patah balik ker fasa kesedihan.Dengar lagu Awie Iris pun boleh nangis .. Tue belum tengok atau nampak benda2 kenangan bersama.. Masa nie Pn Aniz masih membimbing saya…. Katanya

” you are your own enemy ”  saya yang bertanggungjawab atas diri sendiri. Kalau saya masih nak duduk di tpt lama penuh kesedihan maka saya menjadi musuh diri. Kalau saya pilih untuk bahagia maka move on. Sesi 2 saya tinggalkan dengan meninggalkan semua kesedihan  dan sakit hati . Seperti biasa, kali ini saya dibekalkan dengan ilmu meditasi dalam Islam untuk membantu sata lebih relaks dan tenang selepas ini. Sesungguhnya meditasi ini sangat indah.. nikmat nya hanya pada siapa yang mengetahu dan mengamalakan nya. My life is in control for better at least…

Sesi 3:January 2008

Alhamdulillah i’m more in control untuk sesi 3 .Tiada lagi tangisan syahdu dan sendu. Cuma kali ini saya mengorak langkah untuk misi baru ” Mencari pengganti “.Ahakssss.. bukan tak laku punkan.. semua nya tenggelam dek kesedihan yang terlalu lama.. Kali ini kelas lebih istimewa dengan eksplorasi dalam Law Of Attraction.. Ask for what u want.. Dont ask for what you dont want.Always say and tell positive thought. Of course saya mula meletakkan target untk apa yang saya mahu..  Target pada waktu itu ” mencari pengganti dan berkahwin” .Wahhh.. hebatkan cita-cita…..Ingatan yang harus kita faham… Doa kita pada NYA pasti dimakbulkan .. Kalau cepat maka DIA mmenyayangi MU. Kalau lambat dimakbulkan maka DIA lebih menyayangi Mu kerana ada pengaturan terhebat untuk mu . Apa pun terus kan berdoa dan mengharap. Berdoa lah seolah-olah anda sudah mendapatkannya.

Sesi 4 : March 2008

Wahhhh…. sesi kali ini lebih adventure kerana saya sudah mampu mengaplikasikan Law of Attraction dan meditasi serentak. Nikmat-nikmat nya telah dirasai walaupun kecil tapi amat bermakna. Tika ini aku mampu memberikan senyuman terindah pada dunia. Kerana sakit putus cinta dah sembuh.Sesi kali ini lebih mendengarkan aku bercerita tentang hidup ku yang semakin hari semakin baik.ALhamdulillah , Pn Aniz memberikan endorsement bahawa aku x perlu lagi menghadiri sesi life coaching berjadual . Kerana aku dah mampu utk berdiri atas kaki sendiri.

Hidup diteruskan seperti biasa dengan Meditasi , Law of atraction di teruskan bersama tahajaud malam.Ujisn demi ujian datang dan pergi .Kata Pn Aniz ..

Ilmu tanpa ujian tidak bermakna ..ENjoy it and take it.. Maka saya enjoy kan diri even apa pun masalah.Kerana setiap ilmu yg diterima saya pasti diuji untuk tahu tahap kemampuan kita kan..Ujsian silih berganti. Tapi kali ini saya lebih tenangg dan bangkit semula walau apa pun terjadi kerana saya sudah ada ILMU.

Syukur alahmdulillah perjalanan hidup diteruskan dan saya sudah penganti dan hidup dlm keadaan yang lebih teratur dan tenang…

Law of Attraction saya aplyy dalam misi mencari?????…. by march 2009 saya sudah punya penganti bertepatan dengan apa yang saya inginkan.

Meditasi dalam Islam tetap diteruskan untuk lebih fokus dan lebih tenang dalam menghadapi kerenah manusia yang semakin mencabar.

January 2011,

Kini saya  happy dengan hidup saya.Kerana hidup anda, anda yang membuat pilihan. Baik buruk anda yang tentukan.Bukan kerana ada  penyebab.Kerana anda yang bertanggungjawab untuk dir sendiri.Menunggu untuk makan nasi minyak sendiri lagi…

Pilihan yang bakal merubah masa depan serta perlu dibuat dengan penuh keyakinan dan berani tanpa menoleh ke belakang lagi.

Hidup ini adalah seperti apa yang kita pilih.Jika pilihan kita adalah untuk mencari kebahagian dunia akhirat maka teruskan dan berusaha untuk mencapai apa yang diimpikan.Setiap peristiwa dan perkara yang berlaku mempunyai pilihan samada positif atau negatif.KIta lah yang akan menetukan samada sesuatu perkara itu akan menjadi positif atau sebaliknya.

Jika tersalah membuat pilihan anggaplah itu sebagai satu ujian dari NYA kepada kita.Kerana DIA yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.Sesungguhnya yang baik itu dari Alllah yang buruk itu dari kita sendiri.

Maka berdoa lah kepada NYA untuk mendapat pilihan terbaik .”…berilah kepada ku yang terbaik..sesungguhnya engkau yang lebih mengetahui dari ku.. …”

Pilihan yang bakal merubah masa depan serta perlu dibuat dengan penuh keyakinan dan berani tanpa menoleh ke belakang lagi.

Hidup ini adalah seperti apa yang kita pilih.Jika pilihan kita adalah untuk mencari kebahagian dunia akhirat maka teruskan dan berusaha untuk mencapai apa yang diimpikan.Setiap peristiwa dan perkara yang berlaku mempunyai pilihan samada positif atau negatif.KIta lah yang akan menetukan samada sesuatu perkara itu akan menjadi positif atau sebaliknya.

Jika tersalah membuat pilihan anggaplah itu sebagai satu ujian dari NYA kepada kita.Kerana DIA yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.Sesungguhnya yang baik itu dari Alllah yang buruk itu dari kita sendiri.

Maka berdoa lah kepada NYA untuk mendapat pilihan terbaik .”…berilah kepada ku yang terbaik..sesungguhnya engkau yang lebih mengetahui dari ku.. …”

Facebook comments:

comments

AnizAnwar - UM
Dr Noordin Biodata

Leave a Reply