Pergolakan Emosi Selepas Kematian Dan Kehilangan , APA Yang Perlu Anda Tahu Untuk Merawatnya?

Bismillahirrahmanirrahim

Bertemu lagi…hari ini saya akan berkongsi dengan para pembaca tentang satu ISU yang sering berlaku di dalam persekitaran kita namun ia sering dipinggirkan. Baru-baru saya berkesempatan menyantuni seorang ibu tua yang berusia pertengahan 60-an, beliau berkahwin pada usia yang sangat muda ketika 14 tahun. Lebih 50 tahun melayari mahligai perkahwinan bersama suami tercinta, chenta hatinya pergi menyahut panggilan Ilahi lewat 3 tahun lalu akibat serangan jantung. Hati yang gembira mendapat undangan Dhuyufurrahman kali kedua bertukar menjadi hiba dan longlai, walaupun sudah 3 tahun peristiwa ini sudah berlalu hati yang kehilangan masih lagi sembuh. Tahap kesihatan juga menjadi terkesan ; turut membimbangkan khususnya buat anak-anak yang melihat perubahan ibu yang  ketara ibu selepas pemergian ayah mereka.

Kesempatan Syawal yang lalu juga saya sempat menghadiri rumah terbuka bersama-sama rakan-rakan waktu di sekolah menengah dahulu, sempat kami berbual dengan berita terkini masing-masing. Kebetulan Tuan Rumah baru sahaja kehilangan ibu tercinta sehari sebelum Ramadhan, pemergian yang tidak pernah terduga…kami sempat berkongsi perasaan dan pengalaman yang dilalui. Hidup seakan terasa sepi, kosong dan HILANG MAKNA ; jika selama segala komitmen, masa, tenaga diberikan untuk mencapai impian yang dalam masa yang sama untuk memberi bahagia dan kemanisan hidup buat orang tuanya tiba-tiba bila insan yang dikasihinya pergi hidup terasa hilang halatuju dan seri keindahannya.Begitulah KERAMAT seorang ibu, perginya membawa bersama kegembiraan dan kebahagian hati seorang anak untuk bermanja walaupun sudah berusia…ibu tetap selalu di hati , semangat yang selalu menghidup dan mententeramkan jiwa. Seorang sahabat saya juga tidak ketinggalan berkongsi pengalaman melalui keperitan kehilangan insan tersayang…ayahnya meninggal sudah beberapa tahun hanya baru tahun ini sahaja dia mempunyai kekuatan menziarah pusara ayahnya.

Itu di antara catitan pengalaman yang masih segar di ingatan, saya percaya di luar sana masih banyak lagi kisah-kisah tragedi, keperitan dan perjuangan yang masih terus bergelut dengan DAMAI yang dicari apatah lagi sekiranya ia melibatkan penganiayaan, kezaliman dan sesuatu yang tidak pernah terduga seperti mangsa pesawat MH370, MH17 dan seumpamanya. Ia sesuatu yang sangat sulit, pedih, sukar untuk dilepaskan dengan mudah namun ia perlu diusahakan demi keharmonian diri, kebahagian dan meneruskan kelangsungan hidup , mengisi tanggungjawab dan amanah yang ada di depan mata. Jangan sampai kesedihan dan ujian kehilangan yang ditempuhi membuatkan diri hilang kawalan sehingga menjejaskan kehidupan dan kefungsian peranan yang seharusnya diberikan dalam kehidupan ini.

Dalam istilah dunia kaunseling dan psikologi , perasaan ataupun tekanan yang dilalui akibat kehilangan ini dinamakan grief. Ia sesuatu proses yang normal sebenarnya untuk seorang individu merasa sakit, kehilangan, sunyi, rindu dan bersedih. Kemampuan seseorang individu berhadapan dan menangani ujian atau grieving ini sangat bergantung kepada personaliti dirinya, coping style, pengalaman hidup, persekitaran, kepercayaan hidup bertuhan dan bagaimana cara insan tersayang itu pergi meninggalkan mereka. Kemampuan untuk MENJEMPUT KESEMBUHAN DIRI DAN DAMAI DI HATI ini boleh berlaku secara semulajadi mengikut aturan dan masa yang dilalui ; ia boleh jadi lambat atau cepat bergantung kepada KEBENARAN dan PILIHAN TINDAKAN dirinya. Untuk segelintir individu yang berhadapan dengan kematian mungkin mengambil masa seminggu untuk sembuh, ada pula mungkin sebulan dan tidak mustahil juga ada yang bertahun-tahun lamanya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`

Apakah PENDEKATAN yang terbaik untuk menangani proses kehilangan ini dan APA yang perlu pembaca tahu untuk membantu proses penyembuhan yang lebih baik ?

1. Cuba untuk menghindari atau menidakkan kesakitan dan penderitaan yang hadir akibat kehilangan bukanlah sesuatu tindakan yang bijaksana. Ia mungkin dapat membantu untuk proses yang singkat tetapi konsekuennya untuk jangka masa yang panjang dikhuatiri lebih sukar nanti.

Solusi : Berikan ruang, masa dan peluang yang ADIL pada diri untuk merasai kesedihan, kesakitan dan kekecewaan yang hadir. Namun setelah puas dan ADIL memberi kesempatan pada diri maka BERANI dan JUJURLAH untuk menjemput kesembuhan diri yang sempurna. In sha Allah mudah-mudahan didoakan jejak kemenangan diri, kebahagian dan kejayaan akan mudah lagi diraih bilamana kita sendiri memilih dan membenarkannya tanpa konflik dan peperangan.

 

2. Berusahalah untuk berhadapan dengan pergolakan emosi yang dialami dengan cara yang lebih kreatif dan bijaksana sama ada berkongsi pengalaman atau perasaan dengan ahli keluarga, rakan-rakan, menulis di blog, facebook dan seumpamanya , siapa tahu pengalaman hidup yang ditempuhi juga mampu menjadi PENGUAT SEMANGAT untuk turut berjuang dan menempuh episod yang sama di luar sana.

Solusi : Hati yang sarat dengan kesedihan, usah dibiarkan lara sendirian. Ada pelbagai cara untuk menzahirkannya antaranya dengan menulis, mengingati kembali dan menghargai semula memori-memori INDAH dan BERMAKNA yang perlu dilalui bersama insan tersayang. Sekurang-kurangnya dengan cara sedemikian akan memberi kelegaan dan kelapangan dari sendirian bersedih. Bahkan menerusi perkongsian kita juga dapat belajar dan menerima sokongan serta doa dari orang-orang di sekeliling kita. Inilah kemanisan ukhwah sebenarnya, Allah swt memang BAIK HATI , Dia tidak akan tinggalkan kita sendirian tapi sayang kadang jalan kesembuhan dan kebahagian itu kita sendiri yang menolaknya sebab terlalu larut dalam lara emosi yang sedih dan dalam.

 

3. Berdamailah dengan takdir yang berlaku. Hanya dengan jalan kedamaian, penyerahan diri dan keredhaan dengan hati yang akur dengan kekuasaan dan kepunyaan Ilahi terhadap hidup kita akan mampu membuatkan hati yang sakit, luka dan terbeban , sarat dan lelah bertukar menjadi terhibur dan terubat, In sha Allah.

Solusi : Biar sukar dan payah, perlu diingat khususnya buat yang Muslim dunia bukanlah matlamat kehidupan kita. Kehidupan di dunia ini hanya medan ujian , perjuangan yang akan dibawa menjadi SAKSI nanti dimanakan selayaknya kita ditempatkan nanti. Maka berbahagialah untuk selalu AKUR dan PERCAYA kita akan baik-baik sahaja dalam jagaan dan kesempurnaan Ilahi menemani kita dengan cahaya cinta dan kasih sayangNya yang luas tidak bertepi.

ALLAH Subhaanahu Wa Ta’ala berfirman :

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan saja mengatakan : ‘ Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi (2) Dan sesunggunya KAMI  telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya DIA mengetahui orang2 yang dusta (3).” (Al-Qur’an, Surah Al – Ankabuut (29), ayat 2-3).

 

4. Kelapangan hati dan ketenteraman jiwa untuk mampu di jemput dengan kebenaran diri. Tingkatkan amalan diri dan kebahagian , mencari PENYEMBUH dari EMPUNYA Pemilik segalaNya dan isi dunia ini.

Solusi : Dekatkanlah diri dengan Allah swt, banyakkan solat, bermunajat, membaca Al Qur’an dan berzikir. Semoga hati yang sedih bakal terubat dengan kebahagian dan sentuhan kasih Ilahi berbicara dalam isyarat CINTA untuk hambaNya yang terpilih.

 

5. Dan yang paling penting juga disini JANGAN ABAIKAN KESIHATAN DIRI. Ambil peduli tentang tahap kesihatan diri, pastikan cara hidup yang sihat, pengambilan nutrisi serta minum air yang cukup. Dapatkan rawatan sekiranya keadaan diperlukan. Jangan berterusan mengabaikan diri konsekuannya nanti mudarat kepada diri dan orang lain pula ; paling penting PERLU SEDAR bagaimana kita nak sayang orang lain, nak jaga kebajikan dan keperluan orang lain dibawah amanah dan tanggungjawab kita sekiranya diri kita sendiri TIDAK MAMPU kita jaga.

Solusi : SAYANGI DIRI ANDA!! Sesungguhnya ujian hidup, kehilangan, perpisahan dan kematian bukanlah bertujuan untuk melemah mahupun memusnahkan kita melainkan untuk kita LEBIH MENGENAL dan MENGHIDUPKAN kehidupan itu sendiri. Lebih cekal, lebih kuat dan lebih gigih lagi untuk berhadapan dengan kenyataan dan meneruskan perjalanan ; In sha Allah BAKTI dan amanah yang diisi juga pasti ada ruang dan saham yang boleh dipanjangkan untuk insan yang tersayang yang terlebih dahulu menemui PenciptaNya Allah swt.

 

6. Dapatkan rawatan dan bantuan profesional jika pergolakan emosi mahupun konflik masih tetap berterusan ; jangan pinggirkan penderitaan yang hadir dan menganggapnya sebagai OK dan I can handle this!! Pergolakan emosi, ketidaktenteraman serta kesedihan juga kemurungan yang berlanjutan jika dibiarkan boleh merampas dan meragut kebahagian dan POTENSI DIRI hari ini dan akan datang. Paling penting juga kita tidak mahu kehidupan insan di persekitaran kita menjadi terkesan dengan kesakitan dan penderitaan yang dialami. Apatah dalam perkahwinan dan rumahtangga dikhuatiri nanti ada insan atau kehidupan yang terabai hanya disebabkan kesombongan, kedegilan dan

Solusi : Seek profesional help…Jangan berikan alasan untuk membantu penyembuhan diri. Hentikan JATUH CINTA kepada kesakitan dan lara yang nyata akan menjauhkan lagi individu daripada kebahagian, keharmonian dan ketenteraman hidupnya. Allah tidak pernah zalim….seringkali kita sendiri menzalimi diri kita dengan tenggelam dalam pergelutan takdir dan kesedihan yang larut. Ia sama sekali tidak akan membantu perjalanan dunia dan akhirat yang lebih sejahtera…lepaskan…ikhlaskan…redhakan In sha Allah MAKNA HIDUP dan KEINDAHAN serta KETENTERAMAN JIWA menjadi hamba yang akur dan rela pasti mampu diraih dan dinikmati kemanisannya.

 

7. Siapkan TIME LINE atau dengan lain perkataan jangkaan perubahan dan kesembuhan diri yang lebih sistematik dan menyeluruh. Secara tidak langsung PERANCANGAN dan cara melihat ke hadapan walaupun barangkali masih kabur atau agak jauh tetapi ia boleh menjadi suatu elemen untuk MEMACU kelancaran proses transformasi dan kesembuhan yang lebih praktikal dan diyakini.

Solusi : Bekerjasama dengan para profesional khususnya di kalangan kaunselor, psikiatris mahupu Life Coach In sha Allah dapat membantu penjelajahan kesembuhan dan kebahagian yang ingin dikecapi dengan lebih lancar lagi, In sha Allah.

Semoga TIPS yang dikongsikan dapat membantu, In sha Allah!

 

Sehingga bertemu lagi…

 

Salam Inspirasi & Harmoni Selalu buat semua…

#hjhanizhjanwar

 

 

 

Facebook comments:

comments

Leave a Reply