Successful-Marriage

Penenang Hidup Boleh Menyelamatkan Suami Di Akhirat

Jazakallahu khayr To Dr Ikmal for sharing this article with us.
Semoga perkongsian memberi inspirasi dan manfaat dalam menghidupkan kebahagian rumahtangga yang terpimpin dan dipandu mencapai keredhaan juga kesejahteraan di dunia dan akhirat…Aamiin Allahumma Aamiin Ya Allah!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Seorang lelaki yang belum berkahwin tentu bercita-cita
untuk memiliki seorang wanita yang boleh menjadi teman
hidup, boleh memberi kebahagiaan zahir dan batin dan
ketenangan dalam rumahtangga.Mereka yakin hanya wanita
yang ‘baik’ saja yang boleh memberi ketenangan.
Lantaran itu tidak pelik ada lelaki yang memesrai
ramai wanita lain sebagai teman berhibur, tetapi
enggan menjadikan mereka isterinya. Sebaliknya memilih
wanita yang terpelihara, yang belum dimesrai oleh
mana-mana lelaki sebagai suri dalam hidupnya.Itulah sebenarnya fitrah semua lelaki. Inginkan agar
wanita yang menjadi teman hidupnya boleh menjadi
sumber ketenangan pada hatinya dan kebehagiaan dan
kegembiraan dalam rumahtangga demi untuk menyambung
zuriatnya.

Tidak semua wanita boleh memberi ketenangan hidup pada
lelaki yang menjadi suaminya. Wanita yang ada
meletakkan cinta pada orang lain, tentulah tidak akan
dapat menggembirakan suami. Betapa ramai hari ini
isteri-isteri yang teralih pandangannya pada lelaki
lain yang ditemui setiap hari di tempat kerja, di
tempat menunggu bas, lelaki yang ditemui semasa
berurusan dengannya yang mana ada di antara mereka
lebih kacak, lebih mesra, lebih kaya dan memangnya
pandai memikat. Lelaki yang tidak pernah memikirkan
samada wanita itu isteri orang ataupun anak dara orang
sememangnya akan memburu dan membujuk rayu wanita itu
untuk dapat memuaskan dorongan nafsu jahat.

Isteri yang malang akan terperangkap dan akan
hilanglah keindahan hidup dalam rumahtangga kerana
hatinya sudah dapat digugat oleh lelaki lain. Cintanya
telah berbelah bagi. Perhatiannya pada suami sudah
tidak seseriuos seperti masa mula-mula kahwin dulu.
Makin hari makin hendak larikan diri daripada suami.
Apa lagi kalau semakin hari semakin nampak kelemahan
dan kecacatan suami. Maka berfikir dan beranganlah
mereka untuk hidup di samping lelaki lain yang ditemui
saban hari di tepi-tepi jalan, di tempat kerja atau di
mana saja. Sehingga kerana itu layanan pada suami
makin kurang.

Kasih begini memang telah berlaku dan pernah
diceritakan dalam kitab. Kisah seorang wanita muda
yang bersuamikan lelaki tua. Wanita muda yang jadi
isteri itu hari-hari ke pasar membeli barang
keperluaannya disebabkan oleh suaminya uzur dan sudah
tua. Bertemulah dia dengan seorang penjual yang muda
dan kacak. Pada mulanya dalam hati wanita itu biasa
saja, tiada apa-apa perasaan lain bila berurusan
dengan lelaki itu. Tetapi setelah kerap kali berjumpa
timbul pula perasaan lain di dalam hatinya. Hatinya
mula membandingkan lelaki itu dengan suaminya. Mulalah
dia nampak suaminya tidak ‘handsome’ dan tua. Sehingga
hatinya mula terpikat pada pemuda itu. tetapi dia
wanita solehah. Tidak mahu syaitan mempermainkannya
dan tidak sanggup untuk curang pada suami yang banyak
berjasa padanya.

Lalu apabila balik ke rumah dia pun mengadu pada
suaminya tentang keadaan dirinya. Dia meminta pada
suaminya untuk tidak mahu ke pasar lagi. Dia tidak
mahu bertemu lagi dengan lelaki kacak pada pandangan
matanya, demi menjaga iman dan untuk taat pada
suaminya.

Begitulah kisah seorang wanita solehah. Apa jadi kalau
wanita yang tidak baik mengalami kisah begitu? Tentu
dilayan kemahuan hati untuk menjadi kekasih hati
lelaki lain apabila hati sudah tawar dengan suami. Ini
jugalah puncanya yang menyebabkan banyak rumahtangga
yang runtuh pada hari ini kerana isteri sudah tidak
merasa suami itu istimewa pada dirinya yang sepatutnya
dilayan sebaik-baiknya dan dimuliakan
setinggi-tingginya. Didahulukan segala kemahuan dan
hajatnya lebih dari orang lain walaupun kedua ibu
bapanya sendiri. Kebanyakan wanita hari ini memandang

perintah memuliakan atau mentaati suami sebagai tidak
patut dan menganggap perintah itu sebagai menghina
kaum wanita sehingga menjadi hamba abdi suami.Isteri sebegini, yang tidak nampak lelaki lain yang
lebih hebat, lebih baik terhadap dirinya melainkan
suaminya akan meletakkan sepenuh kasih sayang, cinta
dan ketaatan pada suaminya. Dia akan sentiasa
mencari-cari apa saja perlakuan yang menyenangkan hati
suami. Mencari apa yang menjadi keghairahan suami dan
menjauhkan diri dari membuat perkara yang suami tidak
suka dan boleh menghilangkan bahagia pada hati suami.
Seterusnya sangat takut untuk melakukan perkara yang
boleh menggugat kebahagiaan dalam rumahtangga yang
telah dibina. Lebih takut lagi untuk derhaka pada
suami kerana takut kemurkaan Allah yang akan
melemparkan isteri-isteri yang derhaka dalam neraka.

Dari Abu Hurairah r.a dia berkata: Di tanya orang, “Ya
Rasulullah manakah wanita yang baik?” Rasulullah saw
menjawab;

“Wanita yang baik ialah wanita (isteri) yang selalu
menggembirakan suaminya, bila suaminya melihat
kepadanya, ia selalu patuh, bila suaminya
memerintahnya, dan dia tidak mahu melanggarnya baik
pada diri peribadinya, mahupun harta bendanya menurut
yang tidak disukai suaminya.”

Siti Fatimah anak Rasulullah saw, pernah sekali secara
tidak sengaja telah membuat suaminya Sayidina Ali r.a
tersinggung hatinya. Lalu dia telah mengelilingi
Sayidina Ali sebanyak 72 kali meminta kemaafan dan
keredhaan dari suaminya itu. Perbuatannya mengelilingi
Sayidina Ali itu telah menyebabkan beliau ketawa,
yakni redha kembali pada isterinya Siti Fatimah. Tapi
Siti Fatimah masih bimbang dan terus mengadu terhadap
Rasulullah. Apa kata Rasulullah terhadap peristiwa
itu? sabda baginda:

“Wahai Siti Fatimah, kalau engkau mati dalam keadaan
Ali tidak redha padanya nescaya aku ayahandamu tidak
akan menyembahyangkan jenazahmu.”

Begitu sekali pentingnya isteri menjaga hati suami
agar jangan sampai kecil hati, apa lagi kalau
perbuatan itu menimbulkan kemarahan dan kebencian di
hati suami. Hendaklah dijauhkan agar tidak berlaku di
dalam rumahtangga kita. Biarlah kita jadi wanita
penenang dan penyejuk hati suami dalam rumahtangga
sepertimana sabda Rasulullah saw bahawa baginda
mencintai tiga perkara iaitu sembahyang, wangi-wangian
dan wanita solehah. Biarkanlah wanita yang tidak
solehah itu berkata perbuatan memuliakan dan
mentaatkan suami itu sebagai kerja menghina atau
mengabdikan kaum wanita, kerana tempatnya sudah
bersedia menunggu. Cuma kita sebagai orang Islam,
doakan mereka semoga dia insaf akan kata-katanya itu.

Wanita solehah akan jadi perhiasan yang tinggi
nilainya dalam rumahtangga, sumber penyejuk dan
kebahagiaan hati suami. Memandangnya sudah cukup
membuatkan suami lupa pada masalahnya. Atau pun merasa
ringan dari segala bebanan. Tenang untuk menghadapi
hari esok kerana di sampingnya ada satu sumber yang
memberi kekuatan dan ketenangan hati dengan izin Allah
swt.

Berbahagialah suami yang memiliki isteri-isteri yang
sepertimana difirmankan Allah dalam surah An Nisa ayat
34 yang bermaksud:

“maka sang isteri (wanita-wanita) yang baik itu ialah
mereka yang setia kepada suaminya, mereka selalu
memelihara kehormatan dirinya selama suaminya tiada di
rumah, sebagaimana Allah telah memeliharanya.”

Memang telah Allah jadikan wanita itu sebagai
pelengkap hidup bagi lelaki. Dengan memesrai dan
menggauli wanita yang jadi isterinya, lelaki boleh
melepaskan ketegangan seks dan ketegangan fikiran
setelah penat bertungkus lumus di tempat kerja.
Persoalan di tempat kerja kadang kala begitu berat dan
cukup meletihkan bagi kaum lelaki. Ketika itu lelaki
amat memerlukan hiburan. Hiburan yang tertinggi bagi
seorang lelaki ialah wanita, iaitu isterinya.

Wanita yang dihalalkan baginya ialah isteri yang telah
dikahwini secara sah di sisi syariat. Tetapi ada juga
lelaki yang mencari hiburan melalui wanita yang bukan
isterinya. Mereka dampingi wanita liar yang bebas,
yang boleh diajak ke hulu ke hilir, ataupun mereka
kunjungi wanita di rumah urut, tempat pelacuran, yakni
hiburan yang terpaksa dibayar setiap kali minta
dilayan. Duit habis, layanan pura-pura dan dosa kerana
buat maksiat akan memburu mereka di akhirat nanti.
Entah-entah kerana dosa itu mereka akan merempat hina
di neraka yang penuh seksa. Itulah pentingnya lelaki
memiliki seorang isteri yang sedia untuk melayan
suaminya. Samada layanan dalam keperluan makan minum,
pakaian dan fikiran juga lanan dari segi seksual.
Kerana layanan itulah yang akan dapat menyelamatkan
suami dari mencari hiburan dan ketenangan di tempat
lain. Seterusnya boleh menyelamatkan para suami dari
melakukan dosa.

Layanan dari segi seksual penting apabila suami
berhajat. Sehingga Rasulullah saw berpesan dalam
hadisnya kepada para isteri supaya mereka melayani
hajat suami sekalipun mereka berada di atas belakang
unta, mesti ditunaikan juga. Tetapi, wanita yang tidak
solehah akan memandang pesanan sabda Rasulullah saw
ini sebagai tidak ada otak dan semua kaum lelaki
bertuhankan nafsu seksual.

Ada diceritakan, di antara para sahabat Rasulullah saw
yang berpuasa apabila berbuka mereka menggauli
isterinya terlebih dahulu. Ini disebabkan melepaskan
dorongan seks akan mendatangkan ketenangan pada
lelaki. Apabila tenang barulah datang rasa khusyuk
sewaktu beribadah.

Jangan disebabkan oleh terlalu letih bekerja, isteri
merera berat untuk menunaikan hajat suami. Sehingga
suami berasa kecil hati dan mendongkol. Isteri-isteri
yang begitu akan dilaknat oleh Allah sebagaimana hadis
Rasulullah. Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi saw,
bersabda:

“Bila seorang telah mengajak isterinya ke tempat
tidurnya (untuk menggaulinya), lalu ia enggan datang,
dia dikutuk oleh malaikat hingga waktu subuh.”
Riwayat Bukhari dan Muslim

Jika isteri-isteri betul-betul dapat menyediakan diri 
dan rumahtangga sebagai sumber dan tempat suami dan 
ahli keluerga mendapat ketenangan, insyaAllah suami 
itu akan semakin bersungguh-sungguh untuk beribadah, 
bersembahyang, membaca Al Quran, zikir wirid dan 
melakukan kebaikan dengan hati yang lapang, bila dia 
keluar rumah. Sebaliknya bila dia keluar rumah, 
hatinya tidak bimbang meninggalkan rumah kerana dia 
yakin ada orang yang disayanginya dapat memelihara 
amanahnya dan rumahtangga. Tidaklah fikirannya 
diganggu oleh persoalan rumahtangga yang remeh-temeh. 
Merdekalah fikirannya untuk memikirkan dan 
melaksanakan tugas seorang lelaki yang lebih besar dan 
berat yang telah diamanahkan kepadanya di luar rumah. 

Ketenangan yang didapati oleh seorang suami dari 
seorang isteri solehah memungkinkan suaminya untuk 
mencapai kejayaan hidup di dunia. Ia akan memungkinkan 
suami berjaya dan maju dalam perjuangannya, dalam 
kariernya dan sebagainya. Dan boleh menyelamatkan 
mereka di akhirat dari seksa Allah kerana berkat 
layanan dan ketenangan yang didapati dalam rumahtangga 
menghalang dari bertindak liar dan curang di belakang 
isteri. 

Bagaimana…para isteri, tersentak kita dari lamunan? Sebenarnya saya sendiri banyak “terkesan” dari artikel ini. Banyak manfaat dan ilmu yang diperolehi khususnya dalam MEMAHAMI RUANG  @ WORLDVIEW HIDUP SEORANG LELAKI BERGELAR SUAMI. Sememangnya sebagai insan kita tidak terlepas dari kesilapan dan kelemahan diri namun itu bukanlah alasan untuk kita terus terperangkap dalam masalah dan hidup dalam lena semalam. Untuk menikmati hidup yang bahagia, harmonis dan sejahtera ILMU, KUASA BERTINDAK dan STRATEGI memainkan peranan yang sangat penting. Kursus perkahwinan yang dihadiri TIDAK MEMADAI untuk menjadi bekal menghadapi liku-liku, pancaroba dan cabaran. Maka jalan terbaik selain membaca, menghadiri ceramah, seminar adalah dengan berguru, alhamdulillah berbekal keazaman dan keinginan yang murni untuk melihat LEBIH RAMAI pasangan menjalani hidup berumahtangga maka lahirlah Module Jejak Cinta Jannah yang mengupas perincian, ilmu, pengetahuan, pengalaman dan skil untuk menangani cabaran dalam rumahtangga.

 GUIDE TO SUCCESSFULL MARRIAGE  ~

Kelas Bimbingan Jejak Cinta Jannah
Lokasi : Baiti Rizqi Hjh Aniz , Seksyen 7, Shah Alam.

Berminat untuk mendalam ilmu tentang kesejahteraan dan menjemput kebahagian dalam rumahtangga??? Sila SMS / Whatsapp ke  012.391.5362

Facebook comments:

comments

Kaunseling Kerjaya
3 Make Wonderful Marriage

Leave a Reply