Bismillah…
Salam hormat buat para sahabat yang dikasihi…Jumpa lagi kali ini menunaikan JANJI untuk rakan-rakan fb…Kupasan sebuah Jurnal Perkahwinan Antarabangsa yang mengupas satu KAJIAN TENTANG ~ Does Divorce Make People Happy?Findings from a Study of Unhappy Marriages. Atau dengan lain perkataannya ADAKAH PENCERAIAN MEMBUATKAN PASANGAN BAHAGIA???Sebuah kajian yang dilakukan oleh seorang Sociologist Linda Waite dari Universiti Of Chicago.
Selama ini kita mungkin didedahkan dengan ANDAIAN bahawasanya PERKAHWINAN yang tidak bahagia seharusnya ditamatkan dengan perpisahan bagi menjamin kelangsungan agar selepas perpisahan kehidupan pasangan yang terlibat lebih tenang dan membahagiakan. Namun apa yang tidak disangka DAPATAN hasil kajian ini nampaknya telah mencabar ANDAIAN konvensional di atas. Hasil kajian yang diperolehi menunjukkan TIADA BUKTI KUKUH menunjukkan bahawasanya pasangan yang tidak bahagia dan memilih perpisahan adalah LEBIH BAHAGIA berbanding pasangan yang bermasalah yang memilih untuk terus kekal dalam perkahwinan. Dan LEBIH MEMERANJATKAN lagi kajian ini juga mendapati hampir 2/3 PASANGAN YANG TIDAK BAHAGIA yang memilih untuk terus kekal dalam perkahwinan DILAPORKAN mereka LEBIH BAHAGIA selepas tempoh 5 tahun perkahwinan mereka diuji. Kajian longitude ini melibatkan persampelan data seramai 5232 pasangan yang telah berkahwin dan seramai 645 pasangan dilaporkan TIDAK BAHAGIA. Selepas 5 TAHUN pasangan yang melaporkan perkahwinan mereka tidak bahagia ditemuduga semula , ada yang telah berpisah dan ada yang terus kekal dalam perkahwinan. (Uishh! Macam buat dissertation plak che’ di pagi yang heningnie…windu plak nak mengaji semula…padahal kalau time belajar ya ampun kalau tidak kerana tugasan jawabnya jurnal-jurnaltu jadi simpanan sahajalaa…naik allergic nak membacanya…berselirat urat otak nak mendigestnya…megren dibuatnya he he he ~ tak sangka plak setelah 3 tahun berlalu skang suker plak…satu perkembangan yang baiknie…cabaran minda untuk mempertingkat & mempertajamkan ilmu…tahu punyer kekawan pasti suker sebabnya tak suker artikel in Englishkan…so kekawan DOAKANLAH saya supaya diberi kelapangan oleh Allah swt…diterangkan hati dan kurniakan minda yang cerdas untukterus menjadi PENTERJEMAH kalian yer…nanti kat akhirat Allah claimkan utk akak…J )
Ok sambung semula…panjangnie kita kena buat SERIES…
HASIL KAJIAN 645 SAMPLE YANG MELAPORKAN TIDAK BAHAGIA DALAM PERKAHWINAN…
Selepas 5 tahun 645 sample yang melaporkan mereka tidak bahagia ~ ada yang berpisah dan yang memilih KEKAL dalam perkahwinan dan HASILNYA pasangan yang memilih untuk terus kekal melaporkan mereka kini LEBIH BAHAGIA berbanding PASANGAN yang memilih untuk berpisah @ bercerai. TAHUKAH PARA SAHABAT KENAPA???Ini antara jawapannya :
I) Pasangan yang memilih untuk berpisah terpaksa melalui ujian dan fasa getir dalam kehidupan mereka penceraian lazimnya tidak membantu dalam mengurangkan tekanan mahupun meningkat self esteem individu.
II) Hasil Kajian juga mendapati pasangan yang MEMILIH UNTUK BERKAHWIN SEMULA pula terpaksa melalui cabaran penyesuaian dengan dunia baru melibatkan hubungan dengan anak tiri.
III) Melalui tekanan BEBAN KEWANGAN apabila bekas suami tidak membiayai kehidupan anak-anak
IV) Dan YANG PALING HEBAT melalui trauma juga BEBAN EMOSI dari kesan penceraian adalah anak-anak apabila melibatkan perebutan HAK PENJAGAAN anak-anak, pengabaian HAK disamping
V) TEKANAN disebabkan pergeseran, konflik atau dendam yang melibatkan pasangan yang bercerai
VI) Dan juga konflik dalam memenuhi fitrah untuk memulakan hubungan yang baru
VII) Berhadapan dengan STIGMA masyarakat dan sebagainya
SATU PERSOALAN….
Mengapa tidak PENCERAIAN mampu membuatkan individu atau pasangan lLEBIH BAHAGIA???Tanpa disedari dalam usaha untuk membawa diri keluar daripada satu tekanan perkahwinan mampu mengundang “POTENTIAL HARM” dari sudut yang lain seperti yang dinyatakan di atas tadi.
Marital Turnarounds: How Do Unhappy Marriages Get Happier?
Berpandukan DRAMATIC FINDING daripada 645 sample tadi kajian dilanjutkan kepada 55 sample PASANGAN yang dahulunya melaporkan tidak bahagia kini telah MELAPORKAN LEBIH BAHAGIA. Antara masalah pyang dilaporkan oleh 55 pasangan ini termasuklah masalah alcohol, penagihan dadah, kewangan, kecurangan, penderaan , depressi, musibah penyakit dan pengangguran.
BAGAIMANA PERKAHWINAN INI BERJAYA DALAM SURVIVOL MEREKA??? Ahaa! Satu lagi perspektif menarik untuk diterokai …Tunggu!
Bagaimana ingin mendapatkan TIPS & MAKLUMAT eksklusif sequel kupasan ini …SILA SUBSCRIBE ~ http://anizanwar.com
Jumpa di sana…HEAL LIVE ~ LIVE LIFE!!!
Khidmat Kunseling Kini LEBIH MUDAH ~ hanya di hujung jari anda! Life can be A MAGNIFICIENT RAHMAT from Allah provided if we CHOOSE …Heal within…Change from within YOU can bring CHANGE to others, insyaAllah ! Untuk pertanyaan & TEMUJANJI sila YM : nizwar75
Salam Rahmat!
Leave a Reply