1

Panduan Memilih Aliran Selepas PT3

Bismillah…

Pertama saya ucapkan TAHNIAH kepada para pelajar dan ibubapa yang telahpun memperolehi keputusan PT3 2016 baru-baru ini. Alhamdulillah segala persoalan sudahpun terjawab dan KINI tibalah masa untuk membuat keputusan yang lebih bijak dan tepat dalam membantu halatuju dan kejayaan yang lebih lancar di masa hadapan.

Untuk makluman apa yang saya difahamkan para pelajar sudahpun menjalani Analisis Psikometriks ini di peringkat sekolah malah KEPUTUSAN Analisis itu juga sudah diperolehi dalam bentuk sijil sebenarnya. Cuma yang menjadi kemusyikilan dan cabarannya para pelajar dan ibubapa KURANG DIDEDAHKAN signifikan analisis ini dijalankan maka jangan terkejutlah untuk memahami dan menginterpretasi KEPUTUSAN di tangan pun “tiada clue”.

Apa aliran yang BAGUS untuk anak aku nie? Ok ke keputusan yang diperolehi ini jika dia BERMINAT untuk mengambil aliran Sains ? Boleh tak jika dia PILIH untuk tidak mengikuti aliran Sains walaupun keputusan PT3nya cemerlang? Alasan dan FAKTA apa yang boleh dirujuk dan dipegang, tak naklah di kemudian hari pelajar atau anak tadi berasa tertekan, tidak gembira dan lemah putus asa sekiranya dia tak mampu nak ikuti pembelajaran? SEMUA PERSOALAN sebenarnya ada JAWAPANNYA di dalam SLIP KEPUTUSAN ANALISIS PSIKOMETRIKS.

Di sini saya kongsikan PANDUAN untuk para ibu bapa dan pelajar untuk membuat keputusan dan pilihan yang lebih bijak demi kebahagian dan kecemerlangan di peringkat seterusnya In sha Allah :

 

1) Pilih aliran yang bertepatan dengan KEPUTUSAN KOD SDS @ MINAT KERJAYA yang diperolehi. Pastikan sebaiknya pilihlah KOD yang pertama BUKAN KOD yang kedua atau ketiga. Untuk makluman ada 8 BIDANG yang diwakili oleh Analisis SDS @ MINAT KERJAYA ini. Langkah bijak untuk memilih aliran atau pengajian yang bakal dijadikan kerjaya di kemudian hari , individu PERLULAH meneliti dari sudut PERSONALITI dan POTENSI yang dimilikinya.

REALISTIK

(Persawatan, Sains,  Kerja Luar)

Minat:

  • Mempunyai kemahiran elektik atau mekanikal
  • Kegiatan yang melibatkan manipulasi objek.
  • Alat-alat, mesin-mesin, binatang-binatang secara terang dan bersistem.
  • Minat bekerja di luar bangunan daripada di dalam bangunan

Ciri Personaliti:

Sukakan pekerjaan yang realistik dan mengelak daripada aktiviti sosial.

Menggunakan kebolehan kekuatan fizikal dalam menyelesaikan masalah.

Menghargai perkara-perkara yang konkrit atau ciri-ciri peribadi yang terbukti kebenarannya seperti wang, kuasa dan status.

Mempunyai kecekapan dalam bidang sains dan matematik.

Kurang kebolehan dalam hubungan sosial.

KERJAYA : Dalam bidang kejuruteraan, Jurutera Awam, Jurutera Mekanikel, Jurutera Persawatan, Jurutera Kapal Terbang,  Jurugegas Jentera, Mekanik, Juruteknikel Makmal dan seumpamanya.

INVESTIGATIF

(Sains)

Minat:

Suka membuat pemerhatian, mempelajari, menyelidik, menganalisis,menilai dana menyelesaikan masalah melalui

penyelidikan

Mempuyai kemahiran saintifik dana matematik dan beberapa kerjaya bercorak teknikal

Kajian-kajian secara pemerhatian, perlembagaan, bersistem.

Kreatif mengenai fenomena-fenomena fizikal, biologi, dan budaya untuk memahami dan mengawal fenomena-fenomena tersebut.

Ciri Personaliti:

  • Sukakan suasana pekerjaan investigatif.
  • Suka kepada aktiviti-aktiviti simbolik, sistematik, dan penyelidikan berhubung dengan sains fizikal dan biologikal tetapi tidak suka aktiviti sosial, pemujukan, dan berulang-ulang.
  • Mempunyai tingkahlaku yang cenderung kepada kebolehan saintifik dan matematik, sebaliknya kurang kebolehan memujuk.

KERJAYA : Ahli kajicuaca, ahli biologi, ahli botani, ahli agronomi, ahli fizik, ahli kajibintang, ahli kimia, ahli kajibumi, penyelidik sains, antropologis, ahli arkilogi, ahli geografi, ahli geofizik, ahli teknologi makanan, pakar pengajaran pandang dengar, aktuari, ahli fisiologi perubatan, doktor, guru sains, doktor haiwan, pakar makanan dll.

ARTISTIK

(Muzik, Seni, Sastera)

Minat:

  • Kegiatan-kegiatan yang bebas, tidak bersistem dan melibatkan manipulasi bahan-bahan fizikal, bahasa, dan kemanusiaan untuk mencipta bentuk-bentuk dan hasil seni.
  • Punya kebolehan artistic dan inovatif
    •Tidak selesa dengan kerja rutin atau berulang-ulang.
    •Menggunakan imaginasi dan kreativiti

Ciri Personaliti:

  • Sukakan suasana dan pekerjaan artistik (bebas, tidak bersistematik, dan kabur).
  • Melepaskan perasaan atau menyelesaikan masalahnya dengan cara melahirkan menerusi ciptaan ataupun karyanya.
  • Tingkahlaku cenderung kepada kebolehan dalam bahasa, seni, muzik, drama dan penulisan.
  • Sangat benci kepada pekerjaan perkeranian dan perniagaan.
  • Sensitif kepada persekitaran.

KERJAYA : Pengarang, kartunis, pelukis papan iklan, penyanyi, dramatis,penerbit radio & TV, pencipta muzik, penulis lirik, pereka bentuknfesyen, guru seni halus, artis persolekan, konduktor orkestra,juruhebah muzik, penjual toko muzik, arkitek, juru gambar,pelukis batik, juru hias dalam, pelukis, penjual bunga, pemberita,penulis skrip, penggubah lagu, pelukis potret, wartawan,pelukis kartun, dll.

SOSIAL

(Khidmat Sosial, Daya Pujuk)

Minat:

Manipulasi orang lain dengan tujuan untuk memberitahu, melatih, mengembang, menyembuh, atau memberi ilham dan  membuat kebajikan.

Suka berinteraksi dan bekerja dengan manusia.

Ciri Personaliti:

  • Mengutamakan aktiviti-aktiviti mempengaruhi orang lain seperti memberitahu, latihan, perkembangan dan pemulihan.
  • Sukakan kegiatan sosial.
  • Suka dirinya dilantik sebagai ketua.
  • Pandai mewujudkan hubungan antara individu tetapi kurang dalam bidang teknikal dan kerja tangan.
  • Suka mendapat perhatian.
  • Mengelak diri daripada aktiviti yang sistematik yang melibatkan benda, pekakas, atau mesin.
  • Mahir berkomunikasi

Matlamat utama ialah membuat kebajikan.

KERJAYA :  Guru, Kaunselor, ahli psikologi klinikal, pegawai kebajikan masyarakat, jururawat, diplomat, pustakawan, pengulas berita, pegawai personal, penasihat penanaman, Pegawai Perhubungan Industri, pemandu pelancong, Penasihat Bimbingan Vokasional, Pegawai Kesihatan, Pegawai Polis, Pendakwah dan lain lain.

ENTERPRISING

(Penghitungan, Daya Pujuk, Khidmat Sosial)

MINAT:

  • Manipulasi orang lain untuk mencapai matlamat organisasi dan keuntungan ekonomi.
  • Suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia.
  • Mempengaruhi, mengarah, memimpin dan mengurus individu lain.

CIRI PERSONALITI:

  • Suka kepada aktiviti yang boleh mendapat keuntungan.
  • Mempunyai kebolehan memimpin, interpersonal, dan memujuk tetapi kurang dalam perkara-perkara saintifik (lemah kecekapan sains).
  • Menerima dirinya sebagai agresif, popular, mempunyai keyakinan diri, sosial, dan ada kecekapan bercakap.
  • Ambil berat dalam soal-soal kekuasaan.
  • Mempunyai kemahiran dalam bidang penjualan.
  • Sukakan status dan kepimpinan.

KERJAYA: Usahawan, Peguamcara dan peguambela, pegawai pendakwaan, polis,tentera, jurujual, pengurus pengeluaran, pengurus kelab,penyelia penjualan, penganjur sukan, pegawai penilai,pengurus restoran, mandur estet, renjer hutan, pegawai pemasaran, perunding, akauntan, guru matematik, ahli audit,juru ukur, navigator terbang, ahli politik, penulis skrip iklan,pegawai perhubungan, speculator, aktuaris, dll.

KONVENSIONAL

(Penghitungan)

Minat:

  • Kegiatan-kegiatan yang melibatkan manipulasi data secara terang, teratur, dan konsisten.
  • Suka bekerja dengan data dan nombor

Ciri Personaliti:

  • Suka kepada aktiviti yang melibatkan usaha mempengaruhi data-data dengan sistematik.
  • Mementingkan aktiviti yang menggunakan nombor, memberatkan kepada aspek-aspek perbualan ataupun topik-topik yang dirancang.
  • Tingkahlaku cenderung kepada bidang perkeranian, perniagaan dan komputer.
  • Lemah dalam kecekapan seni.
  • Melakukan sesuatu secara terperinci, bersifat akur dan mengikut arahan.

KERJAYA: Pemeriksa akaun bank, perancang belanjawan, pegawaipenilai, operator komputer, pakar kawalan mutu, pegawai perangkaan, pegawai cukai, juru trengkas mahkamah,kerani audit, juru analisa sistem, juruwang, guru matematik, juru ukur, penyusun komputer, penyimpan kira-kira, guruperdagangan, akauntan, jurujual insuran, dll.

Manakala ANALISIS berikutnya pula adalah Inventori Kecerdasan Pelbagai. Boleh lihat JUMLAH SKOR yang diperolehi dan sesuaikan dengan MINAT dan SKOR SDS yang diperolehi, In sha Allah mudah-mudahan ibubapa dan para pelajar dapat membuat KEPUTUSAN yang bijak.

 

Apakah itu verbal linguistik?

kebolehan menggunakan bahasa dengan efektif sama ada secara lisan dan bertulis. Individu mempunyai kemahiran mendengar dan berfikir dalam bentuk perkataan. Kemahiran meliputi mendengar, bercakap, menulis, bercerita, menerangkan, mengingati maklumat dan memahami perkataan.

Apakah itu verbal ruang?

Kebolehan untuk berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan paten. Kebolehan untuk membentuk model secara visual dan mengaplikasi model itu kepada dunia fizikal.  Individu gemar melihat peta, carta, gambar, video dan filem. Kebolehan individu termasuk membaca, menulis, memahami carta dan graf, melakar, melukisdan menterjemah imej secara visual.

Konstruk visual ruang : Kebolehan berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan corak. Individu ini bantu membentuk model secara visual dan mengaplikasi model itu kepada dunia fizikal seperti memahami peta, carta, gambar, video dan filem serta boleh melakar, melukis dan menterjemah imej secara visual. Kecerdasan ini memperkatakan tentang penghakiman ruang dan keupayaan untuk menggambarkan dengan mata minda. Individu yang mempunyai ciri ruang visual ini juga baik dalam menyelesaikan puzzle dan boleh menggambarkan pengalaman yang pernah dilalui serta bijak menghubungkait antara objek dalam ruang. Kecerdasan ruang visual membolehkan individu mempersembahkan idea visual dan ruang berkecenderungan dalam imaginatif dan kreatif.

Konstruk muzik : kecerdasan muzik berkebolehan mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yang terdapat di persekitarannya. Kecerdasan ini berkaitan dengan kemampuan untuk menggemari, mendeskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik. Individu berupaya menggunakan set asas atau elemen muzik serta dapat bermain alat muzik dan menghafal lirik muzik dengan baik. Individu yang cenderung dalam kecerdasan ini menggubah rentak dan tempo muzik dan mudah mengenali dan mengingati nada bunyi atau muzik.
Konstruk naturalis : Kecerdasan yang mempunyai kaitan dengan memupuk maklumat berkaitan persekitaran semulajadi. Seorang pencinta alam yang dapat mengklasifikasi flora, fauna dan galian dengan mudah. Banyak menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyian yang terdapat dalam alam sekitar. Tarikan yang besar terhadap alam sekitar termasuk binatang. Merupakan individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkait antara flora dan fauna. Murid kecerdasan naturalistik akan lebih berkesan kecerdasannya dengan mengadakan aktiviti luar kelas.
Kinestetik :

Berkebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Individu ini juga cekap mengintepretasi pergerakan anggota atau tubuh, cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan bersukan, menari, gimrama dan lain-lain. Individu ini mahir memanipulasi objek fizikal dan mengimbangi pergerakan fizikal dan mental. Individu ini belajar dengan lebih berkesan melalui pergerakan otot seperti sukan dan tarian.

Interpersonal

Kecerdasan yang membolehkan seseorang memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Individu ini dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah serta memberi motivasi kepada orang lain. Kecerdasan interpersonal yang baik memiliki interaksi yang baik dengan orang lain. Sebab itu mereka mampu berasa sensitif dan memhami emosi, perasaan , fikiran, tingkah laku dan harapan orang lain. Murid -murid ini belajar berkesan melalui pembelajaran, bekerjasama dengan rakan sebaya.

Intrapersonal

Kecerdasan ini merupakan kesedaran tentang diri sendiri, berfikiran metakognitif dan boleh menilai diri sendiri. Orang ini dapat mengenali diri sendiri secara lebih mendalam dan mempunyai tanggapan terhadap kebaikan dan kelemahan diri masing-masing.  kebolehan ini memberi keyakinan yang tinggi kepada mereka tentang kebolehan yang terdapat pada diri mereka. Mereka pandai menetukan hala tuju kehidupan serta mempunyai pegangan, prinsip dan azam yang kuat serta berdikari. Orang ini menyukai belajar secara sendirian di perpustakaan dan gemar melakukan renungan yang mendalam dan termenung di persekitaran yang sangat sepi.  Individu dengan tingkat kecerdasan ini mempunyai peribadi yang tertutup. Mereka memiliki kepekaan terhadap perasaan dan situasi yang berlangsung, memahami diri sendiri dan seterusnya mampu mengendalikan diri dalam situasi konflik. Mereka mengetahui apa yang dapat dilakukan dan apa yang tidak dapat dilakukan dalam persekitaran sosial serta mengetahui kepada siapa harus mereka meminta bantuan pada saat yang diperlukan.

Eksistensial

Individu yang mempunyai kecerdasan ini memiliki ciri-ciri yang lebih cenderung untuk bertanya mengenai segala kejadian kewujudan manusia, erti kehidupan dan juga realiti yang dihadapi oleh manusia dalam hidup. Individu ini mampu menelaah milai-nilai yang berkembang di tengah kehidupan masyarakat, sama ada tradisional atau nilai baru yang sedang berkembang

 

2. Dan daripada KEPUTUSAN kedua-dua Inventori Minat Kerjaya dan Kecerdasan Pelbagai ini maka boleh diputuskan bidang atau aliran yang manakah lebih bertepatan dengan MINAT, PERSONALITI dan POTENSI diri pelajar itu sendiri.

3. Dan langkah yang lebih meyakinkan SOLAT ISTIHARAH juga boleh dilakukan mudah-mudahan perjalanan untuk menjemput kejayaan dan kelancaran alam pembelajaran mampu dinikmati dengan lebih bahagia dan memberi makna.

 

Semoga TIPS ringkas ini membantu para ibubapa dan pelajar di luar sana.

 

Salam Inspirasi ;

Hjh Aniz Hj Anwar

Kaunselor / Life Coach

 

Facebook comments:

comments

great-success
Komitmen

Leave a Reply