Bismillah…
Menjalani kehidupan berumahtangga tidak seindah impian, ada yang teruji dengan pasangan yang memiliki isu personaliti yang dinamakan narcissistic personality disorder. Agak mencabar untuk terus bertahan dalam ikatan perkahwinan yang memiliki isu sebegini kerana karektor atau personaliti traitnya amat sukar untuk dibawa kepada perbincangan. Bijak berlakon lembut budi bicara, sweet talker, pleasant personalitinya yang bertopeng-topeng bisa sahaja mengelirukan.
Narcist lazimnya takkan terpisah dengan abusive akhirnya sungguhpun mungkin tidak secara fizikal namun sikap, personaliti juga layanannya terhadap pasangan hanya tertumpu untuk kepentingan dirinya semata. Karektor dirinya subur bersama dengan keegoan tahap dewa yang tidak bisa disentuh…semuanya dia betul dan hebat terbaik sepanjang masa. Bila hadir masalah sangat bijaksana dia SPIN , keupayaan mereka memanipulasi sehinggakan pasangannya akan pudar rasional diri lantas terkadang hanya mampu mengiyakan indoktrin yang cuba diterapkan dalam perhubungan. Dan yang ajaibnya akhirnya semua orang akan bersalah TAPI tidak dirinya. Minta maaf ??? Ermmm kirim salam…Memang seksa jiwa raga , keadaan sebegini boleh menjadi pendaman yang menanam benih permusuhan, kebencian, sakit hati, dendam, terancam, sedih dan kecewa. Mangsanya adalah pasangan dan anak-anak…hanya isteri juga ibu rumahtangga yang luar biasa sahaja mampu bertahan. Untuk pasangannya pula akan pudar, terhakis dan hilang kepercayaan diri. Jika dahulu sebelum pernikahan isterinya seorang yang cemerlang dalam posisi pengajian, kerjaya dan kehidupan tetapi apabila bersuamikan pasangan NPD lambat laun akan membuatkan semangat dan keyakinan dirinya pudar. Dan sememangnya inilah matlamat NPD cinta dalam dirinya bersifat ingin memiliki atau lain perkataan “in control of everything” …orang lain kena dengar dan patuh tanpa ada ruang untuk bersuara pun…Air mata sememangnya menjadi teman paling setia…paling sedih nanti adalah anak anak.
Bagi anak anak yang teguh personaliti terbangun melihat penderitaan dan kezaliman yang berlaku In sha Allah mampu membawa dirinya keluar dari kemelut ini dengan menjadi pelajar yang cemerlang demi melihat hati dan wajah ibunya terubat dan terhibur…namun risikonya untuk jangka masa yang panjang seandainya tidak dirawat akan membenam bara kekecewaan, sedih , kebencian juga dendam di dalam diri. Dan paling menakutkan “the vicious cycle” ini berterusan pula apabila si anak berkahwin….Nauzubillahminzalik….Manakala selebihnya pula mulai melupakan diri untuk menyayangi dirinya sebagai TANDA PROTES dan pemberontakan dalaman yang tersemai kesannya inilah yang terlihat di sekeliling kita dengan isu isu sosial LGBT, dadah…zina …mencuri…membuli…dan pelbagai lagi. Emosi yang tercedera ini dalam tidak sedar memakan diri.
Bagi individu yang mengalami isu NPD sebegini sememangnya tidak boleh dinasihati, ditegur hanya TAKDIR Allah swt sahaja yang mampu mendidik dan menegurnya…dikhuatiri bila saat itu tiba tersangat sakit juga terlewat untuk “dipelajari” dan berubah. Itu yang apabila kejutan berlaku pasangan berjaya mengutip keberanian dan kekuatan diri untuk berpisah baru terkial-kial untuk berubah tapi itupun lazimnya tidak genuine dan tidak membawa bersama keinsafan dan mengakui kesilapan dan kelemahan dirinya.
Bagi pasangan yang hidup dengan individu NPD lazimnya hidupnya akan rasa tidak selamat, terancam dan sentiasa dalam kebimbangan dan ketakutan. Stress dalaman dirinya sememangnya tinggi, tapi kadang kerana anak-anak dan tiada pilihan akur untuk terus bertahan walaupun jiwa rasa terseksa.
Dalam hal sebegini sifirnya sangat mudah …KUNCI KEBAHAGIA DIRImu…KUNCI SYURGAmu seharusnya diamanahkan pada insan yang amanah. Yang akur, ikhlas dan bertanggungjawab untuk menjaga dan melindungi ,mengasihi dan menyantuni juga mendokong setiap langkahmu di dunia ini menuju Allah swt…KERANA APA? Dia ingin melihatmu di syurga Allah tetapi SEBALIKNYA…jika bayang “bahagia’, tenteram…aman dan selamat itupun makin hari makin menjauh bahkan diakui menjejaskan RUH ibadahmu kepada Allah …memudaratkan dunia juga mengancam perjalanan akhiratmu maka AKUR DAN BIJAKSANALAH untuk memilih yang lebih baik… bila kau pilih membangunkan syurga jangan kau sulitkan perjalananmu membenarkan ciri ahli neraka tersubur dalam perjalananmu…apatah lagi menzalimi diri dan ahli keluargamu…
Watch your thought it becomes WORDS
Watch your words it becomes ACTION
Watch your action it becomes HABIT
Watch your habit it becomes CHARACTER
Watch your character it becomes your DESTINY …abe…abe nak pergi mana be???
Pada pasangan yang teruji …buatlah keputusan yang adil dan bijaksana untuk dirimu. Sayang itu peliharalah ia dan letakkanlah di tempat yang adil …how your love your self…how your respect your self and how you appreciate your self is HOW you TEACH others to do so…
Be brave to leave anything that will harm your dunya and akhirah ! Period.
#bilakaunselorkurimanTuhanberkarya haa gitu-gitulah kategori “drama alam perkahwinan” jangan ditempah …jangan ditempuh…jika terjodoh suratan takdir akurlaa memohon Istiharah Ilahi wajar untuk bertahan atau keluar dari ikatan pernikahan ini sebelum satu satu ahli keluarga terpaksa mendapatkan rawatan psiakiatris ya ! I’m warning you…this is living proof yang sering ditemukan dalam Diari Seorang Kaunselor. Anak-anak…pasangan hidup dalam trauma sehingga meracuni potensi hidupnya…kasihan nanti.
Leave a Reply