2v9ro

My Gratitude Journal : Rxlite, Provokasi & Perjalananku…

Bismillah…

Salam harmoni buat para sahabat yang dikasihi semua! Jumpa lagi…Terpanggil saya untuk berkongsi tentang PERJALANAN saya bilamana semalam saya telah diajukan dengan soalan “provokasi”  komen seorang hamba Allah ini…Bukankah U seorang kaunselor yang sepatutnya menasihati orang lain tetapi dalam masa yang sama U buat benda lain jual produk??? Seolah-olahnya persepsi negatif beliau saya ini MENGAMBIL KESEMPATAN di atas masalah orang lain. Subhanallah! Terkejut saya dibuatnya …mungkin orang baru yang tak kenal saya gamaknya. Perjalanan saya dengan konsultasi produk, barangan kesihatan juga kecantikan bukan sesuatu yang baru sebenarnya sejak 2003 lagi sehinggalah tahun 2008 saya berhenti seketika untuk memberi penumpuan kepada proses BRANDING nama saya dan Klinik Kaunseling Online yang saya tawarkan. (Jejak-jejak saya di persada internet pun masih ada lagi rasanya dgn blog infolangsing, bicarauraseri, DCL, Biodex, Jelitaayu, NP dll sebutjer apa yang saya tak jual zamantu…orangjer yg saya tak jual he he he~ SEMUA ini secara sambilan shj sebenarnya krn waktu itu saya masih bekerja dan sibuk dengan kuliah Sarjana saya) Selama 2 tahun lebih (sekitar awal 2008 hingga April 2010) saya berehat…namun dalam tempoh itu juga ramai di kalangan sahabat lama yang KENAL saya, tahu POTENSI saya tak lepas mendoakan saya…selalu bila bertanya khabar ayat ini pasti TAK LEKANG dan lepas dari INGATAN mereka ~ tak sabar nak tengok Aniz aktif…tak sabar nak tengok kak aniz MENGGANAS semula di persada internet dengan perkongsian ilmu dan produk. Subhanallah! Sejujurnya sokongan dan DOA para sahabat yang saya KASIHI semua inilah yang memberikan saya INSIGHT, PERANGSANG dan KEKUATAN  untuk saya  berkongsi KEMBALI.Sayanggg sekali kata mereka…Aniz ada ILMU , KEPAKARAN yang orang lain tiada rugi jika tidak DIMANFAATKAN…ada KEBENARANNYA kata-kata mereka ini.

Tambah pula bidang KESEJAHTERAAN DIRI aspek kesihatan, kecantikan, penampilan memang kecintaan saya…siapa yang tak suker NAK CANTIK, NAK SIHAT, NAK BAHAGIA…haa inilah semua koleksi-koleksi jejak ilmu yang boleh dimanfaatkan insyaAllah. Tapi kadang TIDAK DINAFI dalam perjalanan ini kita akan diuji dengan warna-warni…rencam kehidupan macam kelmarin…Saborjerlaa dengan tiada adab kita disergah…DIAJU dengan soalan yang tidak pernah terlintas di fikiran atau NIAT yang negatif ~  mengambil kesempatan atas orang lain…MAAF BANYAK-BANYAK! Salah orangnie…tiada ISTILAH ini dalam kamus hidup saya mengambil kesempatan atas musibah atau mudarat orang orang lain..Haa sebab itulah juga KEPANTANGAN sebenarnya orang lain mengambil kesempatan atas saya. Tapi takperlaa SEMUA YANG BERLAKU ada HIKMAHNYA …elok juga diperjelaskan supaya tiada sangkaan-sangkaan negatif sebegini terbit lagi selepas ini.

Disokong pula perjalanan diuji dengan sejarah arwah ibu yang terlibat dengan kanser, masalah kegemukan…mengendalikan kes-kes kaunseling…sukar mencari jodoh, stress akibat penampilan diri, stress…sakit hati, sakit telinga dihina, dikritik pedas oleh pasangan dan taulan akibat penampilan diri…Penerokaan ketika Sarjana perkaitan OBESITI dan SELFESTEEM, permainan emosi yang berlegar memberikan saya INSIGHT mengapa tidak ILMU , PENGALAMAN dan PENEROKAN yang Allah pinjamkan ini saya bawakan buat yang mencari…buat yang ingin dibantu after all ianya suatu “AMANAH” sebenarnya buat saya dan di akhirat nanti saya akan ditanya apa yang saya lakukan dengan ILMU itu.

ILMU…PENGALAMAN INI SUATU “AMANAH” DARI ALLAH BUKAN UNTUK KEPENTINGAN DIRI TETAPI KEPENTINGAN UMMAH…sama-sama kita kongsikan RAHMAT pinjaman Allah ini.

Jika ada yang beranggapan saya seolahnya mengambil kesempatan sedemikian saya minta maaf banyak-banyak tidak pernah terlintas di hati saya untuk berbuat sedemikian, bagi saya ianya AMANAH. Ilmu yang dipinjamkan ini harus dikongsi inilah juga jalan ibadah dan RUANG saya untuk mengutip PAHALA. Inilah PAKSI saya…suatu amanah yang akan dipersoalkan di akhirat nanti!! Sungguh saya takut tentang ini sebenarnya ~ ilmu yang tidak diguna dan dimanfaatkan ke jalan kebaikan.Pengalaman paling manis dan RESPON paling bermakna bagi saya sebenarnya bila pelanggan atau pengguna memberi maklum balas…khususnya yang mengalami masalah OBESITI terlampau alhamdulillah sekarang saya dah tak sakit kaki…lutut saya dah semakin OK…alhamdulillah nak  SOLAT pun selesa sekarangnie. Para sahabat menikmati kembali saat indah selesa beribadat mengadap Allah.

Ilmu Allah SANGAT LUAS…sama-sama kita manfaatkan…berfikiran terbuka…BERSIH HATI…Masyaallah!!! Insyaallah LEBIH BANYAK lagi nikmat dan RAHMAT Allah akan kita nikmati. (Mengikut pengamatan saya terkadang individu yang memberi komen-komen negatif  semua perkara di sudut pandangannya BURUK BELAKA sebenarnya ada masalah dalam dirinya. Emotional debris yang dikutip kesan KESENGSARAN dan KEPAHITAN hidup kesakitan pengalaman silam membuatkan hidupnya dilingkari warna-warni suram, kotor,  negatif…Seringkali juga individu yang beranggapan orang lain SUKA MENGAMBIL KESEMPATAN sebab DIRINYA JUGA CENDERUNG mengambil kesempatan pada orang lain sebab itu juga dia beranggapan YANG SAMA pada orang lain…energy NEGATIF yang ada di dalam diri dilontarkan pada ALAM maka hasilnya…SAYANG SEKALI!!! Hati menjadi kurang sejahtera…dan sangkanya orang lain juga seperi dia…aduhh…Nauzubillahminzalik…cukuplah kisah-kisah sebegini menjadi IKHTIBAR buat kita) Apapun inilah WARNA-WARNI kehidupan yang saya CINTAI…Terima kasih atas HADIAH komentar ini!!! Teguran anda memberi INSPIRASI buat saya…mungkin dalam diam ada yang punya persepsi yg sama cuma akal waras dan adab budi bahasa masyarakat Timur membataskan LUAHAN  SANGKAAN NEGATIF sebegini.

Saat luahan isi hati ini dibawakan…Subhanallah! Baru saya NOTICED hanya sebulan sejak web site http://rxlite.anizanwar.com saya beroperasi dan KEAHLIAN hampir 60 orang HANYA 3 orang sahaja ahli Rxlite team saya yang datangnya dari klien Klinik Kaunseling saya selebihnya itu adalah regular CUSTOMER saya dan kenalan baru. (Jadi mana datangnya sumber…fakta…saya mengambil kesempatan atas klien saya dengan ANUGERAH satu sisi kelebihan hidup saya sbg seorang Counselor…tidak sama sekali yer…INI FITNAH namanya…tak baik tau!!!Tuhan marahhh)

Saya SANGAT YAKIN dan PERCAYA sahabat-sahabat saya khususnya para pengikut saya, subscriber mahupun KLIEN-KLIEN adalah insan-insan yang HEBAT, BIJAKSANA belaka. Kebanyakan mereka adalah di kalangan PROFESIONAL yang berwibawa penuh dengan POTENSI DIRI, TERPELAJAR ~  mana mungkin keintelektualan ini di ambil kesempatan oleh saya (tak pernah terlintas pun, apa yg saya JELAS & TAHU saya senang sekali berkongsi ILMU ianya “amanah”…hanya hati dan pemikiran singkat dan kotor sahaja akan “melihat” perkongsian Rxlite ini sebagai menyalahi etika atau mengambil kesempatan). Apapun MEMANG BESTTTlaa dengan perkongsian RAHMAT Rxlite…Dalam sunyi sepi main-main di hujung jari SAYA MENIKMATI KEBESARAN KUASA ALLAH dan KEMANISAN KUASA DOA…MUNAJAT! MasyaAllah…Allah Memang HEBATTT! Subhanallah saya seronok sangat…syukur alhamdulillah…perniagaan Rxlite saya kini ibarat PLAY GROUND baru buat saya selepas memerah otak, penat dan lelah berhempas pulas mengendalikan kes-kes berat di Klinik Kaunseling. Rxlite memberi RUANG untuk saya “MENIKMATI dan MEMANFAATKAN” playfool spirit dan mencintai “human potential” yang ada dalam diri ini…suka menolong dan berkongsi bersama barisan pengedar dan ahli di bawah tajaan saya. Hanya KESYUKURAN dan terima kasih juga PENGHARGAAN pada semua yang mempercayai bakat saya…untuk membantu anda…he he he saya pun UNSANGKARABLE memain sahaja semuanya…belum betul all out laginie…dlm sebulan bergerak web site http://rxlite.anizanwar.com siap sudah hampir 60 orang..insyaAllah BAKAL BERANAK PINAK lagi dengan suburnya dengan barisan RAKAN NIAGA yang hyperhappening!!!

Hinggakan due to this OVERWHELMING and HYPERHAPPENING RESPON saya dan suami terpaksa melabur MENGUPGRADEKAN DIRI menjadi MOBILE STOKIST…impian dan nawaitu saya hanya satu…SUKER TOLONG ORANG…suker orang lain sihat, suker orang lain cantik, suker orang lain juga menikmati REZEKI ~ meningkatkan ekonomi keluarga dan PALING suker orang lain dapat melaksanakan IBADAH …memberikan HAK sebagai hamba Allah dengan LEBIH BAIK bila SIHAT…HAPPY… SEJAHTERA dan BAHAGIA itu yang saya suker ~ THE JOY OF SHARING SPIRIT IN ME!!! Rasa bahagia dan syukur inilah…membawa bersama ASPIRASI MURNI  KEMAKMURAN di bumi Allah…membantu para sahabat yang ingin dibantu membuatkan kehidupan saya LEBIH HIDUP…LEBIH MERIAH…LEBIH BAHAGIA dan LEBIH BERMAKNA. Insyaallah inilah jalan-jalan saya juga para sahabat yang ingin menuju ke SYURGA ALLAH insyaallah. UKHWAH…KEBERKATAN & REDHA ALLAH yang kita cari, insyaAllah. ( Satu contoh mudah yer kawan-kawan SEKULARISME penjajah masih menebal dalam kelompok masyarakat kita…memisahkan kehidupan duniawi dan ukhrawi sedangkan semua ini jalan ibadah sebenarnya…takper semoga ianya menjadi PEDOMAN dan PENGAJARAN yang sangat berguna untuk kita hari ini)

Hee ada yang BERTANYA kepada saya bila saya katakan saya baru sebulanjer aktif itupun main-main sambil-sambil 60 orang baru recruit ahli??? Dengan RENDAH HATI…saya orang lama di internet dah hampir 10 tahun juga diam tak diam carik rezeki di hujung jari…pengalaman inilah yang membantu, insyaallah buat yang pastinya SERIOUS ingin dibantu, ingin BELAJAR…insyaallah ilmu dan pengalaman ini akan diperturunkan mudah-mudahan bertambah lagi KEBERKATAN, UKHWAH, PERSAUDARAAN dan MANISNYA perjalanan ini!!! Kehidupan ini untuk kita saling lengkap melengkapi…insyaallah KEMURNIAN HATI yang dibawakan Allah akan memberikan KELANCARAN YANG GEMILANG, KEJAYAAN YANG GEMILANG dan MANIS yang penuh bermakna , insyaAllah.

Warna-warni kehidupan…yang akan membuatkan KEHIDUPAN ini LEBIH INDAH, LEBIH CERIA…LEBIH BAHAGIA..insyaAllah!
Jumpa lagi…

Salam Inspirasi & Ukhwah

Facebook comments:

comments

1_inspirational-quotes-2
white-flower-ground_~1802117

Leave a Reply