CYMERA_20140516_122725

Misi Mencari Redha, Bahagia dan Doa Yang Makbul

Bismillah…

Assalamualaikum dan salam kebahagian buat para pengunjung yang terus setia!

Diam tak diam kini kita sudahpun menghampiri separuh perjalanan 2014 ya, agaknya BAGAIMANA perjalanan 2014 kali ini ?? Semuanya OK? He …he…he taklah berapa OK tapi tidaklah KO ya (pandaijer saya)! Adatlahkan hidup ini untuk diuji sememangnya kita MILIK ALLAH dan selayaknyalah untuk kita diuji yang paling penting jangan pernah mengalah atau berhenti untuk menggenggam IMPIAN yang dihajati.

Tapi SATU PERSOALAN yang timbul MAMPUKAH diri ini mencapai redha , bahagia dan tercapai IMPIAN jika  masih lagi diselubungi lelah, keliru, lemah , longlai dan buntu untuk kemana kehidupan ini hendak dibawa??? Itulah yang saya tekankan dalam Klinik Kaunseling saya…yang mengetengahkan PENDEKATAN YANG CUKUP ISTIMEWA & UNIK  berbanding yang sedia ada. Pada saat diri terbeban sarat dihujani cubaan hidup apa yang diperlukan adalah SESI KAUNSELING untuk membantu namun apabila saat individu  telah bersedia untuk bangkit dan berubah hidup bukan kaunseling lagi yang diperlukan melainkan PENGISIAN ILMU, PANDUAN, BIMBINGAN dan PENEROKAAN untuk Membongkar Khazanah & Potensi Diri Yang Dimiliki Untuk Menggapai Impian dan Merubah Hidup In shaa Allah.

Ya EKSPLORASI ILMU yang mampu untuk menyuluh perjalanan individu agar yang lebih berkeyakinan, fokus, istiqamah dan  membahagiakan In shaa Allah.  Maka untuk itu jugalah maka TERLAHIRNYA  program yang saya sendiri kendali dan tawarkan di dalam klinik saya iaitu program Life Coaching Klinik Sukses. Satu program yang menawarkan pengisian untuk membantu mereka yang TERCARI-CARI teknologi, penawar, ilmu, pengetahuan dan kemahiran untuk membawa diri keluar dari masalah, mencapai ketenangan, keharmonian, kebahagian dan seterusnya menikmati IMPIAN yang dihajati. Bunyi macam sesuatu yang agak sukar dinikmatikan (lebih lagi dalam keadaan diri yang masih diselubungi energi sugul, sedih, hampa, kecewa SEMALAM) akan tetapi  ketahuilah ianya tidaklah sesukar mana bila dipelajari dengan tertib cara, keikhlasan, komitmen , keberanian dan kejujuran yang benar-benar ingin bangkit, bahagia, sembuh, sukses dan H.I.D.U.P In shaa Allah! Heal Live…L.I.V.E Life <3 <3 <3

Nak tahu apa yang ada dalam Pakej OHSEM Life Coaching Klinik Sukses 2014 :

  1. Rahsia Gaya Asuhan, Personaliti dan Pola Kehidupan ~ Bagi kes trauma childhood isu spt penderaan dsbgnya ilmu sangat membantu!
  2. Rahsia Garisan Hidup & Forecasting Impian
  3. The Secret Art Of Letting Go ~ Emotional Freedom Technique yang diadun dan diolah semula menepati sistem kepercayaan hidup berTuhan dan holistik dalam Menjemput Kesembuhan
  4. Pengendalian Pengurusan Stress
  5. Bagaimana Mengenalpasti Adakah Diri Anda Telah Sembuh Dari Duka Kisah Semalam?
  6. Rahsia Menguruskan Was-was Kehidupan Dengan Teknik Istiharah Menggunakan Al Qur’an
  7. Hubungkait  Frekuensi Diri dan Alam  Dalam Menjemput Impian
  8. Rahsia Sains Minda
  9. Percepatan Rezeki ~ Bagaimana menggenggam Jutawan/Jodoh/Impian  yang Allah redha In shaa Allah!
  10. Ikhtiar Jodoh
  11.  Menjemput Doa Yang Makbul
  12. Terapi Air
  13.  Rahsia Perhebatkan Allah…Perhebatkan Anda dan pastinya paling OHSEM
  14. EKsklusif Hebat Buat Pasangan Yang Berkahwin ~ Skrip Menjemput Semarak Cinta Yang  Subur,  Mekar & HANGAT Dalam Rumahtangga
  15. Home cooking from Hajjah Aniz’s Kitchen semestinya…

Semua ini akan dipelajari dalam suasan santai, relax dan enjoy eksklusif, harmoni dan mendamaikan di rumah…cara saya Menjemput Malaikat Rahmat Di Taman Syurga!! Moga Kedatangan Anda Yang Bertamu Menuntut Ilmu di klinik saya akan menjadi saksi keindahan dan kebahagian titipan Ilahi dalam perjalanan hidup saya …menjadi saham dan currencies LUMAYAN untuk perjalanan alam barzakh dan akhirat saya In shaa Allah…Aaamiin Ya Rabbal Alamin!

 

Bagi para sahabat yang mungkin MENCARI JAWAPAN segala persoalan yang bermain di minda selama ini SELAMAT MENGHADIAHKAN DIRI ILMU untuk menyuluh impian. Sesungguhnya dalam hidup tiada yang lebih bermakna selain hidup tenang, bahagia dan terkabul impian. Hanya insan bahagia mampu MEMBAHAGIAKAN insan penuh bahagia. Bagi yang BERMINAT untuk Sesi Secara Personal Coaching Penyertaan Kini Dibuka Untuk Temujanji sila :

>>> SMS/Whatsapp ke 012-3915362 atau

>>> RESPON terus dari email ini untuk menikmati DISKAUN BAIK HATI  sempena meraikan kesyukuran  berita-berita gembira yang hadir daripada adik-adik Klinik Sukses yang pernah mengikuti program saya sejak kebelakangan ini.

~ Ada yang dah berjaya untuk bergelar Therapist EFT ONLINE  seperti saya, ada yang telah mendirikan rumahtangga, ada yang bakal mendirikan rumahtangga, ada yang baru melahirkan cahayamata, ada yang kini bahagia dengan pasangan dan anak-anak setelah melepasi fasa getir ujian kasih Allah…Allahu Akbar! Sememang dunia sangat bahagia bila kita dapat memberi juga berbagi keindahan rasa dan nikmat Allah. Semoga kesyukuran, kebahagian, kejayaan, kasih sayang, keberanian dan ketenangan juga kekayaan terus mampu menghubungkan kita dengan AKHIRAT dan Syurga Allah swt…Aamiin Allahumma Aamiin Ya Allah!

 

Sehingga bertemu lagi…nantikan TIPS-TIPS Yang Menarik akan datang…Tungguuuu!

 

Salam Inspirasi & Cinta Jannah 2014!

Hajjah Aniz Hj Anwar

 

 

 

Facebook comments:

comments

My Testimony
Marriage Box

Leave a Reply