Menjawab Persoalan Chakra???

4

image002

Bismillah…

Bertemu lagi, alhamdulillah! Hari ini saya sempat bersembang dengan seorang subsciber http://anizanwar.com En Yunus…terima kasih pada beliau kerana mengajukan soalan CEPU EMAS ini insyaallah saya cuba MENGHURAIKANNYA.

Mungkin ada yang kurang bersetuju mengenai kupasan tentang aura dan chakra yang saya kongsikan di dalam ebook percuma yang saya berikan. Sejujurnya apa yang saya CUBA HIGHLIGHTKAN adalah daripada “hubungan personaliti dan kesannya terhadap kefungsian organ dan penyakit” ~ sebabnya saya sendiri IGNORE bab chakratu saya lebih selesa untuk menjuruskan perbincangan kepada kaitan personaliti dan  7 pusat kelenjar utama itu. Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawasanya PERSONALITI ini sesuatu yang diwarisi contohnya sifat pemurah, jujur, amanah, bertanggungjawab, gigih, sabar, penyayang dan begitu jugalah sebaliknya. Insyaallah sesuatu YANG POSITIF itu memang moleklah diwariskan pada zuriat dan keturunan tetapi apa pula kisahnya dengan YANG NEGATIF??? 

INSIGHT YANG DIHARAPKAN…

Satu perspektif untuk kita selami bersama dan sesungguhnya disinilah KEPERLUAN & TUNTUTAN perspektif kaunseling dan psikologi mengambil peranan untuk merawatnya atau istilah yang lebih tepat INTERVENSI dilakukan agar “virus-virus” dan juga penyakit keturunan ini tidak diwariskan. Bukan sahaja mengesani kehidupan tetapi juga bakal berlegar di dalam masalah kefungsian organ @ PENYAKIT yang sama ~ INI YANG SEBENARNYA yang saya cuba bawakan celik akalnya.  Penyakit yang dihidapi oleh individu secara tidak langsung mempamerkan pembawaan PERSONALITI YANG KURANG HARMONI yang tertentu. Antaranya masalah ego, cemburu, kurang keyakinan boleh menyebabkan gangguan di bahagian kelenjar pankreas dan sistem reproduktif.
Nak tahu lebih lanjut dialu-alukan menikmati jariah ilmu percuma ini dengan men”subscribe” laman web http://anizanwar.com

MATLAMAT PERKONGSIAN ~ PENEKANAN PERSONALITI YANG POSITIF & HARMONI

Secara KESIMPULANNYA disini insyaallah dengan INSIGHT dari perspektif kaunseling atau lebih tepat garapan pendedahan kaunseling keluarga & perkahwinan, pengurusan stress juga emosi digabungjalin dengan theraphy tertentu yang terapuetik serta kelebihan kuasa doa dan sains minda berupaya membantu individu membuang segala indoktrin juga lekatan personaliti negatif yang terbina, insyaallah! Dengan syarat INDIVIDU itu sendiri MEMILIH DENGAN ADIL & BIJAKSANA untuk lebih sihat, sejahtera, bahagia, tenang dan diberkati perjalanan hidupnya.

Sememangnya ILMU Allah amatlah luas begitu juga dengan ilmu “inner technology” ini bagaimana mengurus emosi, minda dan spritual serentak yang akan membawa lembaran-lembaran RAHMAT yang tidak terjangkau fikiran kerana selama ini mungkin hanya berharap, berdoa tanpa disusul penzahiran sudut PRAKTIKALITI dan tindakan…sebabnya??? Tepuk dada tanya HATI pasti anda ada jawapannya…jatuh cinta dan takut utk berpisah itulah yang selalu terjadi!

JANGAN TEWAS DENGAN MR TAN…

Tewas dengan musuh paling ganas di dunia…HATI-HATI dikhuatiri bila tewas disitu diri menjadi “lapangan syaitan” memperkotak-katikkan manusia bersedih, berdendam, menyimpan duka, kesal, benci, sukar memaafkan diri sendiri dan orang lain, kecewa, putus asa dsbgnya. Kehidupan pasti tidak akan harmoni dan tenang dan HASILNYA inilah nanti dipamerkan , dibiaskan pada insan-insan di sekeliling kita lebih-lebih lagi anak-anak. Dan KONSEKUENNYA maka lahirlah…berlakulah proses DUPLIKASI yang kurang harmoni ini dari satu keturunan kepada satu keturunan ~ kepercayaan tahyul, buruk sangka, negatif thinking yang menebal, panas baran, suka menganyam ketupat ~ zaman dulu mesyuarat tingkap zaman hi-tech pula haa tudia di hujung jari shj boleh menambah dosa punya licik syaitan mempermainkan manusia, meninggalkan syariat Allah dan banyak lagi!

Harapan dan doa tulus saya buat para sahabat yang mengikuti nukilan ini diberi HIKMAH, KEKUATAN dan INSIGHT untuk lebih BERANI, JUJUR dan TELUS dalam memperbaiki memburu keredhaan Allah. Sesungguhnya Allah juga tidak gemar kita menyimpan dendam, benci, marah, kesal, malu yang tidak bertempat dan segala macam personaliti negatif…macam biasa yang sukernya kementerian Mr Tan…Nauzubillahminzalik!

PERSONALITI HARMONI KEFUNGSIAN TUBUH & KESIHATAN LEBIH SEJAHTERA

Insyaallah dengan KEHARMONIAN personaliti yang positif dan murni yang dibawa dan KESEJAHTERAAN dalaman yang terbina bukan sahaja mampu menikmati tubuh yang LEBIH SIHAT
tetapi juga KEHIDUPAN yang jauh lebih hebat dan bermakna dengan izin Allah!
So macam mana INGIN LEBIH SIHAT & CERDAS haa yang tang personaliti tu kena perkemaskan…gugurkan yang negatif!Jangan kasi peluang Mr Tan berkampung…

Life is a SACRED journey anugerah Ilahi jangan kita cemarkan perjalanan ini apatah setelah mengikuti nukilan kerdil ini!:)

“HEAL LIFE…LIVE LIFE ~ WoW Wee much more MIRACLES to come!”

Sehingga bertemu lagi…

Salam Rahmat!
Aniz Hj. Anwar
Kaunselor & Therapist
012.391.5362

Facebook comments:

comments

Leave a Reply