Meniti Anugerah Getar Rasa & Undangan Tetamu Allah & Rasulullah…

Bismillahirrahmanirrahim…

Lama saya tidak menitipkan bingkisan untuk tatapan alhamdulillah di tengahari yang damai ini mudah-mudahan hasrat di hati dapat disampaikan untuk sama-sama kita saling menjadikan ALLAH itu sebagai MOTIVASI AGUNG dan semoga perjalanan yang dilewati juga akan lebih bahagia lagi terhibur, insyaAllah. Sebagai manusia biasa saya juga pastinya TIDAK TERLEPAS dari ujian dan perhatian Allah…lewat detik waktu yang hampir sama tahun lalu nyawa saya hampir sahaja melayang. Tiada siapa sangka ; tiada siapa menduga demam yang tidak kebah-kebah dan berulangan rupa-rupanya adalah serangan DENGGI BERDARAH. Terlantar sakit dan dirawat berbagai bayangan dan bisikan melewati apatah lagi berita yang pernah hadir di telinga dan beberapa kematian lewat di depan mata saya sendiri ketika meneman arwah ibu di rawat di hospital 5 tahun lalu kematian pesakit yang berpunca daripada serangan denggi berdarah. Virus denggi boleh menyebabkan kerosakan organ dalaman begitu jugalah yang turut saya nikmati impaknya sedikit sebanyak…hati membengkak, ingatan seakan lemah dan tubuh agak lemah. Namun KASIH ALLAH seperti selalu sentiasi menemani dan melengkapi ; alhamdulillah TAKDIR dan JODOH bersama WWN menemukan penawar yang lebih pantas.Syukur alhamdulillah tidak sampai sebulan tahap kesihatan dan kecergasan dapat dirasakan perubahan yang ketara dengan Terapi MiFiRo dan Rx Young. Lantas dengan tahap kesihatan yang kembali cergas seperti biasa rutin harian mengimbangi dan menguruskan kerjaya, keluarga dan perniagaan diteruskan seperti biasa…dah memang dasar tak boleh duduk diam makanya ada-ada sahaja AKTIVITI untuk diisi dengan kegiatan “MEMBERI PENUH BAHAGIA”.

Mungkin kerana terlalu leka untuk MEMBERI sehingga kadang terlupa untuk memberi kepada kebajikan diri sekali lagi ujian fizikal dari Allah datang menerpa…pneumonia pula kalinie. Tubuh yang terlalu penat sudah diberikan ISYARAT dari Allah untuk istirehat tetapi tidak juga ambil peduli makanya CARA TERBAIK untuk MEREHATKAN DIRI adalah dengan diuji dengan penyakit yang memang tak  boleh kompromi …ANDA PERLU DIREHATKAN SEBELUM TERUS DIREHATKAN “TERUS” JIKA ANDA BERDEGIL he he he…Pesan Guru Hebat saya Prof Dr Noordin Darus sememangnya KEJAYAAN itu begitu SINONIM dengan TEKANAN namun perlu diingatkan apa sekalipun ianya JANGAN SAMPAI KALIAN MEMBUNUH DIRI. Subhanallah! INGATAN KASIH ini sangat menyedarkan saya untuk lebih bijaksana, adil dan harmoni dalam menggerakkan MISI MEMBERI PENUH BAHAGIA pada tahun ini dan insyaAllah seterusnya…

Dan nyata…HADIAH ALLAH itu selalu mengiringi untuk hamba-hamba yang MEYAKININYA. Syukur ke hadrat Ilahi impian untuk menjejaki Kota Suci menjadi tetamu Allah dimakbulkan akhirnya. Dan PALING BERMAKNA juga bukan sahaja DIRAI ALLAH menjadi TetamuNYA dan Tetamu Rasulullah untuk UMRAH bahkan juga insyaAllah untuk JEMPUTAN HAJI 2012. What more can I say…Subhanallah! Hanya air mata bahagia dan syukur mengiringi KEINDAHAN GETAR RASA yang bahagia ini…(alhamdulillah…setelah melewati getar rasa TAKUT, BIMBANG, SEDIH, TIDAK BERDAYA, LESU akhirnya untuk HATI YANG TIDAK PERNAH BERHENTI MEYAKINI JANJINYA…alhamdulillah saat-saat yang dinanti akhirnya dikabulkan…undangan umrah dan Haji insyaAllah)

HARI INI AKU BELAJAR UNTUK TERUS LEBIH BAHAGIA, LEBIH  KENTAL, YAKIN dan TEGUH MEMPERCAYAI JANJI-JANJIMU YA ALLAH…

Perjalanan ini sememangnya harus diisi dengan …

Belajar Memberi Sebelum Menerima…beri pd Allah yg selebih-lebihnya kerana DIAlah PEMILIK segalanya…

Belajar Mendengar Sebelum Berbicara…mudah-mudahan hati akan LEBIH MENGERTI , LEBIH SANTUN dan MENGINSAFI insyaAllah seterusnya lisan akan terpelihara dari menyakiti lebih-lebih lagi untuk ASET ALAM KEKAL…alam kubur & akhirat iaitu pasangan kita, anak-anak kita & insan yg SIGNIFIKAN dengan kita kerana cenderungnya manusia ini LEBIH mudah menyakiti hati-hati insan yang menyayangi mereka…hu hu hu…maka itu JANGAN DISAKITI ASET PALING BEHARGA ini apabila manusia itu mati maka terputuslah bekalannya kecuali amal jariah , doa dari anak yang soleh/solehah dan ilmu yang memberi manfaat.

Belajar Mengasihi Sebelum Dikasihi…Ya insyaAllah mudah-mudahan dengan AURA KASIH & REDHA ILAHI akan mengiringi perjalanan dan menjagai setiap batas langkah ini agar tidak mudah terjerumus dengan tipu muslihat syaitan dan TETAP LURUS MEMBURU SYURGA dan KETENANGAN ILAHI…

Mudah-mudahan kehidupan ini akan terus terisi dengan keharmonian, keindahan, kebahagian, kesejahteraan, kebaikan serta kekayaan dan kemuliaan juga kehebatan yang kita impikan bilamana hati ini diikhlaskan untuk MENGISI SEBUAH PERJALANAN MEMBURU REDHA ALLAH…Saya cukup yakin dan percaya setiap bicara, lisan, lontaran minda, monolog diri adalah PEMACU TERHEBAT untuk sebuah perjalanan yang bahagia maka dengan itu insyaAllah sama-sama kita usahakan untuk MEMULAI MEMURNIKAN BICARABICARA HATI. MINDA dan DALAMAN untuk kita sama-sama nikmati REALITI INDAH YANG HARUM LAGI MENGHIBURKAN. Begitu juga dalam konteks hubungan dengan insan yang tersayang tidak kira pasangan, anak-anak dan sebagainya. Apapun yang pasti alhamdulillah perjalanan dirai menjadi tetamu Allah dan tetamu Rasulullah banyak mengajarkan diri yang kerdil dan hina untuk memperkemaskan diri dan peribadi untuk terus mengisi amanah membawa SAKSI AGUNG ALLAH yang cukup pengasih, penyayang dan HEBATTTT! Untuk anak-anak ibu…Nia, Erman dan Muiz insyaAllah semoga ibu dan ayah dapat MENGISI AMANAH ini dengan penuh adil dan bijaksana untuk membawa kalian mencipta GEMILANG DUNIA DAN AKHIRAT yang bahagia. Semoga putera-puteri ibu mampu meneruskan kesinambungan bakti ibu dan ayah, insyaAllah untuk memakmurkan ummah…hidup ini bukan untuk sia-sia tetapi untuk diisikan SEBAIK MUNGKIN sebagai bekalan di akhirat sana. Impian ibu dan ayah bukan sahaja untuk menikmati kebahagian dan kekayaan di dunia semata-mata tetapi LEBIH LUHUR lagi akhirat yang KAYA!!!Semoga KASIH ALLAH akan selalu sahaja melengkapi dan memperindahkan perjalanan ini dengan gemilang NUR KASIHNYA! Amiin Allahumma Amiin! Ya Allah…

Buat para sahabat yang mungkin sedang TERUJI di luar sana…berbahagialah! Berbaik sangka, penuh IKHLAS dan REDHA melewati rencana Allah…LIHAT KE DALAM DIRI…PERBAIKI HATI..mohon penuh hadir semoga Allah RAWAT hati yang terluka, kotor dan berkeceramuk hadirkan kesembuhan, kebaikan, kesejahteraan dan keharmonian mudah-mudahan LEBIH PANTAS mampu menikmati HIKMAH dan MENYULAM MAKNA di sebalik ujian yang berlaku dan seterusnya mampu bangkit penuh yakin, gagah dan bergaya meneruskan kehidupan ini. YAKINLAH KASIH ALLAH SELALU SAHAJA MELENGKAPI KITA BAHKAN SAAT PARA MEMBACA DAN MENIKMATI ZAT JUGA RUH INSPIRASI YANG ADA DI DALAM ARTIKEL INI JUGA MERUPAKAN SEBAHAGIAN TITIPAN KASIH ALLAH…

InsyaAllah , semoga bertemu lagi…

 

Salam Inspirasi!

 

 

 

Facebook comments:

comments

Leave a Reply