Membina KELANGSUNGAN Kebahagian Dalam Perkahwinan

Bismillah…
1_inspirational-quotes-2

Salam Rahmat …salam harmoni…salam kasih sayang buat para sahabat yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah perkongsian kali ini membawa kita kepada kupasan dalam menjayakan kelangsungan rumahtangga dan bagaimana menghadapi cabaran. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri, betul tak? Teringat kata-kata Almarhummah Prof Madya Dr Lily Mastura tokoh akademik Kaunseling Perkahwinan yang sangat saya hormati katanya institusi perkahwinan merupakan sesuatu yang perlu DIUSAHAKAN oleh pasangan. Amat penting KOMITMEN, KEJUJURAN, KEPERCAYAAN dan PERSEFAHAMAN serta TOLERANSI dalam mengemudi bahtera rumahtangga. Tanpa komitmen pasangan pengorbanan mungkin sahaja menjadi sia-sia bilamana sebelah pihak sahaja yang asyik memberi dan berkorban rasa, tenaga , wang ringgit dsbgnya hasilnya TIDAK MUSTAHIL pihak yang terlibat akan mula rasa LETIH …LETIH YANG TERAMAT LETIH. Saat inilah juga kadang PERUBAHAN yang cuba dilakukan tida lagi memberi MAKNA bila hati menjadi beku dan DINGIN. Rasa cinta , sayang yang membawa ke jinjang perkahwinan HILANG GHAIB tidak dapat dikesan…kerana kasih sayang, cinta TIDAK DISUBURKAN dengan penghargaan, pengertian. Matlamat PERKAHWINAN mencari KEREDHAAN tersirna oleh ujian dan cabaran rumahtangga dan kehidupan.

Kejujuran pula TIDAK KURANG peranannya, disinilah PERI PENTINGNYA nilai kejujuran. Hati sebenarnya TIDAK MAMPU menikmati bahagia, sejahtera yang TULEN andai tiada nilai kejujuran. Kita mungkin sahaja boleh menipu orang lain tetapi TIDAK DIRI SENDIRI. Konflik dan peperangan diri jika tidak diuruskan dengan sempurna boleh sahaja menjadi synergy negatif yang mengundang petaka dalam rumahtangga. Ini yang terkadang ANUGERAH, HADIAH dan AMANAH Allah boleh menjadi BEBAN yang menyesakkan. Lebih-lebih lagi bila individu atau pasangan itu terjebak dengan sesuatu yang DILARANG ALLAH ~ hati bergolak, kesal, keliru, rimas, buntu, kecewa, marah pada diri sendiri dan benci tapi tidak berdaya untuk berdepan dengan KENYATAAN.

Ketakutan, kebimbangan yang menghambat tapi kekuatan diri untuk mencari jalan keluar dan penyelesaian YANG TERBAIK apatah talian hayat dengan MAHA AGUNG longgar…keimanan menjadi rapuh hasilnya mudahlah syaitan berkampung memperkotak-katikkan diri. Penceraian walaupun sesuatu yang HALAL tapi masih tetap perkara yang Allah tidak suka…MENGAPA AGAKNYA??? Mesejnya disini cukup mendalam…Hari ini bila kita sibuk…RIBUT…haru-biru dengan isu kebejatan sosial, akhlak masyarakat semakin luntur ada hubungkaitnya dengan INDOKTRIN yang terbina dalam keluarga dan rumahtangga. Sememangnya BENAR sekali dan TEPAT sekali, inilah REALITI KEHIDUPAN jika tidak percaya tanyakan sahaja guru-guru di sekolah? Jika dilakukan SURVEY nescaya murid-murid yang mendatangkan masalah datangnya dari keluarga yang bermasalah, tidak harmoni dan berpecah-belah.

Kesannya anak-anak BELAJAR daripada ibubapa MENIPU DIRI SENDIRI…PENTINGKAN DIRI SENDIRI…dalam diam mereka membina sikap memberontak. Hati mencari kasih sayang dan bahagia di luar bilamana ibubapa & keluarga yang seharusnya menjadi SEKOLAH PERTAMA buat anak-anak belajar, terdidik tidak menjalankan peranannya. Ruh anak tidak terdidik dengan nilaian murni, keutuhan CINTA dan TAKUTKAN Allah maka hasilnya keseronokan materi, khayalan apatah dengan momokan pengaruh media massa dan elektronik yang lebih luas pengaruh negatif tidak mustahil menjadi TARIKAN yang hebat generasi muda terpesong, keliru dan hanyut dalam realiti mereka.

Teringat saya kisah sahabat saya, seorang Dr yang baru pulang dari luar negara selepas bertugas lebih 10 tahun di Dubai…kata beliau mereka seisi keluarga merasa SHOCKED…TERKEJUTTTT kerana pengaruh negatif yang ada di Malaysia cukup hebat. Pembawakan, penampilan diri yang Islamik seakan berbuat sesuatu yang salah apatah lagi hidup di kota metropolitan…itulah juga persepsi saya kadang sebagai pemerhati. Agama kadang sesuatu yang mencabar KEEGOAN andai disentuh…apatah lagi dalam konteks rumahtangga bilamana antara pasangan cuba memperbaiki hubungan dan mencari KEBAIKAN dalam usaha menyelamatkan mahligai yang dibina. Kesannya inilah yang terkadang membuat PASANGAN menjerut rasa…sendu…sedih…menangis sendiri ibarat diluah mati emak ditelan mati bapak. Komunikasi antara pasangan makin hari makin luntur dan kasih sayang katanya PUDAR. Pengorbanan tidak mengenal tepi dipandang sepi tanpa PENGHARGAAN.

HARUS BAGAIMANA KEHIDUPAN dan KEBAHAGIAN mampu terbina jika terus-terusan tiada komitmen di kedua-dua pihak pasangan. BAGAIMANA pasangan ingin terus bertahan dalam UJIAN GETIR ini ??? Disinilah peranan PROFESIONAL serta sokongan mantap luaran juga insan-insan yang signifikan pihak keluarga, para sahabat dan rakan taulan yang ikhlas dan jujur menghulurkan bantuan dalam usaha memperbaiki keadaan dan bukan sebaliknya MENGERUHKAN keadaan. Namun dalam mencari KEKUATAN, PENYELESAIAN pesan saya HATI-HATI dengan permainan syaitan…syariat harus dijaga batas hubungan, menerima pandangan , nasihat dan sebagainya janganlah sampai kita mengundang KEMURKAAN ALLAH mahupun MENGUNDANG FITNAH.

Banyakkan BERSUJUD…MUNAJAT mohon penyelesaian…tunjukkan jalan yang benar…PERBAIKI SKRIP DOA anda yang sedang diuji : “LUPUSKANLAH SEGALA KESUKARAN HIDUPKU…LUPUSKANLAH SEGALA KESEDIHANKU YA ALLAH GANTIKANLAH IA DENGAN KELAPANGAN, KEJERNIHAN FIKIRAN, RAHMAT dan KEBAHAGIAN JUGA KEBERKATAN. TUNJUKKAN KAMI JALAN YANG LURUS JALAN YANG ENGKAU REDHAI“. Percayalah Allah tidak pernah zalim…dan DIA juga TIDAK PERNAH meninggalkan kita setiap apa yang TERJADI ADA HIKMAH…ADA RAHMAT yang terselindung insyaallah mudah-mudahan dengan keikhlasan, kesabaran dan ketulusan hati kita hambaNYA menjalani UJIAN dariNYA menjadi ibadah untuk lebih hampir dan dekat denganNYA. Mungkin sahaja tanpa UJIAN dan CABARAN ini kita akan sombong, angkuh, ujub, bongkak , alpa, lalai …TERIMA KASIH ALLAH kerana anda terpilih untuk DIUJI!!! Hargai dan NIKMATI “ANUGERAH” perjalanan dan RASA yang indah ini. Kembali kepadaNYA kita menikmati MANISNYA KASIH SAYANG Allah…indahnya saat berbicara denganNYA…leka terhibur dengan PERHATIANNYA. Insyaallah…mudah-mudahan siapa tahu…mungkin kita dipertemukan saya sebagai PERANTARA melaksanakan amanah dan memainkan peranan untuk MENYEMBUHKAN , MEMBERIKAN SINAR dan HARAPAN untuk meneruskan perjalanan dengan lebih INDAH, BERMAKNA dan penuh BERGAYA!!!Insyaallah…

Jumpa lagi…

Salam Inspirasi…
Pn Aniz Hj Anwar
“Counselling taking place…everywhere..anywhere”
~ For apmt pls visit http://anizanwar.com/

Facebook comments:

comments

Leave a Reply