353701-5936-7

Memahami Kemahiran Komunikasi Non Verbal

KEMAHIRAN TANPA LISAN DAN INTERPRETASI

Jom hari ini sama-sama kita pelajari serba ringkas tentang komunikasi non verbal dan interpretasinya. Sebagai kaunselor MEMAHAMI bahasa non verbal ini sememangnya satu keperluan bagi menyelami permasalahan klien sebelum pergi ke dasar mahupun permasalahan pokok yang diajukan.Namun saya kira bukan sahaja satu keperluan untuk kaunselor semata-mata insyaAllah dalam kehidupan seharian juga kita boleh manfaatkan informasi ini. SELAMAT MENGINTERPRETASI! :)

1) BERPELUK TUBUH: MEMBAWA ERTI SEORANG YANG TERTUTUP, KURANG SELAMAT, KURANG BERSEDIA UNTUK BERBINCANG, MERASA NEGATIF ATAU DEFENSIF

2) MENUTUP MULUT DENGAN TANGAN: SAYA PERLU BERHATI-HATI DENGAN APA YANG AKAN SAYA KATAKAN; TERLEPAS CAKAP DAN RASA MALU

3) MENARIK NAFAS PANJANG: KELUHAN, MENAHAN KESAKITAN, MENGHILANGKAN KETEGANGAN

4) MELIHAT KE ARAH LAIN DAN BERMAIN DENGAN SESUATU: KURANG MINAT, TIDAK PUAS HATI, RASA MALU

5) MELETAKKAN JARI KE PIPI: BERFIKIR SECARA SERIUS

6) SENYUM, TETAPI TIDAK ADA YANG MENGELIKAN HATI: TIDAK MEMAHAMI SOALAN, SINDIRAN SINIS

7) MELEMPARKAN PANDANGAN JAUH APABILA DI SOAL: MENCARI JAWAPAN YANG BAIK ATAU MENCARI ALASAN,BERKHAYAL

8) MENGGOSOK MATA: SEDIH, MENGANTUK, TERMASUK SESUATU KE DALAM MATA

9) MENGARAHKAN BADAN KE HADAPAN: BERMINAT MENYANDARKAN BADAN KE BELAKANG: TIDAK BERMINAT, LETIH

10)MENUNDUKKAN KEPALA: SEDIH, MENCARI JAWAPAN, MENGELAK PANDANGAN

11) MENGUBAH KEDUDUKAN APABILA ORANG SEDANG BERCAKAP: INGIN MENYATAKAN SESUATU

12) BERDIAM DIRI AGAK LAMA SELEPAS SOALAN DIAJUKAN: RESAH DENGAN RESPON ATAU KURANG YAKIN

13) MENGENGGAM TANGAN: MARAH, GUGUP, MENAHAN SABAR

14) TANGAN DI DALAM KOCEK: SEOLAH-OLAH MENYEMBUNYIKAN SESUATU

15) KEDUA-DUA BELAH TANGAN MEMEGANG KUAT PADA LENGAN KERUSI: RASA TAKUT DAN RISAU

16) TERGARU-GARU: RAGU-RAGU, TIDAK PASTI ATAU GELISAH

17) MENGIGIT JARI: TERTEKAN, RAGU-RAGU, CEMAS ATAU RISAU

18) SENYUMAN: TANDA PERSAHABATAN, PENERIMAAN ATAU MENGALU-ALUKAN DAN KEINGINAN UNTUK BEKERJASAMA

NADA SUARA: KETINGGIAN ATAU KELEMBUTAN SUARA; JARAK SERTA KELAJUAN SESUATU SEBUTAN MEMBAWA PENGERTIAN YANG BERBEZA. NADA SUARA SELALUNYA MEMBAWA BERSAMA EMOSI INDIVIDU

Namun perlu diingatkan dalam mentafsir bahasa tubuh ini HATI-HATI, berbaik sangka adakalanya terkadang ujian @ tekanan yang hadir menyebabkan individu hilang pertimbangan, hatinya menjadi keras dan ada pula menjadi gugup kurang berkeyakinan, hulurkanlah bantuan dengan ruh kasih sayang kerana Allah dan syurgaNYA mudah-mudahan senyuman mahupun nada hambar akan BERTUKAR KERIANGAN dan KESYUKURAN yang menghiburkan, insyaAllah!

Facebook comments:

comments

Im Alive
Pulut Kuning Kakak

Leave a Reply