Bismillah…
Alhamdulillah dapat bersiaran kembali berkongsi maklumat dan inspirasi. Kali ini saya bawakan sedikit RUMUSAN temubual saya bersama Majalah Nona baru-baru ini. Antara lain perbincangan yang dibawakan bagaimana peranan media sosial dalam kehidupan ini, bagaimana untuk mengelakkan kecaman @ stress yang tidak diundang dan apakah cara yang terbaik untuk individu memanfaatkan platform dunia maya ini.
Dewasa ini dengan kemajuan teknologi di hujung jari tidak dinafikan ia boleh sahaja dimanfaatkan menjadi satu SUMBER POSITIF untuk melangkah dalam perjalanan ini dan tidak kurangnya juga jika tidak ditangani dengan bijaksana boleh sahaja mengundang fitnah, kemudaratan dan perihal negatif yang mengancam kebahagian dan keharmonian diri. Bahkan bukan itu sahaja acapkali juga kita dihidangkan dengan kisah kisah yang meruntun jiwa hanya kerana pengaruh media sosial dan alam internet sbg contoh konflik perkahwinan di mana pasangan memilih berfoya-foya di media sosial, penipuan , jenayah, ketagihan smartphone @ internet berupa main game, isu pornografi , perkongsian secara terbuka yang mengundang kecaman masyarakat dan bermacam-macam lagi.
Jadi BAGAIMANAKAH agaknya cara terbaik untuk menghindari gejala negatif, tidak sihat dan menganggu keharmonian diri? Jawapan saya mudah sahaja sebelum kita lakukan sesuatu tanya pada diri kita secara jujur apakah matlamat kita berkongsi tentang sesuatu apakah ia memberi manfaat lebih lagi sebagai Muslim untuk sama-sama kita mengingatkan Allah sedang memerhati, malaikat kiri dan kanan komited mencatit biarlah apa jua yang kita lakukan itu memberi manfaat bukan sahaja membantu perjalanan dunia kita tetapi juga SAHAM untuk bekal akhirat kita bukan sebaliknya. Zaman dah serba canggih aktiviti ‘pembawangan’ tidak lagi dalam skala yang kecil dengan jiran tetangga tetapi kadang SATU DUNIA ….teringat pula kisah Chef Rendang Crispykan satu nusantara bangkit bersuara.
Ingin TAHU lebih lanjut apa garis panduan selanjutnya boleh ikuti ~
Leave a Reply