sweet talk

Luahan Hati Isteri Bila Suami Dilamun Cinta Whatsapp

Waspada Ancaman Cinta Whatsapp

Menerima panggilan daripada seorang isteri yang diuji dengan suaminya yang asyik masyuk bermain whatsapp dengan jiran sebelah yang juga janda...saya tak nak sesi terapi Puan saya nak tanya soalanjer apa saya NAK BUAT…yerlaa serba muram dengan cabaran ekonomi harap maklum tak semua berkemampuan untuk dapatkan khidmat profesional yang berbayar…In sha allah jika tak sibuk sempat saya santuni pastinya saya akan luangkan masa 5 minit…10 minit.

Kaunselor : Puan kalau puan rasa diri puan teraniaya dan terabai serta tak mampu lagi untuk meneruskan perkahwinan ini puan boleh shj untuk failkan penceraian puan di mahkamah. In sha Allah hak puan akan dibela.
Tak gunanya terus-terusan menganiayakan diri jika pihak suami tak pernah nak belajar …mungkin bukan penderaan fizikal tetapi sudut emosi dan psikologi itu juga penderaan…saja puan kaunselor berkata begitu sebenarnya utk melihat sejauhmana si pemanggil TAHU dan SEDAR akan halatuju perkahwinannya.

Pemanggil : Saya takdelah nak sampai bercerai berai puan cuma saya rasa down sangat murung dengan sikap suami. Dia tahu saya tahu dia berwhatsapp dengan jandatu. Dan janda jiran saya tu pulak nampak macam happy suka tengok saya menderita kemurungan begini…#gitupulak ada juga manusia macam gini ye apapun bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi detik kata hati saya. Ujian Allah jalan syurga masing-masing sambil telinga bersedia lagi untuk mendengar luahan terobek hati si isteri …

Kaunselor : Beginilah puan , kita manusia tak boleh nak ubah orang lain tapi kita ada Allah …pemilik hati segalaNya. Puan banyakkan solat berzikir minta sungguh-sungguh pada Allah semoga Allah pelihara suami dan jauhkan suami daripada perkara2 maksiat…benda-benda yang haram. And the end of day bukan apa sebagai Muslim kita semua nak ke syurga Allah. Kita NAK LIHAT dan BERSAMA pasangan kita di syurga Allahkan ; mohon juga hubungan puan suami isteri dipelihara daripada ganguan manusia-manusia yang zalim. Barangkali kadang perkahwinan teruji sebab kita sendiri pun tidak berdoa atau “kurang sangat-sangat” minta pertolongan Allah.

Masa yang sama cubalah cari kelemahan diri mungkin juga kelemahan dan kesilapan yang menyebabkan suami tertarik di luar…doa yang sungguh2 pada Allah mudah2an Allah swt kembalikan dan suburkan kembali cinta puan suami isteri.

Pesanan ringkas Puan Kaunselor :
==============================

1. Pesanan juga ingatan buat pasangan yang teruji di luar sama BE BRAVE jika ada konflik dalam perkahwinan hadapinya dengan kematangan. Works things together…ada cabaran harungi bersama bukan dengan LARI daripada masalah mencari keseronokan di luar perkahwinan dan membiarkan pasangan terkapai-kapai seolah berjuang sendiri.

2. Dan lebih parah jauhilah daripada melihat pasangan kamu sebagai musuh kadang saya pelik juga hadir ke sesi baik suami atau isteri mengerling pasangan tu Ya Ampun macam nak telan orang…betapa meluat , benci dan sakitnya hati. Padahal yang diraikan tu…ho ho ho bersuka rialaa lagi ketidakharmonian andai permusuhan itu dibenarkan mewarnai ikatan.

3. Masalah tidak akan selesai jika pandangan musuh itu diraikan dan terus disuburkan dalam perkahwinan. Inilah antara PUNCA walau niatnya nak menasihat…nak perbetulkan tapi selagi ENERGI permusuhan itu tidak diharmonikan…harus …memang ke laut nanti simpang siur jejak cinta Jannah yanh konon-kononnya dilafazkan saat honeymoon bagaitu.

4.Sebelum parah….berbahagialaa untuk mengakui kelemahan yang hadir ; tak mampu menegur atau menasihati pasangan dengan cara hikmah dapatkan rawatan dan berikan komitmen. In sha Allah semoga Allah permudahkan…jangan bertangguh dan membiarkan masalah yang sama berlarutan inilah yang membuatkan pasangan lelah dan putus asa dalam perkahwinan.

5.Dan akhir sekali…untuk wanita yang teruji dengan status janda, ibu tunggal, single lagi dan seumpamanya pelihara mertabat diri hindarilah dari menjadi perosak rumahtangga orang lain. Ya kenyataan hidup yang ditempuh ada ketika cukup kelat dan pahit untuk ditelan apatah lagi saat yang sama perjalanan pernah dilukai dan disakiti tetapi itulah bukanlah TIKET untuk kita mengulangi menyakiti mahupun menghancurkan kebahagian orang lain. Carilah penawar yang hakiki di sisi Allah mudah2an hati akan terhibur dan terubat. Mohon agar dijauhi juga daripada hubungan cinta yang menyulitkan. Hanya demi cinta …ada hati-hati yang dilukai dan tercedera bahkan terkadang teraniaya dan terabai keluarga – si ibu, anak-anak terbiar tanpa PEMBELAAN ; itu NYATA bukanlah jalan yang bijak untuk menjemput dunia dan akhirat yang bahagia dan diredhai Ilahi. #bahagiatidakakantenangdenganmenzalimiinsanlain

Keadilan Ilahi sangat luar biasa…biarlah ada rasa seram dan takut azab Ilahi ; sifat takwa itu disuburkan mudah-mudahan kita sayang Allah…kita sayang jalan syurga kita maka kita dipelihara Allah daripada menempah jalan sukar dan mengundang kemurkaanNya. Dan sebagai ganjarannya Allah swt yang penuh cinta juga sudah siap susunkan jalan bahagia kita dengan cara yang lebih indah dan diredhai In sha allah…

6.Utk suami pun sama jangan terlepas pandang doakan Allah swt pelihara isteri kita yang tersayang daripada godaan dan gangguan syaitan serta kejahatan manusia yang zalim. Sebab ini jam dunia akhir zaman…pemuda masjid, atok kaki masjid pun boleh bikin havoc mengacau rumahtangga orang dan tak pelik jugalah kadang jiran sebelah menyebelah juga. #nauzubillahminzalik #loweryourgaze

Pada Allah swt jua kita memohon peliharaan dan keselamatan In sha allah…

#cintajangansampaiiamenyesatkan

#teknologijangansampaimenyukarkan #perjalanansyurgakitapula

Hjh Aniz Hj Anwar
www.anizanwar.com

Facebook comments:

comments

Master
Cinta Syurga

Leave a Reply