Komunikasi Medium Penting Menjemput Keharmonian dan Kejayaan

Bismillahirrahmanirrahim
Setiap hari kita akan berkomunikasi dan tidak dinafikan CARA dan BAGAIMANA kita berinteraksi banyak membantu urusan seharian kita mahupun sebaliknya. Sememangnya komunikasi memainkan peranan yang amat penting, itulah yang saya perolehi daripada pemerhatian dan pengalaman saya. Banyak masalah dalam dunia dan kehidupan ini dapat kita atasi dengan lebih baik jika kita mampu menguasai dan mempelajari teknik berkomunikasi dengan lebih mendalam.
Jika diperhatikan daripada sudut terjemahan perkataan Inggeris komunikasi membawa maksud communication. Perkataan ini berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud to make cooom atau mewujudkan persamaan. Menurut Sillars komunikasi adalah penghantaran, penerimaan atau pertukaran maklumat atau pendapat atau idea dengan tulisan, percakapan atau imej visual atau mana-mana kombinasi agar difahami dengan jelas oleh sesiapa yang terlibat. Dengan lain maksud juga komunikasi ini sebenarnya merupakan satu proses transmisi dengan harapan apa yang disampaikan difahami oleh audien yang mendengar.

Apabila kita berbicara tanpa disedari lengguk bahasa kita, bahasa tubuh, riak wajah, kemerduan mahupun kenyaringan suara yang ‘membelah keharmonian’ memainkan peranan yang sangat signifikan. Sebab itulah sebelum berbicara fikir dahulu, tanya dahulu diri.

Dari Abu Hurairah ra., Rasulullah Muhammad saw. bersabda:
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau – kalau tidak dapat berkata yang baik, hendaklah ia berdiam diri saja.” (Muttafaq ‘alaih)
Sungguh indah sekali peringatan ini kan? Tetapi hu hu hu agak mencabar juga untuk dipraktikkan lebih-lebih lagi dalam konteks keluarga, rumahtangga kerana memang perlu sangatnya kita bercakap kalau tak bercakap bagaimana pulakan. Itu yang kadang menjadi isu, dilema dan konflik kerana pasangan tidak boleh ditegur mahupun dinasihati, ada perkara yang tidak berpuas hati dipendamkan sahaja dengan harapan tidak mahu memburukkan lagi keadaan dan mengundang pertelingkahan. Tanggapan ia sesuatu CARA yang sihat Owhhh! Tidak rupanya ia sebenarnya akan menjadi satu pendaman , kekecewaan, kesedihan, kemarahan yang terpendam, inilah yang lagi merbahaya. Maka janganlah terkejut itulah yang lahirnya bidalan lama kerana pulut santan binasa…kerana mulut badan binasa. Ada logiknya dengan sikap yang pemarah, mudah melenting, tidak mahu mendengar , ego yang tinggi buatkan orang lain tertekan, stress memang jika dikaji dari sudut kesejahteraan yang holistik rasa tekanan boleh menyebabkan badan menjadi asidic dan penyakit pun mudahlah terjemput hadir. Ada pula  terlajak perahu boleh berundur terlajak bahasa….buat bodohjerlaa, buat tak reti tanpa rasa bersalah. Tambah pula ego melangit, salah diri tidak diakui semuanya salah orang lain. Yang menjadi mangsa insan-insan sekelilingnya “makan dalam” dan makan hati mahu atau tidak kenalah belajar menerima dan ‘adjust’ dengan cabaran yang hadir. Nak UBAH orang lain memang kita tidak mampu tetapi dengan KEBIJAKSANAAN, KEMAHIRAN, PENGETAHUAN JUGA KEPAKARAN yang sukar dan mencabar tidak akan sesukar mana pun bila kita ada ILMU dan mempraktikkannya.
Janganlah sampai kita membenarkan diri menjadi mangsa mahupun pemangsa sebagai contoh dalam perkahwinan pasangan mahupun anak-anak selalu sahaja diselubungi ‘kecut perut’, takut dan tidak selamat berada dalam rumah ataupun perkahwinan tersebut. Ada sahaja yang tidak kena di mata, mengkritik bukan bermaksud membina tetapi melempar keperitan, kegagalan, kelemahan dan kebencian diri juga permusuhan dalaman yang ada di dalam diri, menghina orang lain, menyakiti orang lain seolah dirinya sahaja yang baik, bagus dan betul…sombong sekali menjadi manusia…hu hu hu macamlah nanti bila mati boleh masuk dalam kubur sendiri…Nauzubillahminzalik! Jangan ya begitu…bawaan ini pastinya tidak akan membawa diri ke mana melainkan perjalanan yang lebih sulit, tidak harmoni dan melelahkan. Orang mungkin menghormati anda sebagai pemimpin, majikan, rakan, suami, ayah , abang, isteri, kakak, ibu, adik-beradik, kenalan atau sebagainya tetapi hakikatnya mereka membencimu. Kita pastinya tidak mahu insan-insan di sekeliling menjadi manusia yang hipokrit hanya kerana diselubungi rasa takut dan malas nak bertekak, buang masa melayan perihal pelik, sombong, degil, angkuh dan keras hati dibiarkan sahaja perangai pelik itu. Bila teguran dan nasihat manusia teguran kasih pasangan, isteri, suami, anak-anak atau ibubapa yang hampir sudah tidak didengar serta dipedulikan maka nantikan sahaja “teguran kasih Ilahi” maka jangan pula salahkan sesiapa melainkan diri sendiri.
Dalam konteks perkahwinan mahupun keluarga kita tidak mahu cara komunikasi yang tidak sihat dan negatif terus menjadi budaya dan diwariskan. Inilah nanti akan terjadi keadaan bukan niat sebenarnya untuk bertekak, bergaduh jauh lagi untuk merosakkan hubungan suami isteri, ibubapa, adik beradik dan seumpamanya tetapi bila adanya luka yang terpendam, bahasa yang kesat dan kasar, menghina, mengkritik mahupun mencederakan perasaan tiba-tiba  akan jadi “tersasul” tertinggi suara, tercari gaduh, memberontak, sindiran sinis dan sebagainya yang boleh menghuru-harakan keharmonian.Pastinya kita tidak mahu suasana yang tidak sihat dan negatif ini terus membelenggu diri, itulah yang nanti impaknya rumahtangga tidak bahagia, kehidupan terasa hambar, sempit. bosan, kelat dan jangan terkejut rezeki juga terasa sangat sukar dan mahal untuk terjemput hadir…Nauzubillahminzalik.
BERITA GEMBIRA!
================
i) Bagi yang memilih bahagia, keharmonian dan kelancaran mengiringi perjalanan tidak kiralah dalam konteks perkahwinan, keluarga, kerjaya mahupun urusan seharian KINI Kelas yang dinanti-nanti telahpun TIBA.

ii) Pelajari bagaimana kemahiran komunikasi, peranan bahasa tubuh, riak wajah, intonasi dan penghayatan serta kehadiran juga peranan “stroke” yang positif menjalinkan keharmonian, kasih sayang, kebahagian dan kelancaran kehidupan dalam Kelas Komunikasi Ohsem.

 

Kelas Komunikasi Ohsem

Tarikh : 16hb Mei 2015 (Sabtu)

Masa : 2.00 petang – 6.00 petang

Tempat : Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.

Yuran : RM89 shj

 

Untuk yang BERMINAT pembayaran boleh dilakukan terus ke :

Maybank A/C : 162218337759 (Noraniza Binti Anwar)

Setelah bayaran di buat sila whatsapp BUKTI pembayaran beserta Nama Penuh  dan Email untuk pendaftaran anda ke 012.391.5362 .

 

“Ya tidak dinafikan komunikasi ibarat oksigen dalam sebuah perhubungan yang mampu menghidupkan lagi sebuah perjalanan yang indah lagi bahagia tetapi jangan sampai terkeliru, terpedaya dan terperangkap MEMBIARKAN komunikasi menjadi bahan tercemar serta toksid merbahaya yang mengancam kehidupan…kita mampu MEMILIH dan BERTINDAK untuk kebahagian di dunia dan akhirat kita…In shaa Allah”

 

Sehingga bertemu lagi…

 

Salam Inspirasi ,

Hjh Aniz Hj Anwar

Facebook comments:

comments

Leave a Reply