Kerja Umah Ohh Kerja Umah…

Bismillah,

Diari Hariku

Bertemu lagi…curi masa sekejap sementara Prof kenit Muiz Hakiem beradu. Menjalani kehidupan alam rumahtangga dan keluarga serta bekerjaya dari rumah memang mencabar tak kurang juga menghiburkan. Lebih-lebih lagi apabila dapat melihat putera puteri yang dikasihi membesar di depan mata, melayan kerenah mereka adakalanya memang mencuit hati dan menguji kesabaran emosi. Di pagi yang indah & segar ini  sahaja saya telah diuji dengan PROJEK terbaru prof. cilik  Muiz Hakiem  …ntah macam mana gayanya tunggang langgang skrin notebook ibu dieksperimennya…tekan sana tekan sini tak sampai beberapa SUDAH TUKAR…magic dia sudah bikin! Hemm…segar sungguh ideamu sesegar pagi yang indah ini yer! Semalam pula dalam leka ibu dan ayah berbual sambilmata mengintai dia ~ berdedikasi dan leka sungguh  Muiz ‘mengemas’ baju yang telah disusun auntie Yah…bibik Indon yang diambil ON DUTY di hujung minggu. Seronok benar dia dengan projek barunya sekelip mata tak beberapa saat ibu kerling semula Ya Ampun dia dah duduk dalam laci bajutu pulak, ntah bila masa dia meloloskan diri pun tak perasan…cepat sungguh dan paginie Muiz masih meneruskan dengan SURPRISEnya lagi…Hemm anak bertuah! Mujur juga ibunie mengaji ilmu tingkahlaku dan perlakuan manusia yang amat menyarankan dokongan EKSPLORASI di saat-saat tumbesaran ini, kerana ianya akan bersalingkait dengan PERSONALITI yang dibentuk kemudian hari…kalau ibu tak pergi mengaji dulunie…hissh harus ibu dah hangin satu badan dibuatnya….pasti terserlah lontaran suara ibumu…takyah amik kelas vocal, peacing baik punya ibu lontarkan  ~ he he he…

Pernah Menyampah dan Bosan ???

Itulah sebahagian warna-warni bergelar seorang ibu dan suri rumah ini tak masuk lagi cabaran BEKERJAYA dari rumah…memang happening dan multi taskinglaa omputih kata. Baru-baru ini sempat saya mendengar keluhan dan luahan kenalan lama but she is a bit diffren seorang suri rumah sepenuh masa. Dengan putera dan puteri seramai 4 orang berumur dari 15 tahun hingga 3 tahun tanpa pembantu rumah memang mencabar fizikal dan emosi terkadang. Ada ketikanya memang melelahkan semua yang dilakukan serba tak kena…dan tak kurangnya juga kadang timbul pula peraan benci, meluat, menyampah, bosan, letih, rimas dan tak suka tapi emosinie semua bukan benci ke anak, tak suka ke suami dan sebagainya TETAPI benci, menyampah dan bosan dengan rutin harian sebenarnya. Asyik-asyik nak kena mengadap ikan, lauk, dapur, pinggan mangkuk, kain baju, mencuci, mengemas, membasuh kain  dan tak lupa juga kebajikan anak-anak yang dikasihi hinggakan kadang terlupa yang diri ini juga perlukan perhatian, perlukan kasih sayang, perlukan kerehatan, penghargaan pendek kata kebajikan diri jangan dilupa dalam sibuk-sibuk siang malam menjaga kebajikan orang lain. Haa disinilah peranannya ILMU tuan, puan , adik kakak abang…makcik dan pakcik yang dikasihi para sahabat semua…

Pengurusan Stress atau Stress Yang “Mengurus” Anda?

Kepentingan ilmu yang dinamakan STRESS MANAGEMENT atau PENGURUSAN STRESS…penting sekalinie kalau tidak jawabnya STRESSlaa yang mengurus kalian tak kena gayanya.  HARUS jawabnya dengan usia yang meningkat, tabiat pemakanan, gaya hidup, pencemaran, komitmen kehidupan…segala amanah dan tanggungjawab yang boleh bertukar menjadi BEBAN menambahkan lagi  stress makin hari makan bulan …tahun berkampung stress yang dikumpul dan yang dikutip. Inilah yang bakal menjadi FAKTOR penyumbang juga sebenarnya kepada meningkatnya kos perubatan, bil konsultasi berjumpa Doktor, ulang-alik Klinik…hospital…dan tak kurangnya juga masuklah ranking meningkatkan stastitik pesakit-pesakit kronik ringan ~ kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, migrane, slip disc…inbalance hormone, cyst, lump, fibroid dan sebagainya. Itu yang seringkali juga HAJAT DI HATI nak kurus…tak juga berjaya-jaya kurus…KENAPA yer???  RAHSIANYA…stresslaa! Stress merupakan pemangkin yang mujarab sebenarnya terhadap pembiakan sel-sel tubuh yang kurang sihat…Nak tahu lebih lanjut nantikan kupasan  yang dinanti-nanti ~ SLIM secara semulajadi dengan mencapai kesejahteraan minda & emosi…SEMULAJADI lebih selamat dan long last orang kata. Nantikan pengumumannya di http://anizanwar.com tunggu yer kawan-kawan semua!!!

Tukar profesion nampak???

Hemm…buat para isteri pastinya dalam perjalanan anda PERNAH bukan melalui emosi sebegini?Timenielaa kadang kesilapan kecil anak yang kurang bersalah akan nampak bersangatan salahnya…apa yang mereka tahu anak kecil, betul tak? Itu yang bukan takat suaranya nyaring siap dengan apa yang sempat dirembat untuk melepas geram pada si anak. Hee ingat lagi kata kawan saya Kak Zuri timenielaa tukar pr ofesion kat pejabat jadi boss, senior exec dan sebagainya kat ngumah tu dia…sudah tukar jadi girl fren tarzan…hee si Jane (bukan tang seksitu kawan-kawan tetapi LONTARAN SUARA)  kadang terbabas jugak jadi tarzan…menjerit memberi arahan mahupun memarahi si anak-anak yang kurang bersalah tadi. Hemm…peel lagunie yang perlu hati-hati para sahabat! Kadang ibu mahupun bapa tak perasan  mungkin bukan maksud ibubapa melepaskan geram pada anak-anak tetapi TEKANAN yang dialami ibubapa “ter” tidak sengaja di salurkan dengan cara yang SALAH sama sekali. Bahayatu!

Impak stress ringan boleh menjadi mudarat???

Inilah antara SYMTOM STRESS ringan yang boleh menjadi PENDAMAN yang memudaratkan hubungan interpersonal di dalam keluarga. Sehari dua mungkin tidak nampak kesannya tetapi makan tahun bahkan puluhan tahun..hati-hati yang terluka, tercalar, sedih, kecil hati, marah, benci, geram, marah boleh menjadi racun dalam diri dan hubungan tadi. Dan kesannya KEHARMONIAN DAN KASIH SAYANG yang diimpikan dalam sebuah keluarga yang bahagia tidak mampu dinikmati. Impak inilah terkadang menyebabkan kecenderungan individu di dalam sistem keluarga ini MENCARI BAHAGIA DAN SEJAHTERA di luar. Anak, ibu ataupun bapa masing-masing cuba menidakkan ‘masalah yang hadir’ dan mencari alternative di luar sana untuk mengecapi ‘bahagia, keseronokan, kemanjaan dan sebagainya’. Nauzubillahminzalik…

Perkongsian bijak..perkongsian yang dirahmati Allah!

Kesimpulannya apa juga masalah yang hadir dalam rumahtangga haruslah diselesaikan bersama-sama.Lari daripada masalah…MENIDAKKAN masalah yang hadir bukan jawapan yang kemelut isu yang melanda. Kerjasama, pengertian dan saling Bantu-membantu antara satu sama lain amatlah disarankan. Rumahtangga dan perkahwinan adalah perkongsian! Maka jadikanlah perkahwinan dan keluarga kalian satu PERKONGSIAN YANG BIJAK dalam ertikata yang sebenar dimana masing-masing dan sama-sama SALING BANTU-MEMBANTU MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT…bukan sekadar kosmetik mencari keseronokan mahupun pelarian  atas tiket kepentingan diri semata-mata natijahnya membenarkan diri menjadi ‘lapangan permainan syaitan’ memperkotak-katikkan diri!

Sehingga bertemu lagi…buat para isteri, suri rumah berkerjaya mahupun sepenuh masa…SELAMAT MENEROKAI KEINDAHAN diberi kesempatan dan HADIAH juga AMANAH bergelar ibu, isteri, nenek , tok wan, grandma…nikmatilah kehidupan ini kerana apa sesungguhnya kalian SANGAT BERTUAH & TERPILIH berbanding insan lain yang kadang ingin sekali memegang jawatan & amanah ini tetapi tiada yang masuk meminang, tiada yang melamar untuk menjadi suri hidup insane bergelar suami ada pula berumahtangga masih tidak dikurniakan cahayamata dan sebagainya. Hidup mungkin sunyi…sepi…kosong tanpa ‘makna’ bahagia yang dicari dimana hari ini kita  yang “terpilih ini’ diberi kesempatan “MENIKMATINYA ~ erti bahagia segelintir insane lain yang sangat-sangat mendambakannya tetapi tidak diizinkan Allah lagi”…hilai tawa, riang, hiruk pikuk, menjerit…menangis…syukur dan keterujaan alam keluarga dan perkahwinan…Sekejapnya pun anak-anak nak memeriahkan hidup kita…esok lusa sambung pengajian duduk di asrama, masuk universiti, kolej…berkahwin haa jangan nangis sunyi sowang-sowang sudah…InsyaAllah kalau nilai murni memuliakan Allah…memuliakan ibubapa dan kebahagian mereka kita MODELkan dalam rumahtangga kita insyaAllah pastinya anak-anak juga akan mencerap nilaian murni dan positif ini, insyaAllah mereka juga akan membahagiakan kita! Haa jangan lupatu skrip doa memohon anak-anak yang memberi kelapangan kepada ibubapa…pentingtu! ~ This is MY LIFE! I LOVE LIFE…I “LIVE” LIFE…

Relief and RE-LIVE your journey…jumpa kalian dalam Klinik Sukses!

Salam Harmoni & Hepi-hepi Selalu!

Facebook comments:

comments

trauma

Leave a Reply