Alhijrah

Kepercayaan Yang Tercalar : Ikuti Kupasan Kaunselor @ TV Alhijrah

Bismillahirrahmanirrahim

 


1. Setiap yang terjadi itu ada tidak pernah sia-sia , ada HIKMAH yang tersembunyi namun langkah untuk merawat dan menyembuhkan hati yang terluka, tercalar akibat kesilapan, kecurangan dan sebagainya perlukan teknologi, kemahiran, tertib dan seni untuk merawatnya.

2. Salah satu terapi yang dijalankan di klinik kaunseling saya adalah EFT. Teknik ini saya perkemas dan mantapkan lagi dengan menghubungkan diri dengan Allah swt dan ke’akur’an diri sebagai hamba yang tiada upaya melainkan dengan bantuan DIA Yang Empunya Milik segala isi dunia.

3. Terapeutik teknik yang sangat pantas, mudah dan sangat mudah dipelajari tidak menuntut tahap intelektual atau ilmu yang ‘complicated’ untuk dikuasai.

4. Dengan satu syarat sebagai klien anda MEMILIH untuk sembuh, anda benarkan diri anda sembuh kerana apa??? Utk mempelajari teknik ohsem ini turut saya buka penyertaan bersama Life Coaching yang ditawarkan di klinik saya.

5. Perlu dihighlightkan disini kebenaran dari dalaman diri untuk lebih bahagia, harmoni, sejahtera, tenang adalah sangat penting…sangat-sangat penting…”Rahmat Allah tidak akan meluncur laju andai diri kita sendiri menolaknya!!” STOP complaining…take incharge…anda berhak untuk bahagia…anda berhak untuk sejahtera! Kemaafan , redha dan ikhlas…in shaa Allah hadiah yang terindah dan terhebat untuk diri sebenarnya.

5. Namunnnn…jika dilema masih , lelah , kesakitan, pengabaian mahupun kezaliman masih berterusan dalam perkahwinan sehingga ada ketikanya nyawa juga menjadi taruhan disepak terajang, dihina, dicerca dan dimaki hamun tanpa peduli digniti maruah pasangan yang juga mempunyai hak untuk disayangi, dilindungi dan dibela maka sebagai pasangan anda berhak untuk memilih.

6. Bagi kes-kes yang penganiayaan yang berlanjutan tanpa ada SIGNAL keinsafan setelah ruang dan peluang diberikan pilihlah halatuju yang lebih adil dan sejahtera untuk hidup anda.

7. Untuk pasangan yang terlibat dengan DILEMA halatuju perkahwinan ; usah khuatir bersama saya ada satu lagi teknik ohsem yang saya ketengahkan…Istiharah Menggunakan Al Qur’an. Teknik ini lebih telus, pantas dan “direct” In shaa Allah akan mudah sahaja bertemu jawapan juga isyarat Allah. Bukan lagi berpandukan gerak hati, mimpi mahupun lintasan yang melulu serta cenderung dipengaruhi emosi, kemahuan dan naluri yang keliru. In shaa Allah, pendekatan dan SOLUSI ini lebih jelas dan mantap dalam memandu arah perjalanan kehidupan yang lebih sejahtera, harmoni dan bahagia.

~ Like dan Share sebar luaskan siapa tahu dengan hanya satu KLIK kita mampu membuka jalan kebahagian dan kesembuhan yang sangat bermakna untuk insan-insan di sekeliling kita.

~ Hjh Aniz Hj Anwar
www.anizanwar.com

=========================
Khidmat Konsultasi Dan Temujanji
=========================

+ Untuk temujanji konsultasi dan khidmat kaunseling boleh SMS / Whatsapp ke 012.391.5362 utk respon yang lebih pantas.

Facebook comments:

comments

breaking up image
Al Quran

Leave a Reply