Kepentingan Doa Dalam Kehidupan Part 1

Bismillah…

MULTIPLE ROLES

Salam Rahmat buat para sahabat yang dikasihi, lama kiranya saya tidak menitip bicara ilmu tanpa suara. Sebetulnya jari jemari ini rindu sekali untuk menarikan bicara tanpa suaranya. Namun kesibukan bergelar ibu, isteri, kaunselor a.k.a therapist terkadang membataskan segalanya lebih lagi sekarangnie cuti sekolah satu lagi ROLE ditambah jadi guru tuisyen, time inilah kesempatan terbaik untuk menyediakan anak-anak dengan persediaan untuk pengisian bagi kemasukan kelas akan datang. Begitulah kelazimannya semasa cuti persekolahan panjang inilah, saya cuba membantu anak-anak menghabiskan syllabus untuk kelas akan datang.Pesan abah ilmu yang diajarkan sendiri oleh ibu mahupun bapa pada anak-anak itu lebih berkat, memangpun walaupun ada waktunya memang mencabar minda & kesabaran tetapi  banyak  HIKMAH yang kami pelajari . Mudah-mudahan ILMU yang diajarkan dengan penuh kasih sayang anak-anak dapat mencerapnya dengan jelas & baik.Hemm..bukan mudah nak merendahkan IQ setanding mereka demi kasih proses asimilasi perlu dilakukan agar mereka menjadi anak yang pintar dan cemerlang mengikuti proses pembelajaran di sekolah kelak. Inilah sebahagian detik-detik terindah sebenarnya menghabiskan waktu yang berqualiti dengan anak-anak memberi mereka pengisian YANG TERBAIK untuk dunia dan akhirat. TERASA PUAS DAN SYUKUR bila melihat kecemerlangan anak-anak dengan pengorbanan, kasih sayang serta pengisian dan titipan ilmu juga doa yang diberikan. Mudah-mudahan mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah yang mampu memertabatkan syiar Islam di akhir zaman.

KUASA DOA DAN KONTEKS HUBUNGAN DENGAN PEMILIK

Bukan mudah sesungguhnya memegang melaksanakan KONTRAK & AMANAH bergelar  ibu mahupun ayah. Tuntutan proses pendidikan serta pengisian dalam memberikan YANG TERBAIK agar tidak dipersoalkan di akhirat cukup sudah membuatkan setiap detik dan waktu untuk terisi. Dalam pada itu juga KUASA DOA jangan sesekali dipinggirkan, itu juga pesan abah. KUASA DOA sangat penting dalam kehidupan. Rentetan GAYA HIDUP, perubahan arus kemodenan hari ini tidak dinafikan membuatkan individu lebih sibuk dan cenderung dengan kesibukan duniawi…komitmen kerjaya, kewangan, kehidupan seringkali menyebabkan matlamat akhir memburu keredhaan Allah tersasar. Bila konteks hubungan dengan PENCIPTA serta PEMILIK AGUNG itu kurang terbina, kurang terjalin maka harap maklumlaa konsekuennya kehidupan tidak menjadi SURPRISE kalau haru-biru, huru-hara. HASILNYA kehidupan bakal menjadi  ‘lapangan syaitan’ mempermainkan dan memperdayakan manusia yang leka, lalai dan ANGKUH…itupun Allah masih sayang lagi sebetulnya diberikan UJIAN untuk kembali mengingatinya kalau tidak mungkin saja dibiarkan KUFUR DALAM NIKMAT atau TERUS HINA DALAM UJIANNYA…Nauzubillahminzalik. Contoh paling mudah dalam kehidupan berumahtangga dan berkeluarga, konflik , masalah, huru-hara saban waktu datang menguji. Pernah terdetik kenapa suasana sebegini berlaku???Antara faktor yang dominan adalah KUASA DOA DALAM KEHIDUPAN itulah juga yang saya kupas dalam program LIFE COACHING KLINIK SUKSES, betapa penting SENI BERDOA untuk dipelajari kerana apa? Jawapan PALING MUDAH, semua yang kita kehendaki dalam kehidupan ini melibat HAJAT, CITA-CITA, HARAPAN dan IMPIAN. Dan sebagai manusia lebih lagi yang beragama Islam konteks hubungan dengan Allah dan SENI “MEMINTA”…MEMOHON dengan PEMILIK AGUNG ini perlu dipelajari dan diamalkan agar berupaya membantu proses membina kesejahteraan dan kebahagian hidup di dunia dan langsung terus di akhirat kelak…

 

KONSEKUEN TANPA ILMU & SENI BERDOA

Tanpa ilmu dan pengetahuan SENI BERDOA…doa harian mungkin saja menjadi RITUAL BIASA tanpa hadir ruh di dalamnya. Skrip doa hanya sekadar bacaan di bibir, di hati  tetapi tidak di minda makanya dari segi VISUAL MINDA lazimnya akan meroaming ke lain…contoh mudah ketika  solat zuhur di pejabat…selesai solat kita berdoa…Ya AllahYa Tuhanku murahkanlah rezekiku, bahagiakanlah rumahtanggaku tetapi VISUALISE…GAMBARAN MINDA yang hadir mungkin sahaja kerja yang menanti di meja, laporan yang perlu siapkan, meeting dan sebagainya . Haa…itu belum lagi saat TERTEKAN, stress dengan pasangan, majikan. rakan sepejabat, ibubapa, adik beradik, mahupun beban kewangan dan sebagainya…Mohon lain pd Allah yang tergambarnya lain pula…contoh minta bahagia tapi yang tergambar derita..’air mata’ dendam, marah, benci…abih camno memanglaa PACKAGE  DOA tidak lengkap sempurna ibaratnya sampai kat pintu langit kenalaa BOUNCE balik…doa tidak diangkat para malaikat sebab PACKAGE takda cukup. Inilah yang terkadang hasilnya HIDUP SEAKAN BERKONFLIK…BERPERANG DI RELUNG YANG SAMA…ada yang ambilmasa 2  minggu, 2 bulan , 2 tahun, 20 tahun untuk SEMBUH MAHUPUN BERUBAH. KENAPA CEPAT, KENAPA LAMBAT yer? Pernah terfikir…jawapannya…YOU! YOU HOLD THE “KEY”.

FASA KRISIS ~ Stress, depressi & emotional blockage.

Seringkali juga hasrat serta impian hati ingin menikmati bahagia seperti orang lain tapi diri seakan tidak berdaya dan berkeyakinan berupaya memilikinya. Andai itu yang dilalui..HATI-HATI! Jangan terpedaya dengan perangkap syaitan…JATUH CINTA PADA PEPERANGAN DALAM DIRI DAN KESAKITAN…TENGGELAM DALAM KONFLIK SERTA MEMORI SILAM yang mungkin menguasai diri, bukan begitu Allah inginkan kita berfungsi dalam kehidupan.

THE SECRET ~ TO MAKE YOU HAPPY

Jangan salahkan orang lain jika hidup dirasakan DERITA…anda YANG MEMILIHNYA!Nak tahu RAHSIANYA…there is ONLY one person that can make U HAPPY…and that person is YOU!!! YES IS YOU!!! YOU YANG BERHAK MEMILIH YANG TERBAIK UNTUK DIRI YOU YANG TERSAYANG…bukannya orang lain yang mencorakkannya untuk you…TAKE RESPONSIBLE! Amanah dan bertanggungjawab dengan pilihan dan tindakan yang dilakukan…Stop blaming others!Remember…Allah tidak pernah zalim malah seringkali diri sendiri juga yang menzalimi diri dengan jalan dan tindakan yang dipilih!

RESEPI “MERAWAT DIRI” DAN TRANSFORM

Dan tidak lupa RESEPI PENTING untuk merawat diri…HEAL…menjayakan TRANSFORMASI DIRI yang diidamkan adalah KENALI DIRI, BERLAKU JUJUR DAN JANGAN SESEKALI MENSABOTAJ DIRI…dan letakkan paksi  semua ini kerana Allah swt….mencari keredhaanNYA…memburu pengiktirafanNYA bukan sekadar menggaburi mata dengan memburu pengiktirafan si polan dan si polan yang namanya manusia, insyaAllah YAKIN DAN PERCAYALAH Allah pasti bersama-sama anda mengiringi perjuangan indah ini! ANDA PASTI TIDAK AKAN KECEWA…buah tangan yang manis daripada KEKASIH  AGUNG INI PASTI MENGIRINGI SETIAP DETIK PERJALANAN, percayalah!!!Saya telah menyaksikan banyak KEAJAIABAN serta KEINDAHAN dalam proses perjuangan para sahabat yang dikasihi, sememangnya ALLAH ITU MAHA ADIL…dihadirkan cabaran, dihadirkan ujian DIA juga hadirkan PENAWAR serta jalan penyelesaiannya…sebab itu juga seringkali kita diketemukan…bahkan hari ini anda terbaca artikel ini juga bukan secara kebetulan atau saja-saja tetapi atas izin dan perhatian KASIHNYA di atas sana…kalian mencari Allah menjawab dan insyaAllah kita dipertemukan tidak kira sama ada secara MAYA mahupun BERSEMUKA semuanya atas izinNYA juga. Apa yang saya panjangkan di sini adalah sebahagian titipan RAHMAT dan KASIH ALLAH untuk hambaNYA, besar harapan saya kejujuran serta RAHMAT ini dapat menyuntik INSIGHT ~ CELIK AKAL, membawa keberkatan, keharmonian, ketenangan, kebahagian juga keredhaan Ilahi buat yang mencarinya…mengisi  kemakmuran dalam ruang hayat izin Ilahi.

 

Tiada siapa yang HEBAT…kecuali DIA diatas sana…tiada siapa yang sempurna namun dalam KETIDAKSEMPURNAAN itu sama-sama kita terokai KEINDAHAN & KEAJAIBAN ALLAH…untuk sama-sama kita saling lengkap-melengkapi, ingat-memperingati antara satu sama lain ke arah melewati kehidupan yang lebih sejahtera dan harmoni dalam konteks hubungan dengan diri sendiri, orang lain dan lebih utama dari itu tentunya PEMILIK YANG AGUNG itu iaitu Allah swt…

Yang baik itu datangnya dr Allah dan yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri, jutaan maaf saya pohon andai penulisan saya menyentuh emosi anda!!!(Trigger back all the pain, sadness, grieving, anger, resentment, anxiety,trauma,  rejection, seperation and etc…)

Salam harmoni & sukses selalu
Pn Aniz Hj Anwar
EFT Practioner
Counsellor/Therapist

Facebook comments:

comments

1 Comment

  1. fiza

    Doa itu senjata mukmin….

Leave a Reply