Bismillahirrahmanirrahim…
Alhamdulillah bertemu lagi, hari ini saya akan MENGUPAS tentang KENAPA SAYA PERLU MEMPELAJARI EFT???Alhamdulillah masuk tahun ke 6 saya mengendalikan Klinik Kaunseling pelbagai warna-warni dan rencam kehidupan yang disaji dan ditemukan. Sungguh INDAH, sungguh MENARIK dan sungguh MENAKJUBKAN …lebih-lebih dengan kesepaduan ilmu EFT yang digarap bersama unsur kepercayaan dan kebergantungan Ilahi yang diterapkan dalam terapi…SUBHANALLAH! Hasilnya wowww….sangat MAGNIFICIENT, sebagai kaunselor dan therapist saya juga seringkali TERUJA melibat maklumbalas juga respon klien yang ditemui. Siapa sangka beban rasa, sarat tekanan, berkeceramuk, sedih, kilan, benci, keliru , putus asa, tidak berdaya, hampa yang dibawa dan disimpan berbulan-bulan, bertahun-tahun mampu LEGA, LAPANG hanya dalam tempoh tidak kurang dari 10 minit lazimnya malah selalunya LEBIH PANTAS dari itu.
Sebut sahaja isu apa yang tidak pernah lagi ditemui…suami curang berzina, skandal pihak ketiga, putus cinta, putus tunang, kematian, penceraian, tidak kusyuk solat, takut dan bimbang tentang penyakit yang didiagnose, masalah sihir, saka yang menghantui, anak malas pergi ke sekolah, kerjaya yang tertekan, halangan perniagaan/rezeki, ikhtiar jodoh, masalah kewangan, dendam dan kecil hati dengan ibubapa, pasangan mahupun anak dan banyak lagi….inilah WARNA-WARNA yang selalu menghidup dan memberi MAKNA kepada kehidupan saya hari ini. KEBAHAGIAN, KEJAYAAN, KASIH SAYANG, RAHMAT, REZEKi, KEINDAHAN dan KEBAIKAN hanya akan meluncur laju bila diri kita sendiri MEMBENARKANNYA…Kebenaran dari dalam dirilah yang akan MENGUNDANG TRANSFORMASI mahupun IMPIAN INDAH menjadi REALITI yang cukup menghiburkan, insyaAllah! Di dalam Life Coaching Klinik Sukses (informasi lanjut boleh layari dan subscribe ~ http://kliniksukses.anizanwar.com/ksoptin/ ) semua ini saya kupas dengan LEBIH DALAM dan TERPERINCI…
Buat semua yang NAK TAHU…Jom check this out!
MENGAPA SAYA PERLU MEMPELAJARI EFT???
1. Ianya merupakan TEKNIK PENYEMBUHAN DIRI yang sangat mudah dipelajari, pantas dan semulajadi.
2. Kaedah yang sistematik mudah difahami boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja bahkan anak kecil dan tidak memerlukan latar belakang pendidikan yang tertentu untuk mempelajarinya.
3. Bukti empirikal sains dan ilmiah yang mendokong KEBERKESAN Terapi EFT dalam membantu kesejahteraan diri dan membawa kesan yang terapeutik. Keupayaan individu menguasai dan mengamalkan EFT mampu membebaskan ENDORPHIN dan meningkatkan kandungan SEROTONIN di dalam tubuh individu. Kandungan kimia ini amat signifikan dalam membantu mengawal MOOD individu. Menurut kajian salah satu punca masalah stress mahupun KEMURUNGAN adalah disebabkan kandungan endorphins dan serotonin yang rendah di dalam tubuh manusia. Dengan Terapi EFT kaedah yang SEMULAJADI, SELAMAT dan PERCUMA ada di dalam diri individu insyaAllah boleh dimanfaatkan! HADIAH PENAWAR terhebat…RAHSIA PENYEMBUHAN SEMULAJADI yang pantas dan menakjubkan!
4. MURAH dan efisyen dimana sekali anda mempelajarinya anda boleh terus menggamalkannya dan ianya juga SANGAT BERKESAN dalam mengurus dan membereskan halangan-halangan kehidupan khususnya yang melibatkan aspek inner technology individu contohnya membereskan pemikiran yang tidak rasional, emosi yang tidak harmoni dibayangi perasaan bimbang, ragu, takut, kecewa, marah, benci, terkilan dan sebagainya yang mana ini semua jika tidak dibereskan dengan sempurna boleh mengakibatkan KEKANGAN yang menebal kepada indvidu untuk menikmati kehidupan yang lebih bahagia, sukses dan sejahtera. Ramai di kalangan kita kadang TIDAK SEDAR bahawasanya MEMORI SILAM semalam hanyalah kenangan yang telah pergi yang tidak mampu lagi kita UBAH . Namun dalam masa yang sama MASIH RAMAI juga yang tenggelam dan tewas dalam memori semalam ini. Inilah juga selalunya mengikut pengalaman saya pendaman yang dibawa, sarat beban rasa yang dipikul makan hari, makan tahun menjadi BEBAN yang sungguh memenat dan juga melelahkan. Mana mungkin bukan HATI yang penat, letih, tidak bahagia MAMPU MEMBERI dan MENIKMATI kehidupan itu penuh bahagia dan bersyukur. Jawapan yang TERBAIK adalah “MENERIMA SETIAP INCI RENCANA YANG DILEWATI” itu dengan P.E.N.U.H K.E.R.E.D.H.A.A.N!!! Inilah kuncinya dan untuk itu ianya menunutut komitmen, keberanian, kejujuran dan keikhlasan yang padu untuk berubah dan kecapi bahagia.
5. Teknik dan Terapi EFT ini SELAMAT tidak menggunakan jarum sebagaimana teknik akupunture tradisional, tiada ubatan lain yang meninggalkan kesan mudarat hanya penggunaan jari jemari dan interaksi minda, emosi, spiritual dan fizikal yang dilakukan serentak.
6. Kaedah yang mudah untuk mengembalikan KETENANGAN dan KEHARMONIAN DIRI dari sudut emosi, minda dan fizikal. Lebih ISTIMEWA lagi bagi peserta Life Coaching Klinik Sukses pendekatan dan penekanan aspek SPIRITUAL bagi memaksimakan PENYEMBUHAN DIRI YANG PANTAS dengan meletakkan pergantungan dengan MAHA PENCIPTA mampu memberi kesan langsung yang sangat SIGNIFIKAN, PANTAS, BERKESAN dan LUAR BIASA, insyaAllah.
7. Terapi EFT juga mendidik individu agar LEBIH BERTANGGUNGJAWAB dan PEKA bahawasanya untuk BERUBAH, untuk SEMBUH, untuk BAHAGIA, untuk BERJAYA dan SEJAHTERA memerlukan KESEDARAN serta KOMITMEN DIRI SENDIRI untuk menikmati impian diri yang diidamkan bukannya mengharapkan orang lain untuk menjadi AGEN kepada perubahan dirinya. Saya cukup tertarik dengan kata-kata ini ~ “No matter HOW MUCH I protest, I am totally RESPONSIBLE for EVERYTHING that happens to me in MY LIFE”
8. Ianya boleh dilakukan dimana sahaja di dalam kereta, di atas sejadah, depan komputer dan khalayak ramai mahupun dimana sahaja. (bagi kaedah terapi di khalayak ramai memadai menggunakan kaedah VISUALISE TAPPING sahaja)
9. Terapi EFT membantu untuk menstimulasi perjalanan energy tubuh yang terkesan akibat gangguan mahupun tekanan yang hadir. Dengan mengembalikan KEHARMONIAN dan KESTABILAN laluan energy tubuh, kesakitan mahupun kesan fizikal yang terhasil impak STRESS yang dialami mampu menikmati KESEMBUHAN yang sekelip mata dengan sendirinya. Malah bukan itu sahaja mengikut kajian hasil terapi EFT ini juga mampu membantu perjalanan DARAH dan OKSIGEN di dalam tubuh dengan lebih baik lagi.
10. Terapi EFT mampu merawat bukan sahaja masalah psikologi individu tetapi juga kesakitan-kesakitan yang hadir antaranya masalah migrane, gastric, tekanan darah tinggi, kencing manis, gout dan sebagainya.
11. LEBIH KETARA lagi untuk menangani ISU KEPERCAYAAN DIRI contohnya kurang keyakinan diri, indoktrin diri, self limitation belief serta pemikiran yang tidak rasional antaranya aku tak pandai, aku tak cantik, aku tak mampu berjaya dan banyak lagi.
12. Bukan itu sahaja MASALAH UNTUK “STAY FOCUSED” juga boleh diatasi khususnya dalam menangani cabaran harian, gangguan atau tarikan kepada unsure negative yang mengganggu PENUMPUAN individu/distraction, rasa tidak selesa, rimas / annoying feeling, suka menangguhkan kerja atau tugasan/ procrastinate, blockage dan sebagainya
13. Merupakan satu SISTEM FILTER TEKNOLOGI DALAMAN SEMULAJADI yang PERLU dipelajari oleh setiap individu. Atau lebih tepat lagi dalam zaman sains dan HITECH yang serba canggihni, ianya boleh disifatkan ANTI VIRUS yang semulajadi menangkis segala keburukan, unsur negatif serta gangguan-gangguan yang boleh memudaratkan keharmonian, kesejahteraan dan jejak gemilang individu menempa transformasi KEJAYAAN DIRI.
14. Dapat diapplikasikan dengan CEMERLANG bersama-sama teknik perubatan alternatif atau self healing lain dengan BAIK. Begitu juga dengan penggunaan Law Of Attraction khususnya menguruskan limitasi kepercayaan diri , kritikan serta indoktrin pengalaman kehidupan yang menyulit dan memudarkan KEPERCAYAAN DIRI indidvidu.
Bagi YANG BERMINAT untuk mendalaminya nantikan KHABAR GEMBIRA untuk Kelas EFT yang akan saya bawakan tidak lama nanti…tunggu ya! InsyaAllah setiap peserta yang HADIR akan menikmati GANJARAN BONUS ISTIMEWA iaitu…
Handbook EFT Ekslusif Yang Pertama di dalam Bahasa Malaysia…tungguuuu!
Sehingga bertemu lagi…
Salam Inspirasi!
Leave a Reply