Kematian IBU ganggu emosi – UM 7Mei2011

As Salam Puan,

Saya Hazlin , lewat dua bulan lepas saya kematian ibu yang tercinta akibat serangan kanser. Hati saya lebih tersentuh apabila menjelangnya HARI IBU tidak lama lagi, menjadi rutin untuk kami meraikan rasa penghargaan ini bersama adik beradik yang lain tapi kini tiada lagi. Ibu pergi mengadap Ilahi ketika saya di asrama, beliau pergi sebelum sempat melihat saya mengenggam segulung ijazah. Sejak pemergian ibu  membuatkan saya rasa kehilangan tempat untuk bermanja dan berkongsi rasa walau hadir teman-teman rapat juga pakcik , makcik dan kakak, kasih sayang yang ibu berikan tidak sama. Sejak ibu pergi saya mudah menangis dan sering menyendiri saya tahu keadaan ini tidak sihat untuk saya sebab itu saya menulis kepada Puan dengan harapan Puan dapat membantu saya berhadapan dengan ujian hebat yang sedang saya lalui ini. Terima kasih saya ucapkan atas perhatian dan jawapan dari Puan amat saya nantikan.

Hazlin
Kuala Lumpur

Jawapan :
Terima kasih Hazlin untuk kiriman email yang menyentuh hati. Setiap yang hidup pasti akan mati yang membezakan bila, dimana dan bagaimana. Begitulah takdir yang telah disuratkan Ilahi ;  Hazlin kehilangan insan tercinta bergelar ibu pada tahun 2011. Bersama ibu Hazlin belajar erti kasih sayang, pengorbanan dan cinta yang setia sentiasa mengharap dan mendoakan yang terbaik untuk anaknya. Pastinya emosi Hazlin akan terkesan dengan kehilangan ini.

Rasa sunyi, sepi, rindu, sedih pasti menjadi mainan emosi Hazlin yang kehilangan. Krisis kehilangan yang berpunca daripada kematian merupakan satu displin kaunseling yang utama di kebanyakan negara-negara Barat. Pengendalian krisis ini agak berbeza berbanding yang lain. Individu yang terlibat akan melalui 4 fasa yang utama iaitu 1) Penafian , 2) Marah , 3) Berusaha Mengendalikan Tekanan dan 4) Menerima Kenyataan Dengan Penuh Redha. Apa yang berlaku pada Hazlin saat ini mainan emosi kesedihan, kesunyian, kehilangan dan rindu yang mendalam berlegar  di antara fasa 1 hingga fasa 3. Keadaan ini sekiranya tidak diatasi akan menyebabkan Hazlin terus terperangkap di dalam fasa krisis. Kebahagian, kesembuhan dan kesejahteraan diri hanya mampu Hazlin  dinikmati apabila Hazlin sendiri membernarkan diri Hazlin untuk bangkit dan sembuh tanpa KEBENARAN DARI DALAM DIRI untuk berubah nescaya perjalanan akan menjadi lebih sukar.

Ketenangan, kebahagian, keindahan, rahmat dan kasih sayang Ilahi serta kesyukuran hanya mampu dinikmati secara total apabila Hazlin menerima dengan penuh redha pemergian arwah ibu. Persoalannya bagaimana untuk merawat hati yang terluka pedih, sedih dan berduka ini pasti ada kaedah yang mampu merawatnya. Seiring dengan kemajuan teknologi terkini dunia kaunseling juga didedahkan dengan pelbagai intervensi yang pantas, mantap dan berkesan. Antara ilmu dan intervensi tersebut adalah Emotional Freedom Technique (ebook EFT saya berikan percuma di laman web klinik sukses, dapatkannya PERCUMA hanya dgn menjadi subscriber) dimana kaedah ilmu perubatan alternatif akupuntur Cina, psikologi dan interaksi sistem biologi dan ilmu sains digabungjalinkan menerusi kaedah yang sistematik, ringkas dan berkesan.

Dengan mengetuk titik akupuntur yang digariskan disertai dengan arahan minda yang jelas dan fokus dalam beberapa MINIT sahaja sarat beban rasa yang dibawa mampu dilupuskan sekelip mata. Sungguh MENAKJUBKAN dan TAK SANGKA sepantas ini KEINDAHAN dan RASA LEGA, lapang dada dan redha yang luhur, jujur mampu dinikmati walaupun telah bertahun-tahun kesedihan itu telah terpendam. Sesungguhnya inilah sebahagian BUKTI KASIH SAYANG Allah di dalam perjalanan insan ; DIA hadirkan ujian dan DIA juga hadirkan PENAWAR dan SOLUSI.

Semua yang hadir dalam perjalanan insan ini adalah MILIK ALLAH dan kepadanya jugalah tempat YANG TERBAIK untuk merujuk , meminta dan bermohon. Pintalah pada Allah tanpa lelah dan jemu mudah-mudahan Allah membantu Hazlin sembuh dengan melupuskan segala kesuraman hati dan hadirkan RAHMAT serta KEINDAHAN juga HIKMAH yang cukup bermakna di sebalik ujian yang hadir. Yakinlah setiap yang pahit yang manis pasti akan menyusul, janji Allah yang pasti. Semoga Hazlin terus cekal meneruskan pengajian dan kehidupan. Jadikanlah kata-kata nasihat, pedoman juga amanat arwah ibu, sebagai sumber inspirasi dan kekuatan buat Hazlin untuk terus melangkah ke hadapan.Selamat Maju Jaya buat Hazlin…

Buat semua para ibu selamat hari ibu, semoga cinta dan kasih sayang ibu mampu mewariskan kemuliaan, kejayaan, kebahagian dan redha Ilahi dalam perjalanan insan demi agama, bangsa dan negara, insyaAllah!

Facebook comments:

comments

Leave a Reply