
Bismillahirrahmanirrahim
Lama sungguh saya tidak mengupdate entri di laman web ini …naik bersawanglah kalau rumahtukan he he he…kebanyakan masa sibuk mengupdate fan page http://www.facebook.com/aniz.hj.anwar juga melayani kes-kes kaunseling juga personal life coaching yang kini semakin mendapat sambutan yang HOT. Syukur Alhamdulillah terasa begitu indah dan bahagia sekali apabila diizinkan Allah MEMBERI RASA BAHAGIA kepada insan lain yang teruji dan mencari suluhan buat keyakinan dan kekuatan untuk meneruskan kehidupan. Semoga segala ilmu, pengalaman juga pengetahuan yang disampaikan mampu MENJEMPUT perjalanan hari muka yang lebih gemilang dan membahagiakan, In Shaa Allah!
Hidup itu medan ujian & perjuangan…
Setiap yang hidup pasti akan diuji bahkan naik turun dan pasang surut kehidupan, pahit manis, payau, masin, pedas kehidupan itulah yang memberi kenikmatan dan keindahan sejuta RASA yang sangat membahagiakan andai sahaja kita mampu MELIHAT dan MENIKMATINYA PENUH HIKMAH dan BERSYUKUR. Bercerita dengan ujian dan cabaran diri hamba ini juga tidak terlepas dari PERHATIAN & KASIH ALLAH…Saya merupakan salah seorang pengidap severe migrane jika dilihat dari teori ILMU AKAL / ZAHIR secara rasionalnya berkait langsung dengan komitmen kerjaya almaklumlahkan bergelar kaunselornie ibaratnya pemikir juga tuntutan tugasan yang menuntut tahap penaakulan yang tinggi kemahiran berfikir, menganalisa dan mengintepretasi dan merefleksikan kembali pengalaman-pengalaman serta skrip-skrip kehidupan yang didengari. Walaupun kelihatannya sukar tetapi secara peribadi ianya sesuatu CABARAN yang sangat mengujakan saya. Sehinggalah lewat Julai 2012 saya didiagnose dengan penyakit hypokalemia iaitu salah satu punca juga menyebabkan sakit kepala adakalanya menjadi lebih teruk. Kekurangan mineral potassium di dalam tubuh merupakan punca yang dikenal pasti. Perasaan INGIN TAHU, MENCARI dan MENCUBA untuk lebih sihat dan sejahtera menemukan pelbagai kaedah, yang pastinya juga saya sangat BERMINAT mendalami kaedah-kaedah yang lebih semulajadi jauh dari penggunaan dadah berlesen. Pasti ada YANG BERTANYA kenapa Hajjah tak percaya ke kepada perubatan moden?? Bukan tidak percaya ya tetapi bila kita diuji dengan musibah, ujian mahupun penyakit kita sendiri yang LEBIH MEMAKLUMI sama ada sesuatu kaedah rawatan itu bertepatan atau sebaliknya. Mengambil preskripsi Doktor tidak menunjukkan perubahan yang saya harap-harapkan bahkan juga kadang saya rasa lebih teruk kaedah terapeutik mendekati Al Quran, menghidupkan malam dengan Qiamulail lebih memberikan kelegaan dan ketenangan.
Solat dan Doa Sandaran Harapan
Sehinggalah baru-baru ini saya diuji kembali kebetulan memang sangat-sangat rancak juga melayani kes-kes yang hadir memohon bantuan, sekali lagi kekuatan DOA & SOLAT menjadi harapan saya mencari penyembuhan diri saya. Allahu akbar….Subhanallah! Siapa sangka klien yang menghadiri sesi Life Coaching bersama saya adalah PENGHUBUNG saya menemukan jawapan yang saya cari selama ini. Masih segar dalam benak fikiran tepat jam 2 pagi saya tersedar lantas berwudhu , solat dan berdoa….malam itu sangat lain KEINDAHANNYA, sambil menangis dengan kerendahan hati saya memohon bantuan Allah langsung Allah lintaskan kisah Kak Mala dan suaminya yang cukup istimewa bagi saya. Pasangan ini bukan sahaja menghidupkan malam dengan qiamulail tetapi mereka juga akan berselawat secara bergilir-gilir dan KEAJAIBANNYA rezeki meluncur laju mencurah-curah di luar kotak fikiran logik mereka nikmati. Itulah KEJAIABAN TAHAJUD ~ Tahu-tahu Harapan Terwujud!!! Beliau berguru dengan Syaikh Omar iaitu seorang guru mursyid. Saya tidak tahu kenapa Allah lintaskan beliau, keesokan hari tubuh diuji Allah terasa lemah tidak bermaya seusai solat dhuha saya hanya memasang Rukyah dari you tube dan berzikir sehingga tertidur tiba-tiba Kak Mala Whatsapp.
Kami berbalasan Whatsapp sambil saya berbaring sebenarnya, ingat lagi whatsapp saya pada beliau yang berbunyi
“Kak Mala kalau saya minta tolong boleh tak? Maksud Aniz guru sufi yang Kak Mala ceritakan itu. Masa solat tahajud Allah lintaskan aniz kisah Kak Mala seolah SIGNALNYA aniz mendapatkan pertolongan dari Kak Mala, Aniz pun tak tahu gagahkan hati untuk bertanya nie”
Malam itu juga selepas solat Isyak saya melakukan istiharah memohon kepastian agar tidak tersilap mengatur langkah….Nyata benar sekali! Allahu akbar…inilah JALAN yang saya juga suami nanti dan cari-cari selama ini. Jalan untuk menemukan MUTIARA dalam kehidupan…Sesungguhnya ilmu Allah ini sangat-sangat luas…perbendaharanNYA sangat hebat dan luar biasa, In Shaa Allah buat YANG MENCARI pasti akan ditemukan. Setiap rencana kehidupan adalah YANG TERBAIK, Ya sungguh benar menemukan kaedah penyembuhan ini memberikan saya NAFAS BARU yang segar, tenang dan sangat bahagia. Kami suami isteri diajar kaedah berzikir dengan lebih tertib dan HIDUP…In Shaa Allah mudah-mudahan diberi keyakinan, kekuatan dan kebahagian untuk menemukan KEINDAHAN, KEAJAIBAN, KEBAHAGIAN SERTA KEJAYAAN-KEJAYAAN yang lebih luar biasa hebatNya.
Hikmah & Keindahan Sebuah Rencana Allah…
Bila menoleh ke belakang saya kini tidak mampu lagi untuk merasa sakit, sedih, terkilan, benci, tidak berdaya mahupun putus asa atas ujian-ujian yang dihadirkan MALAH terasa sangat-sangat bertuah. Sungguh benar KASIH ALLAH sangat luar biasa…MENCINTAINYA…MENGGEMARI AKHIRAT menemukan kebahagian yang tidak mampu diungkapkan dengan perkataan namun keindahan rasa ini In shaa allah pasti dimengerti dan difahami buat insane yang pernah diduga sarat oleh Allah swt.Alhamdulillah syukur sesungguhnya dalam perjalanan ini saya mendambakan seorang guru yang memilki darjat kerohanian yang tinggi untuk memimpin perjalanan ini Alhamdulillah Allahu Akbar….Doa saya di Masjidil Haraam dimakbulkan .Allahu akbar…Allahu Akbar…Allahu Akbar…Sebahagian lagi catatan HADIAH TERHEBAT & TERINDAH musim Haji 2012.
Mudah-mudahan perjalanan hari hadapan dilimpahi rahmat, keindahan dan kebahagian juga kejayaan yang LEBIH LUAR BIASA…Semuanya untuk dikembalikan untuk mencapai redha Allah yang bahagia…Buat suami tercinta Haji Mohd Faisal , yang cukup setia, sabar dan tenang menghadapi hari-hari sukar dan mencabar …Semoga kasih suci ini terus memekarkan bahagia yang setia dan luhur memimpin kita ke syurga Allah. Buat para sahabat, rakan perniagaan juga klien yang dikasihi Allah & Rasulullah saw JUTAAN TERIMA KASIH atas kepercayaan, doa juga sokongan yang dberikan dalam pencarian kita sesama MEMBURU KEBAHAGIAN , KEJAYAAN & REDHA ALLAH swt, In Shaa Allah semoga di akhirat nanti kita bertemu kembali. Sesungguhnya mengenali kalian adalah antara HADIAH yang terindah dalam perjalanan jihad ini…ianya sangat memberi erti yang besar membuatkan kehidupan ini lebih indah, berseri dan terasa lebih hidup dengan keindahan memberi suluhan dan INSPIRASI buat yang memerlukan.
Sehingga bertemu lagi….
Salam Inspirasi ;
Hajjah Aniz Hj Anwar Mac 2013
Facebook comments:
comments
Leave a Reply