Bismillahirrahmanirrahim
Lama sungguh saya tidak update entri di laman web rasmi sayakan…pastinya ada yang tertanya-tanya kenapa sepinya Puan Aniz lebih-lebih lagi yang belum LIKED Fanpage Aniz Hj Anwar ~ http://www.facebook.com/AnizAnwarKlinikSukses Adat kehidupan ada pasang dan surutnya kita yang bernama manusia ada ketikanya teruji jua begitulah yang direncanakan Allah dalam perjalanan hidup saya. Sekembali dari mengerjakan umrah Mac lalu tidak dinafikan jadual kerja saya sangat padat, Alhamdulillah RAHMAT Janji Allah Yang Agung…keberkahan rezeki melimpah ruah memenuhi undangan ceramah, mengisi harapan para sahabat yang membutuhkan pertolongan di dalam sesi kaunseling juga life coaching juga JIHAD KHABAR BAHAGIA perniagaan Wellness saya Terapi Air mendapat sambutan yang di luar jangka. Kesan dari kurang rehat juga kesihatan menjadi sedikit terganggu apabila makan tidak menentu makan sekadar kenyang tanpa mengambilberat nutrisi serta komitmen yang cuba dipenuhi sehabis baik memberi kesan pada tubuh saya. Kandungan potassium menjadi terlalu rendah dan saya jadi mudah penat apapun syukur Alhamdulillah sesungguhnya tersingkap seribu HIKMAH di sebaliknya ; he he he bila DAH TERUJI begini barulah LEBIH SEDAR DIRI jika tidak selagi boleh jalan dijalankan juga kehidupan tanpa ambil peduli soal kebajikan diri & kesihatan…he he he nasib baik juga bukan saya terjalan sekali!
Banyak sekali PENGAJARAN & IKHTIBAR yang saya perolehi kali ini ada ketikanya kita PERLU BERANI berkata TIDAK pada tempat dan keadaan yang betul. Permintaan kes-kes kaunseling yang ,meningkat tidak dinafikan banyak menuntut PENUMPUAN , PERHATIAN dan HADIR DIRI yang cukup tinggi dalam mengisi amanah ini. Apatah lagi dengan pelbagai komitmen juga tugasan-tugasan lain yang perlu dipenuhi lebih-lebih lagi memikirkan perjalanan haji dan keluarga serta perniagaan yang akan ditinggalkan…BOHONG jika saya tidak kisah atau peduli tentangnya. Lebih kurang 2 minggu berulit dengan ketidakselesaan tubuh sehingga DIREHATKAN bersama rawatan pakar Dr Zal dari DEMC barulah kesihatan kembali pulih seperti biasa. Dunia kalau dikejar atau dicari takkan pernah cukup…itulah pesan Wan…bawak-bawak berehat , siapkan diri untuk ke sana. Jaga kesihatan untuk persiapan Haji masih terngiang-ngiang bicara Wan mengingatkan diri saya. Nyata benar! Mengisi amanah dan HARAPAN orang lain kadang kita TERLUPA untuk mengambil peduli kebajikan diri kita sendiri…hu hu hu itulah kelemahan diri saya yang PERLU saya atasi. Makanya dengan BERAT HATINYA juga saya memaklumkan klinik kaunseling, personal coaching saya ditangguhkan untuk sebarang temujanji.
I’m learning to say “NO” aku sedang belajar untuk menyayangi diriku untuk menyediakan diriku untukMU ; Ampuni aku Ya Allah kerana menangguhkan permintaan mereka yang memerlukan bantuanku!
Ya Allah buat para sahabat yang teruji di luar sana gantikanlah kesedihan mereka dengan senyumanMu Ya Allah..Kirimkanlah mereka khabar bahagia yang memberi penawar dan solusi atas ujian yang Engkau hadirkan kpd mereka ini. Sesungguhnya kasihMu dan janjiMu itu benar…Kirimkanlah kesaksian KASIH SAYANG dan KEINDAHANMU melengkapi perjalanan mereka ini. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan bantuanMu…Aamiin Ya Rabbal Alamin!
[[Atas arahan Dr Puan Aniz dinasihatkan berehat untuk memberi laluan pada persiapan haji yang menuntut kondisi fizikal yang lebih sihat dan mantap…dgn berat hati juga saya memohon maaf terpaksa menangguhkan sebarang temujanji dan sesi konsultasi mahupun life coaching, insyaallah ada rezeki pasti bertemu kembali selepas selesai musim haji nanti]]
Walauapapun dalam teruji ini juga ada KHABAR yang sangat-sangat bahagia…selain daripada UNDANGAN HAJI sesuatu yang kami nanti-nantikan selama ini. Allahuakbar! Nyata benar saat dunia mengatakan TIDAK tetapi ALLAH mengatakan YA…tiada siapa boleh menghalangnya. Terasa LEBIH TAKJUB dan KAGUM sekali dengan KEBESARAN-NYA! Masih terngiang-ngiang juga bait-bait janji Allah untuk mereka yang berkunjung ke rumahNYA sama ada mengerjakan haji mahupun umrah, keberuntungan pasti akan dihadiahkan, nyata benar sekali! Bila menoleh ke belakang dan merenung kembali ternyata semua yang dilalui akan INDAH akhirnya…Yang pastinya lebih pantas kita REDHA, SYUKUR dan IKHLAS insyaAllah lagik cepat HADIAH akan Allah hadirkan. Semua yang DIRENCANAKAN Allah sememangnya yang TERKELASSS…jangan pernah sangsi!
“Leave Everything In God’s Hands, so that you may SEE God’s hand in EVERYTHING”
Leave a Reply