166694_1804614556715_1280411471_2109331_2440449_n

Izinkan Aku Bahagiakan Dia Meski Dia Telah Jauh

Bismillah…

1432H ..
Rejab datang lagi doa…

Doa saat memasuki awal bulan Rejab :  Ya Allah! Berkahilah kami di bulan Rejab & Sya’ban, & berkahi pula kami di bulan Ramadhan. (Musnad Imam Ahmad)

Bulan Rejab antara bulan yang SANGAT SIGNIFIKAN buat diri ini. Sejak dari kecil diajar oleh abah dan telah didedahkan kelebihan bulan-bulan Islam lebih lagi dari segi usaha mempertingkatkan kualiti ibadah. Kedatangan Rejab bermakna tidak lama lagi Ramadhan juga akan tiba. Sungguh pantas masa meninggalkan aku lewat 4 tahun yang lalu pada bulan Rejab tanggal 17 hb juga ibu yang aku kasihi pulang ke hadrat Ilahi, disusuli tarikh yg hampir sama 16hb Rejab tahun lalu arwah Along pula pulang mengadap Ilahi. PUNCA YANG SAMA….serangan kanser arwah ibu kanser paru-paru manakala arwah Along yang bermula dengan kanser hidung dan akhirnya kanser darah. Kanser yg sangat ganas merebak begitu pantas…it so fast and furious itu yang boleh ku katakan …bagi arwah ibu bermula dari paru-paru merebak ke organ-organ lain dan akhirnya ke tulang…Sayang sekali waktu itu belum bertemu lagi dengan Worldwellness…( I believe penemuan mahupun HADIAH yang BEHARGA itu apabila Allah tangguhkan akan LEBIH HARUM, INDAH dan BERMAKNA).

Meneruskan hari-hari tanpa hadir ibu pada mulanya sangat melelahkan…kesunyian…kesepian dan kehilangan membuatkan diri ini turut terjebak di dalam FASA KRISIS yang sangat menduga…SEVERE DEPRESSION ~ hari-hari aku hidup dalam bayangan ibu perniagaan yang ku bina lantas ku biarkan sepi kerana luka kehilangan ini sangat menyakitkan tapi KINI 4 TAHUN SUDAH BERLALU  aku semakin BETAH dan PANTAS menguruskan kehidupan tanpa ibu…hu hu hu anak manja…anak tunggal memang sangat attached dgn insan mulia bergelar ibu. Kasih sayang ibu yang sarat turut sama dinikmati oleh anak-anakku Nur Fataniah dan Erman Hakiem, mereka berdualah PENAWAR dan kekuatan hari-hari ibu meneruskan perjuangan melawan sel kanser. Hilai tawa, murni hati , keletah dan kepetahan serta tingkahlaku cucu berdua inilah yang membuatkan ibu MENGUKIR SENYUMAN walau ku tahu sarat beban rasa hanya Allah sahaja yang tahu. Tiada siapa yang tahu detik masa, bila dan dimana ruh akan meninggalkan jasad…ibu tidak pernah mengeluh ataupun marah…Ketabahan ibu membuatkan aku turut cekal dan tabah…

Berkat doa ibu alhamdulillah dalam ujian yang cukup hebat dan berat pengajian Sarjanaku berjaya ku tamatkan…tanpa semangat, doa dan kasih sayang juga dokongan murni ibu, abah dan suami impian murni untuk memakmurkan ummah takkan mampu sampai ke sini hari ini. Hari ini apabila menoleh ke belakang…rupa-rupanya SETIAP YANG BERLAKU dalam perjalanan cukup hebat sekali perencanaan Allah…17hb Rejab yang satu ketika dahulu SERING ALLAH LINTASKAN di pandangan mata halus + MINDAKU rupa-rupanya tarikh keramat titik mula REVOLUSI DIRIKU…

Semangat ibu, dokongan kasih, murni hati ibu menjadi pendokong setia abah sebagai isteri, sahabat dan teman …pendamping SETIA, pembantu yang ikhlas memberi sokongan dan semangat untuk kerja-kerja fardhu kifayah abah sangat aku kagumi…Keikhlasan hati ibu menambat mesra setiap pesakit abah yang hadir memohon bantuan…Subhanallah! Betapa aku BERSYUKUR ke hadrat Ilahi sedikit sebanyak hari ini…WARISAN IBU mengalir dalam darahku…sangat senang berbagi, menolong dan berbakti…MURNI HATI IBU, KEIKHLASAN dan KEBAIKAN HATINYA moga menjadi NADI dan INSPIRASI HIDUPKU. Kehidupan di dunia ini sesungguhnya suatu PLATFORM yang terbaik untuk kita terus menjadi PEMBERI YANG HEBAT dan  TERBAIK, insyaallah mudah-mudahan Allah juga akan memberikan kita YANG TERBAIK juga dalam setiap aspek kehidupan kita, insyaallah. Mahu jadi anak…jadilah anak yang terbaik, mahu jadi pasangan jadilah pasangan yang terbaik, mahu jadi ibu, mahu jadi ayah, mahu jadi pendakwah, usahawan, profesional atau apa saja berusahalah untuk MEMBERIKAN YANG TERBAIK dengan adil, harmoni dan bijaksana mengikut keutamaan dan keperluan pasti HIDUP YANG LUAR BIASA mampu kita nikmati, insyaallah!

Hadiah Allah, kasih sayang Allah semoga menjadi SAKSI KEKUASAAN dan KEBENARAN AYAT-AYAT dan JANJI ALLAH. Insyaallah hari ini dengan HADIAH-HADIAH YANG HEBAT ~ nikmat iman, ilmu, pengalaman, kepakaran pinjaman Allah ini mudah-mudahan dapat ku sampaikan kepada semua KASIH SAYANG MU BENARRRR sekali Ya Allah! Kehidupan satu ujian mana mungkin mengharapkan SYURGA ALLAH tetapi tidak tegar untuk diuji…Mudah-mudahan Allah sentiasa DEKAT di hati kita.

Buat ibu walau kau kini telah jauh…izinkan aku terus BERBAKTI kepadaMU…kerana aku tahu jihad yang mengalir dalam nadiku…dalam darahku adalah KASIHMU IBU!!! Al-Fatihah…Semoga ruhMu tenang di persemadian abadi…Doa dan semangatMu menjadi bekal perjalanan indah sebelum kita dipertemukan kembali, insyaallah!…

“Alloh izinkanlah aku
Bahagiakan dia
Meski dia telah jauh
Biarkanlah aku
Berarti untuk dirinya
oh ibu oh ibu kau ibu”

Bersama smart partnership Worldwellness Network mudah-mudahan anakmu dapat membantu insan-insan lain yang memerlukan MENIKMATI dan LEBIH MENGHARGAI AMANAH ALLAH ~ nikmat tubuh dan K.E.S.I.H.A.T.A.N. (Sesungguhnya HANYA INSAN yang pernah melewati perjuangan berhubung NYAWA akan lebih mengerti betapa MAHAL HARGA yang perlu dibayar untuk membeli  sebuah KEHIDUPAN ~  KESIHATAN, NYAWA, KEBAHAGIAAN…Di sinilah ASPIRASI berkongsi PENAWAR, KHABAR GEMBIRA dengan harapan mampu mengukir senyuman, kebahagian dan kesejahteraan buat insan di luar sana) Buat mereka yang ingin mengasah BAKAT USAHAWAN khususnya perniagaan berhubung produk kesejahteraan diri ini juga sangat-sangat dialu-alukan…Jika 9 tahun lalu saya bermula daripada ZERO kenapa tidak ANDA hari ini??? Insyaallah dengan ilmu, pengalaman dan kemurniaan hati mudah-mudahan khabar-khabar GEMBIRA, RAHMAT dan PENAWAR mampu kita sebar luaskan lagi…insyaallah!)

Manakala bersama Klinik Sukses ~ Kaunseling mahupun  Life Coaching membawa MISI KESEJAHTERAAN dan KESEMBUHAN YANG TULEN dari aspek emosi, minda , ruhani disusuli FIZIKAL penzahiran REALITI mudah-mudahan mampu membawa insan yang MENCARI KUNCI “GEMILANG DIRI” yang tulen menemuinya disini! Insyaallah…Ketahuilah para sahabatku…Jangan pernah takut untuk BANGKIT dan SEMBUH, kejayaan yang JUJUR, TULEN takkan mampu diraih bilamana masih ada lagi saki baki kesakitan yang tidak dirawat, tertinggal mahupun ditinggalkan…Seringkali LEKATAN MEMORI SILAM inilah yang akan menganggu-gugat keharmonian dan jejak gemilang menuju PUNCAK…RAHSIA UTK A.N.D.A benar-benar sukses adalah…HATI YANG BENAR B.A.H.A.G.I.A, insyaallah!

Anda MENCARI KUNCI KECEMERLANGAN DIRI??? Anda mencari RAHSIA di sebalik rahsia??? Anda mencari PENAWAR dan SINAR…KOMPAS ~ Penyuluh Perjalanan??? Insyaallah temui JAWAPANNYA bersama saya :

Life Coaching Klinik Sukses

Tarikh : 25hb June 2011
Masa : 9.30pg – 5.30ptg
Lokasi : Shah Alam
Yuran : Hanya RM200 shj ~ DISKAUN ISTIMEWA utk pendaftaran sebelum 15hb June 2011 ; Utk tempahan HG ISTIMEWA boleh shj membayar DEPOSITNYA terlebih dahulu – info lanjut sila email ke nurqudrah786@gmail.com

BONUS ISTIMEWA UNTUK PARA PESERTA ~ Produk Digital bernilai lebih RM100 menanti anda!

Jumpa nanti ya!

H.E.A.L L.I.F.E…L.I.V.E L.I.F.E!!! Isn’t Life Is SO B.E.A.U.T.I.F.U.L??? Change from within..WE can brings C.H.A.N.G.E to others!

Salam Rahmat!

Facebook comments:

comments

images key success
0cd1c62c0a4b4717b41d630ded5a8b9d

Leave a Reply