Isyarat Perkahwinan Anda Perlukan Bantuan

Bismillah…

Alhamdulillah kembali hari ini untuk berkongsi sebahagian lagi TIPS OHSEM untuk menjemput kembali keharmonian dan kasih sayang juga kepercayaan dalam rumahtangga. Jujur sejak akhir-akhir ini rata-rata kes-kes kaunseling yang dikendalikan ada menyentuh tentang isu ini. Begitulah adat dalam rumahtangga, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula melayari kehidupan suami isteri ada ketikanya kehidupan teruji dengan pelbagai isu, pertelingkahan , perbezaan pendapat , pertembungan nilai dan paling menakut dan melukakan tidak lain dan tidak bukan isu kepercayaan yang mana wujudnya skandal, penipuan, kecurangan dan pengkhianatan dalam hubungan suami isteri.

Memang terkadang bukan sesuatu kemahuan jiwa pun…kesibukan mengurus kerjaya, keluarga, menyambung pengajian , perkahwinan jarak jauh, hubungan rakan sekerja yang TIDAK disempadani dengan adab dan batas syarak, kelompongan, kekeliruan peranan dan hak dalam rumahtangga acapkali , lekatan silam juga kurangnya inisiatif untuk menghidupkan ruh kasih sayang dalam perkahwinan, endah tak endah sahaja dalam mendengar teguran serta luahan hati pasangan dan culasnya menjaga hubungan dengan Allah anatara FAKTOR yang sering diakui oleh pasangan KENAPA perkahwinan mereka terjebak dengan masalah.

Ia bukan sesuatu pengalaman dan perjalanan yang mudah untuk dilewati, tetapi tidak juga sukar untuk disembuhkan bilamana hadirnya kemahuan dan kebenaran yang tinggi untuk kedua-dua pasangan memilih TEKAD untuk menyelamat dan mempertahankan perkahwinan ini. Keberanian dan kebenaran serta MATLAMAT yang jelas inilah yang perlu disusulkan dengan rawatan, terapi dan bimbingan bagi mengubat serta memulihkan kembali segala bentuk kedukaan, kesedihan, keserabutan dan kebuntuan. Usaha, pengertian dan kerjasama serta komitmen pasangan amat diperlukan dalam menjaya dan menjemput kembali rasa cinta, kasih sayang, kepercayaan dan rasa hormat yang barangkali terjejas dengan cubaan dan ujian yang dijalani.

AMAT PENTING sekali jiwa yang tertekan, hati pasangan yang terluka malah pasangan yang keliru, buntu dan bersedih dengan cubaan dan ancaman perkahwinan mendapatkan bantuan profesional kerana apa???Kerana kita tidak mahu rasa-rasa yang tidak harmoni, benci, sakit hati, putus asa, sedih, kecewa,  terkilan dan seumpamanya menjadi api dalam sekam, menjadi gunting dalam lipatan yang memakan diri tanpa disedari. Pasti ada yang tertanya-tanya APAKAH SIGNAL atau PENANDA ISYARAT sesebuah perkahwinan itu memerlukan khidmat profesional kaunselor untuk menyelamatkan perkahwinan anda?? Jawapannya ada di sini :

  • Bilamana komunikasi tidak lagi sehala
  • Setiap kali berinteraksi akan ada sahaja ruang dan kesempatan untuk saling menyakiti antara satu sama lain
  • Hubungan mulai terasa hambar, bosan dan membeban serta rimas
  • Walaupun bukan berniat untuk bergaduh tetapi setiap kali berinteraksi ada sahaja yang tidak kena di mata dan di hati
  • Panas baran, mudah memberontak dan melempar salah kepada orang lain
  • Hubungan seks dan intimasi tidak lagi menjadi keterujaan dan rutin
  • Tidur berasingan
  • Rumah tidak lagi menjadi ruang bahagia untuk diri
  • Lebih selesa menghabiskan masa di pejabat mahupun di luar bersama rakan-rakan
  • Pasangan mula rasa tersisih, tidak dipeduli dan tidak disayangi
  • Handphone dan sebagainya sudah mulai berahsia dan mempunyai PASSWORD
  • Pasangan menjadi terlalu asyik dan leka dengan handphone
  • Wujudnya penipuan dan tidak jujur
  • Penceritaan selalu sahaja tidak konsisten dan meragukan

Andai isyarat-isyarat di atas sudah menampakkan TANDA wujud dalam perkahwinan jangan cuba menidakkan atau menafikan perkahwinan anda sedang menghadapi masalah, beranilah untuk berhadapan dengan kelemahan dan BERTINDAK untuk mengatasinya sebelum konflik menjadi lebih parah dan tidak boleh diselamatkan lagi. Bila mana kita cuba MENAFIKAN…denial stage inilah yang membarakan lagi api kemarahan, kebencian dan kesakitan yang dilalui. Akui dengan kerendahan hati sebagai manusia kita tidak terlepas dari kesilapan dan kelemahan diri, dalam menjayakan rumahtangga yang sukses, harmoni , bahagia dan barakah beranilah untuk memperbaiki diri dan membetulkan keadaan kerana Allah swt, In sha Allah tidak sukar sebenarnya bilamana KITA TAHU HALATUJU kita dan BENARKAN DIRI KITA BAHAGIA.

Nak tahu RAHSIA ataupun TIPS untuk FASA selanjutnya…memilih mempertahankan rumahtangga dan menyembuh lara hati yang tercalar pedih??? Tungguuuu…

Sehingga bertemu lagi…

Salam Inspirasi Cinta Jannah,

Hjh Aniz Hj Anwar

0123915362

<<Whatsapp Utk Tempahan Temujanji & Respon Yang Lebih Pantas>>

Facebook comments:

comments

Leave a Reply