Inspirasi Haji ~ Kerepek Ubi, Pelukan Ibu dan EFT Di Masjidil Haraam

Alhamdulillah usai berbicara dengan Allah kini tiba masanya untuk menunaikan janji yang tertangguh. Perjalanan dan kehidupan banyak mengajar untuk manusia menjadi lebih baik tetapi dengan syarat iaitu kita sendiri yang memilihnya. Begitu jugalah dengan perjalanan haji yang dilewati…No Wonder ayahanda selalu berpesan dan menyebut menyarankan saya serta suami…”Pergi haji…pergi haji nanti kamu akan melihat kehidupan ini dengan pandangan yang berbeza”…Nyata benar! Subhanallah …Allahu akbar kehidupan mampu dinikmati dengan lebih ruh dan lazat lagi…Kehidupan yang dihubungkan dengan Allah memang lazat kerana itulah FITRAH hambaNya hanya dengan mengusahakan diri untuk terus hampir dengan Pencipta In Shaa Allah untuk membeli ketenangan, kebahagian dan kesejahteraan itu tidaklah semahal mahupun sesukar yang di sangka.

Masih terngiang-ngiang bicara Prof  Kamil waktu perkongsian di Anwar Movenpick Madinah Al Munawarah ; salah satu cara untuk membeli IMPIAN yang termakbul adalah BERDOA. Dan antara waktu yang paling mustajab berdoa adalah waktu dinihari…1/3 malam akhir. Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu mengatakan bahwa Rasulullah bersabda, ‘Tuhan kita Yang Mahasuci dan Mahatinggi turun ke langit bumi , setiap malam ketika tinggal sepertiga malam yang akhir dengan berfirman, ‘Siapakah yang mau berdoa kepada-Ku lalu Aku kabulkan? Siapakah yang mau meminta kepada-Ku lalu Aku kabulkan? Siapa yang mau meminta ampun kepada-Ku lalu Aku ampuni?'”

Subhanallah! Allahu Akbar…betapa Allah itu sangat hebat kasihnya diberikan cabaran, ujian dan dugaan namun kompas ataupun RESEPI kehidupan untuk menghadapinya telah tersedia memimpin kita dengan syaratnya kita juga memilih untuk dipimpinNYA. Itulah juga sebahagian RESEPI WAJIB yang saya tekankan di dalam perkongsian Life Coaching Klinik Sukses sungguhpun memegang topi kaunselor dari segi etikanya kami dilarang mengetengahkan sebarang indoktrin berkaitan kepercayaan beragama mahupun unsur spiritual namun hati kecil membantah dan meronta…hu hu hu Sigmund Freud itukan orang Yahudi pastilah impiannya untuk memisahkan kehidupan dan agama sedangkan mana mungkin untuk tidak menghadirkan Allah Pencipta dan Pemilik Segala dalam melayari kehidupan yang serba miliknya malah adalah sesuatu yang mustahil untuk berjalan di atas muka bumi ini dengan penuh bahagia apabila kehidupan meminggirkan DIA (walau tidak semua ilmu Barat itu tidak molek tetapi sebagai individu Muslim kita harus lebih bijaksana untuk memilih dan mengadaptasi dengan nilaian hidup juga pegangan kehidupan sebagai Muslim nyata Al Quran sebaik-baik pedoman dan In Shaa Allah penemuan Sains hari ini pula adalah bukti-bukti nyata untuk MEMBENARKAN kebenaran kata-kata Allah di dalam kitab suci Al Qur’an)

Banyak perkara yang saya belajar untuk memperkemaskan kehidupan ini dan membetulkan yang kurang betul. Salah satu INGATAN @ ILHAM Allah yang signifikan adalah untuk menjadikan dunia ini sebagai perantara untuk mendapatkan redhanya. Never used Allah to get your dunya but used dunya to get Allah!!! Ya benar itulah perkataan yang terlintas di fikiran tatkala saya berjalan ke rumahNYA di Masjidil Haraam. Subhanallah! Allahu Akbar…mulai detik itu saya bertekad untuk tidak lagi menjadikan dunia sebagai matlamat saya tetapi lebih luhur lagi akhirat kalaupun Allah ingin memberi ianya adalah satu amanah untuk diisi dengan sebaik-baiknya membawa bersama kebesaran dan kehebatan Allah bukan lagi mencari pengiktirafan manusia. Dan masa yang sama juga pinjaman itu adalah satu medium yang In Shaa Allah akan dimanfaatkan untuk mencapai redha Allah. Makanya In Shaa Allah apa juga nikmat & pinjaman dunia yang dititipkan mudah-mudahan akan melancarkan lagi impian saya membawa KEBAIKAN dan KEINDAHAN KASIH ALLAH YANG CUKUP HEBAT, LUAR BIASA dan SANGAT AWESOME!!!

Perjalanan haji juga mengajar saya erti kasih sayang, cinta dan LEBIH PERCAYA akan Janji-Janji Allah! Tanpa mengenal batasan bangsa, umur, warna kulit mahupun bahasa kami menikmati keindahan ukhwah…Ingat lagi beberapa peristiwa di dalam Masjidil Haraam antara yang masih jelas di ingatan peristiwa kerepek ubi, EFT dan mama Arab yang penuh kasih sayang! Saya kira waktu itu selepas wukuf Kak Rosmah menghantarkan kerepek ubi, tempe goreng, kuih tiram  dan beberapa lagi jenis kuih raya orang Malaysia dan waktu itu jemaah boleh memilih kuih yang mana yang berkenan di tekak dan di mata …al maklumlah dah berminggu di perantauan sedap juga bila ada yang ingat menghantar kuih kepada kami. Dan yang bestnya juga ada ucapan Selamat Aidil Adha dan ucapan agar didoakan Malaysia diberikan pemimpin yang baik untuk memimpin Malaysia (Wah! Dalam hati saya ini sudah bagusnie ada HARAPANlah wajah politik Malaysia berubah  ke arah iklim yang lebih baik…nak-nak pula lintasan doa dari Haji dan Hajjah yang baru pulang dari wukuf…Masha Allah!…Hebatnya Allah memberikan jenteraNya)…Terdetik juga di hati saya setiap tahun ke Kerajaan Malaysia hantar kuih raya untuk jemaah haji ke tahun nie sahaja sebab nak PRU…he he he tak kisahlaakan HADIAH ALLAH…tadahkan shj penuh syukur dan bahagia!

 

Berbalik semula kepada Mama Arab yang peramah itu ; kebetulan mahu ke Masjidil Haraam bila dihulurkan hadiah Raya dari Malaysia saya sekadar mencapainya masuk ke dalam beg dan terus ke Masjid. Sedang asyik saya mengaji tiba-tiba datang Mama Arab duduk di sebelah kiri saya…setelah duduk seketika saya lihat seakan beliau mengantuk lantas saya hulurkan kerepek ubi tadi dan mempelawanya makan. Subhanallah! Seronok saya tengok dia makan kudapan yang dihulurkan ; berbekalkan air zam zam dan kerepek ubi terdengar jelas beberapa kali beliau sedawa…sambil tersenyum saya menyuakan dan mengisyaratakan…”Tidak apa mama, makanlah lantas disambut beliau dengan senyuman sedap barangkali kerepek ubinie tak pernah jumpa katanya dalam bahasa Arab walaupun tak faham FAHAMKAN shj sambil tersenyum dan mengsiyaratkan tangan saya mempersilakan beliau untuk terus menikmatinya!…barangkali beliau tersegan mungkin makan kerepek hampir nak habis he he he…” Seronok dan rasa bahagia waktu itu bila dapat menggembirakan orang lain walau hanya dengan hidangan kerepek ubi di dalam Masjidil Haraam. Seusai kemudian pula beliau memegang digital tasbih saya…dia bertanya …Apa ini? Saya nyatakan ini tasbih mama untuk zikir…Masha Allah! katanya bagus (walau bahasa ayam dengan itik tapi alhamdulillah saya FAHAM he he he itulah INDAHNYA UKHWAH bahasa bukan penghalang walaupun tak faham buat-buat faham dan In Shaa Allah memang itulah yang dimaksudkan)…langsung saya tawarkan beliau menggunakannya bukan itu sahaja ambillah mudah-mudahan beliau dapat memanfaatkannya. Terukir sekali lagi senyuman di bibir beliau…lagik sekali pastinya juga TERUKIR lebih senyuman di hati saya.

Setelah selesai saya solat sunat, mengaji sementara menanti waktu solat Zuhur saya mengambil peluang untuk melakukan terapi Emotional Freedom Technique untuk melupuskan segala vibration negatif dan juga distraction yang tidak harmoni. Ujian Allah ada dimana-mana begitu kasih Allah kesempatan yang ada buatlah EFT sebentar jemaah pun sudah tidak ramai seperti sebelum kemuncak Haji. Tanpa saya sedar, rupa-rupanya tingkah saya diperhatikan oleh 2 orang gadis Arab di depan saya…lantas menegur saya sambil tersenyum “Are you practising Yoga?” Saya menjawab NO…this is what we call EFT , saya jelaskanlah serba ringkas kelebihan EFT dan memaklumkannya untuk menjelajah di You Tube untuk maklumat lanjut…Tiba waktu solat kami merapatkan saf dan bersolat dan seperti biasa seusai solat kami bersalaman. Masanie antara detik awesome yang membuatkan saya sendiri rasa sangat bahagia…dah lama tidak dipeluk ibu kalau adapun sebulan  sekali ataupun 2 kali waktu pulang ke rumah ibu mertua (ini dah sebulan saya RINDU pelukan ibu)…Guess what??Mama Arab yang seronok makan kerepek Raya tadi memeluk erat saya sambil mencium pipi saya kiri dan kanan juga dahi saya…macam baby saya diciumnya…Subhanallah! Eh eh eh..bestnya ! Saya dah lama RINDUKAN PELUKAN IBU..aura ibu sangat membahagiakan…memberi rasa aman, selamat, yakin dan percaya.Masha Allah! Di Masjidil Haraam Allah hadiahkan saya UBAT RINDU itu…Girang hati saya ucap syukur atas kebesaran dan kasih Allah yang mendengar!

Mudah-mudahan In Shaa Allah Inspirasi Menyebarkan Cinta dan Kasih Allah inilah yang akan saya sampaikan menerusi JIHAD dunia kaunseling dan life coaching yang dibawakan. Doakan saya mudah-mudahan dianugerahkan kesihatan yang baik, kehidupan yang bahagia dan harmoni juga ilham yang awesome untuk terus BERBAKTI untuk Allah dan menyembuh untukNYA!…

Heal Life…Live Life …My Love..My Joy…My Jihad ~ http://kliniksukses.anizanwar.com

Sehingga bertemu lagi! Bagi yang barangkali ternanti-nanti perkongsian saya lebih dekat lagi dialu-alukan untuk LIKED  Fan Page ~ http://www.facebook.com/AnizAnwarKlinikSukses

 

Salam Inspirasi & Kasih Sayang Untuk Semua! ^^

 

 

Facebook comments:

comments

1 Comment

  1. Sentuhan dalam blog awak buat saya termenung… mungkin simple .. tapi mendalam bagi yg mahu berfikir.. tahniah .. dari peminat tulisan awak 🙂

Leave a Reply