Inspirasi Haji : HambaMu Datang Menyambut PanggilanMu…

Labbaikallahumma labbaik,
Labbaikala sharikala kalabbaik,
Innalhamda wanni’mata laka walmulk,
La sharikalak

Hambamu datang menyambut panggilan-Mu,
Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu
Sesungguhnya segala puji-pujian dan nikmat
dan kerajaan adalah kepunyaan-Mu yang tiada sekutu bagi-Mu

Itulah panggilan yang cukup syahdu dan sayu tatkala dibaca dan dilafazkan penuh jiwa. Ternyata panggilan yang dibaca mahupun dilafazkan berulangkali mampu mengalirkan sinergi yang cukup menggetarkan dan menyentuh jiwa. Alhamdulillah sujud syukur merafak sembah ke hadrat Ilahi kerana dalam jutaan rakyat Malaysia yang mendambakan JEMPUTAN AGUNG ini kami suami isteri antara yang bertuah terpilih untuk menyertai panggilan haji untuk tahun ini, insyaAllah. Alhamdulillah bermula dengan menghadirkan diri untuk kursus haji 17 siri diikuti peringkat intensif dengan Tabung Hajidi Kelana Jaya  dan hujung minggu lalu Kursus Perdana Haji peringkat negeri. Pelbagai pengisian, tips, ilmu yang telah dikongsikan namun masih tidak menyamai pengalaman yang bakal dilewati sendiri semoga Allah berikan pimpinan kasihNYA buat kami dan seluruh tetamu Allah dan tetamu Rasulullah saw. Semoga dianugerahkan keindahan dan kenikmatan kesihatan, kecergasan, kelancaran dan kesempurnaan dalam mengerjakan  Rukun Islam yang kelima ini.Semoga MISI untuk menikmati Haji Yang Mabrur diberikan kelancaran yang AWESOME , insyaAllah!

Masih terngiang-ngiang bicara Tuan Haji Abdul Halim seorang warga OKU yang sempat menurunkan TIPS & INSPIRASI dalam mengerjakan haji…”BAWALAH ALLAH dalam perjalanan haji tuan, puan hadirin yang dikasihi Allah bukan mahram mahupun sebagainya”…InsyaAllah bila PENCIPTA & PEMILIK ini yang kita bawa insyaAllah perjalanan dan kesaksian Agung mampu dinikmati lebih indah lagi. Jelas kebergantungan kepada Allah itulah yang harus disandarkan di dalam perjalanan ini. Dan antara pesanan beliau yang sangat beharga selalu tanamkan di dalam diri “SIAPA KITA DI MATA ALLAH”. Dengan kerendahan hati, penuh hadir , kusyuk pohonlah keampunan , pimpinan dan rahmat dariNYA selalu apatah di padang Arafah  Hari yang cukup istimewa dimana harinya diampunkan dosa, dibebaskan dari api neraka dan hari dimana tiada hijab di antara hamba dan PenciptaNya.Hari wukuf walau pun singkat namun sudah tergambarkan  KEINDAHAN dan KENIKMATAN yang sangat membahagiakan lagi mempersonakan insyaAllah…Allahuakbar…Allahuakbar…Allahuakbar…HambaMu ini  datang menyambut panggilan-MU ; kurniakanlah kami Ya Allah dengan Haji Yang Mabrur. Aamin Allaumma Aamin Ya Allah. Tidak lupa juga  pesanan dan tips yang sangat berguna daripada Ustazah Yusna , Ustaz Drs Sapawi juga yang lain bagi yang melancarkan perjalanan haji.

Jujur tidak sabar untuk menikmati keindahan Hari Arafah…yang pasti sabar, tabah, redha dan ikhlas itulah sebahagian SENJATA dan AZIMAT yang beharga untuk membeli  haji yang mabrur. Setiap tingkah laku, lisan, lintasan hati mahupun minda harus dijaga. FOKUS UTAMA pada ibadah, banyakkan membaca Surah An Nas untuk mengelakkan perasaan was-was dan jangan putus untuk BERDOA kerana keistimewaan tetamu Allah doanya makbul, insyaAllah. Sememangnya benar sekali apabila dikaitkan dengan ilmu frekuensi diri ; bagi individu yang mengerjakan ibadah penuh hadir dan kusyuk mereka ini berada di dalam gelombang ataupun frekuensi theta yang mana frekuensi YANG TERBAIK untuk melontarkan sebarang hajat, impian mahupun hasrat.Dan insyaAllah doa yang dilafazkan atau dipanjatkan dari hati yang hadir, penuh yakin dan percaya pada kekuasaan Allah pasti akan dimakbulkan.

Melengkapi entri hari ini juga suka saya kongsikan petikan kata-kata hikmah dari sahabat :

“Don’t Use Allah to get dunya , but use dunya to get Allah”

Kata-kata yang cukup ringkas tapi cukup PADAT, MENDALAM dan SANGAT BERMAKNA memberi ingatan bukan sahaja untuk saya tapi insyaAllah setiap sahabat yang membaca bicara tanpa suara ini mohon yang baik-baik dari Rabbul Izzati untuk melengkapi dan menyempurna dunia yang sementara ini agar insyaAllah segala NIKMAT & ANUGERAH yang dititipkan Ilahi mampu merapatkan dan menambahkan lagi KEINTIMAN DIRI KITA DENGAN PEMILIK ALAM MAYA INI dan SELURUH JAGAT RAYA ini.

And always put your trust in Allah insyaAllah when you believe in Allah you will surely see God’s hand in every little step you take in this life…bantuan Allah pasti sahaja akan melengkapi, menjaga dan menyempurnakan hari dan perjalanan….hebatkan Allah kita!

 

Sehingga bertemu lagi…buat yang menghantar email, sms, PM mohon jutaan ampun dan maaf buat sama ini segala urusan klinik kaunseling mahupun life coaching ditangguhkan untuk memberi ruang kepada persiapan undangan Agung Haji 2012, insyaAllah. Mohon para sahabat mendoakan kesejahteraan dan kelancaran serta keselamatan perjalanan kami dan seluruh umat islam yang menunaikan fardhu haji tahun ini. InsyaAllah segala jasa baik, ingatan dan doa saya dahului dengan ucapan…Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza !

Salam Inspirasi…

Facebook comments:

comments

Leave a Reply