Alhamdulillah malam ini dihadirkan ILHAM untuk terus berkongsi KEINDAHAN dan KEBAIKAN mudah-mudahan menjadi penyuluh buat yang mencari di luar sana. Tertarik dengan bait-bait kata-kata yang pernah hadir menghiburkan perjalanan setia kasih bonda mengingati anaknya :
“Waimah kamu memiliki satu isi dunia ini sekalipun tetapi jika kamu tidak memiliki KETENANGAN kekayaan itu tidak akan menjadi berguna untuk seluruh hidupmu”…
“Andai sahaja kamu berjaya memperolehi puncak tertinggi kejayaan duniawi tetapi jika hati kamu TIDAK BAHAGIA dan MERASA KEBEBASAN nescaya kejayaan itu juga tidak memberi makna”…
Ambil kisahlah anakku untuk kamu membeli ketenangan, kebahagian dan hati yang BEBAS sejahtera dengan mengingati Allah. Walauapapun keadaan kamu DIA jangan sekali dilupakan letakkan Allah di hati mudah-mudahan NUR KASIHNYA akan menerangi perjalanan hidupmu.
Kehidupan terkadang diuji dengan suka duka keindahan, kehampaan, kegembiraan, kesedihan, HIDUP dan MATI, pertemuan, perpisahan, kekayaan, kemiskinan, sihat , sakit , keyakinan, ketakutan dan pelbagai lagi. Semua ini untuk menguji KETULENAN DIRI sama ada masih juga membenarkan diri terbenam dalam kemelaratan mahupun SABOTAJ DIRI yang menghimpit ATAU MENERIMA PENUH REDHA UJIAN YANG HADIR dan BERANI MENGHADAPI CABARAN/UJIAN yang hadir.
PERLU DIHIGHLIGHTKAN dalam hidup ini kita punya 3 PILIHAN sama ada :
1) Menerima Seadanya
2) Menolak @ Lari dari Kenyataan yang pasti akan MELELAHKAN dan SANGAT MELETIHKAN lebih-lebih lagi sekiranya individu cuba memainkan TOPENG dalam kehidupan.
3) Mengubah dengan mengambil inisiatif memperbaiki kelemahan diri dan BERANI untuk menjayakan IMPIAN DIRI yang diingini mahupun MENGATASI permasalahan yang hadir.
Jika di saat ini ANDA DIUJI, agaknya ANDA CENDERUNG DI KELOMPOK MANA ya??? 1, 2 atau 3???Haa…JUJUR dgn diri ya usah jadi pelarian atau memakai topeng ini akan hanya MENAMBAH BEBAN SARAT TEKANAN yang anda jalani. HAVE COURAGE TO CHANGE YOUR LIFE! Waimah bagaimana anda mengejar IMPIAN mahupun MENGISI KEHIDUPAN jangan sampai anda membunuh kehidupan itu sendiri. Kejayaan dan kebahagian yang HARUM tidak akan bermakna sekiranya kehidupan dan hubungan dalam diri tidak harmonis dan tenteram.
Begitu juga dengan hubungan dengan PENCIPTA. Ketahuilah dengan berbuat kebaikan hati pastinya akan menjadi TENANG apatah lagi disulami dengan MATLAMAT YANG JELAS MEMBURU REDHA DAN SYURGA ALLAH. Lazimnya hati menjadi huru-hara apabila paksi atau TERAS MISI yang ingin dicapai itu tidak jelas. Maka harus sahaja syaitan akan lebih mudah hinggap merosakkan hati dan kedamaian hati. Lantas untuk menikmati HATI YANG TENANG, BAHAGIA dan BEBAS BERSYUKUR dan HIDUP harus selalu dekat dengan Allah. Bukan sekadar menunaikan amalan-amalan yang WAJIB semata-mata tetapi diperindahkan lagi dengan amalan-amalan sunnah, insyaAllah untuk membeli KEBAHAGIAN, KETENANGAN, KEJAYAAN dan KESEJAHTERAAN itu tidaklah semahal yang disangkakan. Bila hati selalu hadir dan ada DIA , pastinya dengan sendirinya akan TERPELIHARA dan TERJAGA.
Pengalaman peribadi tidak kurang kes-kes kaunseling yang dikendalikan serta inspirasi kehidupan di persekitaran banyak MEMBAWA KEBENARAN dan KEJUJURAN bahawasanya tiada siapa antara sebenarnya yang immune dengan stress. Namun apa YANG PALING PENTING saat diuji kita tidak tenggelam dan LARUT kerana membiarkan diri lemah, putus asa dan tidak berdaya hanya akan MEMBERI CERIA & BAHAGIA pada spesis bertanduk profesional yang modus operandinya bermatlamatkan untuk MENGHURU-HARAKAN MANUSIA maka SANGAT CELAKA bagi mereka yang sengaja membenarkan diri mereka terhanyut dengan huru-hara dan bisikan syaitan laknatullah ini.
Untuk itu HARUS BAGAIMANA menyelamatkan diri serta insan tersayang ancaman dan ketakutan realiti kehidupan yang terkadang tidak terduga???Pastinya dengan JALAN ILMU dan DOA penuh hadir mengharapkan jagaan dan pimpinan Allah swt agar sentiasa memayungi perjalanan. ILMU YANG MAMPU MENJAGA DIRI INSAN DARI API DUNIA & AKHIRAT. Pendek kata dalam MENIKMATI KEINDAHAN, KEBAIKAN , KEJAYAAN DAN KEENAKKAN DUNIA YANG MENGHIBURKAN USAH DILUPA MATLAMAT AKHIR AKHIRAT SYURGA insyaAllah mudah-mudahan hati akan selalu sahaja merasa aman, tenang, bahagia dan selamat. Malah KESENANGAN dan NIKMAT yang dipinjamkan mudah-mudahan tidak melalaikan dan menjauhkan empunya diri dengan PEMILIKNYA. Atau mungkin terkadang ujian menerpa tidak menjadikan diri hina dalam ujianNYA. Inilah TANDA HATI yang dipelihara Allah ; ianya tidak gentar, tidak takut kecuali Allah, selalu sahaja berlapang dada, bahagia, bersyukur dan berasa cukup atas setiap nikmat yang dihadirkan Allah. Itulah juga KUNCI BAHAGIA iaitu merasa cukup dan bersyukur!!!
Jangan sombong atau alpa…peranan DOA JUGA SANGAT PENTING!!!Itu jugalah yang saya pelajari dari mereka yang pernah diuji keretakan rumahtangga berlaku, kecurangan hadir, cinta yang terputus di tengah jalan, masalah ekonomi melelahkan, anak degil, isteri degil, suami keras kepala , keluarga tidak harmoni antara sebabnya ialah TERLUPA untuk bermohon pada EMPUNYA MILIK DUNIA dan ISI ALAM ini. Maka bagi YANG MASIH PUNYA AKAL WARAS jangan lupa deh doakan MEREKA insan-insan yang tersayang mudah-mudahan kehidupan akan lebih harmoni, impian terlaksana dan kebahagiaan dikecapi dengan penuh rasa syukur dan tawaduk tanpa KASIH DAN KEBESARAN ALLAH takkan mampu semua ini dinikmati.
Sehingga bertemu lagi! Jangan sombong-sombong ya…lebih lagi dengan Allah MAHUKAN YANG TERBAIK DARINYA maka “PERSEMBAHAN PADA-NYA HARUS YANG TERBAIK” nescaya semuanya akan baik-baik Allah aturkan penuh harmoni dan UNSANGKARABLE!
“Ketahuilah bahawa dengan mengingati ALLAH itu hati akan tenang”
(Surah Ar Raad: 28)
Happy Moments PRAISE Allah
Difficult Moments SEEK Allah
Quiet Moments WORSHIP Allah
Painful Moments TRUST Allah
Every Moment THANKS Allah
Salam Inspirasi!
Leave a Reply