Implikasi Gaya Asuhan dan Penderaan Silam Mengesani Pola Kehidupan

Menurut laporan myMetro, Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun bukan saja dimaki dan dipukul ayahnya sendiri, malah turut dikurung dalam reban ayam gara-gara tindakannya yang gemar ke rumah kakaknya dalam kejadian di Kampung Teluk Pasu, Manir di sini, Ahad lalu.

Menurut sumber, nasib menimpa kanak-kanak malang itu hanya diketahui kakaknya berusia 20 tahun yang tinggal di Kampung Losong Megat Hussin, di sini, kira-kira jam 8 malam hari sama selepas menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada seorang lagi adik perempuannya yang memaklumkan perbuatan ayah mereka.

Katanya, sebelum kejadian itu, mangsa yang berada di rumah kakaknya dimarahi suspek berusia 50-an yang kebetulan datang ke rumah kakaknya itu.

“Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa yang masih kecil dimaki hamun suspek yang dikatakan tidak suka melihat anaknya berada di situ.

“Selepas puas memarahi mangsa, suspek kemudian beredar sambil membawa mangsa meninggalkan kediaman itu.

“Perasaan tidak puas hati suspek rupa-rupanya tidak berakhir di situ apabila mangsa dipukul ketika berada di rumah.

“Malah, suspek turut bertindak kejam apabila mengurung anak kecil itu di dalam reban ayam kononnya sebagai memberi pengajaran,” katanya.

Sumber berkata, ketika kejadian, seorang lagi kakak mangsa berusia 16 tahun turut berada di rumah, tetapi hanya mampu melihat tindakan tidak berperikemanusiaan ayah mereka kerana bimbang diapa-apakan jika masuk campur sebelum memaklumkan kejadian itu kepada kakaknya.

Katanya, susulan kejadian itu, kakak mangsa yang bimbang keselamatan adiknya membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga, di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian berkenaan.

 

=======================================================================

IMPLIKASI GAYA ASUHAN DAN PENDERAAN MEMPENGARUHI PERSONALITI & POLA KEHIDUPAN

=======================================================================

Tajuk akhbar tempatan di atas merupakan sebahagian warna-warni rencam kisah masyarakat yang berlaku di persekitaran kita. Pengalaman lebih 7 tahun berdepan dengan masalah klien mengambil peranan sebagai Kaunselor dan Life Coach menemukan saya SALAH SATU PUNCA MENGAPA HIDUP INDIVIDU HILANG PERCAYA DIRI, MOTIVASI, KEYAKINAN dan KEKUATAN UNTUK BERTINDAK punya kaitan langsung dengan sejarah silam mereka dibesarkan.

 

YA PENEMUAN YANG BENARRR!!

*******************************

Tidak dinafikan biarpun pengalaman pahit terdera secara psikologi mahupun fizikal di alam kanak-kanak namun ia masih meninggalkan kesan yang mendalam. Ini kerana tahun-tahun awal tumbesaran inilah ASAS penting untuk membentuk peribadi mahupun personaliti individu. Apabila diteliti mengapa situasi ini terjadi ianya mempunyai kaitan langsung dengan tekanan dan sarat beban emosi dan kehidupan yang turut ditempuh oleh mangsa dera ini. Mengikut kajian golongan yang mempunyai sejarah terdera kehidupan mereka semasa kecil memiliki KECENDERUNGAN untuk menyimpan perasaan marah, dendam, panas baran, benci, emosinya kurang stabil, peribadinya agak rapuh dan sering juga mengalah dalam melakukan sesuatu perkara. Apabila diakses pengalaman mereka menerusi teknik Life Time Theraphy berlaku FIXATION dalam episod silam mereka. Ada emosi yang terpendam yang masih berlegar tidak dilepaskan sepenuhnya. Rasa terkilan akibat layanan ibu bapa yang mendera, pilih kasih dan sebagainya dibawa sehingga hari ini maka tidak hairanlah terkadang hubungan ibubapa dan anak tersebut tidak harmoni.

 

Keredhaan Allah itu berada dalam redha ibubapa hanya dengan JALAN ILMU dan CELIK AKAL dapat membantu golongan lebih menyelami, memahami dan mengerti penderitaan ibubapa mereka yang juga tidak kurang hebat berjuang dan berkorban demi kasih dan cinta kepada anak-anak, isteri, suami juga keluarga mereka seluruhnya. Beban silam yang mereka bawa dibesarkan dengan gaya asuhan yang membawa nilaian negatif, tutur kata, kepercayaan mahupun norma yang tidak selaras dengan kehidupan Islam dan cintakan keharmonian dan syurga Allah menjadikan mereka ini manusia yang keliru. Kesannya PALING MENDUKACITAKAN terjadilah ia ‘gaya asuhan yang sesat lagi menyesatkan’ ;  jadilah ia ‘gaya asuhan yang mencederakan emosi juga ruh kehidupan’  insan yang tersayang. SAYANG YANG KELIRU…mana mungkin sayang diselaputi kemarahan dan kebencian hasilnya sangat mustahil untuk menyayangi insan lain sebelum anda menyayangi dan menghargai kehidupan sendiri. Sangat sulit juga untuk anda MEMBAHAGIAKAN insan lain saat hati anda juga masih terluka, hiba, dibayangi kekecewaan dan terkilan semalam. Nah! Hasilnya jadilah indoktrin pengalaman pahit ini menjadi MAGNET yang menarik energi-energi yang lebih negatif dalam hidup individu.

 

Apabila IKLIM tidak harmoni sebegini hadir dalam sebuah keluarga inilah yang menjadi sebahagian PUNCA anak-anak mencari kasih, perhatian , sentuhan dan belaian di luar institusi kekeluargaan. Sehingga ada yang terjebak dengan pergaulan bebas, bertukar-tukar pasangan malah ada yang berzina. Mengapa ini terjadi ada hubungkaitnya dengan “APA YANG BERLAKU” di dalam keluarga. Tidak kurang juga akibat terdera perasaan dan psikologi serta fizikal MEMILIH untuk menjadi gender yang berlainan dari fitrah kejadiannya lelaki menjadi perempuan yang perempuan menjadi lelaki sehingga ada yang terkadang terjebak dengan hubungan songsang…Nauzubillahminzalik! Inilah REALITI KEHIDUPAN sebenarnya yang sudah lama saya tidak berpeluang mengupasnya.

 

Dan tidak kurang juga yang menyedihkan akibat dari KEMARAHAN yang terpendam telah membentuk personaliti panas baran, menengking, tinggi suara , pantang sekali ditegur kesalahan dirinya, cenderung mengeluarkan perkataan yang mencederakan hati pasangan juga anak-anak sehingga akhirnya rumahtangga kacau bilau dan penceraian berlaku. Sangat sukar membina hubungan harmonis dengan orang lain cenderung wujud masalah bertukar-tukar kerjaya, business tidak menjadi, bersangka buruk, berserabut walau kadang sembahyangnya tunggang tunggik tapi masih tidak mampu menjemput harmoni dalam hidupnya.MENGAPA INI TERJADI??? Inilah dia penyakit warisan yang tanpa sedar terkadang dibenarkan terwaris dalam institusi keluarga yang dibina…trait personaliti yang negatif dibenarkan meracuni ACUAN perkahwinan!! Budaya masyarakat kita mengistilahkannya SAKA …menyalahkan syaitan pula disitu ho ho ho ITU DAH MEMANG KERJAYA TETAP & PROFESIONALISME SPESIS “S” ini maka yang harus mengambil TANGGUNGJAWAB bukankah ANDA bukan menuding jari pada salah silah keturunan terdahulu. Sikap panas baran, bersangka buruk, mengumpat, kepercayaan tahyul, tidak mendekati Al Quran dan memahaminya..menjauh dari Allah …tidak berani mengubah diri…merawat diri maka tidak hairanlah kehidupan anda berlegar di gelombang dan bulatan yang sama.

Hanya SATU PENYELESAIAN untuk menjemput kesembuhan, kesejahteraan, kebahagian, kekayaan, kejayaan dan keindahan juga ketenangan serta kemanisan dalam hidup iaitu dengan JALAN ILMU, MENCINTAI SYURGA ALLAH dan paling utama ilmu merawat diri…ONESELF HEALING! Itulah antara khidmat bakti dan amanah yang perlu diisi dalam rencana kehidupan saya. Life Coaching Klinik Sukses mengetengahkan MODULE EKSKLUSIF dan TEKNIK YANG SISTEMATIK SERTA TERPERINCI bagaimana seorang individu walaupun anda bukan seorang kaunselor /therapist tetapi anda mampu melakukan MISI MENJEMPUT BAHAGIA PENUH KEYAKINAN …In Shaa Allah.

 

In shaa Allah dengan jalan ilmu kita akan mampu MENGUTIP HIKMAH dan MENERIMA PENUH REDHA rencana yang hadir melewati perjalanan. Semua yang baik itu datangNya dari Allah namun disebabkan budaya cenderung mencari kesalahan, keburukan yang ada di luar ruang diri itu yang akan membuat individu mudah terperangkap. Perubahan hanya mampu dinikmati apabila kita berani memilih, bertindak dengan mengenal ke mana hala tuju kehidupan kita, apa yang ingin kita cari dan matlamat kehidupan itu sendiri tanpa mengenal diri amat sukar jejak bahagia, sejahtera, kejayaan mahupun keharmonia terjemput hadir. Semuanya tiada yang mustahil dengan KEBENARAN DIRI. Didoakan moga artikel ringkas ini mampu menyuntik berani demi Hijrah Menuju Jannah…In Shaa Allah!

=================

SESI LIFE COACHING

=================

Antara kupasan yang dibentangkan :

1) Pengendalian Stress

2) Kuasa Sekeping Kertas – Menjemput IMPIAN

3) Emotional Freedom Technique

4) Gratitude Journal

5) Terapi Air

6) Rahsia Frekeunsi Alam Menjemput Impian

7) Rahsia Tahu-tahu ; Harapan ; Terwujud

8) Kuasa SMS dan MMS

9) Ilmu Pengendalian Was-was Kehidupan – Teknik Istiharah Dengan Al Qur’an

10) Skrip Doa OHSEM Menjemput Kehangatan dan Kebahagian Dalam Rumahtangga

 

Sesi secara berkumpulan berkala ada ditawarkan ; sesi ini dibuka kepada mereka yang mempunyai SKALA TEKANAN mereka yang berada di tahap rendah hingga sederhana. DIINGATKAN Kelas atau sesi ini bukan hanya untuk mereka yang berada di dalam tekanan ya ia juga TERBUKA kepada mereka yang ingin MEMAJUKAN DIRI dan MENGETAHUI TERTIB LANGSUNG ILMU MENJEMPUT DOA YANG MAKBUL dan MENJADI INSAN /INDIVIDU YANG LEBIH BAHAGIA. Hanya insan yang bahagia sahaja menerima penuh redha ujian mahupun rencana /takdir Allah yang hadir mampu mengundang KEJAYAAN , KEBAHAGIAN, KEMULIAAN, KEMENANGAN, KEKAYAAN, KEHARMONIAN, KESEJAHTERAAN dan KESYUKURAN yang lebih bermakna.

Manakala bagi mereka yang berada dalam SKALA STRESS yang agak tinggi dan emosi masih kurang stabil amat disarankan menajalani sesi kaunseling terlebih dahulu ataupun memohon SESI/KELAS LIFE COACHING SECARA ONE TO ONE. Untuk pengetahuan SESI PERSONAL COACHING SECARA BERPASANGAN juga turut ditawarkan lazimnya bagi pasangan suami isteri yang ingin memperbaiki iklim rumahtangga , mempunyai IMPIAN YANG BESAR untuk bertemu pasangan di syurga Allah..setia mengharungi suka duka dan bahagia bersama, bagaimana untuk SALING melengkapi dan membahagiakan pasangan In Shaa Allah bersama saya Hajjah Aniz moga diberikan keizinan untuk berkongsi dan menimba ilmu dan pengalaman bersama-sama. In shaa Allah semoga di syurga Allah nanti kita dipertemukan kembali menjadi saham dan currency beharga di akhirat nanti.

Inilah CINTA saya…JIHAD saya…RUH kehidupan yang membuatkan setiap detik masa yang berlalu lebih hidup dan bahagia! MEMBERI SENYUMAN dan MEMBAWA KESAKSIAN BAHAWA KASIH ALLAH ITU SELALU SETIA, BAHAGIA MENEMANI MEMBERIKAN SOLUSI, PETUNJUK, PENAWAR YANG SUNGGUH BEHARGA!

 

Akhir kata semoga dengan perkongsian ini ramai yang beroleh MANFAAT dan LEBIH BERANI UNTUK MENJEMPUT IMPIAN ANDA! Dan tidak lupa…

 

PS : Untuk mereka yang berminat mendapatkan khidmat konsultasi sesi kaunseling mahupun sesi Life Coaching secara One To One boleh SMS/Whatsapp di 012 3915362 untuk respon yang pantas…HANYA untuk mereka yang serius, komited dan jujur untuk menghadiahkan diri mereka IMPIAN shj yang main-main mahupun takut-takut, tidak pasti mohon menghargai masa saya untuk dimanfaatkan kepada mereka yang sedia dan benar-benar ingin berubah dan dibantu! Segala pengertian, kebaikan serta kerjasama anda amatlah dihargai !

Salam Maal Hijrah 1435…Salam Revolusi!!

Hjh Aniz Hj Anwar

 

 

Facebook comments:

comments

Leave a Reply