IMG_20180623_085818

Welcome To Taaruf Week CFS UIA Kuantan 2018

Bismillah…

 

IMG_20180623_163947

 

 

 

 

Alhamdulillah tanggal 23hb June 2018 yang dinanti telah tiba…hari bermakna buat anakanda Nur Fataniah meneruskan pengajian di kampus UIA Kuantan. In sha Allah setahun di sini dan selanjutnya meneruskan pengajian dalam bidang psikologi yang diminati. Indoktrin awal yang ditanam memberi bahagia dan menyampaikan ilmu kebesaran kasih sayang Allah membuatkan beliau tertarik mengikuti jejak ibu. In sha allah moga rahmat kasih Ilahi menghadiahkan perjalanan yang lancar dan gemilang buat anakanda.

Sengaja saya rangkumkan untuk perkongsian siapa tahu ia boleh dijadikan bahan rujukan untuk para pelajar atau ibubapa yang mungkin barangkali berminat di dalam bidang psikologi. Mengikut laluan selepas SPM para pelajar yang berminat untuk mengikuti bidang psikologi boleh memilih sama ada melalui laluan matriks atau terus ke UIA dengan mengambil Asasi Human Science cumanya di UIA para pelajar dikehendaki menjalani EPT atau English Placement Test dan juga APT atau Arabic Placement Test bagi membantu pengukuhan dan penguasaan bahasa pengantar sepanjang pengajian di UIA.

Biasanya para pelajar Tahun Asas akan ditempatkan di Mahallah Talhah dan Mahallah Maimunah bagi pelajar perempuan manakala lelaki pula di Mahallah Khalid Al Walid.

 

Alhamdulillah anakanda Nia dapat Mahallah Maimunah berdekatan dengan Masjid UIA. Suatu pengalaman baru alhamdulillah semoga anakanda dipermudahkan menjalani kehidupan bergelar mahasiswi di bumi Kuantan.

Ada banyak lagi nak share untuk rujukan para pembaca tapi nantilah …sebabnya bila try mengoogle untuk maklumat , tak banyak sharing tentang suasana dan pengalaman di UIA Kuantan khususnya untuk para pelajar baru Tahun Asasi. Mujurlah anakanda bertemu info di twitter dan LINK whatsapp grup khusus para pelajar kursus yang sama makanya banyaklah info lanjut dan pertanyaan dikongsikan senior yang juga komiti member untuk Taaruf Week 2018 ini.

 

IMG_20180623_164118

Facebook comments:

comments

psikososial erik erikson

Leave a Reply