Bismillahirrahmanirrahim…
Subhanallah! Lama sekali saya bercuti daripada menulis dan menitipkan khabar dan ilmu di entri anizanwar ini rupa-rupanya ya. Alhamdulillah di hari indah dan mendamaikan ini diberikan kesempatan oleh Ilahi untuk menarikan jari jemari membawakan khabar bahagia dan keindahan In Shaa Allah juga perkongsian yang terhasil dari penyepian saya sejak sebelum berangkat menunaikan fardhu haji sekitar Sept lalu sehinggalah December 2012 ini.
Masha Allah! Sememangnya perjalanan haji sangat-sangat indah…dan harus diakui juga dengan jujur cabaran dariNYA juga sangat awesome kerana setiap sahaja cabaran yang diberikan PASTI ada khabar bahagia dan hiburan yang menggembirakan dariNYA. Dan sesungguhnya begitulah CARA DIA mendidik hati dan menunjukkan kasih sayangNYA terhadap diri kita. Paling best ia mendidik kita supaya BERSANGKA BAIK, BERSYUKUR , REDHA, IKHLAS dan TERUS BERDOA meletakkan terus kebergantungan dan penyerahan diri kepadaNYA. Sesungguhpun perjalanan hari terasa begitu senang, bahagia dan menenangkan sekali apabila keintiman bersama-sama PEMILIKINYA dapat kita bina. Walau ada event ataupun situasi yang penuh suspen tapi menjadikan Allah TEMAN PERJALANAN YANG SUPERB! Subhanallah …segala-galanya baik-baik belaka kesudahannya. Situasi ini secara tidak langsung MENAMBAHKAN LAGI KEYAKINAN kita kepada Allah. 2 bulan sebelum saya berangkat menunaikan fardhu haji Allah telah menduga saya dengan masalah low potasium aka Hypokalemia, satu penyakit yang agak jarang dihidapi oleh orang ramai namun tidak boleh dipandang ringan. Beberapa minggu juga saya MENCARI JAWAPAN kepada permasalahan saya ini, PUNCANYA tidak dikenalpasti tetapi bila diperhalusi dan dalam masa yang sama juga saya MEMOHON ke hadrat Ilahi sehinggalah satu hari saya terbaca di dalam satu pamplet yang membawakan pendekatan rawatan alternatif berkaitan penyakit hypokalemia ini. Menurut pandangan penulis ini penyakit hypokalemia ini turut berpunca daripada proses dan mendapan energi-energi negatif yang ada di dalam tubuh manusia. Hi Hi Hi bila check-ceheck balik MENGAUDIT DIRI…Ya Benartu! Tidak lain dan tidak bukan…STRESSlaa apalagi. Kerjaya saya selain daripada memberi ceramah, mengendalikan life coaching serta konsultasi kaunseling , mendengar masalah orang yang mana rata-ratanya mereka ini berada di dalam keadaan stress yang melebihi paras normal dan energi negatif mereka berada di dalam skala yang tinggi secara tidak langsung termendap barangkali di dalam diri saya tanpa disedari. Keadaan ini rupa-rupanya satu proses transmisi di antara frekuensi negatif pihak klien ke dalam diri saya lama kelamaan walaupun saya sendiri tidak pernah pun ambil peduli atau mengingati masalah klien yang dihadapi tetapi dalam diam ianya mengesani sistem pertahanan diri dan sistem tubuh saya untuk berfungsi. Tambahan pula mengenangkan perjalanan haji dan impian untuk MEMBERIKAN YANG TERBAIK ingin menikmati haji yang mabrur juga anak-anak yang ingin ditinggalkan sedikit sebanyak turut memberi tekanan rupanya. Walau ditanamkan di dalam hati Allahlah pemelihara dan penjaga yang terbaik untuk ahli keluarga yang ditinggalkan namun kecundang juga rupanya…itulah sifat hamba yang tidak lepas daripada kelemahan diri. Dan yang pastinya juga saya sangat-sangat BERSYUKUR kerana yakin itulah juga caranya Allah membersih dan menyucikan diri kita daripada dosa-dosa silam. Dan yang pastinya juga Allah sedang MENYIAPKAN diri saya untuk menjadi tetamuNYA al maklum workholiclaa konon-kononnya superwomankan semua benda nak buat…Nah! Amek Kau…tak reti-reti nak bawak bersedia hi hi hi dengan tahap kesihatan yang dilemaukan secara tidak langsung banyaklah masa saya untuk belajar , memperbaiki diri dan menyiapkan diri…hebatkan CARA Allah mengatur hambaNYA…
Hu Hu Hu masih terbayang-bayang keprihatinan dan penuh tanggungjawab Dr Zal menasihat aka membebelkan saya apatidaknya rasa-rasa badan dah macam sihat gagah konon-kononnya seperti biasa tapi bila TEST ambil darah Oh Oh Oh…bacaan untuk mengenalpasti paras potasium saya di bawah paras normal 2.8 sedangkan seharusnya yang berlaku untuk paras individu yang normal adalah 3.5 dan ke atas. Apalagi pisang, kiwi, kurmalaa teman saya sepanjang beberapa bulan ini untuk membantu paras potasium kembali seperti individu normal dan sihat selain ubat Doktor. Apapun saya AMAT BERSYUKUR kerana masalah potasium ini hanya menjelma setelah pemeriksaan kesihatan mengerjakan haji selamat kami jalani kalautidak hu hu hu…cabaran lagi tak cantiklah rekod kesihatan saya ^^ dan paling ditakuti tak lepas nak mengerjakan haji. Lagi sekali KASIH ALLAH menunjukkan kesaksianNYA kepada kami…Subhanallah!Nampaknya memang Allah INGIN TRAIN kami supaya selalu sujud dan tersungkur memohon penuh hadir dan kerendahan hati kepadaNYA…Syukur alhamdulillah atas rencanaNYA yang awesome ini.
Syukur perjalanan haji ketika ingin berlepas ke Tanah Suci pada 26hb Sept diiringi dengan hujan…detik hati saya inilah hujan rahmat yang akan mengiringi perjalanan jihad kami suami isteri. Diiringi laungan azan ketika melangkah keluar rumah, rasa sebak, terharu, bahagia, takut, sedih semuanya bercampur baur…pelbagai soalan juga yang menerpa apakah pemergian kami ini akan kembali lagi? Benarlah kata orang pergi haji ini TIDAK SAMA dengan trip-trip lain ke seluruh dunia. Getar rasanya sangat sukar diterjemahkan…setiap ahli keluarga dan sahabat yang memeluk dan mendoakan kami ketika berlepas pasti berkocak air mata jernihnya…Allahu Akbar! Subhanallah andai waktu bisa diulang ingin sekali saya mengulangi KEINDAHAN itu apatah lagi dengan layanan pihak pengurusan Tabung Haji Malaysia yang bagi saya sangat efisien dan superb. Buat pertama kalinya dalam hidup kami dilayan dengan layanan SUPER VIP, bas kami diiringi dengan kenderaan polis untuk ke KLIA bersiap sedia untuk berlepas ke Tanah Suci. Perjalanan yang sayu penuh tanda tanya dan penyerahan diri ke hadrat Ilahi sangat mendamaikan…apatah lagi sayup indah kedengaran alunan Nasyid oleh kumpulan Raihan membuatkan air mata jernih kesyukuran tidak dapat tertahan mengalir deras.
Labaik Allahuma labaik. Labaika laa syariikalaka labaik. Innal hamda wani’mata lakal walmulk. Laa syariikalak. (aku datang kepada MU ya Allah, aku datang. Aku datang dengan tidak mensyirikan Engkau aku datang. Sesungguhnya segala kepujian kepada Engkau, segala ni’mat dari Engkau dan kerajaan kepunyaan Engkau. Tiada sekutu bagi Engkau)…Allahu Akbar…Allahu Akbar…Allahu Akbar! Sangat rasa kerdil sekali dan betapa bertuah juga BERSYUKUR dalam usia yang muda saya dan suami telah diundang Ilahi menjadi tetamuNYA…Allahu Akbar! Sesungguhnya HADIAH ini sangat-sangat besar dan cukup indah dan hebat dalam perjalanan hidup kami. Inilah juga barangkali doa kedua orang tua kami yang selalu sahaja menyebut dan menyarankan kami…”Pergi haji waktu usia muda, di saat tenaga masih banyak”…selalu mereka menyebut. Alhamdulillah akhirnya lisan itu menjadi DOA untuk kami! Subhanallah…Dan nyata sekali BENAR apa yang diungkapkan oleh ibu dan ayah apabila kami sendiri berpeluang menjalani perjalanan di Masya’ir baru kami MENGERTI apa yang dimaksudkan. Sangat kasihan dan sedih sebenarnya apabila melihat jemaah haji yang sudah berusia terpaksa melalui perjalanan yang agak mencabar khususnya dari aspek fizikal.
Perjalanan haji sememangnya satu perjalanan yang sangat mencabar dari aspek kerohanian (bagaimana persiapan diri dan persembahan kita untuk memberikan TERBAIK bagi menikmati haji yang mabrur…menuntut pengorbanan masa dan persiapan ILMU untuk menghayati dan mengamalkannya), ia juga turut mencabar dari segi ketahanan fizikal (perjalanan berulang-alik ke Masjid, Masya’ir, Umrah dan Tawaf khususnya tawaf haji dengan suasana pembanguna di sekitar Masjidil Haraam yang sedang berlangsung sememangnya agak mencabar ). Akibat segenap tenaga dan ruh yang diberikan untuk perjalanan haji menjadi kelaziman selepas Wukuf para Doktor di Klinik Perubatan Tabung Haji akan menerima kunjungan yang agak drastik daripada sebelumnya, kesemuanya membawa cerita yang hampir sahaja sama masalah demam, batuk, selsema , sakit kepala dan seangkatannya. Mengikut kajian hampir 98% jemaah akan mengalami symptom ini hanya 2 % sahaja yang sihat wal afiat. Dan bukan itu sahaja pertahanan dari sudut mental, emosi juga turut teruji disinilah sikap toleransi, kesabaran, keikhlasan akan MENUNJUKKAN CERMINAN yang sebenar. Macam tidak percaya apabila mendengar berita-berita yang tidak enak di sana bagaimana seorang anak boleh melayan ibu dengan layanan yang tidak sewajarnya, adik beradik bergaduh, suami isteri berpisah …Nauzubillahminzalik tetapi itulah KEBENARANNYA. Dan tidak kurang juga KISAH YANG BEST ramai di kalangan pasangan yang mengerjakan haji menyatakan Wahh! Perjalanan haji ini sangat awesome macam pergi honeymoon…hi hi hi…Subhanallah! Hebatkan Allah inilah sebahagian tanda kekuasaan dan kasih sayang dariNYA , penuh ruh memberikan YANG TERBAIK sedikit ganjaran dipercikkan untuk hamba-hamba yang dikasihiNYA iaitu rasa kasih, sayang dan cinta yang lebih mendalam menemani perjalanan ini. Syukur sesungguhnya dengan titipan keindahan rasa ini. Itulah juga sebahagian rasa yang dipinjamkan kepada kami suami isteri…mudah-mudahan kebahagian, keindahan dan keharmonian juga rahmat dariNYA akan terus menemankan setia hingga ke Jannah! As I said to my husband…In Shaa Allah Ya Bang Our Tagline After This “Mabrur Till Jannah”! Aamiin Ya Rabbal Alamin…Masih terngiang-ngiang di telinga pesanan Prof Kamil selain menikmati haji yang mabrur cabaran yang paling besar selepas itu adalah MEMPERTAHANKANNYA…
Sehingga bertemu lagi…nantikan seterusnya perkongsian kami bersama Prof Kamil dan Kak Roza Di Anwar Movenpick Madinah Al Munawwarah bagaimana keindahan suka duka perjalanan dan mengenal haji yang mabrur, In Shaa Allah!
Salam Keindahan dari saya ;
Hajjah Aniz Hj Anwar
Wow! This can be one particular of the most beneficial blogs We have ever arrive across on this subject. Basically Excellent. I am also a specialist in this topic therefore I can understand your hard work.
[url=http://www.personaldayspa.com/jp/????-??????/l5.html]???? ???[/url]
???? ???