Gratitude Journal ~ Klinik Sukses & Testimoni

“APA KATA MEREKA???”

Bismillah…

Alhamdulillah hari ini dapat saya lalui dengan lancar dan HEBAT sekali maksud saya bukan saya hebat tetapi Allah Yang Hebat kerana di hari yang indah bersejarah ini DIA mengizinkan saya untuk melihat dan MENIKMATI sebahagian lagi bukti KEHEBATAN & KASIH SAYANG ALLAH kepada hambaNYA ~ that’s what I LOVED about my job! Syukran…

Sememangnya mengendalikan Klinik Sukses itulah antara-antara hari-hari yang saya nantikan di mana saat inilah dipertemukan dengan rahsia, keindahan dan keajaiban betapa Allah itu Maha Mendengar dan MAHA BERKUASA…hanya dengan sekelip mata bebanan emosi, fikiran, sendu, sedih, benci, geram dan marah simply ‘VANISHED’ omputih cakap…sekelip mata hilang!!!Hemm mana pergi??? Itulah HIKMAHNYA betapa penting PERANAN ILMU DALAM KEHIDUPAN insyaallah dengan adanya ilmu, kemahiran sesuatu yang difikirkan sukar, payah, mustahil mampu sahaja DINIKMATI kembali! SUNGGUH UNSANGKARABLE ketenangan,kejayaan,kelegaan mahupun kebahagian yang TULUS dan JUJUR dari hati diraih kembali betapa besar dan gembira juga SYUKUR di hati hanya Allah Yang Mengetahui. Pendek kata macam jumpa BARANG HILANG tapi yang ini JAUH LEBIH BEHARGA & BERMAKNA menikmati kembali jati diri yang hilang.

Dengan IZIN ALLAH jangan tak percaya semuanya bisa TERURUS dan DIBERESKAN dengan sekelip mata. Inilah antara spontaneous feedback daripada pihak peserta/klien dan sejujurnya saya juga kadang sendiri terkejut dan TAKJUB sekali dengan kebesaran dan kasih sayang Allah…Buat para sahabat yang MEMBERIKAN KEPERCAYAAN kepada saya jutaan terima kasih! Kerana kalianlah yang membuatkan KEHIDUPAN saya hari ini LEBIH BERMAKNA…untuk saya terus menghulurkan SALAM RAHMAT atas HADIAH perjalanan yang kita lalui bersama…hanya kesyukuran dipanjatkan atas ANUGERAH ini…sememangnya KASIH DIA SUNGGUH SEMPURNAkan???…Melengkapi kita!! 🙂

Saksikan KOMENTAR…apa kata mereka???
1) Saya sebetulnya TIDAK PERCAYA, betul ker apa yang Pn Aniz tulis dalam artikeltu tambah pula dalam keadaan kebuntuan dan stress tak tahu dimana saya nak dapatkan bantuan so why not saya BERIKAN PELUANG pada diri saya. Sememangnya UNBELIEVABLE saya tak sangka betapa pantas & mudahnya dengan EFT membantu saya” Magic…hemm BUKAN Magic tetapi itulah sebenarnya KUASA PENAWAR DALAM DIRI Amin bukan nama sebenar balas saya!

2) Tak kurang juga MELAHIRKAN rungutan ataupun komentar mengkritik diri sendiri sejurus selesai menjalani theraphy EFT…”Saya rasa entah apa-apa ntah…pasaltu pun sampai nak menyusahkan diri pening-pening kepala…buat apa…mengarutnya!”Buanglaa LET GO buat semakjer…saya dah tak rasa sedih ataupun kecil hati mahupun marah…hee laa pulak I’m questioning back my self ~ sesaja… Hee OKLAATU !Thumbs up!GOOD JOB!Well done satu lagi misi berjaya!!! YEzerrr…Tengkiu Allah!

3) Dan PALING COMMON klien melahirkan KETAKJUBAN dan KESYUKURAN yang LUAR BIASA sebabnya tak pernah tahu, tak pernah percaya yang SEMEMANGNYA TEKNOLOGI mengubati kesakitan, pendaman…emotional toxin…emotional pain and distress mampu dirawat hanya dengan sekelip mata…Fikiran yang berserabut, luka yang masih berparut, kepercayaan yang tercalar, maruah yang terobek , kekesalan dan kemaafan yang tidak berkesudahan terperap, terendam, terpendam 8 tahun, 3 tahun, 15 tahun dsgnya dengan HANYA ketuk-ketuk…TAP…TAP diiringi dengan tertib juga arahan minda / set up phrase yg JELAS & TEPAT membuatkan hati pasti jatuh cinta! Jatuh cinta dengan KEKUASAAN Rahmat ilmu dan penawar yang Allah hamparkan…

Pendek kata dengan TEKNOLOGI EFT ini fuhhh!!! Mengendalikan kes-kes kaunseling lebih mudah, pantas & sempoi…ini yang akak enjoyyynie!!! Best…seronok merasa dan MELIHAT sendiri perubahan positif klien!Syukur sgt-sgt ke hadrat Ilahi atas ruang & peluang yang terus diberikan tambah-tambah lagi KEPERCAYAAN pihak klien untuk dibantu…It’s an honour for me…satu penghormatan!Terima kasih atas kepercayaan ini!

Sememangnya Allah itu SANGAT ADIL …DIA KIRIMKAN UJIAN & CABARAN DIA juga kirimkan hadiah dan penawarnya dan YANG LEBIH BERMAKNA lagi dengan EFT kita sendiri iaitu individu itu sendiri mampu merawat dirinya…tidak perlukan bantuan @ pergantungan manusia lain hanya DIRI SENDIRI dan Allah! Kan BESTtu…kata klien saya…It’s AMAZING!!! Simply amazing tak pernah sangka sebabnya cuba juga explore sendiri EFT di internet tapi ntah macam takde apa-apajer MEMANG KENA “RASA” sendirilaa…baru tahu! SUKAR digambarkan kekaguman…it’s STUNNING!

4) Komentar klien lagi perasaan yang sukar digambarkan semuanya ada dimulai ada rasa berat, tertekan, sedih, terkilan , marah, benci…pastu tetibajer boleh HILANG semua perasaan negatif disusuli dengan….REDHA @ SELF ACCEPTANCE…dan LEGAAAA! “Lega sangat-sangat NEVER imagine before saya mampu MENIKMATI KEMBALI ketenangan sejahtera yang seperti ini setelah “apa yang telah berlaku”.

“Apa yang telah berlakunie macam-macamlah ada yang PUTUS CINTA, INFIDELITY ~ kecurangam dlm rumahtangga @ pihak ketiga, REDHA dengan poligami, gagal temuduga, masalah kewangan, konflik dengan ibubapa, mangsa pencabulan, incest @ rogol, memaafkan diri sendiri, kesal , masalah hubungan rakan sejawat, stress kerjaya, anak bermasalah, low self esteem , terkejut dengan BERITA penyakit yang dimaklumkan boleh shj ianya critical illness lebih-lebih lagi yang melibatkan life threatening spt kanser dsbgnya.

Dan akhirnya insyaallah apabila kesemua emosi negatif itu dibereskan dengan baik dan sempurna BARULAH “HIKMAH”, “RAHMAT” juga “KEBAIKAN” di sebalik musibah, ujian dan cabaran yang dilalui dapat dinikmati secara total! Insyaallah jangan terkejut AKAN TIADA LAGI kesakitan, rungutan, tanggapan negatif dan sebagainya tetapi YANG HADIR, YANG DILIHAT adalah semuanya “RAHMAT ALLAH” ~ keindahan, kemanisan, bahagia, kesyukuran! Perjalanan yang SUNGGUH BERMAKNA…PENGALAMAN YANG SANGAT MENGAJARKAN!

Itulah sebahagian lagi corat-coret kehidupan…cabaran dan ujian merupakan suatu perjalanan YANG SUNGGUH HEBAT & MENARIK! PROSES TARBIYYAH DAN DIDIKAN ILAHI SECARA DIRECT KEPADA HAMBA-NYA! Sabar & ikhlas pasti pengakhiran yang manis menanti namun dalam pada sabar itu bukan bermakna menyerah terus tanpa usaha juga tindakan untuk memperbaiki keadaan, merawat diri ~ Allah sendiri tidak suka pada hambaNYA yang mudah berputus asa…teruskan perjuangan, nikmatilah kehidupan dan sujud memohon mudah-mudahan YANG SUKAR dipermudahkan, YANG SAKIT disembuhkan, YANG SEDIH dibahagiakan, YANG BENCI…MARAH…DENDAM disuburkan dengan benih kasih sayang dan kemaafan…mudah-mudahan kita semua dilorongkan Allah ke jalan yang LURUS, jalan yang bersih diredhai olehNYA …jauh dari tipu muslihat dan huru-hara syaitan dan iblis laknatullah!

Insyaallah bahagia yang cari, tenang yang menyorok…indah yang ghaib…mampu dinikmati kembali! Pasti semua atas platform mencari REDHA ALLAH! Haa…Allah tak suker hidup berkonflik-konflik berserabut…hee yang suker Mr Tan and the ministry! Hemm taknak hidup kita membahagiakan KETURUNAN BERTANDUKnie…hampeh!

So insyaallah sehingga kita BERTEMU LAGI!

Salam Rahmat…Salam Sukses & Harmoni dari saya…HEAL LIFE…LIVE LIFE…insyaallah MAGNIFICIENT GIFT U’ll be RECEIVED from Allah! Rezeki yang melimpah ruah, kebahagiaan, ketenangan, kasih sayang, persaudaraan, kesihatan, keberkatan dan BANYAK LAGI…cuma satu shj SYARATNYA!
~ “Anda YANG MEMILIHNYA sama ada utk terus jatuh cinta dgn ‘kesakitan & pendaman itu’ atau mengubah MIMPI INDAH anda menjadi REALITI”
~ Just remember MIMPI TIDAK AKAN JADI KENYATAAN TANPA “KEBERANIAN”…semoga kita menjadi insan yang BERANI insyaallah kerana Allah!
~ Kasi ” NYAH” itu kuncu2 Mr Tan yang berkampung soh bersedih, berduka, simpan marah, kesal, benci, dendam keluarkan semuatu…kita TIDAK REDHA semua ini MEMUDARATKAN hidup kita!

Salam Inspirasi!

Facebook comments:

comments

Leave a Reply