Getar Bahagia Yang Terus Membahagiakan…Haji 2012

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah setelah lama menyepi lantaran komitmen dan tugasan seharian, petang Isnin yang damai ini mencuri masa sebentar  untuk entri yang barangkali dinanti-nantikan oleh semua. Diam tak diam masa beredar begitu pantas ; dan insyaAllah tidak lama lagi kita akan bertemu dengan Ramadhan….dan bagi kami yang diundang menjadi tetamu Allah untuk musim haji tahun 2012 ini insyaAllah akan mula dimaklumkan Jadual Penerbangan keberangkatan ke Tanah Suci.Sememangnya SAAT yang ditunggu-tunggu, alhamdulillah …Allahuakbar! Kira-kira 12 tahun yang lalu saya sendiri punya IMPIAN detik tika itu saya pernah BERNIAT di dalam hati insyaAllah aku ingin menunaikan Fardhu Haji sekitar usia 35 tahun. Walaupun 2 tahun terlewat tetapi kebahagian, kesyukuran dan keindahan ini sangat BERMAKNA kerana penyusunan dan rencana Allah lebih hebat!

Tak sangka bermula dengan undangan Umrah awal tahun ini lalu menyusul pula undangan Haji Allahukbar! Hanya air mata syukur sahaja yang mampu diungkapkan unuk menzahirkan RASA yang bahagia ini…segala suka duka, ujian perih pengalaman dan kehidupan menjadi sesuatu yang begitu indah dan manis untuk dikenang. Sememangnya memang benar-benar tidak terduga apatah lagi BERITA-BERITA HEBAT & BAHAGIA terus sahaja mengiringi energi Tanah Suci ini! Lepas satu-satu CAHAYA IMPIAN termakbul…Fuhhh! HAVE FAITHHH…PERCAYA! YAKINLAH dengan Allah…insyaAllah kesaksian Agung bantuan dan kekuasaanNYA akan melengkapi setiap apa IMPIAN hambaNYA!

Berilah kepada kehidupan ini dengan persembahan YANG TERBAIK bukan menjadi hamba manusia tetapi hamba Allah baik dalam konteks ibadah, rumahtangga, keluarga , masyarakat, kerjaya dan sebagainya…BERIKAN tanpa bersoalan ganjaran atau balasan, insyaAllah disitulah Allah akan menilai ketulenan, keikhlasan dan kemurniaan hati kita. InsyaAllah dengan NAWAITU yang jelas penuh jiwa kasih sayang, kerana Allah saya tidak nampak KENAPA, SEBAB APA Allah tidak akan bantu kita.

Seringkali dalaman kitalah sebenarnya menjadi BATU PENGHALANG yang terbesar untuk membeli kebahagian, kebaikan, kejayaan, kasih sayang atau apa sahaja yang kita IMPIKAN! Kejujuran …menerima penuh redha setiap ujian, rintangan dan cabaran yang hadir , mengakui dengan KERENDAHAN HATI kelemahan, kesilapan dan kekuranga diri dan MEMILIH PENUH ADIL, TANGGUNGJAWAB serta AMANAH untuk berubah ke arah yang lebih baik dan Allah redha pasti insyaAllah haru-biru, kekecewaan, kedukaan, kegagalan mahupun keegoan hanyalaa secebis cerita disebalik permulaan diri yang gemilang yang hebat dengan SATU SYARAT dengan KEBENARAN empunya diri atau individu itu sendiri memilih dan  bertindak  untuk lebih sukses, bahagia, sejahtera mahupun barangkali kaya bagi yang memilih kaya. Tidak salah …malah sebagai umat Islam kita WAJIB KAYA mudah-mudahan dengan KEKAYAAN yang dititipkan Ilahi ; yang kita usaha dan CARI di dalam perjalanan kita dapat membuktikan bahawa Allah itu sememangnya MAHA KAYA RAYA dengan limpahan rahmat & kurniaanNYA! Nak kaya mintaklah pada Allah…insyaAllah mudah-mudahan diberikan ilham yang murni untuk menjayakan setiap MISI IMPIAN yang ingin dinikmati.

Bagi yang lebih berani mengapa tidak sahut cabaran tunaikan umrah, haji mahupun mengumrah mahupun menghajikan orang lain kerana insyaAllah JANJI ALLAH yang pasti GERBANG KEKAYAAN & KEBERUNTUNGAN akan dibukakan Allah apabila kita benar-benar berusaha untuk ke rumahNYA. Apapun harus diingatkan setiap  titipan/pinjaman Allah di dalam perjalanan bukanlah sesuatu untuk dipermegahkan tetapi sebaliknya harus tetap terus “menjaga” mudah-mudahan kiriman dan titipan Allah yang diraih dan dinikmati mampu menjadi sandaran untuk MEMBELI SYURGA-NYA dengan lebih pantas dan mudah lagi, insyaAllah! Semoga REDHA ALLAH akan terus melengkapi keindahan jejak syurga dan kehidupan yang hakiki di akhirat nanti ya!Aamiin…Aamiin Allahumma Aamiin Ya Allah!

 

Dan berita gembira juga ingin dikhabarkan ATAS PERMINTAAN RAMAI khususnya yang berminat ingin mempelajari EFT,  ilmu dan rahsia untuk mensejahterakan diri, kuasa minda & DOA dalam membeli IMPIANkan dengan ini dimaklumkan insyaAllah Ramadhan nanti kami akan mengadakan Life Coaching Klinik Sukses yang dijangka TERAKHIR buat tahun 2012 sebelum saya memberi tumpuan kepada persiapan Haji. Ahaa…bagi yang terlepas haritu manfaatkan PELUANG kalinie ya…

Life Coaching Klinik Sukses

Tarikh : 28hb Julai 2012

Masa : 9.30pg – 4ptg

YURAN???Ahaa…DISKAUN TERBAEKKK…50% utk PENDAFTARAN AWAL ~ hanya RM150 sahaja berbanding harga biasa RM280. InsyaAllah sama-sama beramal jariah di Ramadhan ini!

Berminat boleh kemukakan bayaran RM150 ke Maybank A/C : 162218337759 (noraniza anwar) dan emailkan kepada saya BUKTI TRANSAKSI beserta nama penuh, ic, alamat & hp no.

InsyaAllah sehingga bertemu lagi…

 

Salam Inspirasi daripada saya!

 

 

 

Facebook comments:

comments

Leave a Reply