EFT @ KPKT ~ Rahsia Penyembuhan Di Hujung Jari

Bismillahi rahmani rahim

Alhamdulillah di saat malam mula melabuhkan tirainya saya diberi kesempatan untuk meneruskan perkongsian warna warni keindahan, penawar dan solusi juga inspirasi semoga ianya dapat menjadi PENYERI yang akan melengkapi setiap pembaca yang hadir dan mengikuti perkongsian ini, insyaallah. Lama sungguh rasanya saya tidak mengupdate entri di sini hanya di fan page Aniz Hj Anwar saya berkongsi he he he buat yang selalu tertanya dan ternanti-nanti bingkisan dari saya sudi-sudikan LIKE http://www.facebook.com/AnizAnwarKlinikSukses dan SILA PANJANG-PANJANGKAN segala perkongsian dan kebaikan yang dibawakan insyaallah mudah-mudahan sama-sama kita mengumpul saham akhirat hanya dengan SATU KLIK! ^^

IMPIAN saya insyaallah ingin membawa rombongan yang sukses ke Jannah dan alhamdulillah dari waktu ke waktu impian indah dipermudahkan Allah swt. Pelbagai program, pengisian baik Life Coaching Klinik Sukses, Kesedaran Kanser , Terapi Air, Terapi MiFiRo dan sesi kaunseling semua ini membuatkan hari-hari yang dilalui semakin INDAH dan BERMAKNA. Dan yang pastinya hari-hari saya semakin super busy walau hanya bekerjaya dari rumah dan hujung jari ada sahaja perkara yang perlu dilakukan dan menuntut kebijaksanaan mengendalikannya. Walaupun terkadang rasa tercabar dengan pengalaman-pengalaman baru semua ini RENCANA ALLAH yang sangat AWESOME bagi saya. Sangat-sangat TERHIBUR apabila dapat memberikan SENYUMAN dan KEBAHAGIAN pada insan lain!!!

Dan sebagaimana yang dirancang Rabu lalu saya berkesempatan untuk berkongsi pengalaman juga kepakaran yang dititpkan Allah swt tentang Emotional Freedom Technique di dalam Seminar The Power Of Self Theraphy kepada hampir 70 orang penjawat awam di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Suatu pengalaman yang sangat-sangat menarik, alhamdulillah walaupun hanya 4 jam berkesempatan mengupas sebahagian ilmu berkaitan pengendalian stress dan EFT rata-rata peserta kelihatan begitu teruja dengan keberhasilan Terapi EFT yang dipelajari dan yang ditunjukkan. Tanpa saya mengetahui duduk perkara sebenar permasalahan klien mahupun peserta sarat beban rasa, kesedihan dan sunggul yang selama ini di bawa dengan EFT tak sampai 10 minit WOWWW!!! It is gone…hilang lenyap!!! Simply vanish just like that dan bila ditanya apa yang dirasa selepas EFT? Sampai ada yang tak mampu mengungkapkan KEINDAHAN dan KELEGAAN yang dinikmati bayangkan sahaja 10 tahun memendam dengan izin Allah EFT mampu merawat tidak sampai pun 10 minit!! Allahukbar…Allahukbar…

Allahukbar…Paling SIGNIFIKAN bila saya ajukan soalan ini kepada setiap klien saya setelah selesai EFT pasti selalunya akan memperlihat air mata jernih yang berkaca dan sesungguhnya itulah simbolik AIR MATA KESYUKURAN yang di nanti-nantikan selama ini. “Bagaimana sekarang, apa yang Puan rasa?Rasa lega Puan Aniz. HEBAT TAK TUHAN KITA? Ya benar Puan Aniz ; ALLAH HEBAT!!!Sangat hebat tak sangka saya mampu nikmati apa yang saya rasa sekarangnie dengan kadar yang sepantas ini.

Kehidupan kita hari ini sememangnya tidak dapat lari dari TEKANAN dari sudut POSITIF dengan daya tekanan ini jugalah sebenarnya yang menolak kita untuk terus maju dan mara ke hadapan. Namun PERLU DIINGATKAN jangan sampai membawa tekanan sehingga akhirnya kehidupan terasa lelah dan amat sukar untuk melangkah. Makanya HARUSLAH ada ILMU untuk mengendalikan kehidupan dan tekanan mudah-mudahan tekanan tidak dilihat sudut negatif semata-mata tetapi sebaliknya suatu rangsangan POSITIF yang memberikan sinergi kepada kehidupan itu sendiri.

Daripada maklumbalas yang diperolehi daripada kalangan peserta juga ramai di kalangan sahabat di luar sana ada yang menghantar email, inbox di fb mereka begitu BERMINAT untuk mempelajari dan mendalami teknik terapi EFT ini, insyaallah doakan semoga usaha kecil saya untuk berkongsi kebaikan teknologi terapi diri dan penyembuhan dengan EFT diberikan kelancaran yang MAGNIFICIENT! Handbook EFT dalam Bahasa Malaysia Yang Pertama dan menyusul Seminar Kuasa Penyembuhan dan Terapi Diri Dengan EFT…mudah-mudahan sebelum saya berangkat mengerjakan ibadah haji saya dapat menunaikan hajat para sahabat dan rakan-rakan yang ingin mempelajarinya.

Remember ya waimah apapun ujian yang hadir KITA SENDIRI yang perlu bangkit, penuh berani, berhati waja, jujur, ikhlas dan teguh hati untuk mengecapi impian kesembuhan diri, kesejahteraan insyaallah hanya apabila konteks dalaman diri ini sembuh barulah LUARAN akan terpancar kehebatan dan keindahannya! KEHIDUPAN INI TIDAK PUNYA ALAT KAWALAN JAUH YA KAMU HARUS BANGKIT DAN UBAH DIRI KAMU! Atau kehidupan akan terus tersisa, dimamah usia dan sia-sia…ibarat kenderaan dengan TAYAR YANG PANCIT ANDA TIDAK akan ke mana-mana!!! Renung-renungkan…sama-sama kita REFLEKSI DIRI kita ke mana hala tuju kehidupan ini ingin kita bawa???

Sehingga bertemu lagi!

Salam Inspirasi

Facebook comments:

comments

Leave a Reply