EFT & KeajaibanNYA (Universal Healing ) Part 2

Bismillah,

Salam buat para sahabat yang dihormati…Alhamdulillah pagi ini bertemu lagi menyambung perkongsian ilmu kita. Saya menerima maklumbalas tentang EFT…ada yang berminat utk mengetahui lebih lanjut dan tak kurang juga meragui keberkesanannya….

Stress, Emosi & Pendaman
Seperti yang saya maklumkan drpd perkongsian awal tentang perkaitan stress, emosi yang terpendam ada hubungkaitnya tindakbalas dan kesan terhadap tubuh kita…yang positif bakal memberi ransangan yg positif manakala pendaman emosi, stress yg negatf pula akan membunuh kita dalam senyap…lebih tepat lagi ianya akan memusnahkan POTENSI DIRI yang dimiliki dalam senyap…ini yang dikhuatiri membawa kesan langsung pada fizikal…lahiriah yang nampak…Seiring dgn peningkatan usia, komitmen…tanggungjawab…peranan juga makin bertambah adakalanya bila semua tuntutan ini tidak mampu dikawal atau diimbangi dgn bijaksana inilah yang nantinya membawa kesan kpd kehidupan individu. Kesepaduan pembangunan lestari (mcm buat townshiplaa plak) aspek spritual, emosi, minda dan fizikal adakalanya kita terlepas pandang.

FAQ a.k.a SOALAN CEPU EMAS…
Ramai yang bertanya …saya ingin berubah tapi saya rasa tak berdaya…tak mampu, tak kuat…mengapa ini terjadi???Jawapannya mudah sekali…KESEPADUAN…dalam merangka…mahupun menjayakan transformasi impian…HOLISTIK sangat penting penekanan aspek spiritual, emosi, minda & fizikal haruslah dilaksanakan SERENTAK…SEIRINGAN…BERSAMA-SAMA….barulah energy itu mantap dan berkesan takdelaa berkurun ibarat menunggu bulan jatuh ke riba…

EFT AMAZING TOOL FOR SELF HEALING
Penerokaan , pengalaman dan cabaran yang saya lalui menemukan saya keajaiaban demi keajaiban ilmu Allah..salah satunya ialah EFT. EFT merupakan salah satu kaedah terpantas, ringkas dan mudah diamalkan oleh sesiapa sahaja…ianya juga merupakan salah satu MEDIUM ATAU ALAT….SELF HEALING YANG MUJARAB….KONSEP PSIKOLOGI AKUPUNTURE yang disokong dengan affirmasi minda mampu menyingkirkan segala pemikiran-pemikiran & andaian negatif, emosi yang terpendam,~ perasaan kesal, dendam, marah, bersalah, sedih, dukacita, kecil hati , kritik diri yang tinggi, nilai diri yang dirasakan terhakis dan sebagainya. Kesan langsung pengaruh pemikiran dan emosi negatif inilah sekiranya tidak dikawal dengan baik boleh menyebabkan penyakit mudah bertandang…InsyaAllah dengan beresnya pendaman negatif mampu membawa keharmonian dalam kehidupan dan yang paling berharga…HIDUP AKAN LEBIH BERMAKNA DAN SEJAHTERA DALAM KONTEKS HUBUNGAN DGN ALLAH, DIRI SENDIRI DAN SEKELILING….

FILTER SISTEM…KNOWLEDGE TO DISPUTE/DETOX…
Teringat saya petikan tentang EFT….kita belajar dengan baik daripada ibubapa kita, penjaga dan sekeliling menjadi PENCERAP YANG BAIK…contoh melaui tauladanlaa ibaratnya nie…tetapi sayangnya…kita tidak diwariskan dan didedahkan dengan ilmu UNTUK MENYINGKIRKAN …elemen-elemen negatif yang tidak baik….ibarat FILTER SISTEM yang berkesan…konsekuennya….itulah yang tidak dibereskan..tidak disedari elemen negatif itu diwariskan dari satu generasi ke satu generasi…THE KNOWLEDGE HOW TO DISPUTE OUR IRRATIONAL BELIEF…THE EMOTIONAL DETOXFICATION tidak diajar sedangkan inilah salah satu anasir yang mampu menjadi penghalang keterujaan meneroka hidup di dunia ini (pelik sket bunyi bahasanya bila translate ek tp takperlaa janji kekwan faham)…namun hari ini alhamdulillah…dengan kemajuan teknologi…syukur moga-moga platform ini dapat kita manfaatkan dalam usaha kita memburu kebaikan…menikmati hidup …meneroka KEAJAIBAN & KEINDAHAN ciptaanNYA…

Macam mana nak sembuh…macam nak sihat?
Ada juga yang bertanya bagaimana nak sembuh..bagaimana nak sihat…SALAH SATU RESEPI YANG TERBAIK adalah kita maafkan semua orang…MAAFKAN SEMUA ORANG DAN TAK LUPA KITA MOHON KEAMPUNAN DARI ALLAH SWT…Solat sunat taubat, mandi sunat taubat saya kira elok dijadikan amalan…supaya diri kita lebih bersih…bila diri kita bersih insyaAllah doa akan lebih mudah dimakbulkan…Jauhi prasangka, iri hati, putus asa, kecewa dan seumpamanya….Jangan sesekali putus asa akan rahmat Allah…

Ada yang bertanya macam Pn, saya nak lupakan kesedihan ini..macam mana saya nak lupa pengkhianatan ini….sakit sungguh hati ini dilukai…perit rasanya utk saya meneruskan hidup…Jawapannya adalah Allah…KUASA DOA!!!Allah pemilik segalanya…Mohonlaa padaNYA dengan YAKIN…kalau rasa sedih, duka…atau sbgnya…minta Allah ubatkan…minta Allah lorongkan jalan penyelesaian yang terbaik…ketemukan dengan sahabat/insan yang diredhai boleh membantu…insyaAllah Allah tidak pernah zalim…pasti anda akan pulang tanpa tangan kosong…pasti ada “buah tangan” dr Allah…PERCAYALAA!

INSAN BIASA…
Sebagaimana yg pernah sy kongsikan saya juga insan biasa yang tidak terlepas dari ujianNYA…memang tidak dinafikan saat diduga jiwa kita kadang seakan hilang deria, hilang makna…numb…buntu…tak tahu…tetapi HIDUP PERLU DITERUSKAN…Munajatlaa…sabar..ikhlas melewati ujian, pasti manis yang dinanti akan menyusul…ibarat makan tidak boleh tergopoh-gapah…begitulah kehidupan ini..WE HAVE TO TREASURE…MENIKMATI “KEINDAHANNYA”..Hari ini bila saya menoleh ke belakang melihat kembali “memori-memori itu” saya SANGAT-SANGAT BERSYUKUR PADA ALLAH SWT…kerana apa???DIA TELAH MENYEDIAKAN SAYA ASET TERBAIK untuk saya memanjangkan jariah ilmu saya bagi yang mendambakan di luar sana dengan lebih mantap & berkesan bukan sekadar omongan teori kosong tetapi juga “latihan industri” ~ universiti kehidupan DIRECT drpd Allah swt…MASYAALLAH…sesungguhnya sangat-sangat INDAH & BERMAKNA PERJALANAN ini…apa yang suarakan , apa yang saya kongsikan adalah sebahagian besarnya pengalaman saya sendiri…tidak pernah terlintas untuk riak mahupun takbur…atas pinjamanNYA…sekadar melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang tergalas di bahu ini sebagai khalifah di bumi Allah…(memberi harapan bahawa Allah itu SANGAT ADIL…ALLAH ITU SANGAT HEBAT…Jangan putus asa akan rahmatNYA) ntahkan esok…ntahkan lusa saya juga bakal berangkat pulang bertemuNYA…dalam ruang izin ini ingin sekali saya memberikan YANG TERBAIK…harmoni, adil, bijaksana dan yang pastinya dalam REDHA ALLAH….dalam konteks hubungan diri sendiri, Allah, keluarga & masyarakat…itu shj…tidak lebih dari itu…

Mungkin juga terkadang ada tersentuh emosinya, ada tersentuh egonya…rasa marah, geram…jengkel tak puas hati dengan penulisan saya…mohon maaf saya pinta. Sebagai kaunselor…sebagai guru…sebagai sahabat…saudara Muslim keikhlasan & kejujuran amat penting untuk melihat transformasi terbaik utk sahabat @ klien yang dibantu…Dan tidak lupa moga-moga secebis INSIGHT ..buah tangan dan buah fikiran saya ini mampu mengakhiri dilema, konflik mahupun penderitaan yang selama ini membelenggu hidup pembaca.

Bagi yang ingin dibantu dgn lebih lanjut, insyaAllah saya sedia membantu…tapi JANGAN LUPA satujer…ALLAH…mintalaa PADANYA…Yang wajib jangan ditinggal..yang sunnah diperbaiki…diperkemaskan moga dengan ini mampu menjadi benteng pertahanan yang mantap dan azimat ajaib meneruskan perjuangan anda…saya sekadar membantu mengikut kemampuan saya, SELEBIHNYA adalah kuasa Allah dan individu itu sendiri…

Kaunseling Online…jimat masa, jimat RM, jimat tenaga…ISU KERAHSIAN, tidak perlu gusar…RAHSIA ANDA ETIKA KAMI…nikmati KESELESAAN & RUANG PRIVASI yang tersendiri berada di depan pc anda ketika menjalani SESI KAUNSELING SECARA ONLINE ~ kaunselor cyber sedia membantu…info lanjut sila muat turun borang temujanji di www.kliniksukses.blogspot.com dan emailkan kembali borang yg telah lengkap bersama bukti pembayaran Yuran Konsultasi ke nurqudrah43@yahoo.com

“Kesejahteraan anda…matlamat kami, izinkan Klinik Sukses mengiringi transformasi impian anda”

Coming ToGetheR is a BEgiNniNG…
Keeping ToGetheR is a PROGRESS…
Working ToGetheR is SUCCESS!!!

Facebook comments:

comments

Leave a Reply