Duka Anak Dihina Ibu

As Salam Puan Aniz,

Saya Dila terpanggil untuk berkongsi tentang masalah saya yang telah lama saya pendamkan. Kehidupan saya walaupun mempunyai ibu , ayah dan adik beradik tetapi kenyataannya tidak sama seperti keluarga orang lain.

Kalau Puan Aniz melihat lakonan dan drama di televisyen tentang ibu tiri yang zalim , mengcela, menghina serta pilih kasih dalam berbagi kasih sayang kepada anak-anak tetapi saya pula lebih hebat lagi dipinggirkan oleh ibu kandung saya sendiri. Sejak lahir saya diserahkan kepada datuk dan nenek untuk dijaga kerana kata ibu saya ini anak yang membawa nasib yang malang kepada ibu. Hanya setelah bersekolah saya diambil semula oleh ibu tambahan pula nenek telah meninggal.

Saat itu bermula episod yang lebih duka dalam hidup saya, kulit yang gelap, wajah yang tidak cantik menjadi hinaan ibu, tak cukup dari itu apa sahaja yang saya lakukan serba tidak kena malah jika berlaku pertengkaran dengan adik seringkali ibu akan memenangkan dan menyalahkan saya apalagi jawabnya bertanda badan-badan saya.

Sehinggalah sewaktu saya di sekolah menengah akibat sikap ibu yang terlalu melebihkan adik membuatkan adik lelaki saya sering bertindak di luar kawalan mengambil parang, tali pinggang atau apa sahaja untuk memukul saya apabila kami bergaduh adik beradik. Pernah sekali akibat berlaku perselisihan faham adik sanggup menolak saya dari anjung rumah tingkat satu dan menyebabkan saya berada di dalam keadaan koma di ICU, harapan saya ibu akan berubah lebih menghargai dan menyayangi saya rupanya saya silap, tak banyak yang berubah.

Hingga kini hati saya semakin tawar untuk memaafkan setiap penderaan, hinaan, celaan dan tekanan yang ibu hadiahkan kepada saya. Saya cukup tertekan sebenarnya dengan beban rasa berkaitan ibu yang bawa selama ini, bagaimana Puan Aniz harus saya memulakan langkah pertama mengubat diri saya yang sangat terluka dan sedih dengan layanan ibu. Jawapan Puan Aniz saya nantikan. Saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Dila

Segamat

Jawapan ;

Terima kasih Dila kerana menghantar email kepada saya. Warna-warni kehidupan yang terkadang tidak pernah kita duga ada berlaku di sekeliling kita apatah lagi di era melinieum ini tentang kepercayaan yang tidak rasional. Permainan minda, pra sangka , kata-kata adalah antara bibit-bibit yang akan membuahkan keindahan mahupun kemudaratan dalam hidup insan. Ianya boleh menjadi doa mahupun sumpah yang akan memakan diri.

Kenyataan ini memang perit dan tidak mudah untuk diterima oleh anak kecil yang dahagakan kasih sayang apatah dalam peringkat tumbesaran kritikal. Gaya asuhan ibubapa di peringkat kosong hingga lapan belas tahun merupakan tahun-tahun penting individu membentuk personaliti dan jati diri, apabila berlakunya lekatan-lekatan seperti ini mangsa penderaan, pilih kasih dan sebagainya konsekuen mengesani KONSEP KENDIRI individu.

Kurang keyakinan diri, mempunyai kritik diri yang tinggi, cenderung mengasingkan diri dan sering mencari alasan untuk membina ‘boundary’ selamatnya. Impaknya hidup berada di dalam fasa krisis yang tidak berpenghujung, peperangan diri antara rindukan kehadiran kasih sayang dan belaian ibu dan rasa terkilan, benci dan marah. Ini yang terkadang walaupun dianugerahkan Allah hadiah-hadiah yang hebat seperti kerjaya yang cemerlang, sahabat yang setia mendengar dan kemewahan takkan mampu mengubat luka yang hadir.

Mudah sahaja Dila , ianya harus bermula dari dalam diri Dila. Perkara asas yang perlu Dila lakukan adalah memaafkan ibu Dila, ada sebab dia jadi begitu lazimnya individu yang suka mencari permusuhan dengan orang lain, tidak menghargai mahupun tidak mengasihi insan lain ada sisi silam mereka yang pahit juga. Mengikut teori hanya individu yang individu yang pernah mengalami penderaan sahaja mampu menjadi pendera yang baik dalam kamusnya. Beban rasa, kesakitan, dendam silam dilepaskan kepada anaknya itulah yang selalunya berlaku. Adalah menjadi VIRUS KETURUNAN jika dendam silam ini tidak bereskan dengan baik dan harmoni.

Mulakan belajar untuk menyelami sisi silam dan kehidupan ibu Dila, kenapa agaknya dia bersikap sedemikian. Apabila Dila lebih mengerti penderitaan mahupun kesakitan yang pernah ibu alami, insyaAllah Dila akan lebih mudah memaafkan ibu. Kata-kata hikmah ada menyebut kemaafan merupakan hadiah yang paling mahal dan beharga bukan untuk orang lain tetapi untuk diri kita. Bersama iringan kemaafan akan menemukan Dila kebebasan dari sarat beban rasa yang melelahkan, malah bukan itu sahaja ianya akan membawa Dila kepada keharmonian, kelapangan hati serta keredhaan yang total.

Dengan ilmu dan teknologi terkini Emotional Freedom Technique insyaAllah Dila mampu menikmati semua ini, EFT merupakan jalan pintas untuk individu menikmati kesembuhan diri yang pantas, mudah dan berkesan.

Dan tidak lupa pastinya dengan kuasa doa kepada pemilik dan pentadbir agung Allah swt mudah-mudahan Allah akan sembuhkan luka hati Dila. Dan jangan dilupakan juga doakanlah ibu dengan ikhlas dan murni hati :

“Ya Allah Ya Tuhanku lupuskan api kemarahan, dendam, benci dan sakit hati diriku terhadap ibuku gantikanlah ia Ya Allah dengan kelapangan hati, kasih saying, keharmonian serta redhaMu mengiringi perjalanan kami. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus jalan yang Engkau redhai”

Jangan sesekali meminggirkan kekuatan dan potensi doa, ianya ibarat senjata di medan perjuangan Dila. Ibarat pepatah Inggeris “ Life Is Fragile, Handle With Care” tapi kita sebagai yang Muslim “Life Is Fragile, Handle It With Duaa,insyaAllah”. Disitulah sumber kekuatan, kesembuhan dan ketenangan serta keharmonian yang tulen. Keredhaan Allah itu berada di dalam keredhaan ibubapa namun dalam masa yang sama terkadang dosa ibubapa mendahului dosa anak terhadap orang tuanya, mudah-mudahan dengan bingkisan dan jawapan ini Dila mampu menamatkannya.

Kehidupan ini suatu pilihan, Dila berhak memilih dan bertindak untuk yang terbaik untuk diri Dila. Semoga Dila dituntun Ilahi dalam mencari penawar dan penyelesaian melewati krisis diri yang hadir. Burulah redha Ilahi sebagai matlamat hidup insyaAllah yang lain pasti akan menyusul dengan harmoni sekali, insyaAllah.

Buat Dila juga para pembaca yang budiman jangan lupa jemput melanggani laman web http://kliniksukses.anizanwar.com untuk mendapatkan tip-tip, petua, inspirasi dan hadiah percuma berkaitan kesembuhan diri, transformasi dan revolusi gemilang insan, insyaAllah.

Bagi yang berminat untuk meneroka keindahan ilmu berkaitan Emotional Freedom Technique, perincian lanjut gaya asuhan dan impak kepada personality diri, pengurusan stress, rahsia doa dan kuasa minda dijemput hadir di Life Coaching Klinik Sukses yang dijadualkan 25hb Jun 2011 (info lanjut di http://kliniksukses.anizanwar.com).

Sesungguhnya kesaksian Allah itu sangat benar, kasih sayingNYA juga cukup hebat dan sungguh luar biasa seringkali Dia hadirkan ujian Dia juga hadirkan PENAWAR dan solusinya. Semoga kita dipertemukan dalam perkongsian penuh murni , penuh makna melengkapi keindahan ukhwah hidup insani, insyaAllah.

Jumpa lagi!

Facebook comments:

comments

Leave a Reply