Dilema Kecurangan Mengundang Kebuntuan Halatuju Dalam Perkahwinan
==============================================================
Ujian Dalam Perkahwinan…mampukah bertahan memilih untuk kuat hanya kerana sayangkan anak-anak? Itulah persoalan yang sering menghambat dan menghantui pasangan yang melewati episod getir tidak kira sama ada melibatkan isu kecurangan, pengkhianatan mahupun hilangnya rasa hormat @ sayang kepada pasangan.
Ia bukan keputusan yang mudah untuk dicapai. Untuk kes sebegini ibarat surgeon merawat pesakit di dalam operation theater banyak sudut yang perlu dianalis memang minima pasangan perlu bersama saya lebih kurang 3 jam. Meneroka dari zaman kanak-kanaknya hinggalah ke saat hari ini…semua maklumat ini tidak boleh terlepas pandang. Banyak keadaan pengalaman silam punya pengaruh yang signifikan dengan dunia hari ini.
Pendaman, pertelingkahan mahupun ketidakharmonian dalam hubungan suami isteri usah dipandang remeh. Jangan ingat tindakan untuk TIDAK menghighlightkan segala yang terbuku di hati semata-mata ingin menjaga perasaan dan mengelakkan pergaduhan << it doesn’t help for the long term strategy !
Sangat merbahaya ! Jangan terkejut kesan daripada hati yang terluka tidak dirawat dan tidak dimaklumkan kepada pasangan boleh menjemput lebih banyak masalah. Dan jangan terkejut “permainan syaitan” licik menghelahkan perangkapnya. Berkongsi luahan perasaan kepada individu yang salah lebih lebih yang bukan mahram berlainan gender…isteri orang…suami orang akhirnya terperangkap.
Banyak isu dalam perkahwinan khususnya yang melibatkan kehadiran PIHAK KETIGA bermula daripada masalah dalam perkahwinan yang tidak dirawat dan diberi perhatian!!
* Mengikut kajian ‘distress in the marriage’ menjadi salah satu PUNCA untuk mengundang kecurangan namun USAH BESEDIH setiap yang berlaku ada hikmahnya. Yang paling penting pasangan itu sendiri ikhlas, berani dan penuh rasa tanggungjawab untuk mengakui kesilapan dan kelemahan diri masing-masing dan belajar untuk MEMAAFKAN dan memberi peluang untuk mengatur langkah menjemput kebahagian dan kemanisan alam perkahwinan yang bukan sahaja ingin bahagia di dunia sahaja NAMUN lebih besar dari itu untuk sama beriringan dan bertemu kembali di syurga Allah. Dengan izin Allah dan bantuan daripada kaunselor yang berpengalaman dan pakar IMPIAN ini bukanlah sesuatu yang sukar untuk dicapai.
* Berpisah atau masih terus bersama bukanlah keputusan Kaunselor memutuskannya , Kaunselor sekadar membimbing dan membantu pasangan mencari yang terbaik dalam kapasiti ruang dan suasana yang dijalani. Tidak semua keadaan berpisah adalah jalan terbaik dan tidak semua masih bersama itu juga keputusan yang lebih baik. Untuk yang BUNTU ada kaedah penyelesaian yang lebih praktikal dan meyakinkan In sha Allah.
Pengajaran yang boleh diambil disini ~ If you feel something..is not right…rasa cinta makin pudar…sukar untuk berkongsi perasaan dan bercerita dengan pasangan…mudah tercetus pergaduhan dan “misscommunication”…kesilapan kecil menjadi PUNCA kemarahan yang tidak terkawal SEEK HELP!Don’t be late…sehingga “kerosakan dan kesakitan” terlalu sukar untuk dirawat dan diperbaiki.
Dan percayalah setiap ujian yang berlaku itu ada HIKMAHNYA …kita yang memilihnya KUNCI Kesembuhan dan itu ada jalan PENAWARnya.
Bagi pasangan yang BUNTU…keliru halatuju perkahwinan yang ingin dibawa di dalam sesi terapi kaedah Solat Istiharah menggunakan Al Qur’an dikongsikan…alhamdulillah dan In sha Allah isyarat Allah itu cukup mantap untuk dijadikan keyakinan untuk mencorak halatuju terbaik dalam kamusNya.
Sebarang pertanyaan atau tempahan temujanji sila hubungi :
____________________
Hjh Aniz Hj Anwar
012.391.5362
www.anizanwar.com
Leave a Reply