Dendam Barah Dalam Perkahwinan @ Mingguan Wanita

Bismillahirrahmanirrahim…
Alhamdulillah semalam sempat bersiaran langsung bersama Kak Engku dan Norman Hakim di dalam Mingguan Wanita mengupas tajuk dendam barah dalam perkahwinan. Namun tentunya dalam waktu yang begitu singkat tak banyak kesempatan yang dapat mencelah memberi penerangan yang lebih terperinci bagaimana situasi atau isu sebegini boleh dielakkan dan diatasi.
Apakah PUNCA dendam boleh terjadi atau hadir dalam perkahwinan?
Ada pelbagai fakfor yang boleh menyebabkan isu ini terjadi antaranya :
1)Faktor dalaman atau personaliti diri individu itu sendiri. Cth personaliti individu yang lebih selesa memendam dengan matlamat pada asasnya baik ingin mengelakkan pertelingkahan ataupun krisis. Tanggapannya inilah langkah paling bijak dalam memelihara keharmonian rumahtangga tetapi hakikatnya tidak sebegitu…dalam diam makan tahun…ia boleh bercambah menjadi hambar, benci, kecewa dan dendam yang sarat.
2) Gaya Asuhan / Trauma Silam
Malah bukan itu sahaja ada ketika juga ia dipengaruhi oleh perjalanan silam cthnya gaya asuhan, lekatan silam, trauma. Contoh paling mudah bagi individu yang pernah melihat dan menjadi mangsa kecurangan @ pengabaian seorang ayah di depan matanya suatu ketika dahulu kesannya pastinya sangat perit dan melukakan apabila hari ini dia pula diuji dengan ISU yang sama. Tanpa disedari keadaan ini juga boleh menjadi PUNCA emosi sakit, sedih, terluka, marah dan benci terbawa hingga menjadi dendam.
3) Pengulangan Kesilapan Yang Sama
Paling mudah kecurangan. Ada sesetengah pasangan diuji dengan isu kecurangan bukan sekali tetapi berkali-kali. Yang ini PERLU DIAMBIL PERHATIAN ya !! Perlu difahami ada sesetengah kecederungan/kecurangan/keseronokan berfoya-foya ini bukanlah semata-mata mencerminkan sesebuah perkahwinan @ hubungan tersebut ada MASALAH. Tetapi pasangannya ada isu DENDAM. Dendam mungkin terhasil daripada peristiwa silam akibat kurangnya perhatian dan kasih sayang daripada ibubapa atau mungkin juga individu pernah dikhianati, disakiti dimana cintanya ditolak, dihina dan seumpamanya. Lantaran apabila diuji dengan emosi “kekecewaan”, sedih, marah , hampa HARI INI menjadi satu escapism dia melarikan dirinya ke dunia “kecurangan” @ keseronokan itu. The “excitement”, rasa teruja , mendodoi emosi, layanan, bicara manja , gediks itu bagai sebuah terapi untuknya. Ibarat anak anak yang ketagihan game @ gadjet pergolakan permainannya sama bagi orang dewasa yang ketagihan perhatian dan kasih sayang ini.
Dan selama mana INTERVENSI @ RAWATAN untuk mengenal pasti the root cause maka tidak terkejut sebenarnya hubungan dan ikatan dalam perkahwinan akan melewati “relung @ cycle ” yang sama.
Maka seharusnya disinilah yang selalu saya highlightkan tolong jangan takut atau malu untuk mendapatkan pertolongan dan bantuan pakar bilamana dikenalpasti bahang permusuhan dalam perkahwinan mula memercikkan diri. Apa signalnya???
Your marriage need a counselor …bila bercakap cenderung salah tafsir, bila bercakap asyik atau cenderung dalam mode nak cari pasal, itu tak kena…ini tak kena. Kecewa, sedih,marah, keliru, buntu, terkilan, jauh hati jangan dibiar membarah menyimpul dendam dan akhirnya dingin tawar hati…penceraian!
Apa yang BOLEH pasangan lakukan untuk mengatasi situasi /konflik yang hadir agar tidak menjadi dendam?
1. Talk to each other and listen. Dengar bukan tujuan untuk membela atau membetul atau memberi komen…NO. Dengar untuk menyelami rahsia dan rasa hati pasangan.Benarkan…dan diberikan dia meluahkan apa yang terbuku di hatinya.
2. Paraphrase statement yang diberikan.
Kita meringkaskan emosi yang dirasai pasangan atau dengan lain perkataannya kita “validate” emosi yang sedang terbeban dirasainya. Bila keadaan ini mampu diusahakan In sha Allah pasangan akan rasa didengari, dia difahami dan dia disayangi.
3. Empati Dengan Pasangan.
Dengan sesi luahan ini pasangan mengambil peranan untuk lebih jujur dan empati terhadap perasaan masing-masing. Mengakui perasaan marah yang dialami pasangan dan mendekatinya dengan cara yang berhikmah ini akan membuatkan mereka rasa dekat dan tenteram secara tidak langsung. Dan pastinya kelebihan boleh dimanfaatkan dalam mencorak rentak komunikasi dan keharmonian dalam perjalanan perkahwinan itu seterusnya.
4. Mengambil sikap bertenang dan tidak terburu
Bila pasangan diuji dengan isu atau konflik yang berunsurkan dendam ini, salah seorang daripada suami atau isteri seharusnya harus berani dan akur untuk mengalah. Mengalah dengan maksud untuk tidak memudaratkan lagi bahang atau api permusuhan yang sedang dimarakkan. Akan menjadi kelaziman bila pasangan yang tersakiti akan cenderung menggunakan gaya komunikasi yang menyakitkan contohnya bahasa yang perli, kesat,  menjauhkan diri, tidak ambil peduli. Dan cara yang terbaik…ambil ruang seketika biar iklim menjadi reda dan berbincanglah dalam suasana yang lebih damai. Maksudnya menyebut kembali “perkataan atau ayat” yang mencerminkan ketidakpuasan hati yang masih menjadi mainan di bibir. Tapi pastikan ya bukan dengan membawa api permusuhan tetapi kasih sayang dengan matlamat yang jelas kita ingin memperbaiki hubungan ini. Maka sebarang provakasi atau cubaan untuk memburukkan lagi keadaan sekurangnya mampu dikawal dengan lebih baik.
5) Dan pastikan untuk saling bermaafan dan mengakui kelemahan /kesilapan yang hadir.
Perlu difahami…kemaafan yang terbaik adalah diiringi dengan perubahan tingkahlaku, perbuatan dan lisan yang benar-benar ikhlas , jelas dan komited membangun kembali kasih sayang, keharmonian dan kebahagian dalam hubungan suami isteri @ perkahwinan ini. Bukan sekadar menanam tebu di tepian bibir…sekadar melepas batuk di tangga. 10 hari…sambung lagi bergaduh…mengungkit…bertelingkah…bertempik…merajuk. Ermmm, kalau lagu nie “pattern” iklim perkahwinan anda…mohon cepat dapatkan pertolongan jangan dibiar membarah membunuh ruh kebahagian dalam diam.
Jangan malu untuk mendapatkan rawatan dan bantuan profesional yang pakar dan arif dalam bidang kaunseling keluarga dan perkahwinan. Jangan segan kalau perlu tanya dan selidiki dahulu kepakaran kaunselor yang ingin dapatkan pertolongan. Sebabnya kena faham tidak seua kaubselor arif dan mendalam pengetahuannya dalam bidang membaik pulih rumahtangga. Infact IPTA  di Malaysia kursus pakar dalam bidang ini juga amat terhad. Jadinya jika diagnosisnya kurnag tepat…treatmentnya kurang tepat proses kesembuhan dan baik pulih itu akan lebih rumit dan memakan masa. Ibaratnya kalau sakit fizikal ada symptom batuk berbulan bulan jangan dok ulang alik pergi klinik dapatkan rawatan pakar. Pergi klinik biasa Doktor diagnose astma bagi neobulizer untuk redakan sesak nafas…sekali dapatkan rawatan pakar KANSER PARU-PARU terminal stage yang mengikut jangkaan pakar perubatan hanya mampu hidup untuk tempoh 4 bulan lagi.
Kesimpulannya disini…jangan menganiaya kebajikan dan kebahagian diri. Jangan sesekali menafikan kesakitan, trauma, sedih, putus asa dan kecewa yang hadir. Allah swt tidak menguji hambaNya di luar batas dirinya. Dan perlu difahami Allah swt menguji kita bukan maksud untuk menzalimi kita…TIDAK, tidak sama sekali melainkan dengan maksud untuk hambaNya belajar menjadi lebih baik. Maka apabila diisyaratkan Allah…didorong Allah…dibukakan jalan untuk kesembuhan…untuk kebahagian lantas janganlah kita menafikan kasih sayangNya. Sambutlah isyarat Allah…yang tetap selalu terjaga…mendengar dan melihat perjuangan kita. Sekali lagi betulkan stigma mendapatkan bantuan profesional bukan maksud untuk berbalah, menuding jari mahupun membuktikan aku baik dan pasangan sebaliknya melainkan bawalah jiwa dan hati besar, murni dan lurus untuk sama-sama belajar, memaafkan diri dengan penuh jujur, ikhlas dan menjadi lebih baik dengan berpandukan bimbingan dan tunjuk ajar yang bersistematik dan jelas dgn bantuan pakar.
The cycle has to be STOP! Or else your journey may lead to toxic relationship and don’t be surprise it might end up with abusive. Makan diri…meracuni kebahagian dan menenggelamkan potensi diri. Dan yang sedihnya anak-anak memerhati dan mencerap dengan cemerlang VIBES yang disuburkan dalam perkahwinan dan kehidupan keluarga. Dan pastinya ini bukanlah cerminan dan role model yang baik untuk pembentukan personaliti mereka. Bahagia itu boleh dijemput….dengan syarat kita berani memilih, membenar dan menzahirkannya menerusi kejujuran yang lahir dari hati, minda, lisan dan perbuatan kita….kerana Allah swt, In Sha Allah mudah-mudahan kerana Allah….rahmat kasih sayangNYA jua yang mempermudahkan segala-galanya.
Selamat menjemput bahagia…Selamat bercinta sampai syurga ????
Salam Inspirasi,
Hjh Aniz Hj Anwar
27/2/2020

Facebook comments:

comments

Leave a Reply