Bismillah…
Menarikan kembali BICARA TANPA SUARA…Sudah lama sebenarnya saya ingin berkongsi tentang RAHSIA INI sehinggallah baru-baru seorang teman telah menitip aspirasi yang sama iaitu tentang Memerdekan Kehendak Sendiri ~ http://saifulislam.com sangat menarik artikel tersebut.
Diam tak diam sudah hampir 9 tahun saya berkecimpung di arena maya bermula dengan perkongsian tentang ilmu , motivasi serta produk pelansingan sehinggalah hari ini, sesungguhnya PELBAGAI RENCAM terakam berkaitan masalah obesiti ini. Pengalaman diri melalui EVOLUSI KEMBANG dan KUNCUP…pastu kembang (dalam proses kuncup kembalinie he he he though bagi segelintir wanita bergelar ibu tidaklaa kembang sesangat tetapi secara jujur bagi diri saya sendiri tidak berasa selesa dgn keadaan sebegini) sangatlah tidak bestnya apabila berat badan meningkat…hu hu hu. Maka USAHA dan CITA-CITA harus diteruskan demi sebuah kehidupan memburu REDHA ILAHI. Tinggi harapan saya semoga dengan tahap BMI yang lebih ideal mampu dicapai disokong dengan tahap kesihatan dan kecergasan diri yang terus dipertingkat mudah-mudahan saya mampu BERBAGI LEBIH MERIAH LAGI tentang kehidupan khususnya celik akal yang melibatkan KESEJAHTERAAN DIRI dan MISI MURNI saya sebagai seorang khalifah.
Memetik artikel “Memerdekakan Kehendak Sendiri” yang dititip seorang sahabat menerusi email SANGAT BENAR SEKALI perkongsian ini! Terima kasih buat Cik Nadia atas kiriman email beliau..Jom sama-sama kita TELUSURI CELIK AKAL ini!
“Tinggalkan zina itu. Ia membinasakan”
“Berhentilah merokok. Ia memudaratkan”
“Dadah itu najis. Kamu membunuh diri”
Panjang nasihat seorang ustaz!
“Eleh ustaz. Sedap sahaja nak suruh orang berhenti zina, berhenti merokok, berhenti hisap dadah. Ustaz tu, nasi pun tak boleh lawan!” herdik seorang anak muda.
Berpeluh saya membayangkan dialog di atas.
Ia tidak pernah berlaku. Tetapi masakan saya mahu menunggu hingga ia berlaku.
Teringat saya kepada kenyataan ‘bunuh diri’ yang pernah saya ungkapkan di Surau an-Naim, Wangsa Majusetahun yang lalu.
“Jika saya gagal mencapai BMI yang betul, bermakna saya belum menyempurnakan salah satu cabang ketaqwaan diri!” saya menyebut tanpa teragak-agak.
Di dalam ceramah, saya menegaskan bahawa salah satu maksud Taqwa ialah SEDAR dan KAWAL DIRI. Seorang yang bertaqwa itu sentiasa mempertahankan tahap sedar dirinya, tidak mudah dirasuk oleh faktor persekitaran, justeru menghasilkan daya mengawal diri dalam melaksanakan apa yang diperintah, serta meninggalkan apa yang dilarang.
TAQWA
Taqwa can be defined in many ways. But the conversation between Ubay bin Kaab and Umar al-Khattab was a good summary about the essence of Taqwa. Once, Umar asked Ubay what he knows about Taqwa. Ubay replied by asking him, “Have you walked through thorny path?”
Umar answered, “Yes, indeed”
Ubay then asked him, “What did you do?”
Umar replied, “I tucked up (my garment) and did my best (to avoid thorns)”
Thereupon Ubay said, “That is Taqwa!”
Our life is a journey. Like someone who is driving from a place to another. Throughout the journey, he will meet many road signs that might instruct him to do against his will. He wants to drive at full speed, but a sign says, “No, the limit is only 80km/h”.
He wants to arrive as early as possible but suddenly a red light instructs him to stop and let others move first.
Someone who is wise and on top of his rational thinking, would never ever see all the road signs as challenge to his right exercising his freedom. The truth is, the road signs are there to help him achieve safety throughout the journey until he reaches the destination.
The same thing applied to our big picture of this life. Do’s and don’ts of Islam are not the obstruction and challenge to the access of his freedom of choice. They come from the Creator who knows better what is good and what is bad in this life. They are there for our safety, peace and harmony.
Someone who has the quality of Taqwa will take his journey like someone who walks through thorny path. He is a person with a full of consciousness about what is good and what is bad around him. He must also have a good self control, like a person who is good in controlling his car steering.
This is the essence of fasting. You learn to exercise your self control.
SELF CONTROL
If someone does not take his lunch because there is nothing to eat, then it causes him tiredness and anger.
But a believer who chooses not to eat while he has everything to do so, for the sake of obeying his Lord, then he is exercising his ability to control himself against some of his desire.
You can eat, but you don’t eat. You can drink, but you learn not to drink, so that you can tell yourself that you are a proactive person. Not a reactive one.
A reactive person will get mad when something stimulates him to anger. He will be sad and out of control when something causes him sadness.
He has no ‘pause’ button. He has no ability to control himself to choose a better reaction. His actions are determined by things around him. He is not the one who controls himself. He is occupied by others. He is under the real occupation of others.
A Muslim is not an effective Muslim if he does not have a control over his own actions. He must be a proactive Muslim.
Return back you self control… you are the strongest
Antara makanan gantian saya adalah Shirataki. Sejenis ‘mee’ yang diperbuat daripada tepung keladi konjac, mee khas dari Jepun dengan kalori 5 sahaja untuk satu hidangan 100 gram. Hanya dijual di Isetan, KLCC
Memotong karbohidrat dan gula agar lemak lama yang tersimpan dibakar secara efektif, memerlukan kepada perahan otak memikirkan makanan-makanan gantian dengan kombinasi yang boleh dimakan dengan selesa. Ikan mackarel grill dengan Kim Chi (kobis cili Jepun) serta cili bakar. Secubit cili tumbuk yang digoreng bersama sedikit minyak kelapa dara, untuk meningkatkan metabolisma
Bukan hanya diet, malah juga memerlukan senaman berkala. Tiga kali seminggu saya pergi ke Taman Tasik Ampang Hiliran atau Taman Tasik Sri Permaisuri untuk breeze walking dan jogging yang ringan
‘Fasting blood sugar’ yang rendah akhirnya berjaya menurunkan dos Metformin untuk diabetik saya dan Insya Allah merdeka sepenuhnya tidak lama lagi
Jangan mudah marah.
Jangan mudah melenting.
Jangan mudah melatah.
Ia diulang berkali-kali di dalam ceramah.
Alhamdulillah, setakat 36 tahun bernafas di muka bumi ini, saya tidak diuji dengan orang mengajak saya berzina. Saya tidak diuji dengan orang mengajak saya menghisap rokok. Saya juga tidak diuji dengan orang mengajak saya menagih dadah.
Tetapi saya diuji dengan orang mengajak saya makan.
Kerana banyak hati yang mahu dijaga (termasuk hati dan kehendak sendiri), akhirnya saya menjadi mangsa makan.
Makan tidaklah ketara banyaknya, tetapi hidup penuh dengan majlis makan. Memang budaya masyarakat kita, memuliakan tetamu, menghiburkan diri, dengan aktiviti makan. Bekerja sebagai trainer atau motivator, solatnya lima kali sehari, makannya enam kali.
Hari ini adalah hari ke-32 saya berada di dalam regim diet hCG.
Alhamdulillah, lebih 4 inci ukur lilit diri berhasil dibuang. Beberapa belas kilogram sudah berhasil dibuang. Namun perjalanan masih panjang.
Kulit mengalami kedutan yang teruk akibat penurunan berat badan yang agak pantas. Namun Insya Allah beransur pulih
BUKAN MUDAH
Semasa di Dubai, semua orang di keliling saya makan Nasi Mandi Kambing. Saya hanya senyum kambing.
Semasa menghadiri majlis perkahwinan seorang sahabat di Dewan Perdana FELDA, semua orang menjamu selera. Saya berqanaa’ah dengan air mineral dan sepotong dua buah-buahan.
Semasa menemankan anak-anak dan isteri makan di restoran, saya menyuapkan nasi, dan pelbagai makanan lain. Untuk diri saya, sifar karbohidrat dan sifar gula.
Cabaran besar apabila balik kampung. Masakan emak… tetapi saya dengan penuh ‘sopan’ memaklumkan apa yang sedang saya lakukan, dan memohon maaf untuk tidak menjamah langsung rendang pedas ayam, taufu goreng, kangkung tumis belacan, ulam-ulaman, sambal belacan dan nasi panas.
“Eloklah begitu. Alang-alang dah mula, teruskan. Lagi pun anak-anak kamu kecil lagi!” sokong emak saya.
Kenyataannya lembut tetapi menikam kalbu.
Pencapaian terbesar saya selama 32 hari tanpa nasi, tanpa roti dan kekal 500kcal sehari bersekitar epal, isi dada ayam, fillet ikan, Shirataki, sayur-sayuran dan air mineral yang banyak, bukanlah sekadar berat badan dan ukur lilit diri yang berkurang.
Pencapaian terbesar saya ialah, saya belajar untuk dengan rasional dan sedar, menolak nasi. Menolak gula. Menolak roti.
Kejayaan berkata TIDAK kepada diri apabila TIDAK itu lebih dekat dengan redha Allah.
Pencapaian pada membangunkan keazaman. Meneguhkan will power. Membina daya kawalan diri yang terbaik.
40 hari sudah hampir berlalu.
Insya Allah 40 hari lagi perlu ditambah, hingga hilang sekurang-kurangnya 30 kilogram, lebih sempurna jika mencapai 40 kilogram.
Latihan ini, membantu saya untuk secara yang lebih bermaruah, berkata kepada penzina, kepada perokok, kepada penagih, “ANDA MAMPU MENGUBAHNYA”!
“Apakah engkau tidak melihat gelagat orang yang bertuhankan nafsunya sendiri? Lalu disesatkan oleh Allah orang itu, biar pun dalam keadaan dirinya berilmu…” [Al-Jaatsiyah 45: 23]
Ayuh merdekakan diri.
Bukan daripada penjajah luaran.
Tetapi merdeka daripada kehendak diri sendiri!
Kita bukan hamba nasi, bukan hamba roti, bukan hamba nafsu. Kita adalah insan merdeka yang hanya mendengar kata Tuhan dan kata Nabi!
Itulah TAQWA!
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
Memang TEPAT & BENAR sekali kata-kata di dalam artikel HANYA DENGAN meletakkan redha Allah sebagai SUMBER INSPIRASI insyaAllah MISI MURNI BERAT BADAN IDEAL mampu dikecapi. Tubuh ini SATU AMANAH YANG TIDAK TERNILAI harganya…hu hu hu PELIK BIN AJAIB juga kadang bagaimana kadang individu boleh berbelanja ratusan mahupun ribuan ringgit untuk kelihatan bergaya dengan aksesori diri, pakaian, beg tangan, kasut, gadget2 terkini dan pelbagai lagi tetapi untuk MEMULIHARA DIRI…MENGHARGAI NIKMAT TUBUH & KESIHATAN sangat sayang untuk dibelanjakan…Ya!! Sayanggg tapi sayang seribu kali sayang harus sahaja TERTIPU disitu makan hari…makan bulan…makan tahun kealpaan diri menjaga NIKMAT TUBUH & KESIHATAN harus sahajamembuatkan perbelanjaan yang dikeluarkan ribuan ringgit kelengkapan diri yang serba update, baju cantik, make up mahal, aksesori lip lap lip lap terbengkalai juga akhirnya kalau sudah berpenyakit toksahkan untuk melawakan diri nak bercakap pun tak larat…hu hu hu itu tidak mengapa lagi tapi KALAU DIUJI DENGAN COBAAN yang mencalar rasa lagilaa En Suami pandang yang LAIN…kalau suami DAH SAKIT ~ Puan Isteri terpikat yang ganteng…cinta beralih arah…rumahtangga berantakan anak-anak menjadi mangsa…institusi keluarga musnah…masyarakat haru-biru. Kefungsian diri TERKESAN…Nauzubillah…Sekiranya TIDAK REDHA yang benar-benar redha atas perjalanan yang tanpa disedari turut DITEMPAH SENDIRI pastinya hidup akan dibayangi KONFLIK & KRISIS…
Sesungguhnya KITA PUNYA PILIHAN…PILIHAN UNTUK MEMILIH dan BERTINDAK dengan LEBIH ADIL, BIJAKSANA dan JUJUR dengan DIRI SENDIRI juga KEHIDUPAN yang dijalani. Yang paling penting KEBERANIAN UNTUK MELAKUKAN KOREKSI DIRI yang terlalai dan alpa menghargai NIKMAT ALLAH keranaNYA…FOKUS, IKHLAS, JUJUR, KOMITED, YAKIN dan ISTIQAMAH…BERI RUANG…BERI PELUANG, insyaAllah mimpi indah mampu menjadi REALITI MARVELOUS YANG MENGHIBUR DAN MEMBAHAGIAKAN!!!
Ingin LANGSING CARA MUDAH??? Wellness Therapist ANDA sedia membantu..Inginkan maklumat lanjut sudi-sudikan :
Sila layari ~ http://Rxlite.Anizanwar.com
Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Malaysia , PERCUMA BONUS Ebook Kod Rahsia Slim Holistik yang mengupas Rahsia Motivasi Dalam, Petua, TIPS Penting Untuk Menjayakan Misi Penurunan Berat Badan dan SHAKER . (Pembelian menerusi KAD KREDIT juga diterima ; Maklumat & Pembayaran Lengkap yg diterima sebelum JAM 3 petang, insyaAllah akan menerima TEMPAHANNYA keesokan hari)
Sehingga bertemu lagi!
Salam Ukhwah!
Bagi YANG BERMINAT untuk mencuba PEK PERCUBAAN juga dialu-alukan HANYA RM90 shj iaitu 5 Rx Lite + 5 Super Rx Lite.
Berminat???
Boleh membuat PEMBAYARAN KE MAYBANK A/C : 162218337759 (Noraniza Anwar) dan emailkan BUKTI TRANSAKSI beserta maklumat lengkap nama penuh, hp ke nurqudrah786@gmail.com utk penghantaran terus ke pintu kediaman @ pejabat anda!! Mudah bukan??
Tiada ALASAN lagi untuk terus memudaratkan diri denga KEALPAAN yang sengaja ditempah…Semoga dgn KESIHATAN dan BMI yg lebih ideal kita lebih happening lagik cekap, tangkap, pantas dan cergasss melunaskan hak-hak yang diwajibkan ke atas kita…