Bila Pasangan Perlukan Bantuan Kaunselor Perkahwinan?

Bismillahirrahmanirrahim?

Kehidupan tidak selalu indah dan begitu jugalah perjalanan alam perkahwinan. Ada ketikanya menjalani alam rumahtangga pasangan teruji dengan dihujani komitmen kehidupan, cabaran hidup berumahtangga, mengurus kewangan, kerjaya, hubungan mertua dan ipar duai dan seumpamanya boleh menyebabkan hubungan menjadi hambar, lesu dan tegang. Konsekuen jika dibiarkan konflik ataupun isu terus berlegar dan tidak diuruskan dengan baik maka jangan terkejut ia boleh menjemput konflik serta suasana yang lebih rumit dan sukar ditangani.

Sebuah perkahwinan menuntut komitmen, kerjasama, persefahaman, toleransi juga keberanian serta keikhlasan yang luhur dalam menangani isu serta cabaran yang hadir. Sebelum DETIK MENJADI TERLEWAT untuk diselamatkan bertindaklah sekarang dan bijak untuk menyelamatkan mahligai yang dimeterai dengan penuh rasa cinta dan benar untuk bahagia hingga ke syurga…ANDA MAMPU MENGUBAHNYA…In shaa Allah!

 

BAGAIMANA UNTUK MENGETAHUI ADAKAH SAYA DAN PASANGAN MEMERLUKAN RAWATAN DAN BANTUAN PROFESIONAL KAUNSELOR??

1. Keharmonian, kasih sayang dan cinta dalam perkahwinan dirasa semakin pudar, lesu, hambar dan membosankan

2. Komunikasi cenderung terarah kepada nada negatif

3. Bicara mudah sahaja membangkitkan kemarahan, menyakiti dan mengundang perbalahan walau hanya untuk isu-isu yang sangat remeh

4. Fasa perkahwinan yang ditempuhi dirasakan sangat melelahkan bilamana isu serta konflik masih berlegar kepada PERKARA yang sama sbg cth pengabaian, berfoya-foya, campur tangan mertua, penderaan, masalah sikap dan sebagainya.

5. Terperangkap dengan perasaan sayang, benci, terkilan, sakit hati dan bersalah yang berlegar di dalam diri.

6. Amat sukar untuk memadam dan memaafkan kesilapan pasangan walau hati memilih meneruskan perkahwinan tetapi perasaan curiga, sangsi dan tidak percaya masih melengkari diri.

7. Buntu, serabut dan keliru dalam memilih HALATUJU perkahwinan

8. Mampukah diri memilih bertahan dalam saat sukar teruji , sakit dan menderita sebegini atau sebaliknya mengalah demi ketenteraman dan kesejahteraan diri tapi bagaimana pula perihal anak-anak??

9. Saya rasa tidak dihargai, tidak disayangi, tidak diperlukan…saya rasa terabai dalam perkahwinan ini. Luahan hati tidak didengar, ruang untuk komunikasi dan berbincang TIADA.

10. Saya rasa terancam, takut dan tidak selamat berada di samping suami sendiri…tutur katanya, maki hamun, cacian, kritikan juga perbuatan serta tindakan cenderung untuk mencederakan saya tidak kira sama ada secara emosi ataupun fizikal…I am lost…saya tak tahu apa yang patut saya lakukan

11. Merasa amat tertekan, kemurungan dan masih terkejut serta tidak boleh menerima kenyataan  diri telahpun dimadukan.

12. Hubungan ibubapa dan kekeluargaan menjadi kucar-kacir, anak-anak terabai apabila suami isteri sering bergaduh dan mengikut kepala sendiri.

13. Produktiviti kerja serta tumpuan terganggu kerana isu perkahwinan yang dilalui.

14. Tiada tempat untuk mengadu sekiranya hendak bercerita dengan rakan sepejabat,adik beradik atau kawan-kawan takut dan malu kerana ia melibatkan maruah pasangan dan aib keluarga. Dipendam semakin sulit dan tertekan.

15. Ingin mengadu kepada keluarga atau ibubapa pula terkadang sebahagian isu takut dan malu kerana berkahwin atas pilihan sendiri malah bimbang ditemplak pula kerana satu ketika dahulu ibubapa dan keluarga pernah menasihati untuk tidak memilih pasangan sedia ada. Tidak kurang juga tidak mahu membebankan ibubapa atau adik beradik atas faktor usia dan isu serta masalah yang sedia ditempuhi ahli keluarga masing-masing.

.

.

.

.

.

.

=======================================
Adakah ini yang SEDANG ANDA TEMPUHI???
=======================================
Lakukanlah PILIHAN yang bijak, adil dan bertanggungjawab. Bertindaklah sekarang sebelum detik menjadi terlalu TERLEWAT untuk menyelamatkan perkahwinan anda. Hubungi Hjh Aniz SMS/Whatsapp/Telegram ke 012.391.5362 untuk pertanyaan dan temujanji bagi konsultasi “Marriage Coaching” anda.

 

“Cinta itu sesuatu yang perlu diusahakan, ia tidak hanya datang bergolek tanpa ada rasa amanah, ikhlas dan tanggungjawab untuk menyemai, menjaga dan menyuburnya. Madrasah perkahwinan itulah yang sebenarnya menjadi medan ujian CINTA YANG SEBENAR. Cinta yang sebenar itu bukan sahaja rasa bahagia untuk saling menjaga, menguat, mendoakan dan melengkapi untuk perjalanan dunia tetapi LEBIH INDAH dan BESAR dari itu untuk melihat pasangan kita di syurga Allah. Lantas untuk menempuhi bukan hanya dengan omongan kosong, air liur dan gerak rasa dan tindakan yang membuta tuli IA SANGAT MENUNTUT ilmu, kemahiran, kompetensi dan pengalaman. Untuk YANG BERANI dan IKHLAS MEMILIH BAHAGIA…In shaa Allah SELAMAT KITA BERJUMPA nanti dalam eksplorasi indah yang menghidupkan…Aamiin Allahumma Aamiin Ya Allah!” ~ Hjh Aniz Hj Anwar

Inspirasi Cinta Jannah ;

~ Hjh Aniz Hj Anwar ~

Facebook comments:

comments

Leave a Reply