domestic violence. Image shot 2008. Exact date unknown.

Apa Yang Masyarakat Perlu Tahu Tentang Penderaan Dalam Perkahwinan?

Bismillahirrahmanirrahim

Setiap pasangan yang berkahwin mengimpikan kehidupan alam rumahtangga yang mampu memberikan rasa selamat, bahagia, disayangi dan dilindungi. Namun tidak semua pasangan mampu menikmati kemanisan hidup alam berumahtangga yang diimpikan. Untuk permulaan menusuri alam perkahwinan mungkin masih merasakan diri masih gagah dan cukup kuat lagi untuk berhadapan dengan cabaran alam berumahtangga tetapi bila terus-terusan diri dirasakan dianiaya, disakiti malah diabaikan maka hati mulai lelah, hati mulai keliru dan buntu antara rasa sayang , harapan dan benci semuanya berpadu menjadi peperangan yang sulit di dalam diri. Untuk tujuan PENCERAHAN dan garis panduan setiap pasangan yang berkahwin ikuti kupasan 6 BENTUK PENDERAAN yang sering menjadi ancaman dalam perkahwinan. Semoga mampu menjadi IKHTIBAR dan CELIK AKAL juga keberanian  untuk mengatasi dan memperbaikinya lebih-lebih lagi dalam meneruskan kehidupan dan menjemput kebahagian dan keharmonian dalam perjalanan untuk menuju negeri akhirat yang abadi.

 

APA ITU PENGANIAYAAN DALAM PERKAHWINAN?

Penganiayaan dibentuk oleh kata dasar ‘aniaya’ yang juga membawa maksud melakukan kemudaratan, menyakiti, mencederakan, menyeksa, menindas atau menzalimi. Jika diperhalusi dari konteks istilah bahasa Arab pula ia lebih sinonim dengan (zulm) yang membawa maksud mengurangkan hak seseorang atau melakukan sesuatu perbuatan yang ditegah. Dari sudut istilah syarak penganiayaan terhadap wanita adalah satu bentuk perbuatan yang menidakkan hak seseorang wanita atau mengambil hak wanita sehingga mendatangkan dharar syari’e (kemudaratan terhadap isteri dalam bentuk fizikal dan mental khususnya yang berkait dengan lima hak asas iaitu agama, nyawa, tubuh badan, akal fikiran dan jiwa serta maruah atau keturunan juga hartanya)

JENIS-JENIS PENDERAAN TERHADAP PASANGAN

Penganiayaan dan penderaan dalam perkahwinan boleh sahaja mencakupi beberapa aspek ; ia bukan sahaja berkisar dari sudut penderaan fizikal atau emosi dan psikologi tetapi lebih luas dari itu. Ia termasuklah kategori :

( i) Penderaan Psikologi Dan Emosi

Penderaan psikologi dan emosi dalam perkahwinan sering melibatkan unsur perbuatan, perkataan atau layanan yang berbentuk ancaman, ugutan, gesaan, arahan, hinaan yang boleh membuatkan pasangan merasakan maruah serta digniti dirinya terhina dan tercalar serta memberi risiko terhadap nilai harga dirinya. Adakalanya faktor kelayakan akademik, keturunan serta jurang status serta daerah kelahiran juga boleh menjadi isu penderaan sebegini berlaku. Nampak macam mengarut tapi tanpa disedari ‘ancaman @ kesakitan’ inilah dibawa dalam perkahwinan yang mana pasangan seolahnya mengagung dan memuliakan darjatnya, pencapaian dirnya serta keluarganya sehingga menyebabkan suatu pihak lagi berkecil hati, menahan diri dan remuk disindir, dihina atau diperlekehkan sebegitu. Ini boleh menyebabkan hilangnya rasa hormat dan menyayangi dalam rumahtangga kerana ada pihak yang rasa hampa, sedih dan tidak dihargai sewajarnya.

Rujukan Kes : Pasangan yang cenderung membezakan kemahiran, penguasaan ataupun keupayaan orang lain atau pasangan lain mengendalikan urusan rumahtangga. Selalu sahaja mengkritik dan memberi persepsi yang negatif terhadap usaha membaik pulih dan memperbaiki kelemahan yang ada. Tambah perit sebagai pasangan tidak sensitif dan prihatin juga mengabaikan tentang kebajikan diri, peranan serta pengagihan tanggungjawab dalam perkahwinan segalanya dibebankan di atas satu pihak. Apabila diajak berbincang pasangan cuba menidakkan masalah yang hadir dan bersikap ego untuk mendengar luahan perasaan hati pasangan malah sebaliknya untuk melindungi dan memastikan ruang kelemahan diri yang “terjaga” segala kesilapan, kelalaian mahupun kelemahan dilempar salah kepada satu pihak sahaja dan pasangan mengambil “lepas tangan sahaja” tanpa sedikit perasaan belas dan kasihan di dalam diri. Gejala yang tidak sihat inilah yang sering menjadi ancaman yang akan membunuh kemanisan cinta, kasih sayang dan kepercayaan untuk meneruskan perkahwinan.

*Jika cabaran ini yang ADA tempuhi dalam perkahwinan SEEK HELP! Reach out, dapatkan bantuan …You have to make it stop!! Hentikan menzalimi dan menganiaya diri anda sendiri.

(ii) Penderaan Fizikal

Ia termasuklah perbuatan yang mengancam keselamatan pasangan dan menyebabkan kecederaan yang boleh dilihat dengan mata kasar. Antaranya termasuklah memukul, menumbuk, membaling barang serta objek yang keras, mematahkan tulang, menendang, menggigit serta mengancam atau mengugut dengan senjata yang tajam. Kecederaan fizikal serta ancaman trauma diperlakukan tanpa belas kasihan sebegini seharusnya mendapatkan pertolongan kerana ia melibatkan pertarungan nyawa dan keganasan yang tidak terkawal.

* Satu pengalaman yang paling beharga yang tidak dapat saya lupakan adalah ketika menjaga suami saya sakit di PPUM , ketika itu 2 orang wanita juga hidup bermadu memilih untuk berlindung dan mendapatkan pertolongan dengan berjalan kaki lebih 5km dengan membawa bersama anak kecik berusia 3 tahun, 5 tahun dan bayi berusia 7 bulan. Salah seorang wanita yang juga madunya itu pula sedang sarat mengandung 7 bulan, dapat bayangkan bagaimana mereka ini sudah tidak sanggup lagi mengharungi hidup alam rumahtangga kerana HAK dinafikan, kebajikan tidak dijaga, kata-kata kesat, sepak terajang sering menjadi ‘habuan’ setiap hari. Bagi yang teruji dalam perkahwinan yang TERSEKSA sebegini anda boleh mendapatkan pertolongan , In sha Allah pihak berwajib akan memberikan perlindungan dan pertolongan yang sewajarnya.

Rujukan Kes : Suami sering menjadikan isteri atau pasangan tempat untuk melepaskan kemarahan walau hanya untuk isu atau kesilapan yang kadang kala sangat kecil. Anak-anak melihat di depan mata mereka bagaimana ibu atau ayahnya dilayan, perasaan ketakutan, bimbang, tidak selamat ini pastinya akan menjadi satu igauan trauma dan kebencian yang sangat dalam jika tidak diatasi. Konsekuennya jangan terkejut satu waktu di masa hadapan dia juga akan mengulangi “penderaan yang sama” terhadap pasangannya maka atas dasar itu jugalah ‘kesakitan dan kegilaan” ini harus dihentikan dan disembuhkan kerana sayangkan diri anda, pasangan anda dan anak juga cucu-cicit keturunan anda. Jangan benarkan ia menjadi satu penyakit warisan ia sangat merbahaya! Bukan sahaja akan menggangu kesejahteraan dunia lebih jauh dan ditakuti lagi perjalanan akhirat kita.

(iii) Penderaan Kewangan

Ada pelbagai bentuk penderaan kewangan ini sebenarnya diantaranya pasangan dinafikan HAK mereka untuk memiliki simpanan sendiri, harta sendiri atau peluang untuk menjana pendapatannya sendiri dihalang sama sekali. Selain itu juga di satu sudut pula, pasangan bersikap mengabaikan tanggungjawab dan HAK untuk menyediakan segala keperluan hidup seperti makan, minum, tempat tinggal dan perbelanjaan yang seharusnya di bawah tanggungjawab suami selaku ketua atau pemimpin keluarga. Maka berhempas pulas si siteri dan juga ibu kepada cahayamata amanah Allah yang dikirimkan Allah swt berusaha untuk mencukupkan segala keperluan yang ada semampunya. Malah di dalam sebahagian keadaan juga pasangan bersikap tidak telus juga menidakkan pandangan, campurtangan juga persetujuan pasangan dalam menentukan HALATUJU mahupun keputusan kewangan. Konsekuennya merumitkan lagi keadaan rumahtangga kerana tiada makluman kedudukan kewangan sebenar pasangan, dengan kos sara hidup yang semakin tinggi, beban kewangan juga ketirisan yang tidak sewajarnya berlaku kerana tiada komunikasi yang harmoni dan telus boleh mengakibatkan kemusnahan dan menambahkan  lagi rumit juga konflik yang telah sedia wujud dalam perkahwinan tersebut.

Rujukan Kes : Pada awal perkahwinan pasangan sama saling bertoleransi untuk mengukuhkan sistem kewangan keluarga yang baru dibina. Namun sampai ke fasa perkahwinan, kebaikan pasangan khususnya para isteri itu tadi seolahnya dibiarkan sahaja untuk mengambil tanggungjawab kewangan yang ada sedangkan si suami sudahpun mampu membiayai perbelanjaan dan keperluan secara keseluruhannya. Maka “kelebihan pendapatan” yang ada dihabiskan dan disia-siakan dengan pelaburan yang tidak sewajarnya, bersuka ria untuk kepentingan diri sendiri malah sehingga ada juga yang terjebak dengan pelacuran, zina, perniagaan yang merugikan dan seumpamanya yang akhirnya merosakkan diri dan menghuru-harakan perkahwinan kerana jalan yang dipilih itu nyata salah dan tidak bersikap amanah dan jujur dengan Allah malah pasangan serta anak isterinya.

*Keberkahan dalam rezeki itu tergantung bukan sahaja menjaga hubungan dengan Allah swt tetapi juga AMANAH yang dihadiahkan di dalam perjalanan ini. Perkahwinan itu matlamatnya untuk mencari keredhaan di sisi Allah dan ladang pahala untuk bekalan saham di akhirat ia bukan maksud untuk percuma, suka-suka macam hidup ayam dan itik sahaja yang menunggu masa untuk disembelih tetapi ada jiwa dan ruh yang perlu dituntun, dipimpin, dijaga dan dibimbing dengan penuh kasih sayang dan ketegasan untuk menjadi hamba Allah yang taat dan patuh akan suruhan dan juga perintahNya.

(iv) Penderaan Seksual

Ini juga sering berlaku dalam konteks penderaan dalam perkahwinan walau jarang diperbincangkan namun ia sesuatu yang boleh mengesani “pendaman” dan kekecewaan dalam perkahwinan. Antara contoh yang paling mudah memaksa pasangan melakukan sesuatu atau melihat sesuatu bentuk perlakuan seksual tanpa kerelaan dirinya. Mengarahkan pasangan melakukan hubungan seksual di luar tabii dan menyakitinya. Dan tidak dinafikan juga sejak akhir-akhir ini salah satu bentuk penderaan seksual yang kerap diadukan adalah apabila pasangan itu sendiri cuba MENIDAK dan MENAFIKAN hak mereka sebagai suami ataupun isteri, tidak melayani keperluan seksual atau intimasi sebagaimana yang sepatutnnya. Perasaan diabaikan, dipinggirkan serta tidak dipedulikan dari sudut keperluan batin seorang wanita atau lelaki itu sendiri jika tidak ditangani secara sihat dan rasional boleh membuka lorong maksiat dan kehinaan maka tidak hairanlah apabila pasangan memilih kecurangan, skandal, zina , “makan luar” dan seumpamanya sebagai salah satu cara mereka “membalas dendam” kepada pasangan yang engkar dan menafikan haknya untuk dimanja, disentuh , dibelai dan disayangi sebagai seorang isteri ataupun suami.

*Maka hati-hati jika konflik ini yang sedang pasangan hadapi BERTINDAK WAJARLAH untuk menyelamatkan perkahwinan anda. Ini adalah ISYARAT BESAR perkahwinan anda di ambang kehancuran apabila hubungan intimasi suami isteri bukan lagi satu kemanisan dan terapi yang membahagiakan. Jangan pandang remeh tentang isu lazimnya ia berlegar bukan sahaja masalah seksual atau intimasi tetapi ada ISU yang lebih besar dari itu contohnya ada pendaman silam, kesakitan, kebosanan, kekecewaan dan seumpamanya yang menyelubungi penderaan seksual ini. Seek Help! Jangan biarkan peperangan dan kebencian serta kebosanan mewarnai mahligai cinta anda! Dapatkan TIPS BAHASA CINTA dalam sesi rawatan dan terapi anda bersama saya Hajjah Aniz Hj Anwar untuk menghidupkan kembali kemanisan cinta dan kasih sayang dalam perkahwinan anda.

(v) Penderaan Sosial

Pasangan dinafikan haknya untuk berhubung dan menjalinkan ukhwah seperti ingin menziarah kedua orang tuanya, kunjung mengunjung saudara-mara atau sahabat handainya. Pasangan juga dilarang dan juga disekat untuk berkomunikasi dengan pihak yang hampir dan rapat dengannya untuk mendapatkan sokongan atau bantuan pertolongan khususnya di dalam kes dimana wujudnya penganiayaan atau penderaan berbentuk fizikal atau psikologi. Ini kerana bagi pandangan satu pihak yang menganiaya atau menzalimi itu ia akan menjatuhkan maruahnya dan nilai harga dirinya di mata keluarga dan masyarakat secara amnya. Itulah yang sering berlaku pihak yang menzalimi akan sering takut dengan bayang-bayang dirinya sendiri, kelemahan, kekurangan dirinya ditutup kemas dan rapi dengan menafikan hak pasangannya tadi untuk bersosial.

Rujukan Kes : Pihak suami sering menghalang isterinya untuk berkunjung atau rapat dengan keluarganya kerana khuatir si isteri itu tadi terlancar mulutnya untuk mengadu ketidakadilan dan kesedihan serta konflik yang berlaku dalam perkahwinan. Kalau keluarga mertua datang atau ipar duai datang pasangan akan menyendiri, buat muka dan tidak peduli tidak meraikan tetamu yang datang berkunjung ke rumahnya, isyarat ini lama kelamaan akan dapat dihidu maka pastinya juga sebagai insan yang punya perasaan keluarga mertua atau ipar duai akan mengambil sikap untuk mengasingkan diri demi untuk menjaga keharmonian anak dan menantu serta keluarga juga adik beradik yang disayangi mereka. Ia pastinya akan menimbulkan bungkam dan sebal di hati bila berlanjutan suasana yang tidak sihat dibiarkan berlaku sedangkan dalam Islam itu sendiri sangat menekankan kepada hubungan sosial yang baik, harmoni dan berkasih sayang.

(vi) Penderaan Dalam Beragama

Dalam mengupas penderaan dalam beragama ini ada beberapa aspek ini termasuklah melarang pasangan daripada melakukan suruhan ataupun menuruti ajaran perintah agama antaranya menutup aurat, menunaikan solat, menjaga batas pergaulan serta makan dan minum yang halal. Memaksa pasangan meninum arak, memaksa pasangan mengikuti indoktrin , kepercayaan agama yang sesat dan tidak kurang juga memaksa pasangan untuk keluar dari agama Islam dengan cubaan memurtadkannya bagi membatalkan perkahwinan. Dan seperkara yang sering juga berlaku namun tidak diberikan perhatian sewajarnya adalah bentuk penderaan pengabaian dalam perkahwinan melibatkan sistem hidup dan nilai kepercayaan beragama di mana sebagai pemimpin keluarga atau pasangan ruh dan kepatuhan hidup kepada Allah swt tidak dipraktikkan dan dihidupkan dalam kehidupan perkahwinan itu. Tiada bimbingan, tiada pimpinan dan gesaan untuk menjalani kehidupan yang penuh dengan kasih sayang, keharmonian, kemaafan,  keimanan, ketaqwaan juga kebaikan serta saling bahagia dan mebahagiakan antara satu sama lain sebagaimana yang disyariatkan dalam Islam. Maka konsekuen yang berlaku hati dan nafsu menjadi liar, tidak terbimbing dan konflik serta ketidakharmonian akan lebih mudah terjemput hadir tanpa disedari.

Dalam hidup perlu ada RULES, ROLES dan BOUNDARY bilamana ketiga peranan ini carca marba dan tidak dikembalikan dengan kepatuhan kepada syariat Allah swt maka disitulah bermulanya bukaan lorong-lorong kebinasaan dan kecelaruan. Maka untuk setiap pasangan dan insan yang memilih ketenangan, keharmonian, kasih sayang, cinta dan kemenangan juga kemuliaan maka ia harus patuh untuk memilih REDHA ALLAH, menerima segala kelemahan dan kekurangan diri juga takdir  hidup yang berlaku juga MEYAKINI untuk bertanggungjawab membenarkan LEBIH BAHAGIA , SEMBUH, SUKSES, SEJAHTERA terjemput hadir dengan berlaku adil pada diri dan pasangan dan berubah menjadi lebih baik kerana Allah swt…tidak boleh selain ini!!

* In sha Allah hanya dengan jalan memilih keredhaan Allah swt juga syurga yang diimpikan akan melancarkan proses diri untuk mudah memaafkan diri , pasangan serta pihak yang barangkali terlibat menzalimi ataupun menganiayainya. Setiap kejadian, takdir hidup mahupun cubaan yang berlaku tidak pernah sia-sia…ada HIKMAH dan pengajaran serta ibrar yang cukup besar andai sahaja hati berani melihat dan memilihnya. Ujian Allah tidak bermaksud untuk menjatuh jauh lagi membinasa atau memudaratkan kita tetapi jauh lebih hebat dan besar dari itu untuk diangkat darjat keimanan dan kemanisan hidup kita.

 

Kesimpulan Menjemput Syurga Idaman :

Untuk diri hamba khususnya juga para sahabat yang dikasihi Allah …Ingatlah kita bahawasanya :

Jangan mimpi untuk dapat syurga kalau hidup di dunia pun dah terasa nerakanya.

Jangan mengidam pasangan yang soleh mahupun solehah kalau kita sendiri tak berapa nak soleh-solehah.

Begitu juga dengan zuriat dan keturunan kita…Jangan impikan mereka yang soleh dan solehah andai kita sendiri acuh tidak acuh dan lalai untuk menjemput kesoleh dan kesolehahn diri kita di dalam kacamata Allah swt.

Banyaknya rintangan dan cubaan bukan bermaksud untuk menjadikan kita kalah namun itulah kemanisan yang sebenar untuk menyimpul kekuatan, ketabahan juga keyakinan bahawasanya KASIH SAYANG ALLAH itu selalu ada menemani….mencukupi dan mengiringi dengan syarat bila sahaja kita memilih untuk membenarkannya.

Itulah ujian dan IBRAR… Yang membezakan terletak pada kefahaman dan amalan kita

Demi janjiNya hamba tidak pernah ragu…..

Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau redha – berpuas hati ” ~ Surah Ad-Dhuha : Ayat 5

Janji Allah Yang Pasti…lantas mengapa ragu??Berbahagialah olehmu bilamana hidup terpilih disentuhi dan disantuni Allah sahabat wangiku. Ada tersiap sudah bahagian hidupmu In sha Allah yang akan membuatkan hidupmu tersenyum, bahagia dan bersyukur…hati itu MILIK ALLAH…Jadikan DIA Teman Perjalanan SetiaMu In sha Allah pasti hidupmu akan terbahagia dan terbela!! Allahu Akbar…Allah Maha Besar….

 

Jejak Bahagia Menjemput Syurga Dunia dan Akhirat In sha Allah…

Hajjah Aniz Hj Anwar

#kaunselorMuslim

#islamikkaunseling

#kaunselorperkahwinan

#Allahtidakpernahzalim

#reachout #andaBERHAKbahagiadanmenjalanihidupyangsejahteraamandanselamat

 

 

 

 

Facebook comments:

comments

Endless Love
breaking inside

Leave a Reply