Antara Impian , Cita-cita dan Perkahwinan Apakah Aku Harus Memilih?

Antara Impian , Cita-cita dan Perkahwinan Apakah Aku Harus Memilih??
====================================================

Bismillah…

Alhamdulillah hari ini saya berkesempatan menyantuni seorang isteri juga ibu serta pelajar yang kini sedang menyudahkan pengajian Doktor Falsafahnya. Ya, sungguh diakui meniti alam perkahwinan itu tidak mudah jika kita hanya sekadar mencari keseronokan dan mengimpikan perkara-perkara yang indah sahaja. Sedangkan hakikat perjalanan dan kehidupan itu sendiri menuntut kecekalan, keyakinan , kesabaran dan keikhlasan yang bukan kepalang untuk berkejar dan bekerja meraih impian.

Adakalanya kita terlepas pandang …”anugerah” Allah yang juga amanah yang ada di hadapan kita. Begitulah yang terjadi pada pasangan muda ini. Cabaran yang hadir saban hari dilalui begitu sahaja tanpa ada rasa keperluan untuk sama-sama duduk semeja berbincang secara matang dan rasional. Suami dengan tekanan kerjaya, isteri pula dengan sibuk menguruskan rumahtangga keluarga , anak-anak dan pengajian membuatkan masing-masing tidak sedar tingkahlaku, perbuatan dan tutur bicara mereka membuatkan hubungan semakin jauh.

Tanpa sedar lelah yang dibawa ke dalam perkahwinan membuatkan ia lesu , longlai tidak lagi membangkitkan seri yang bahagia. Tiada lagi bahasa cinta yang menghidupkan mahligai indah mereka, jauh sekali untuk merasa bahagia meraikan pasangan setiap hari, duduk bersama menikmati “bonding time” bersama untuk mendengar, berkongsi rasa dan cerita…yang selalu kedengaran rungutan, ketidakpuasan dan kemarahan yang tidak tentu punca hujung pangkalnya kadang kala.Dan apakah cara terbaik untuk tidak mengeruhkan lagi keadan sebegini?

Untuk meredakan keadaan dan ketegangan ; masing masing memilih cara sendiri dengan menyibukkan diri dengan tugasan harian dan menganggap “kelukaan” yang berlaku, ketidakpuasan yang berlaku dibenamkan sahaja seperti tiada apa yang terjadi. Akan tetapi rupa-rupanya yang berlaku sebaliknya ; lebih kerap pertengkaran mudah tercetus , setiap kali berkomunikasi akan ada sahaja ruang dan kesempatan untuk “mengena” dan mencederakan hati sesama sendiri ; pasangan seolah-olah dalam peperangan yang mereka sendiri terkadang tidak mengerti.

Tahu-tahu perasaan yang semakin menjauh itu ada “seseorang” yang lain sedang mengisinya. Bila layanan kian berubah, bila penampilan tidak lagi seperti selalu, bercakap di telefon memerlukan ruang privasi yang tidak mahu disergah dan diganggu, dengan handphone melekat bagai glue dan akhirnya “drama” yang dinantikan telah tiba. Whatsapp bermesra dengan bukan mahram terkantoi…bukti demi bukti baru yang ditemukan. Mampu hati memilih memaafkan dan menerima???

Ada yang memilih untuk mengakui kelemahan dan kesilapan masing-masing namun ada pula yang saling menuding jari serta menyalahkan pasangan. Lantas diri yang serabut, buntu, keliru melihat kembali apa yang sebenarnya dicari dalam kehidupan…kebahagian , kasih sayang dan cinta dalam perkahwinan untuk apa??? Pengiktirafan …kecemerlangan diri…kerjaya untuk apa itu semua???

Alhamdulillah setelah menjalani Terapi EFT sebelum kami menamatkan sesi kali ini sempat beliau merefleksikan kembali pengalaman beliau dan HIKMAH di sebalik pertemuan kami…#rahmatAllahsemuanya #sayahanyamenyampaikansahaja
Terima kasih Hjh …hari ini saya belajar selama ini saya ingatkan saya telah hadirkan Allah dalam setiap misi dan amanah saya tetapi rupa-rupanya tidak. Semua yang saya fikir, yang saya buat…untuk saya…fokus semua untuk saya sehingga saya abaikan orang yang bermakna dalam hidup saya. Banyak yang saya silap dan tidak menyedarinya , saya lupa…saya lupa untuk hadirkan Cinta Allah lebih dari segala dalam perkahwinan saya.

Apabila berdoa juga terkadang saya sendiri sangsi…saya sendiri tak tahu kadang apa yang saya inginkan. Tapi alhamdulillah rupa-rupanya di sebalik ujian ini telah menemukan saya kembali APA matlamat kehidupan ini dan bagaimana saya mampu memperbaiki dan memperkemaskan kembali. Saya sayangkan perkahwinan ini dan akur untuk berusaha menghidupkannya kembali.

Moga kerana Allah dan segala apa yang Hajjah kongsikan akan menjadi kekuatan dan kebahagian bagi saya untuk menjemput kembali kebahagian dan cinta yang hilang arah untuk beberapa tika ini. Bahagia itu untuk saya lebih bahagia mentaati Allah…kejayaan itu supaya saya juga dapat menyumbang dan menolang agama Allah dalam kepakaran dan profesion saya…itu KUNCI besar yang saya tidak nampak selama ini! Terima kasih Hjh…kerana menemukan saya kunci ini.

#islamikkaunseling
#kaunselingperkahwinan
#beforeyouwalkoutfromyourmarriage
#letAllahIN #yourmarriage
#inspirasiCintaJannah

————————–———
Untuk temujanji sesi kaunseling dan tempahan sila whatsapp /telegram ke 012.391.5362

Facebook comments:

comments

Leave a Reply