Allah, Cinta Dan Kehidupan

Dear Muslimah ?Don’t marry a man who doesn’t pray.
Because the one who doesn’t give the right of ALLAH Won’t give you your rights!!!

Marriage…
It’s a story which is not about a man putting a ring in your finger.
But it’s about you putting your Deen in a man who may increase that Deen or decrease it. So choose well your future husband….
 Peringatan ini selalu saya jelaskan…bagaimana mungkin seorang yang tidak berusaha dengan kesungguhan untuk menjaga hubungan dengan PENCIPTAnya mampu menjaga amanah dan peranan yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Dan ternyatalah inilah sebahagian juga PUNCA kebobrokan institusi perkahwinan hari ini. Daripada pengamatan lebih 15 tahun mengendalikan kes kes kaunseling keluarga dan perkahwinan perihal solat, meletakkan keutamaan yang adil, isu komunikasi, isu kecurangan, hubungan intim, pengabaian dan penderaan antara isu yang sering dibangkitkan. Dan harus diakui juga ianya sering berkait dengan hubungan dan ketaatan kepada Allah swt.
Pesanan saya BERIKANLAH YANG TERBAIK…BERJUANGLAH UNTUK TERUS MELAKUKAN YANG TERBAIK DALAM KAPASITI RUANG YANG ADIL KERANA ALLAH SWT sebelum benar-benar mengalah. Dahului dengan merawat segala kelukaan, kekecewaan diri dan seandainya berlanjutan kezaliman dan pengabaian terus berlaku mohonlah ISYARAT ALLAH untuk memilih sama ada untuk berhenti dan mengalah atau sebaliknya kerana sesungguhnya hanya Allah swt sahaja Yang Maha Mengetahui jalanan terbaik untuk kita.
It takes two to tango and make this marriage work!Ya setiap pasangan ada kelemahan dan kesilapan masing-masing NAMUN itu bukanlah titik noktah untuk tidak membenarkan diri untuk mengecapi bahagia, Allah tidak pernah zalim kita yang cenderung memilih menzalimi diri kita sendiri. Sayang diri …hanya insan yang bahagia dan TAHU menghargai dan menyayangi dirinya sahaja akan membuatkan orang lain dan insan di sekitarnya lebih menghargai dan menyayangi dirinya. Tak guna pun nak jadi lilin, baik tak bertepi ….benarkan diri dibuli…terus dikhianati…lebih parah lagi apabila anak-anak menjadi mangsa ketidakadilan, penderaan dan pengabaian hanya kerana ibubapa yang memilih untuk bertahan tetapi tidak komited untuk berubah. Dan akhirnya kesombongan, penafian , kekalutan  akhirnya merosakkan bahagia yang ingin dikecapi. Harapan hanya tinggal harapan ANDAI tidak mahu ke hadapan memilih untuk merawat dan belajar….
Seperti apa yang terpapar di dada akhbar baru-baru ini “abusive relationship” ikatan perkahwinan artis terkenal tanah air menjerat sama anak-anak yang tidak berdosa hidup dalam trauma, ketakutan, terancam dan tidak selamat hinggakan anak remaja beliau perlu mendapat rawatan psikiatris…kasihan anak kecil yang tidak bersalah menjadi mangsa. Kehidupan berkeluarga seharusnya menyediakan RUANG YANG SELAMAT dan HARMONI untuk anak-anak dan pasangan bukan sebaliknya!!
Bahagia itu boleh dijemput dengan syarat kita BERANI dan KOMITED memilih dan membenarkannya bukan sekadar alasan dan kebengongan terperangkap dalam dogma peristiwa @ evidence silam! Jika hidup terus mencari silap dan salah nescaya sampai ke hujung nyawa tidak akan bertemu dengan titik noktah yang DAMAI…
Bersama menghadirkan diri untuk sesi kaunseling In sha Allah penderitaan @ kesakitan ini mampu dirawat …cuma kenalah RASIONAL ya kalau dah membawa…membenarkan ‘kesakitan itu” menghantui bertahun-tahun…berbelas tahun maka janganlah mengandaikan dengan hanya SATU SESSI segalanya dah sembuh…selesai…KOMITMEN In sha Allah itulah HADIAH yang TERBAIK untuk diberikan kepada diri sendiri agar tidak terus hanyut tenggelam dan kesesatan dan kemurungan yang boleh mengancam dunia dan akhirat tanpa disedari.
Bersama terapeutik proses, perkongsian @ educational sharing, kemahiran merawat dan mengenal diri In sha Allah mampu membawa individu kepada FASA PENERIMAAN (SELF ACCEPTANCE) yang total . Hanya apabila proses perdamaian ini mampu dinikmati barulah MAKNA dan kemanisan hidup akan lebih dinikmati In sha Allah! Ia sungguh bermakna….lebih bermakna lagi bila disitu juga kita mengenal CINTA KASIH ILAHI yang setia menemani langkah ini…sesungguhnya Allah swt tidak pernah meninggal kita seringkali kitalah yang meninggalkan Allah.
Bila Allah menguji bukan maksud Allah ingin menjatuhkan kita ….malah sebenarnya Allah sayanggggkan kita…Allah menguji kita Allah nak persiapkan kita untuk menjadi LEBIH BAIK In sha Allah dengan SYARAT kita sendiri yang memilih dan membenarkannya…REDHA ITU PERLU DICARI BUKAN DINANTI! Dan redha yang terbaik itu bukan sekadar bicara di bibir semata tetapi harus diiringi dari hati, minda yang membenarkannya barulah kemudiannya dari segi perbuatan, lisan akan lebih harmonis dinikmati. Tanpa kejujuran dan ketulenan untuk membenarkan bahagia nescaya peperangan dan konflik diri akan terus menyelebungi…BE BRAVE…BE WISE !
Sehingga bertemu lagi….
Salam Inspirasi,
Hjh Aniz Hj Anwar

Facebook comments:

comments

Leave a Reply