Adakah Pemberontakan Dalaman Zaman Remaja, Mensabotaj Pola Kehidupan Anda Hari Ini?

Bismillah…

Alhamdulillah hari ini berkesempatan untuk berkongsi sebahagian lagi penerokaan ilmu tentang BAGAIMANA RAHSIA PERSONALITI , GAYA ASUHAN DAN PENGALAMAN SILAM MEMPENGARUHI POLA KEHIDUPAN HARI INI. Pelbagai rencam dan warna kehidupan ditemukan , sering juga saya mendengarkan luahan dan bicara hati klien yang hadir menceritakan bagaimana pengalaman silam dilayani dalam keluarga memberi kesan kepada perwatakan dan personaliti mereka hari ini. Ada di kalangan mereka yang sedar dan ada juga merasakan ia sekadar sebahagian rangkuman perjalanan hidupnya. Dan ada juga di kalangan mereka yang mengakui pengalaman silam pengabaian, penderaan , trauma dan kekecewaan yang dilalui itu sememangnya menyimpul perasaan dendam, benci, tidak harmoni dan permusuhan terhadap ibubapa. Ya, diakui memang tidak mudah untuk menerima semua ini apatah lagi dalam usia yang mentah di saat diri yang masih terkapai-kapai, lemah, keliru untuk mempertahan dan melindungi diri. Kesakitan, ketakutan, terancam, bimbang, benci menjadi mantra yang menghantui diri. Ada yang berjaya mengalihkannya kepada pencapaian kecemerangan diri sebagai contoh berusaha menjadi pelajar yang cemerlang dengan matlamat untuk pergi jauh daripada keluarga juga ibubapa yang berpecah belah, tidak harmoni dan sering mengancam keselamatan diri mereka yang mendera tidak kiralah dari aspek fizikal, emosi mahupun psikologi mereka.

Menurut Erik Erikson salah seorang tokoh perkembangan personaliti menyatakan setiap manusia mempunyai keperluan yang sama. Setiap tingkat keperluan manusia itu perlu diisi dan dipimpin dengan baik. Kegagalan untuk menikmati mahupun menangani fasa tersebut akan memberi kesan terhadap perkembangan personalitinya. Di dalam program Life Coaching pencerahan dan penerokaan tentang RAHSIA PERSONALITI SERTA GAYA ASUHAN ini akan dibongkar bersama klien, dengan matlamat yang jelas bukan sekadar untuk menyuntik kesedaran atas kelemahan yang berlaku tetapi lebih besar dari itu juga untuk klien sama sama menyelami ‘DUNIA’ ibubapa dan individu di persekitaran mereka. Besar harapannya disini apabila pencerahan ini diperolehi , klien akan lebih mudah mengenal diri mereka dan paling bermakna mereka berupaya menerima kelemahan ibubapa juga jalan takdir yang telahpun menjadi sebahagian memori. Hanya apabila pencerahan ini diperolehi akan memudahkan proses klien memaafkan ibubapa mahupun individu yang menzalimi mereka.

Jika tidak apa yang sering berlaku benih kebencian, permusuhan, tidak harmoni akan terus menyelebungi dan mengekori mereka maka TIDAK HAIRANLAH akan selalu timbul masalah khususnya melibatkan hubungan interpersonal tidak kira dalam perkahwinan, kerjaya dan seumpamanya. Sedangkan satu sisi klien atau individu ini sememangnya seorang yang sangat bagus dari segi komitmen kerja, seorang yang berdedikasi, mempunyai potensi akan tetapi sayang akan ada sahaja nanti isu atau konflik yang akan menganggu fokus kecemerlangan mahupun kesejahteraan dirinya. Kerana APA? Selalu yang sering terjadi adalah mereka terperangkap dalam ruang permusuhan dalaman dirinya yang membuatkan karektor ataupun personalitinya menjadi seorang yang tidak sabar, panas baran, ego, tidak mudah mendengar dan memahami dunia orang lain, dominan sehingga menimbulkan jurang dan ketidakharmonian dalam konteks hubungan sosial dan juga perkahwinan mereka dan TANPA DISEDARI itulah yang terkadang memakan diri dan mengancam kebahagian yang ingin dikecapi. Dan disnilah peranan kaunselor membimbing dan merawat klien dengan membantu mereka SEDAR bahawa ‘kesakitan iaitu benih permusuhan’ yang dibawa itu harus disingkirkan, diharmonikan dan ditamatkan agar beliau tidak terus menzalimi dirinya dan juga anak, isteri mahupun pasangan…penyakit warisan ini harus diberhentikan kerana Allah dan demi dunia juga akhirat yang lebih bahagia serta diredhai.

Dan tidak kurang juga yang membawa lekatan silam MANGSA BULI ketika remaja tidak kiralah di sekolah dibuli rakan di asrama, dibuli kakak , adik beradik, pakcik makcik ; nyata kesakitan ini juga boleh memberi kesan dan menganggu keharmonian diri di kemudian hari. Inner rebel…pemberontakan dalaman yang dipendam kadang tidak sedar menjejaskan potensi diri ; saya masih ingat lagi kisah yang diceritakan oleh klien saya dalam masa satu tahun sudah 4 kali dia bertukar kerja. Setelah diselidiki diterokai PUNCANYA waktu disekolah dahulu beliau pernah melalui pengalalam diejek, dimarah dan emosi yag terpendam itu sering menjadi ‘trigger’ apabila beliau ditegur atau dimarahi majikan atau bossnya. Tidak tahan mendepani cabaran hari ini yang juga terkait langsung emosi yang sama di zaman remajanya beliau berhenti kerja dan tidak dinafikan sehingga ikatan pertunangannya juga terpaksa ditangguhkan. Beliau demotivated dan buntu, keliru, putus asa dengan halatuju masa depannya hanya gara-gara beban ‘inner rebel’ zaman silam yang dibawanya hingga ke hari ini.

Bagaimana kaedah rawatan ini dilakukan…salah satu pendekatan terapeutik yang dibawakan adalah dengan Time Line Theraphy dan juga Emotional Freedom Technique.Klien diajar untuk sama sama meneroka dan mengenalpasti beban emosi serta kesakitan yang dialami mereka, Dan satu persatu dalam ruang izin sesi kesakitan yang paling hebat dialaminya akan disembuhkan dengan cara membersih dan menyingkirkannya seterusnya diikuti dengan AFFIRMATION yang ingin dijemput dalam kehidupan mereka. In sha Allah dan alhamdulillah proses yang dirasakan sukar dan mustahil itu tidaklah sesukar mana pun bilamana diri kita memilih dan membenarannya dan bantuan Allah juga bimbingan pakar Subhanallah kelapangan hati dan kedamaian yang hilang dengan pantas mampu diperolehi.

Untuk yang barangkali teruji dengan BEBAN EMOSI SILAM…inner rebel yang tidak harmoni, panas baran dan rimas, buntu tidak tahu bagaimana untuk ditasi JANGAN TAKUT dan RAGU untuk ke hadapan mendapatkan bantuan. Usah dibiarkan sejarah silam terus menghantui…sesungguhnya kesembuhan, keharmonian, kebahagian dan kejayaan itu mampu kita jemput In sha Allah dengan keberanian dan kebenaran diri serta KOMITMEN juga bimbingan pakar yang diimpi tidak mustahil untuk dinikmati. Mudah-mudahan kerana Allah swt dan kedamaian dan kesembuhan yang dinikmati kita mampu menggalas amanah dengan lebih mantap dan bermakna lagi In sha Allah.

 

Sebarang pertanyaan lanjut dan tempahan sesi sila whatsapp ke 012.391.5362

 

Sehingga bertemu lagi…

 

Salam Ramadhan Al Mubarak!

Hjh Aniz Hj Anwar

 

Facebook comments:

comments

Leave a Reply