Pengenalan

Latar Belakang

Hajjah Noraniza Anwar atau lebih dikenali dengan Aniz Hj Anwar merupakan graduan Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling Psikologi dari Universiti Putra Malaysia. Beliau mempunyai pengalaman luas dan mendalam dalam bidang kaunseling keluarga & perkahwinan, pengurusan stress , kesihatan mental, masalah depresi, kemurungan, penderaan silam, trauma, pembangunan insan juga analisis personaliti dan kerjaya serta transformasi diri.

Mengetengah pendekatan UNIK dalam klinik kaunselingnya, Hjh Aniz bukan sahaja tertumpu kepada perkhidmatan kaunseling semata-mata tetapi turut menurunkan ilmu penyembuhan diri, transformasi buat para klien yang memilih tekad untuk lebih bahagia, bahagia dan sejahtera menerusi program Life Coaching yang ditawarkan. Module Life Coaching ini digubal berdasarkan garapan ilmu, pengalaman, kepakaran juga penerokaan beliau dalam bidang psikologi Islam , perubatan Islam dan displin kaunseling itu sendiri.

Bukan itu sahaja menyahut cabaran dan mengisi harapan untuk melihat lebih ramai lagi pasangan yang mendirikan rumahtangga lebih bahagia dan sukses kini satu lagi module eksklusif telahpun berjaya beliau gubal iaitu Module Jejak Cinta Jannah.Module ini lebih khusus membawa perbincangan untuk menjayakan perkahwinan yang lebih ohsem dan dinikmati keindahan dan kebahagiannya bersama-sama, saling bergandingan, menguatkan, melengkapi dan mendoakan untuk Jejak GPS Cinta Jannah yang sukses, In shaa Allah.

Pernah menjalani praktikum kaunseling sebagai Kaunselor di Talian Sahabat Selangor, Rumah Kebajikan BALKIS Selangor, Klinik Kaunseling Komuniti UPM dan mempunyai klinik kaunselingnya sendiri di Shah Alam, Selangor yang telah beroperasi lebih 8 tahun.

Displin penyembuhan diri itu sendiri bukanlah sesuatu yang baru buat diri Hjh Aniz Hj Anwar, pengalaman beliau dalam dunia kaunseling sejak 2003 dan dibesarkan di dalam lingkungan keluarga yang terlibat di dala perubatan Islam yang membawa MISI khabar bahagia, memberi senyuman dan mengisi harapan insan-insan yang mendambakan bimbingan, pimpinan juga panduan menjadikan kerjaya yang mencabar ini sangat membahagiakan dirinya.

Kebahagian yang dicari bukan sahaja ingin melihat para kliennya sembuh, bangkit dan berani menjalani hidup tetapi jauh lebih bermakna dalam JIHAD BAHAGIA yang disampaikan ini beliau ingin melihat para klien yang dibantu dengan kerendahan hati meyakini dan meletakkan kebergantungan terus rasa kehambaan diri kepada Allah swt. Ikhlas, pasrah dan redha setiap yang tertulis dan dijalani tidak pernah sia-sia…Setiap yang pahit itu sedang menanti kejayaan yang manis dan disyukuri, In shaa Allah. Sungguh benar untuk menjemput impian itu tidaklah sesukar yang dijangkakan dengan syarat kita membenar dan memilih kejayaan dan kebahagian melewati hidup kita.

Membawa pendekatan terapeutik Emotional Freedom Technique dalam perkhidmatan beliau sejak 2009 telah melonjakkan nama beliau sebagai salah seorang Pengamal EFT yang disegani dan sering menjadi tempat rujukan di kalangan para kaunselor mahupun orang awam yang berminat mempelajari teknik ini.

Noraniza Anwar aktif dalam dunia internet semenjak tahun 2003. Beliau banyak menyumbangkan artikel kaunseling dan motivasi di internet dengan nama pena nizwar75. Beliau juga telah menghasilkan eBook RAHSIA Aura: Personaliti danFungsi Tubuh , Handbook EFT yang pertama dan eksklusif di dalam Bahasa Malaysia dan sering diwawancara oleh Majalah MIDI, Keluarga dan Mingguan Wanita. Beliau juga turut pernah menjadi kolumnis tetap bersama Utusan Malaysia beberapa tahun yang lalu di dalam slot Remaja Bersama Aniz. Dan terkini 2015, beliau turut diundang untuk mengupas topik-topik tentang dunia kaunseling di stesyen TV Malaysia khususnya TV Al Hijrah.

Beliau telah memperkenalkan kaedah kaunseling era terkini di mana perkhidmatan kaunseling juga dijalankan secara online menerusi email, whatsapp atau chat.

Kepakaran beliau termasuklah :
* Pembangunan Insan
* Kaunseling Keluarga dan Perkahwinan
* Isu Kesihatan Mental
* Masalah Depressi
* Masalah Kemurungan
* Putus Cinta
* Grieving (Kesedihan Yang Dalam akibat kehilangan, kematian, perpisahan dsbnya)
* Mangsa Penderaan Silam
* Childhood Issue
* Isu Kerjaya
* Isu Self Esteem
* Konflik Diri, Dilema, Was-was & Buntu

 

**TEMUJANJI DAN TEMPAHAN SESI

Untuk tempahan sesi kaunseling ataupun Life Coaching boleh menghubungi beliau menerusi SMS/Whatsapp ke 012.391.5362 untuk respon yang lebih pantas, In shaa Allah. Untuk mereka yang di luar Lembah Klang Sesi Kaunseling Secara ONLINE juga turut ditawarkan.

 

FB Page: http://www.facebook.com/AnizAnwarKlinikSukses

Life Coaching :

Join my KINDNESS Secret Reveal ~ http://kliniksukses.anizanwar.com/

Discover The MAGNIFICIENT Journey Of Self Healing Magic and Excellent with me!

 

Ibu

 

 

 

 

Salam Inspirasi ;

Hjh. Aniz Hj. Anwar
Kaunselor & Therapist
Pengamal EFT

HP: 012.391.5362

 

 

 

 

Leave a Reply